Selasa, 9 Jun 2009

cara mereka berblog

semalam, kawanku main xbox menggunakan desktopku, terpaksa ku mengupdate blog dengan dia punya laptop. kepuasan untuk melakukan adegan ombak-ombak terpaksa dimatikan. laptop dia tiada ombak-ombak


takde feel la macam ni!!


ok ok, kali ni entry berbentuk pelik. ini ku panggil kepuasan ilmu! begitu banyak cabangnya dan begitu banyak ku tak tahu. sebab itu adanya tok guru, mahaguru, cikgu, tutor, pengajar, dan macam-macam lagi title yang mengajar supaya kita paham.


semalam ku online untuk mencari sumber update terbaru. maklum la, sumber ni mesti dicari, supaya menarik perhatian si pembaca untuk membaca. ku terjumpa satu blog yang menggunakan domain sendiri.


jakunnya ku...


mana taknya, domain sendiri tu perkara biasa. ku je yang melihat perkara itu luar biasa. ishhh, macam goku yang melihat keajaiban manusia berada di tv, macam tu la aku yang melihat orang mempunyai domain sendiri.


mengikut blog yang ku baca itu, dia telah memperoleh pendapatan sendiri apabila berblog. ku begitu kagum!! sekali lagi kejakunan ku terserlah. mana taknya, itu perkara normal. ingat lagi ku ceritakan pasal nuffnang dan juga advertlet?



ye, ku ingat duit tu perkara yang main-main. ye la, lihat ku punya akaun advertlet yang dipasang sbulan setengah yang lepas kini dah cecah rm 20, macam tak caya duit itu kita dapat. kalau iklan advertlet, ku dapat 40-50 sen (pernah cecah 70 sen sehari). duit itu memang sikit, tapi itu dipanggil kepuasan.



dah tersasar tajuk dah ni. ok, bebrlaik cara lelaki itu berblog, dia telah memasang iklan di blognya kerana telah mencecah 12000 view sebulan. banyaknyaaa!!!


ku yang kekaguman sekali lagi


macam mana nak tengok?? ku ada stat, menunjukkan, pukul 11.59 malam, ada la yang view 350-400 sehari, kalau darab, jadi jugak 10000. banyak jugak tuu. hehe. ku telah berjaya mengopy paste view untuk bulan lepas, blogger amator macamku ni pun boleh cecah 13ribu per month! baru jumpa widget ni. haha, kamu yang otai blog bukannya nak bgtau kat ku pun!



Casino Games web counter



ini antara kejayaanku dan kekagumanku. ye la, copy paste code code entah apa-apa ni keluar graph. hahaha. budus nyeee. stat ni di pasang di hujung2 bulan 4, sebab tu graph bulan 4 tak tinggi. hehe.. kottt


-----


ada orang berblog untuk duit

tak salah untuk cari duit kan? ku yang tak tahu kuasa blog ni tak mahu cerita lebih-lebih, nanti ada orang marah. cuma bagi mereka diluar sana, ajar lah ku yang tak tahu ni macam mana. hahaha. ku pon ada jugak buat duit, tapi bukan memalui blog. cari custemer baru kat blog boleh la kan? hehe



ada orang berblog untuk glamer

ade jugak sesetengah blog yang memang isi takde, tapi banyak yang follower. letak gambar 2 3 keping yang cute-cute, terus dapat hit tinggi. ku tak mahu komplen apa-apa, sebab itu cara mereka berblog. dan, ku juga suka baca entry2 macam ni. layan gambar la ye? inilah keindahan berblog, penuh dengan ragam manusia



ada orang berblog untuk mengisi masa lapang

yang ni kurasakan amat banyak yang mengalami. dah bosan dengan dunia maya facebook, myspace, friendster, tagg ke apa, pindah pula ke blog. bagi mereka golongan ini, sudah pasti blog pun tidak akan kekal lama, sebab dunia blog bukan sekadar untuk mengisi masa lapang. lepas dapat banyak view, dari isi masa lapang jadi addicted pulak. hahaha, sesuka hati je istinba' hukum sendiri



ada orang berblog untuk kongsi diari

ku suka baca yang ni!!! mana taknya, takkala tengok entry cerita pergi port dickson la, tengok wayang la, makan kat sini situ la, pergi situ sini la, buat ku rindukan malaysia. yeeehaaa. takpe, ku akan balik tak lama lagi. sabar je la yee. hehe. ku pon kongsi jugak diari ku. kadang-kadang



ada orang berblog untuk cari pasangan hidup

opss, mungkin ku tergolong golongan ini??
lalala-



nota kaki :

1-ranking alexa ku dah bawah 2 juta. haha. gud gud
2-ade orang ajak bbq petang ni, sesi tambahkan lemak!!
3-semalan baca entry untuk contest, ada satu entry tu buat ku ketawa gila-gila. hehe, bagus betol kamu semua menulis ye, kene blajo lagi ni dari kamu semua!


MySpace Countdowns


widget ini telah ditambah!!!

60 ulasan:

  1. salam joe..kty berblog sbb mengisi masa lapang..sbb kdg kt opis takde keje..bos selalu outstation..bos pun tau apa kty buek..kalo takde tenet..mati keras le kt opis..bhusan..dari mengisi masa lapang..ianya sebagai diari hidup..tp lelama..dpt ramai kawan..dan..dpt sdkit imbuhan..

    BalasPadam
  2. ko dah dapat pasangan ke berblog nie? ha..ha..ha

    BalasPadam
  3. bagi WAN..
    tujuan utama WAN buat blog ialah
    untuk kongsi diari tu 1 kepuasan bagi diri ni..
    lu joe yg mana 1??

    BalasPadam
  4. Mana la tau kan... suatu hari nnt, kita hilang ingatan ke.... cari balik sapa diri kita kt blog la... hm... bole mcm tu? apapn Tahniah utk pencapaian yg memberangsangkan

    BalasPadam
  5. Ku suka baca entry telur.. Besh banget.. Haha.. =p

    BalasPadam
  6. Banyaknya pasangan kamu.. haha


    Saya tergolong dalam apa yek..
    saya golongan suka lukis...

    BalasPadam
  7. fuuyoooo 14ribu sebulan..glamer nye uols!klu weols baik takyah letak graph tu..wat malu jerk..sebulan seribu pun belum tentu!hiks..

    weols berblog sbb pengaruh kawan pastu bile terjebak weols lak yg over dr kawan yg pengaruh tu..hiks!
    niat di hati mmg nak cari duit smpingan tp tak pandai..nuffnang nye acc pun baru dpt 14 hengget jerk.hiks

    BalasPadam
  8. aku no 3 & 4! hehe

    eh! penin aku tgk benda bulat2 tu.. tp tgk gak! haha

    BalasPadam
  9. owh ye.. aku stuju ngan idea John tu! =p

    BalasPadam
  10. manis berblog coz nak share manis pnye opinions.
    dlu mule2 jdkan diary je, then lame2 dh tuka da.
    btw, hbat gile hit smpai 13ribu per months.
    manis bru 3-4 ribu je :((

    BalasPadam
  11. hoho
    rajin update maka ramai la viewers

    aku plk skrng ni dh malas nk berblog...tolong aku :(

    BalasPadam
  12. agaknye.. ku masok kategori mane la ehh..
    tp ku rase ku ske share sal diari... tp org ckp diari mane leh bg owg bc kan2??

    BalasPadam
  13. ku suka komen bro john iverson..mcm best je kalo ilang ingatan n bace blog nak bg ingt balik..huhu..

    aku dlm golongan yg blogging sbb isi masa lapang kot.. :DD

    BalasPadam
  14. ...betul tu...
    ...berblog sebab dah boring dgn fs, ms 2 semua...
    ...lg 1 berblog sbb room8 yg mempengaruhi...hehehe

    BalasPadam
  15. aku ber blog untuk berhibur sahaja

    lalala

    BalasPadam
  16. wah
    adegan ombak ombak?
    apekah itu?

    BalasPadam
  17. Berblog utk berkongsi cerita dgn org lain .

    BalasPadam
  18. wow!
    tahniah2!
    hiks3
    ku berblog karena someone
    suka baca blog beliau
    kdg2 suke mengisi masa lapang yg terluang
    xD

    BalasPadam
  19. some people b'blog utk lima2 sbb 2.
    ;)
    but most that i know,utk isi mse lpg n kongsi diari.

    BalasPadam
  20. for me, menulis di blog adalah satu therapy
    so mse menulis ni lah dpt luahkan mcm2
    :)

    BalasPadam
  21. assalamualaikum joe.

    hi apa khabar?
    harap nnt dapat kongsi entri yg boleh buat kamu gelak tu yer.
    boleh la gelak beramai-ramai juga.
    ehhehehe..
    siapa la agaknya yg jd pemenang tu yer.
    sy suka blog utk isi masa lapang dan buat ala-ala mcm public diary =)

    BalasPadam
  22. joe asal aq blog sebab aq suka blog xda?


    hahahahha

    blog itu umpama dadah

    xdpt gian

    BalasPadam
  23. uih..dasyatnya kamu..berbelas ribu..tahniah :D

    BalasPadam
  24. aku kategori mana ek? tgah pk jap..hehe

    BalasPadam
  25. saya blog sbb saya suka merepek..
    dulu2 masa zaman belajar dari pas abis SPM sampai abis practical, kerja hari2 nulis dairy.sampai kdg2 setahun 3 buku dairy..bukan tulis ape, merepek2 aje.siap ade gambar2 lagi tampal.tu jadi 3 buku setahun..baca balik cam kelakar je rasa.ayat merepek btl!!

    BalasPadam
  26. bro, ko dah dpt payment adverlets? aku rasa depa ni tipu... ramai yg depa x bayo termasuk aku ni...

    BalasPadam
  27. blog sebab nak mendiari sambil luah and lepas perasaan..hihih.. nak glemer..idokkklerr teman... nak dapat duit..teringin juge.. hmm..ape2 pun.. i love blog..

    samat dapat pasangan blog yang cunggg and marveloussss bro joegrimjow..:)

    BalasPadam
  28. aku blog membebel sebab kat dunia nyata x ada sapa dak dengar. haha

    BalasPadam
  29. ixora berblog kerana berkongsi cerita...bertukar pendapat....

    :D

    BalasPadam
  30. adegan ombak-ombak?
    apekah itu?

    BalasPadam
  31. saya blogging utk kepuasan diri padan mulanya (hence the mypunchingbag)..tapi bila dah ramai plak tahu blog tu..kadang2 nak share jugak sesetengah perkara..tp di kala sibuk dan tiada masa nak fkir secara serius sgt..blog jd kurang informative, I tend to blog more about myself. ;)

    BalasPadam
  32. daku berblog pabile dtg mood
    hee~

    BalasPadam
  33. manusia macam2 jenis so the way they blogging also must b various maa~

    :p

    BalasPadam
  34. hye..
    sya suke entry awk yg ni..
    secara kbtolan sya mmg nk explain something psal cara nk berblog..
    so ade ayat2 u yg sya copy utk explain kat blog sya..
    thanks..
    hope u xkesah i copy ayat u utk sbg explain..
    ;))
    nice blog...

    BalasPadam
  35. aku b'blog sbb suka baca blk apa aku penah buat...

    p/s: dh jmpa gilpren?

    BalasPadam
  36. blog sebab suka nak menulis. kalau cerita-cerita kita tu buat orang suka, or happy, or berfikir, bagus jugak kan?

    ada jugak gunanya tu. tu pun kalau orang baca laaa kan? :)

    BalasPadam
  37. mcm mana nk buat duit...??
    boleh gak tampung2 duit broadband aku bulan2...
    hehehe...

    tunjuk ajar ku sifu...

    BalasPadam
  38. MaMa pula berblog 3 in 1:

    1. utk promote bisnes & my 'artist'

    2. utk share my life journey

    3. utk cari kawan & $$$$ from Nuffnang...

    Boleh ke jawab camtu?

    p/s: dah STOP jual ubat kurus ke? nak beli ni...

    BalasPadam
  39. aku suka baca blog je, tulis plk time ada masa lapang. idea x byk maa. so, rajin2 la menulis, aku suka je baca. hehe

    BalasPadam
  40. joe.kau berblog nk cari pasangan??hahaha..papapun.aku singgah blog kau sbb ianya cool

    BalasPadam
  41. ain plak utk isi lpg n bznes gak..
    :)
    bminat ng spacetunai??
    ngee

    BalasPadam
  42. sy blogging mula2 atas 'hasutan' kwn2..wakakakka...

    lama kelamaan syok blogging dpt kwn2 baru...sambil2 blogging utk abadikan kenangan bersama keluarga..

    sok2 anak cucu leh baca..hihi

    BalasPadam
  43. berblog ni bagus...sangat bagus...

    ape ek nak komen..semua dh komen..haha,,,,

    BalasPadam
  44. sy? sy? sy?

    tergolong di dalam?

    teeeett.

    pk kan sndiri jwpnnya.nggeee

    BalasPadam
  45. sy? sy? sy?

    tergolong di dalam?

    teeeett.

    pk kan sndiri jwpnnya.nggeee

    BalasPadam
  46. ku berblog ikut mood..

    blog boley tmbah ilmu, tmbah ramai kwn..dan fun...pasangan?mau jugak..wakaka:-P

    BalasPadam
  47. ~erm..iva kategori yg mane ek...??hehehe...glamer xkot...huhu..biasa2 je..kongsi diari..erm...betUL tUh..cari jOdoh..hahahahaha..tidak mungkin...~

    BalasPadam
  48. berblogging utk kesenangan hati

    BalasPadam
  49. setiap orang ada alasan masingmasing untuk berblog.ngee.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.