Khamis, 25 Jun 2009

mAKAN lANGSAT mASAM

multi-level-marketing ( mlm )

istilah ini memang sentiasa kita dengar. terutamanya orang cina yang banyak jadi kaya raya dengan jenis bisnes ini. kerja sikit di awal, dapat pulangan banyak kemudian!!


ada sesetengah kita cukup fobia dengan istilah mlm. dah cuba tapi tak jadi, bisnes yang mengarut, bisnes yang tipu orang dan macam-macam lagi stigma negatif dari masyarakat.


istilah ini ku dengar dan tahu definisinya semasa di matrik melaka dulu. ketika itu, felo kami memberitahu yang apa jenis mlm adalah haram di matrik. ku yang tak tahu menahu, terus beranggapan yang mlm ini adalah satu bisnes yang menipu orang!!


masa di matrik dulu, femes dengan luxor. ku tak tahu apa itu luxor sehingga lah ada kawanku yang memberitahu yang dia pernah join luxor.

caranya mudah
jadi ahli dengan rm2500
lepas tu dapat barang macam-macam

setelah dapat barang
KENE cari 4 lagi bawah kita
PENGARUH supaya mereka buat apa yang kita buat
dan orang itu pun nanti akan pengaruh orang lain
proses pengaruh mempengaruhi ni
berlanjutan sampai ke ntah bila


bagiku, ini tidak lain macam MEMAKSA orang beli barangan kita. kalau barangan itu mantap, boleh dikatakan berbaloi, kalau barangan itu sama dengan tarafnya dengan ubat di pasar malam, ku rasa itu menipu!!


sekarang ni banyak produk yang baru, contohnya dari china yang memang kaya dengan herba dan ubat-ubatan dari alam semulajadi dijadikan bahan untuk jenis bisnes mlm. ada juga yang betul-betul bermutu, mempunyai hasil yang mujarab, akan diterima orang!


untuk itu, yang mahu join bisnes mlm ini, kene betul-betul faham akan produk yang dijual.
buat reasearch di internet,
tak cukup internet, baca buku yang berkaitan,
tengok testimoni orang,
jangan tengok satu je, tengok biar sampai 10 pun takpe
lagi banyak lagi bagus!


kalau rasa yakin, teruskan
kalau memang rasa produk itu tipu
dan memang anda ingin berbisnes
baik tak payah!
sebab itu macam menipu!


ada juga bisnes di internet yang berbentuk mlm.
ada satu produk, biasanya berbentuk cd atau barangan elektronik
sapa yang beli, dapat point
dia yang promote kat orang lain pun (referral) pun akan dapat point
jadi ini boleh menambah promosi untuk barangan itu!

sama juga dengan kes diatas, kalau barangan itu benar-benar bagus, teruskan. kalau tak bagus?? baik tak payah!




mlm agama


yang ni banyak yang kita tak tahu, ku pun baru je tahu. semasa mengikuti satu ceramah dari seorang penceramah, ku didedahkan dengan mlm agama ni. dan yang paling best, kita tak rugi apa-apa. untungnya dari yang maha pencipta


-contoh satu-

seorang berbuat baik (katakan a)
niat hanya allah
untuk mendapat keredhaannya


ada seorang bukan islam (katakan b)
terpikat dengan sikap yang ditonjolkannya
dia memeluk islam


dia yang baru memeluk islam ini
telah memikat ahli keluarganya
dan kawan2nya lain
kerana sikap baiknya itu


akhirnya, ramai yang memeluk islam
agak-agaknya si a dapat tak "share" masuk islam orang bawah-bawah tu?
allahuallam,
kita buat, sudah pasti ada ganjaran dari dia di akhirat nanti!


modalnya hanya berbuat baik!!


-contoh 2-

seorang berdakwah di jalan allah (katakan a)
niat hanya allah
mendapat keredhaannya


ada seorang bukan islam (katakan b)
terpikat dengan cara dan pendekatan dakwah yang digunakan a
akhirnya d telah memeluk islam


dia yang baru memeluk islam ini
telah memikat ahli keluarganya dengan dakwah yang dibawa
ahli keluarganya memeluk islam


akhirnya, ramai yang memeluk islam
agak-agaknya si a dapat tak "share" masuk islam orang bawah-bawah tu?


modalnya cuma dakwah.


bagaimana dengan sebaliknya
orang yang berbuat jahat
memperdagangkan nilai agama?
agak-agaknya macam mana nanti dia di sana?
allahuallam
~~~~~



dengan bisnes seperti ini, ku mampu berjalan-jalan
dengan duit sendiri
merantau ke negara orang
mencari ilmu yang belum cukup



nota kaki : banyak durian, tak jumpa langsat. sapa nak belanja langsat???

40 ulasan:

  1. saya pon da juin st bisis mlm ni
    da kuar modal rm2000
    tp smpai skrg,aku xdpt hasil
    sbb aku xtau nk wat apa
    aku buntu
    aduh

    BalasPadam
  2. saya pon da juin st bisis mlm ni
    da kuar modal rm2000
    tp smpai skrg,aku xdpt hasil
    sbb aku xtau nk wat apa
    aku buntu
    aduh

    BalasPadam
  3. luxor plg best!
    sy penggunanya.eherm.

    BalasPadam
  4. pergh~

    MLM memang ada pro dan contra dia~

    er..aku ada join gaks..tapi suka2 jer~

    BalasPadam
  5. MLM memang salah satu perniagaan yang mejanjikan pulangan yang lumayan kalu kita rajin. Tapi tu lah..cam cakap mung tadi...kena pandai pilih produk. Kadang2 produk yang entah apa2 diaorg ni jual..nak beli pun takut. Budaya MLM ni dah menular ke budak2 U pulak sekarang. Berlumba-lumba nak masuk. Smpi guna duit PTPTN. Memang ada yang berjaya, tapi berapa kerat? Ada gak yang rasa cam dah besar bila dapat pendapatan dari MLM ni...dah rasa malas sambung study. Apa yang diaorg fikir..ooo..nanti dah grad pun belum tentu boleh dapat pendapatan macam ni!

    Pendapat aku, mana boleh fikir macam tu. Datang belajar niat untuk mencari ilmu. Mencari ilmu itu wajib. Tidak boleh dibanding dengan apapun nilai. MLM tu cuma kekayaan bersifat sementara. Sedih bila aku tgk budak2 melayu yang sgt teruja ngan wang ringgit!

    Maaf komen aku panjang. Baru2 ni aku dipromote oleh seorang budak U untuk join MLM gak...heheheee..

    BalasPadam
  6. tak buat luxor

    nanti la ku story bisnes ape
    hehe

    best best

    BalasPadam
  7. Island Red Cafe pun bt mlm gak..
    bisnes makan2..
    tp x join pn..
    x cukup modal..

    BalasPadam
  8. waaa...bagusnye..moga bisnes ko sentiasa sukses slalu..tp ajar2 la kt ktorg..hehe..

    BalasPadam
  9. bru smlm smbg ngn mmber..ade org ajak dy buat mlm ni..haha..
    dy xnak..aq pon xnak gak..
    mls aq~

    biar lmbat kaya,janji bahagia~


    tuntungkita.blogspot.com

    BalasPadam
  10. hampir terjebak ngn luxor...tapi x...dan sekrang nak melancong gume duit tabung ajela...~~~

    BalasPadam
  11. salam joe kongsikan kan kat kawan2 biz yang menarik..:)

    BalasPadam
  12. Bu setuju dengan pendapat joe tentang MLM tuh

    BalasPadam
  13. MLM agama mmg untung. Tengoklah nanti kat Akhirat. InsyaAllah senyum lebar menuju syurga.

    BalasPadam
  14. nak buat mlm ni,yg pertamanya dan terpenting..muka mau tebal hehe..nak dekati org,pujuk2 org,ketuk pintu rumah org hehe...

    BalasPadam
  15. hmm makan durian+manggis byk..
    bek tuk kshtan..cuba ler..lalala~.~

    BalasPadam
  16. luxor k?..a`ah dkt kmk da gak..xterpengaruhi pun...xlyan~.~

    BalasPadam
  17. sini banyak langsat... mai le sini

    BalasPadam
  18. adakah bisnes yg itu...alamak aku lupe lak name die..

    tp aku pernah buka page tu...mase nak masuk contest ko...

    BalasPadam
  19. buatlah bisnes yg kukuh..

    herbalife
    hehe

    BalasPadam
  20. ade jugk mlm yg ok,
    ade yg hangat-hangat je.
    ikot pade diri sendri.

    apepon org yg join mlm mmg msyukkk kn.
    hihi.

    BalasPadam
  21. yeah..kt kmm trkenal ngn luxor..
    ak nk tdo pn xleh..kne dgr ceramah dorg..haha

    BalasPadam
  22. duit tue mmg netul..hik333..

    nice en3... ku jua prnah join mlm..tp x menjadi..mgkin aku x byk usha tuk ke arah itu...

    joe...ape bus... bg tips..lallalalaala

    BalasPadam
  23. hurm....igt nnti abes study nk stat business bukak butik

    :p

    BalasPadam
  24. aq baru ja nak further dalam public admin and biz study

    lepas aq belajar aq pk nak buat bisnes apa

    ko ada keje kosong x untuk aq nanti

    BalasPadam
  25. bisnes usia muda memang bagus

    tahniah sebab dah memulakannya

    BalasPadam
  26. sy pon da wat luxor..tp ms tu just byr $50..hehehe..mmg untung but xminat nk jual n paksa2 org beli

    BalasPadam
  27. ohoho
    luxor...
    dlu2 mase skola mak de wat bisnes luxor nih.....
    then bile arwah adek meninggal...
    trus benti buat
    huhu

    BalasPadam
  28. Aku adalah seseorang yang memang tak boleh buat MLM. Setiap kali aku buat, aku asyik fikir, bila aku di tahap senang nanti, akan ada orang bawahan aku di tahap susah...Then, Aku push dia supaya berusaha... Aku dapat habuan banyak, dia kurang. Macam budaya ragging. Aku tak boleh...

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.