Sabtu, 1 Ogos 2009

imaginasi bulan ogos

selamat bulan ogos!


kehebatan imaginasi


sebelum meneruskan penceritaan, pendapat ini dikemukakan oleh orang yang hebat. bukan ku yang kata, tetapi mereka yang telah berjaya!


albert einstein- imaginasi lebih penting daripada pengetahuan


bernard shaw - sesetengah orang melihat satu perkara wujud dengan mengatakan "mengapa?", saya melihat satu perkara yang tidak wujud dengan mengatakan "mengapa tidak?"


jom kita pergi dengan lebih dalam




albert einstein


mula-mula ku tidak bersetuju dengan "pak cik gila" ni. ye lah, bagiku, pengetahuan adalah segala-galanya. dengan pengetahuan, kita boleh mereka sesuatu yang hebat dan dikagumi orang.


tapi fikir balik, ada kebenaran disebalik kata-kata pakcik gila ni. dengan imiginasi, kita boleh menggambarkan sesuatu benda dan berusaha untuk mencipta benda itu, yang mana pengetahuan tidak dapat menciptanya.


dengan imaginasi, dia dapat mengeluarkan satu formula yang dapat dibuktikan 20 tahun selepas dia mencipta formula itu, dengan imiginasi dia dapat mencipta bom nuklear, satu kuasa kecil yang dapat memusnahkan keluasan beribu hektar


hurmm


ok lah pak cik, semoga apa yang kau cakap, ku ambil sikit-sikit. nak ambik banyak pun takut jadi gila jugak.




bernard shaw


melihat satu benda yang tak dicipta lagi dengan mengatakan 'tak mustahil' benda itu akan dicipta. memang seorang yang positif dan sikap seperti inilah sepatutnya kita semua memiliki. kenapa boleh dia fikir boleh berlaku? dengan berimaginasi terlebih dahulu!


ok, kita ambil contoh dengan mengatakan manusia akan kebulan. eh eh, dah ada manusia ke bulan. contoh lain, mencipta mesin seperti stargate, dapat ke sesuatu tempat hanya sekelip mata! kejayaan untuk mencipta alat ini bermula dengan seseorang berimiginasi akan wujudnya alat ini, bukannya tiba-tiba alat ini wujud dengan sendiri!


hebat kan kuasa imiginasi ini!


di sebalik cerita mat khayal


mat khayal kerja sebagai pemanjat rambutan. hari-hari dia memanjat pokok rambutan. ada satu ketika, dia berkhayal yang hasil usahanya membuahkan hasil. dia memperoleh banyak wang hasil daripada memanjat pok0k rambutan. dengan wang itu dia membeli kebun rambutan. mengupah orang untuk mengusahakannya


dia memperoleh lebih banyak wang lagi, dia membina satu kilang memproses jam rambutan, produknya di hantar keseluruh malaysia, dia menjadi kaya raya. sedar tak sedar, di gigit kerengga, terjatuh dan masuk dalam ward


agak-agaknya cerita ini positif atau negatif? macam cerita mat jenin kan? yang mat khayal silap hanyalah dia berkhayal di atas pokok rambutan tanpa mengawasi kerengga yang ada. adakah dia silap berkhayal? entah, boleh fikir sendiri



keburukan imiginasi


tetapi berhati-hati, banyak dengan tinggi 2 elemen yang lain. kita boleh berimiginasi dengan tinggi, tapi tidak boleh terlalu banyak. kenapa? ini pendapat peribadi, tak setuju pon takpe


imiginasi benda dengan tinggi akan buatkan kita lebih fokus untuk hasilkan benda itu


imiginasi benda terlalu banyak akan buatkan kita tidak fokus kerana terlalu banyak benda yang ingin kita buat


tak setuju?

takpe, itu pendapat peribadi. masing-masing ada hak. cuma sekarang ni, perlu difahami,
segala kejayaan yang indah itu bermula dengan imiginasi yang tinggi,
disertai dengan usaha melangkaui


nota kaki : lenguh naik bas.

17 ulasan:

  1. imaginasi??
    aq nak imagin kan islam akan tertegak d muka bumi dan seluruh alam..
    tu adalah janji Allah..
    so,kire imaginasi aq boleh diterime..huhu
    peace no war

    BalasPadam
  2. hurm...
    imagenasi ayat hebat. lau bahasa melayunya berangan kan??
    :p

    malam nie lin pon akan keletihan dalam bus ke kl.
    huhu~

    c u tomorrow
    :)

    BalasPadam
  3. apaapa hal pun mulakan dengan langkah pertama?hmm.

    BalasPadam
  4. selamat sampai ke destinasi !

    BalasPadam
  5. lama xkumen2 kat sini :)
    jgn lupe 28 ogos ni eh.
    hehehe~

    BalasPadam
  6. imiginasi dan angan2 sama tak??

    takut jadi mcm pak jenin

    BalasPadam
  7. imaginasi la..bkn imiginasi..

    BalasPadam
  8. haah, imaginasi, bukan imiginasi, patutla len macam je

    BalasPadam
  9. lagi satu best bulan ogos...

    bday aku...hehehehe...

    BalasPadam
  10. de gk org tego psl ejaan.
    semcm je bunyinye, imiginasi
    hohohoh

    BalasPadam
  11. Imaginasi...tiba2 rasa nk layan lagu Imagine nyanyian sape ntah. ;p

    Everything has limit. Hati2 jgn over imagine.

    BalasPadam
  12. imagination
    i have lots to share
    nak dengar joe?

    BalasPadam
  13. shaye berimaginasi hendak menyiapkan thesis n asimen.huh! menchiiiwwwwww

    BalasPadam
  14. ur future depends on ur dreams, so...go to sleep~
    :P

    BalasPadam
  15. imaginasi tu pnting jg..gmbrn awal..lalala

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.