Selasa, 21 Julai 2009

nasi ayam 27 rejab





model nasi ayam, afiq ismail


semalam makan nasi ayam. wohoooo


ye, sememangnya berbeza! rasa, rupa, semuanya berbeza. dan yang ku tahu, kesedapannya jauh mengatasi ape yang ku masak. tu pasal untungnya duduk dirumah. hanya jadi tukang makan! sebelum terlupa, hari ni dah 28 rejab, semalm 27 rejab ek


pagi-pagi buta


minta maaf sebab ku tulis entry di pagi-pagi buta ini mengenai makananan. ramai yang meleleh air liur. kan kan?. tapi nak buat macam mana, ku yang jadi tukang makan, bukan kamo. hehe


yang masak sudah pastinya bukanku. hey, ini bukan uk la, ku takkan masak! kalau kat sana boleh la ku masak sebab semuanya anak teruna, terpaksa ku jadi anak dara untuk masak, sini? no no, ku jadi tukang ranggos sahaja


kak moh


ye, yang masak adalah kak mohku. ku dah cerita di entry sebelum mengenai kak mohku. mak kedua yang ku hormati dan menjadi barang guraun di saat ku mahu bergurau. tak paham?


arwah ayahku menggaji kak moh untuk menolong ibuku di rumah. sejak abang sulongku lagi sampai ke cucu, semuanya kak moh yang jaga. ku pun tak terkecuali diasuh oleh kak moh. ayahku dan kakmoh adalah sepupu, jadi ku dengan dia adalah mak sepupu


bukan kupu-kupu ya


masakan kak moh memang sedap! superb!. plan cuti ni nak belajar masak dengan kak moh, boleh la masak-masak yang susah-susah sikit kat sana nanti. ni asyik nasi beriyani, nasi ayam, nasi lemak, 3 jenis ni je ku pandai. nak try yang susah2 plak. harap sempat la belajar


kak moh sekarang tinggal di rumah kami. memang ku dah anggap dia ahi keluarga sendiri tanpa sebarang rasa menyombong. pernah kawanku yang datang ke rumah, tanya kak moh ni orang gaji kami ke apa, ku hanya jawab, kak mok adalah super women kami.


mana tak nya,
berakku
lampinku
susuku
makananku
pakaianku


semua dia uruskan. sampai besar-besar ni pun ku masih lagi bergantung dengan dia, nak cari stokin, mesti tanya dia, nak cari seluar, mesti tanya dia. dan semualah tanya dia. haha, bila lagi kan nak bermanja-manja ni


umur dah 50an


kak mohku dah pertengahan abad. kekuatan dia memang dah banyak berkurang. ku faham situasi itu. kami sekeluarga faham. dia pun dah banyak tidak buat kerja berat-berat. hanya memasak sahaja dia buat. emosional, ya, memang dia seorang yang emosional sekarang


kalau ada perkara yang kecik-kecik, air matanya cukup murah untuk mengalir. nasib baik ku faham, jadi kene buat lawak dengannya, barulah air mata dia tidak mengalir. lagi dilayan, lagi banyak dia mengalirkan air mata


cita rasa tinggi


ni lagi satu keistimewaan, cita rasa kak moh ku begitu tinggi. hehe, pernah ku tunjuk gambar perempuan, dia cakap tak setuju. tak lawa, kene cari yang lagi lawa. hahaha, tergelak bila teringatkan. tunjuk yang lawa, dia senyum plak. hehe
pandai menghargai


walau apa pun, ku sayangkan dia. dia tak pandai membaca mahupun menulis, blogku ini memang dia tak paham apa pun. tapi ku harap, orang diluar sana pandai menghargai orang yang besarkan kita, orang yang mengasuh kita.


bukan apa, gejala dah besar yang kecik tak diingatkan sering terjadi. dah lupa akan asal usul kita. pernah ku melihat depan mata "kawan" tak nak mengaku mak sendiri sebab mak macam orang kampung, ku ingat ini hanya cerita si tanggang, tapi dah melihat di depan mata, tanganku jadi ringan untuk menulis perkara ini


bukannya susah mahu menghargai, hanya telefon dah memadai. ada kekuatan, pergi melawat. ini bermula dengan pendidikan. kalau kita tak di didik untuk buat perkara ini, sudah masanya kita berbakti kepada orang sepatutnya kita luahkan bakti kita.


sampai sini saja. ku berjanji akan terus beramal kepada insan memerlukan, sampai satu masa, di mana badanku dah tak dapat nak jalankan arahan dari otakku, masa itulah ku harap orang lain pula menolongku.



pesanan kepada cucu-cucuku di masa hadapan

atuk dah buat baik kat orang tua atuk, nanti kamu semua pulak kene buat baik kat atuk.
ok?
nanti bila kamu semua dah jadi atuk, cucu-cucu kamu pulak yang akan menolong kamo.
kalau atuk terberak,
jangan segan basuh berak atuk dengan perasaan yang gembira


nota kaki : malam ni nak p usm kubang kerian. ada sapa2 kat sana?



56 ulasan:

  1. pagi2 buat org teliur.
    adeeeeh.
    kijam...=.=

    BalasPadam
  2. aku nmpk kentang dlm sup...
    favret!~ huhu

    BalasPadam
  3. hmm..sedap2 mknan tu..smapaikan salam sy pada kak moh..

    BalasPadam
  4. nasi ayam tuh cam sedap je..
    maw cari satu ar hari nih~

    BalasPadam
  5. sadis mmbaca entry ini..
    takot nak jadik opah!

    BalasPadam
  6. tedap nyer nasi ayam...
    waaa....
    cantik blog..
    nmpk sgt la aku nie jarang
    terjah bloggg kamooo..
    heeeeeee..
    maaf...
    busy skit ngn 'anak2'
    hehehe

    BalasPadam
  7. tedap nyer nasi ayam...
    waaa....
    cantik blog..
    nmpk sgt la aku nie jarang
    terjah bloggg kamooo..
    heeeeeee..
    maaf...
    busy skit ngn 'anak2'
    hehehe

    BalasPadam
  8. entry ni buat aku sebak. susah ye jadi manusia dan kena jaga hati2 manusia lain.

    BalasPadam
  9. lapanyerrrrr....

    windu nasi ayam umi =|

    BalasPadam
  10. emm lama sdah rasany atak makan nasi ayam..isk2 pagi2 buat urg terliur sak ko ni joe !!!

    BalasPadam
  11. apa resepi istimewa kak Moh ?

    ilmu memasak kak Moh harus diwarisi....

    BalasPadam
  12. org tua2 kata..
    dh tunjuk kne bg...
    lg2 bler bab mknn..
    huhuhu~
    so sila lar pos nasi ayam itu kpd kami...
    kui3

    BalasPadam
  13. tetiba jer rindu kat nenek aku, yg slalu melayan kerenah aku ketika kecil dulu, yg tetiba aku terlupakan beliau disebabkan kesibukan bekerja dan blaja...

    BalasPadam
  14. klo duk ngn kak moh mesti senang hati.
    makan sedap jer..

    pesan nenek pada cucunya,
    sila jaga atok bebaik ye.
    ghee~

    BalasPadam
  15. nanti nak kelik kelate suwoh kak moh masok nasi ayam ko ambo.
    ;DDD

    BalasPadam
  16. mmg terkecur tgk nasi ayam tu...
    teringat advert petronas yg masa nak raya tu...

    scene: anak suruh bapa makan kat meja asing, tiba2 ternampak anak2sendiri bermain melakunkan kejadian tersebut..terus insaf...

    what goes around..comes around...

    BalasPadam
  17. ayamnya je nampak sedap.nasi nya tak nampak pun.ngaa.

    BalasPadam
  18. rase lapar skunk ni.
    dahla ujan.tak srapan lagi lak tu.
    uwaaaa.

    *dulu pena keje kat usm penang.

    BalasPadam
  19. serius kejam.aku x makan lagi ni.ko da buat aku terliur bagai nak rak.da la semalam mak aku offer nak masakkan nasi ayam untuk berbuka.tapi aku bley plak jual mahal.mangkuknye aku! huuuu

    BalasPadam
  20. btul..
    hargailah org yg membesarkan kita even org tu x da kaitan ngn kita..
    ku dibesarkan oleh pengasuh ku yg berasal dari kg..x tau membaca dan menulis..tp ku tetap ingin memanggilnya

    SUPER WOMAN..
    =)

    BalasPadam
  21. kat kubang kerian ada saya.

    haha.

    :D

    BalasPadam
  22. 'ye tok.. nnti di zaman cyber,, ade mesin basuh berak atok.. kami akan gembira je melihatnya..' cucu-cucu joe pon berkata.. ;p

    BalasPadam
  23. aku kt usm...
    n free je mlm ni
    jom belanja aku jom..hehe

    BalasPadam
  24. harap-harap bakal cucu kau akan baca blog atuk dia yang comel ni :)

    BalasPadam
  25. ibu memang yang terbaik....
    orang yg membesarkan kita juga yang terbaik..
    apa yang penting sayang ibu kita
    macammana ayien sayang mama nya...
    we share everything!!!!
    shayang mama!!

    BalasPadam
  26. woo..masyuknye..ns ayam black pepper sdp..

    BalasPadam
  27. OMG! mmg da meliur da ni.....sampai kelenjar air liur hilang kawalan :D haha

    BalasPadam
  28. waaa.. makan je keja kamu.. dah naik berat badan tak?

    BalasPadam
  29. alahai...sdapnya gmbr nasi aym tu..

    BalasPadam
  30. waaa..
    da la owg tgh lapa gaban nii..
    da lame xmkn tu sumer..
    slurrrrrrrrp

    BalasPadam
  31. Bila senang belikan satu barang yang paling berharga dan hadiahkan.

    BalasPadam
  32. nota kaki : malam ni nak p usm kubang kerian. ada sapa2 kat sana?

    Adaaa.... yg confirm ada ialah doktor, pekerja hsp, pesakit dan pelawat. :D

    BalasPadam
  33. aihh
    kekejaman btl la .
    tergoda tgk gambar tuh .
    ni yg ase nak balik umah ni

    BalasPadam
  34. uuu~

    pagi tadi dah book tiket flight nak balik umah bulan puasa nanti.

    :p

    BalasPadam
  35. nasib baik time baca en3 ni aku dah makan..hehehe

    BalasPadam
  36. tiba2 perut jadi lapar la pulak..nak cari nasi ayamlah..

    BalasPadam
  37. ingat joe yg masak..nasib dah makan..tak heran dah..

    BalasPadam
  38. sdpnyer tgk. tgh lapar nie. tgk pon dh boleh naikkn selera org yg tgh demam nie. huhu.

    BalasPadam
  39. kawen dulu pastu dpt anak..
    anak kau plk kawin dia dpt anak..baru kau dpt cucu

    argghhh..pening aku
    hehe

    BalasPadam
  40. USM Kubang Kerian? Ada tapak kaki haku jer kat sana ... Nak jumpe doktor ker, nak melawat doktor ker, nak melawat pesakit, ker nak wat per?

    BalasPadam
  41. Duk kl memang tak merasa nasi ayam. Xde kedai jual nasi ayam kat hostel ni.

    Masa kecik2 dulu pun ada juga orang tolong jagakan sebab mak dulu lelah, mmg xleh nk jaga saya.
    Tapi sebab time dijaga tu kecik sangat memang tak remember r.

    Lau g rumah mak cik yg tlong jaga tu...ku salam la bgi hormat,etc..

    BalasPadam
  42. and this explain why i had 3 mommy and am confuse to decide where should i spend my raya.
    dorg da byk berjasa dan berbudi yg mmg x mampu nk balas da.

    BalasPadam
  43. Tunjuk la plak gambo ku yg cun ni, pasti kak moh senyum sampai ke telinga.. Hik hik hik.. Gatai.. =p

    Wah.. Mintak blasan erk pada cucu2 anda.. Hoho..

    BalasPadam
  44. kejam nye komen ek.rasa nak lempang tuan belog je..ngeh3x

    BalasPadam
  45. joe aq xcukup makan kat sini
    ko saje buat jeles lak
    argh argh argh

    BalasPadam
  46. baru dapat jengah dan bace blog ko..hehe...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.