Jumaat, 5 Jun 2009

ooh dah ada pemenang dah


tinggal satu paper lagi!! paper law tadi tak tahu macam mana. no komen. nak kata boleh jawab, taku salah. nak kata tak boleh jawab, tenang je jawab tadi. jadi, tunggu je la joe, pasrah dengan apa yang dapat. tinggi, syuko. rendah, kene tingkatkan lagi. ye tak?



ok, berkenaan dengan entry kat bawah ni (scroll bawah kalau nak tahu) pemenangnya adalah....
jeng
jeng
jeng



tadi semasa post entry tu, ramai yang mencuba. cik teh air antara yang terawal. siap hantar banyak lagi. ok, tu taktik kiranya. tapi sayang, tiada jawapan yang tepat setepatnya. walaupun gitu, ku tetap akan bagi!



jawapan adalah


1) bila akan balik ke malaysia?
13 hb 6 2009, pukul 5 petang waktu uk (gmt 0000)

banyak yang teka 12. haissh, entry lepas ku dah bgtau yang 9 hari lagi. 13 tolak 4 = 9. maknanya 13 la balik. waktu yang tepat ada kat entry lepas. sapa lah ku ni korang nak tau betul-betul kan? bajet artis ke? haha. tapi tahniah kepada yang mencuba




2) dalam nenas ada apa?
jawapan yang ku nak adalah spongebob. hehe. teka teki dapat masa btn. ada jawan macam2. isi nenas la, duri la, epal la. hahaha. mase habes exam tadi, ku baca jawapan, tersengeh sorang-sorang. tahniah lagi sekali yang menjawab dengan betul



sapa pemenang?

berdasarkan jawapan hampir tepat dan masa terpantas yang dihantar, ku pilih cik milo!! penyepam terbaik blog ini. hehe. tahniah. nanti kita ym ye pasal hadiah tu. bukti kot kot tak caya, boleh tengok kat ruangan komen. komen ke 8. hebat ye kamu. walaupun ada pembetulan lepas tu mengatakan 14 hb plak, ku bermurah hati menganggap komen itu satu lagi jawapan kamoo. tahniah. (milo=milimilo)




yang dah cuba tu tahniah jugak. tak sangka pulak dapat sambutan. nanti la bagi teka teki lagi ek, bila tu tak tahu lah, tengok mood. mungkin 8h ni ke. haha. koot


~~~~~

macam biasa, lepas je habis exam, ku menonton wayang. kali ni angkut dua cerita terus. puas hati!!!



cerita pertama : terminator : salvation




ku bagi 4 stengah bintang. walaupun agak blur dipermulaan cerita, tapi dapat paham balik di pertengahan cerita. haiiissh. sapa suruh pergi tengok wayang lepas exam ye? konpem la otak lambat sikit. hihihi. suka ayat last dia.


this is not our faith
this is what we had done


kita yang menentukan masa depan kita kan? takdir memang dah ditetapkan, tapi kita tak tahu apa kesudahan kita. tak tahu apa takdir kita. jangan nak salahkan takdir kalau kita menjadi golongan yang gagal. tapi salahkan diri sendiri kerana tak berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan.



cerita ke dua : drag me to the hell

mati-mati ingat cerita ni romantik ke apa. rupa2nya cerita tahyul. hampesss. ku ni jenis lelaki penakut, rasanya banyak tutup mata + pandang tempat lain + bukak sebelah mata je + pandang pop corn daripada tengok cerita tu. bagi 3 bintang saja! suggestion baik tengok ke tak? tak payah tengok laa.



cuma tertarik dengan adegan romantik die. auuuww. si laki tu sweet gila. betapa pentingnya percaya kat pasangan kita. menyokong semasa pasangan kita dalam kesusahan. tiada perasaan sangsi terhadap pasangan. kalau ada salah faham, bawak berbincang dengan cara elok. kalau semua suami isteri kat dunia macam ni, takde lah kes perceraian kooot. tak ingat pulak ayat-ayat dia nak tulis. sorry.



moral :

movie pertama pukul 6.10 sampai 8.45
movie kedua pukul 8.30 sampai 10.10


rasa-rasanya ku sembahyang maghrib tak? kat sini maghrib masuk pukul lebih kurang 9.30 malam, isya pukul lebih kurang 11 malam. mestilah sembahyang! cuma nak bagitau, kalau kita tak menjaga sembahyang, baik tak payah ngaku umat islam! ramai kan yang luar sana tak sembahyang sebab benda-benda macam ni? kan kan? ubah la sikap... kita je mampu mengubahnya



nota kaki : tengah menanda entry-entry yang masuk contest hari tu...53, banyak tuu!


53 ulasan:

  1. adeh...nak jawapan lawak lak..ape motiff letak dlm tembikai ada bijik klu lepas tu tak betul maksudkan ape didlamnye..cis!seb baik bkn menang fm..klu tak mesti kecewa giler..woohoo!

    citer transformer ke terminator ni uols??confused jap!

    nota kaki tu??hiks...

    BalasPadam
  2. 1 paper jer lagik! Yahoooo ... dah boleh mula menyengih tuh ... Hepiii nyerrrr ...
    Eh camno aku leh terlepas teka teki ko ... ? melepas aku!

    BalasPadam
  3. hihik
    da ubah da
    sib bek gtauu

    -bukan lucu, rasa tepat. hoho-

    BalasPadam
  4. cett.. ku tak sempat nk jawab kuiz tu.... kejam la ko joe.. hehehe..

    BalasPadam
  5. wah joe dah nak balik m'sia...
    tgu paluan kompang kt klia.....

    BalasPadam
  6. la.. dh ada org menang ker???
    x sempt nk pikir..
    sekejab je dpt pemenang nyer??
    dpt soalan bocor ker??? kihkihkih...
    jgn mare ye milimilo...

    BalasPadam
  7. sweet pon da tgok terminator salvation tuh..best la gak..huhuhu..

    BalasPadam
  8. joe..gua nak la hadiah tu..waaa

    BalasPadam
  9. tak best ke drag me to hell??
    baru nak tengok..

    BalasPadam
  10. joe.kau dah mcm cikgu joe.siap marking lg.ehe.tp n3 ler.xmau tukar kerjaya

    BalasPadam
  11. cet!!!!! caner leh terlepas kuiz ni..huh`

    BalasPadam
  12. ohhhh dah nak blk dah yer..
    selamat pulang ke Malaysia..
    btw entri pasal next teater akan menyusul esok..
    so leh la layan nti yer..

    BalasPadam
  13. Wah. Moral story yg terbaik..=)

    BalasPadam
  14. yeah. kak mili yg comel itu mmg hebat. ngehahah!

    BalasPadam
  15. tahniah kpd milo..terror tu..camne lak dlm nenas ade spongebob joe..hhhehhehe..terangkan joe.

    BalasPadam
  16. tahniah kpd pemenanh kita c milimilo!hehehe

    erm..nak tgok la wayg tu.best je moral stody die..

    apapun, selamat kembli ke tanahair joe!

    :D

    BalasPadam
  17. termination salvation~ totally rawwkk!!!

    BalasPadam
  18. eh, mcm tak sangke pulak..mmg bertuah betul la aku..yg 13 n 14 tu aku konfius..mule2 aku dah yakin 13hb..tp bile bace balik entri contest diumumkan tu, ko tulis 14hb..sbb tu aku tkr..hehe..tenkiu2 joe :)

    BalasPadam
  19. yeah, sbg penyepam terbaik, aku mmg takkan bg 1 komen je..terminator salvation tu kat sini asyik full je..kalo kosong pn kne seat dpn..mmg laku btol cite ni..tp knape aku xrase mcm nk tgok pn..haish

    BalasPadam
  20. oke2, aku janji yg ni last,
    aku masih berharap dgn contest baju man u tu, tp aku dah tkr link..kne kasik url baru ke ni?

    pepon, tenkiu joe :DD

    BalasPadam
  21. kepada mili congrats

    joe tanda leklok

    slow and staedy

    ahhahaha

    exam sudah mau habis

    sudah mahu baliik malaysia

    aq tumpang gembira

    BalasPadam
  22. mili sila tinggalkan url aru anda<--joe suruh

    hahahaha

    BalasPadam
  23. pesanan terakhir joe aq nak menang juga

    kenyit kenyit mata*

    hahahahahahahah

    BalasPadam
  24. dats y kna tgk midnight movie..
    laen la kalo tgh bulan purnama..
    hehe!!

    BalasPadam
  25. gd luck utk paper terakhir joe.. wat yg terbaik.. hehe.. chaiy0k3

    BalasPadam
  26. aiseh, igtkan ku sorg je yg penakut tgk citer seram2 neh. ngeh3~

    BalasPadam
  27. erk..adakah itu taktik?

    itu pulun namanya.huaha

    Padan muka pd teh ais :P

    BalasPadam
  28. terminator salvation memang best ;)

    Sebab...ada hero2 yg ensyem2.lala~

    Aku pun lost gak tgk cita tu.hikhik

    Tp tetap layannn adegan2 suspen cita tu ;)

    BalasPadam
  29. adik anis bg penumbuk kat anis sbb jwpn teka teki nenas tu wat die saket ati ...

    BalasPadam
  30. weh.. ko blaja kat paris ke??
    gile bapak best???

    BalasPadam
  31. waaa..lama tak jenguk blog..tuan blog sehat ke..huhu

    *wahh!!mili..ku jeleszzz...heee

    BalasPadam
  32. sorry joe da lame x kemari
    hik3
    busy2 skit
    tgk2 blog da ade pemenang
    huk3

    BalasPadam
  33. mahu juge ea eifel tower tuh
    hehe
    selamat pulang ke malaysia
    =D

    BalasPadam
  34. due2 citer kat tersangat la besh
    tp sedey woo
    x sempat tgk
    huk3
    musim cuti2 ni byk movie besh

    BalasPadam
  35. sowie ea joe
    da lame x kesinggahan
    jgn majuk2
    =D

    BalasPadam
  36. serbu joe kat klia
    ayuh!
    xD
    13hb nih
    gaye cam nk serbu artis puloks
    xD

    BalasPadam
  37. apsal dlm nenas ade spongebob plak pelik2..

    BalasPadam
  38. encik joe..
    hhuhu..skema tul ayat.
    anda dijemput utk amik award kat blog sy..

    sekian, terima kasih..


    p/s: takde ole2 nak balik mesia ni?

    BalasPadam
  39. congras mili~

    gd luck tuk last paper nt!

    N welcome back to Malaysia~

    suke statement joe yg last tuh.
    slalu sgt org islam lupe nk solat atas alasan timing movie tuh.
    da taw cm2h,jgn tgk movie kan.
    xpom bg gurls,tgk time ABC dr solat.
    slalu wat cm2h.
    kan sng,xla tambah dose.
    heee.:DDD

    BalasPadam
  40. Hoho.. Ku suka baca nota kaki tu.. Joe, jgn baca smpi juling naa.. Hik hik hik..

    BalasPadam
  41. Ala...terlepas...hahaha.
    tp,kalu ara jawab pown blum tntu btul..hik3.

    nyway joe,tahniah sbb x tggl smyang..njoy2 jugak,akhirat jgn lupew..-statement cam mawi la plak kn..ahaks.

    BalasPadam
  42. Watch this T-shirts.
    Watch and read mohammed t-shirt art from Sweden at,
    http://www.mohammedt-shirt.com
    Please read in English.

    BalasPadam
  43. wah..jeles giler~
    :p

    neway, congrates to mili!!
    (^_^)

    BalasPadam
  44. aku x menang....

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.