Ahad, 14 Jun 2009

rebus telur

schedule post, sekarang di atas kapal terbang. MAS, 13 jam, memang berasap la punggung! ku balik sorang, tiada kawan. tapi ku tahu ada blogger yang naik kapal terbang ini bersama. harap dapat jumpa! adalah melayu untuk di ajak berbual. kan??


-------------


semalam jumaat terakhir disini
suasana yang amat tenteram untuk beribadah. ku sujud padanya semoga perjalananku akan dipermudahkan. tahu, ada saja masalah yang akan menimpa. itu lumrah. yang pasti, ku harap masalah itu tidak membuat perjalananku nanti akan tergendala. sembahyang jumaat tadi cukup sayu, bagai mahu meninggalkan bumi uk ini buat selamanya. tapi. dalam hati ku mekar gembira




semalam gym terakhir disini.
tak sempat melakukan rutin sebetulnya. memang lah agak letih kalau dah tinggal rutin gym untuk masa yang panjang, maklum lah, sibuk dengan exam. macam-macam terjadi. tadi hanya berenang stengah jam, sauna + yakuzi stengah jam. cukup lah kot sebagai pengakhiran gym. bubye gym, jumpa kamu di sem yang depan, tu pun kalau ku daftar la...




semalam berada ic terakhir disini.
12 hb merupakan hari rasminya habis exam di university. paper last ku 8 hb lepas, jadi sudah 4 hari berseronok. tadi ku pergi ke ic, haaa, agak2nya buat apa ya? sudah pasti bukan study!!! ku fotostat apa yang patut untuk check in nanti, dan juga waktu perjalanan ku nanti. ku rasakan hanya ku orang muda disana. yang lain ada, tapi semua dah agak tua. mungkin student phd yang masih lagi sibuk dengan research mereka. gud luk kepada kamu semua!!




semalam berada dirumah kali terakhir disini
flat 3, 76 brunswick. memang bnyak kenangan dirumah ini. bersama 3 lagi housemate, sudah pasti banyak kenangan yang dicoret bersama. yang pasti, kami semua akan berpisah, ku masuk rumah lain, 2 lagi di rumah lain dan sorang lagi dirumah lain. semoga terus ingat jasa rumah ini kepadaku. flush rosak, bilik air kotor, mesin basuh rosak, microwave rosak... erkkk?



------


tidak sempat belajar memasak membuat diri zuhairi gigih untuk belajar memasak sendiri. gurunya adalah pak cik google dan juga uncle yahoo. begitu banyak resipi yang dicubanya!


hari ini dia mahu memasak telur rebus. hidangan yang cukup cepat. dia masih lagi diet, jadi telur rebus menjadi pilihannya.


oleh kerana air panas lambat masak, timbul idea BOMBASTIK di fikirannya, rebus telur dalam microwave!



dia memasuk telur ayam sebiji dalam microwave
memasang suhu yang paling tinggi
dan dia menutup dan terus menunggu sehingga telur masak



dia biarkan telur itu di dalam microwave
ada gatal-gatal di **** nya
dia pun pergi ke toilet kejap



selepas menunaikan hajatnya
dia pun ke dapur untuk mengambil telur tadi



jarak dia hanya 5 meter dari microwave
tiba-tiba!!






keBOOmmmm





meletup....
microwave itu meletup


telur dalam microwave meletup
hancur musnah harapannya untuk makan telur rebus
yang paling sedih, duitnya akan melayang
kene ganti microwave yang baru


dia dapat pengajaran!
jangan rebus telur didalam microwave


------


sekurang-kurangnya, ku dapat menyaksikan sendiri letupan itu berlaku.
betul-betul depan mata!



untuk cover malu,
meh kita ambil pengajaran dari cerita ini


telur kecik
letak dalam microwave
microwave panas
sangat-sangat panas!


badan kita kecik
kalau selalu didedahkan dengan budaya 'panas'
akhirnya akan meletup jua!


jangan tekankan diri kita
jangan peningkan otak kita


cari masa untuk diri kita tenang
stress??
ada cara untuk tenangkannya


jangan pendam!
nanti jadi macam telur rebus!



-jangan rebus telur dalam microwave!!-


adakah ku berjaya cover malu??
buat-buat berjaya la ek..
.


.

33 ulasan:

  1. lol... bukan begitu caranya nak rebus telur dlm microwave.

    setting pun kena betul.

    telur mata.
    pecahkan telur dan letak dlm bekas plastic yg transparent yg ada lambang microwave safe tu tanpa letak air. 1 minit 40 saat siap pada suhu paling tinggi..

    kalau nak buat telur rebus.. tak perlu pecahkan telur. letak telur dalam air. still kena gunakan bekas microwave safe jugak.. duration 3 minit 15 saat.

    selamat mencuba.

    p/s: pengalaman orang bujang

    BalasPadam
  2. ahahahhahahahaha~

    sori2, x ley thn gelak

    kekekekeke...

    BalasPadam
  3. makan tak telur tu?haha.flush rosak,bilik air kotor,mesin basuh rosak,microwave rosak tu kira jasa ke?huhu.ni mesti study physic tak habis.haha.

    BalasPadam
  4. betul simpan masalah dalam hati lama-lama meletup..ha..ha

    BalasPadam
  5. Waahhh ... dah terbang balik Msia eh! Aku baru balik dari KB, ko lak menuju sana. Hih hi hi hi ... Selamat bercoti!

    BalasPadam
  6. ya Allah.. mmg la telur tu akn pch klu kt microwave sbb pressure tggi sgt.

    xpe2.. blaja dri pngalaman
    lalala

    BalasPadam
  7. ish3...ade ke rebus dalam microwave

    BalasPadam
  8. salam joe..dah sampai ke lom..
    nasib le masa microwave ,meletop tkde apa2...so dangerous..

    BalasPadam
  9. rebus telur dalam microwave?

    haih.

    BalasPadam
  10. Joe...

    hehehe..ada caranya merebus telur dalam microwave..Kena guna special cookware untuk tujuan itu. Kak tirana pun tak pernah rebus telur guna microwave.. Selalu guna cara biasa tu aje..lebihkurang 10 min aje..

    Selamat pulang ke tanahair.

    BalasPadam
  11. nasib baik umah x meletup skali...

    kalo x tertangguhla ko nak balik malaysia...

    xpe kenangan telur rebus yg terakhir sblm smpi tanah air...

    BalasPadam
  12. aku syak telur ni mesti sedap

    aku tau yang metal tak bley masuk microwave

    BalasPadam
  13. hebatt!!!! leh jd chef terkenal!.. haha

    BalasPadam
  14. tuh telor btol ew ta???ahahhaha
    neway..ayat abg joe mmg besh..&&
    mmg ley cover malu tuh pon...hehhe =PP

    BalasPadam
  15. hohoho..13 jam? fuh..memang kematu punggung...nak2 takde membe kat sblah..rahang gigi pun sakit sebab tak becakap...aduyai...

    nnt sampai airport hehati sebab byk peragur bagasi2..huhuh..kang ilang sume souvenier dr LONDON...huhu..

    sian microwave tue...hahaha..
    sian gak kat telow tue..heehheh

    BalasPadam
  16. telur rebus
    haha, x smpt nk mkn kan

    BalasPadam
  17. ops! telor da meletop
    hehe..

    BalasPadam
  18. aDEiH..bijak benor la bdk tuh,rebus telur dlm microwave...x pnah dibuat org..nih la satu2 nye org yg wat...ahaks.

    BalasPadam
  19. i personally think, it has got something to do with the presseure in the egg itself. its not a problem to heat a small thing, even a single bean.

    try punching a pinhole at the end of the egg, to release its pressure.bile rase da okay, masukkan dalam air, IF your microwave allows water heating.

    selamat mencube! kalau meletup jugak, I DONT KNOWWW.

    source: physics?hehe

    BalasPadam
  20. wa... idea menarik.. aku pon dah penah kena nie.. keh3.. so, mmg best bla tgok meletop.. tapi takde la rosak pon mikrowave aku.. hehehe

    BalasPadam
  21. wu... pena nmpk kat youtube apa jd time panaskan telur guna microwave, tp xla smpai meletup microwave tu, telur tu je meletup kat dlm.

    senjata rahsia nnt time perang, pasang ja microwave ngan telur buat bom hehehe ^^p

    BalasPadam
  22. lolx
    telur mmg xleyh rebus dalam microwave la sayang

    hhhahaahha

    BalasPadam
  23. haha.. sapa pulak yang ajar kamu merebus telur didalam mikrowave? aduhai.. 1st time aku dgr.. :)

    BalasPadam
  24. alamak!
    betul3x...
    jgn rebus telur dlam microwave...
    xD

    BalasPadam
  25. huhu
    smlm pi KLIA
    x nmpk pun joe
    hahaha
    2 pun jemput atok blik umarh

    BalasPadam
  26. Kesian zuhairi yerk joe.. Hak hak hak.. Walaweh.. Tak penah ku dgr org rebus telur dlam.. MICROWAVE??? Hik hik hik.. =p

    BalasPadam
  27. gile
    telurkah itu?
    yg meletup itu?
    mesti bnyi letup die hebat!
    agaga

    BalasPadam
  28. urm ..
    anggap je la x de org phm n anggap je la dah berjaya cover malu.
    :)

    BalasPadam
  29. mak aih!!!!!meletup!

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.