Ahad, 3 Mei 2009

kesan bawang putih- spageti bandung-


cerita ini aku taip setelah mendapat idea dari hasil masakan "spagejo" (hanya housemateku yg tau ape itu spagejo)

~~~~

amira dan baiti, dua gadis berlainan bahasa pertuturan. dari segi sikap, bagai langit dengan bumi. amira mahukan kesempurnaan dalam hidupnya, tapi tidak bekerja ke arah itu. baiti gadis normal yang agak detail kerjanya, mengelamun??memang itu rutinnya. nasib baiti tidak se gah amira, anak angkat puan farahin menjadikan kasih sayang yang diperoleh tidak secukupnya.


baiti merenung nasibnya yang malang


puan farahin aktif berblog. ada kenalannya yang baru pulang ke malaysia dari uk. sambung belajar katanya. puan farahin menjemput kawannya itu yang sedang sangap mencari pasangan hidup untuk dinikahkan dengan anaknya, amira.

amira bukan kepalang gembira, emaknya mahu kahwinkan dia dengan pemuda berbody arjun rampal dengannya. nescaya malamnya akan indah. baiti yang hanya mendengar, hanya mengeluh tidak keruan.


hari dinantikan sudah tiba


pemuda itu datang membawa bmw 3 series yang dibeli secara cash di uk. 3 series sukup mewah bagi seorang student yang menceburi bidang bisnes. puan farahin dan amira menjemput pemuda itu masuk kerumah.

setelah berbual kosong, pemuda itu terlihat gambar keluarga puan farahin. dilihatnya ada gadis berbaju putih disamping amira yang berbaju merah. puan farahin memanggil baiti untuk dikenalkan kepada pemuda itu. pemuda itu kagum dengan eloknya muka baiti. amira pun sangat lawa di matanya. dia menjadi nanar dengan kecantikan....


mendapat idea


pemuda itu menjelaskan bahawa dia mahu mencari jodoh. tanpa segan dan terlalu sangap, dia terus meminang anak puan farahin. puan farahin begitu suka sampai terjerit, yahuuu. tapi pemuda itu menjelaskan, dia suka makan spageti. spageti makanan rujinya disana sebab senang untuk dibuat. oleh itu, dia mahu seorang isteri yang sedap masakannya, terutama spageti.

diberitahu lagi, dia terpikat dengan amira dan juga baiti. sebab adik beradik tidak boleh dimadukan, dia hanya mahu berkahwin seorang sahaja. dibuat syarat supaya anak-anak puan farahin untuk memasak mee bandung, tetapi menggunakan spageti untuk gantikan mee.

puan farahin setuju. disuruh anaknya berdua pergi kedapur untuk memasak.

amira memang handal memasak
walaupun perangai tidak serajin baiti

baiti pun handal memasak
walaupun selalu dianaktirikan

amira mula memasak dahulu. alat tumisannya cukup ringkas. dia tertinggal bawang putih. terlampau banyak bawang merah digunakan

baiti menyambung selepas itu. alat tumisnya cukup, bawang merah, putih semua dimasukkan. dia berasa gembira untuk memasak kepada bakal suaminya itu


pemuda itu tidak sabar untuk merasakan masakan mereka berdua. apabila sudah siap, dia pun try masakan meraka. mula-mula diambil masakan amira.

"wahhh, sedap betul! dah la cantik, pandai masak pulak"

amira tersipu malu dipuji jejaka body arjun rampal itu. baiti mula cuak, dia beroda didalam hatinya supaya masakannya mendapat jugak pujian dari jejaka itu. pemuda itu try masakan baiti pula

"wahh, ni pun sedap! cantik dan pandai masak. best best"

baiti tersipu malu. puan farahin dan amira mula cuak.

pemuda itu yang pakar dalam masakan membuat spageti bandung ini membuat keputusan. dipilihnya masakan baiti. dan baiti akan menjadi isterinya. amira terkejut dan meminta penjelasan.

"masakan kamu sedap, tapi tertinggal bawang putih. macam firts time aku belajar masak kat uk dlu, tertinggal bawang putih.housemateku tak lalu makan. masakan baiti pula sedap dan rasanya cukup, bawang putih pu dimasukkan. masakan ini macam masakan housemate aku puji masak sebab sedap. padahal bezanya hanya bawang putih"

puan farahin kecewa
amira lagi kecewa

pemuda itu dan baiti bahagia hidup bersama. sekarang mereka memiliki warung spageti bandung di jalan raja laut, dekat dengan medan mara


moral

puan farahin-sayanglah pada anak walaupun dia anak tiri
amira-nak sempurna, kene pandai buat kerja
baiti-jangan asyik mengelamun, kerja kene buat
pemuda-nak body arjun rampal atau van diesal, pergi ke gym!!

bawang putih-ada benda yang kita nampak kecik padahal besar maknanya. tak tahu yang mana besar yang mana kecik? tu pasal kene ambik semua pekara serius, jangan pandang rendah

lalala~

43 ulasan:

  1. siapakah arjun rampal itu?

    jeng~jeng~jeng~

    BalasPadam
  2. best la citer kamu nih joe...

    nak sedap mmg kena banyak garlic. kecuali masak lemak.

    BalasPadam
  3. owah gitu rupenyer ceriter spagejo..bgus2....nama baru..spagejo...bley disebar 6t

    BalasPadam
  4. body arjun rampal idaman ku
    sekian...

    BalasPadam
  5. heh.
    besarnye peranan bwg putih.haha

    BalasPadam
  6. bwg putih best sbb bile potong xpedih mate..
    kalo bwg merah..mak aih..pedih mate smpai ptong jari,,hoho

    BalasPadam
  7. bwg merah bwg putih~
    amirah dan baiti~

    BalasPadam
  8. sifat2 baiti tu cm ku gak...kuat
    mgelamun je tiap2 ary..hooo..(^_^)

    cam cter bwang ptih n bwg merah je
    ni..heeeee..(@_@)

    arjun rampal pn d antra plakon yg aku mnat
    gak...body fuyohhh, habat tyu.nk
    body cm tyu gak lah..haha..(#_#)

    ven disel lagi mantap body
    die...up skit dary arjun..wahaha..
    (^_^)

    spagejo tyu cm spagety ker...xpnah
    dgaq lah joe...heehee(@_@)

    btoi tyu joe, kalo xde bwang putih
    msakan jd xsdap..tp ku x ske mkn
    bwang poteh..nnty akn loye je
    molut.nnty bile da kwih ku akn
    soroh istry ku ltak ckit je bwg
    poteh...heheee..(^_^)

    moral of the story cter ni yg
    sesoai ialh, bwang putih jangn d
    lupe..hahaha..(@_@)

    BalasPadam
  9. ade gak masak untuk family gune bawang putih ngan bawang merah...bile masuk dua-dua...semuanyer abis kecuali bawang putih...so, mcm membazir la plak..pastu da jarang gune bawang putih..

    arjun rampal suke bawang putih??so, sorry to say la...aq hanya mampu melihat arjun rampal kawin ngan orang lain.....

    BalasPadam
  10. nak gi belajar masak spageti la gini..kot2 ada anak raja datang minang hahahaa

    BalasPadam
  11. lin baru plan nak masak spegeti esok.
    h0h0~

    kipas-susah-mati-spageti
    :D

    BalasPadam
  12. waa bagus entri neh.
    Mula2 xphm gak.tp bce smpai abis baru taw.Hehe.

    BalasPadam
  13. bawang putih dan bawang merah..

    BalasPadam
  14. stuju cakap sis milimilo.
    suke potong bawang putih.
    hik3.
    ;))

    BalasPadam
  15. aq rasa aq tau hidden meaning dy

    atau aq terlebih puitis?

    BalasPadam
  16. arjun ramapal xsehebat hugh jackman

    BalasPadam
  17. Cinta bawang puteh,bertuah baiti,dpat plak suami bdan arjun rampal :P

    BalasPadam
  18. nk halau vampire..
    hembus ngan garlic..
    hua3...
    :D

    BalasPadam
  19. hehehe...
    besh bile membace....
    memacam...
    =P
    xD

    BalasPadam
  20. Best la cite ni..
    Macam cite cinderella pun ada..
    Macam cite bawang putih bawang merah pun ada..
    Memang best..

    BalasPadam
  21. joe..
    daku kemusykilan seketika..

    'sangap' de bnyk maksud ea?

    aritu, mila ckp ah ngan membe,, 'nak tdo dulu ni, da sangap 2 juta kali'

    then dia ckp 'ko lusyah ahh'

    erkk.. mila maksudkan sangap tu adelah menguap sbb ngantuk ofkosh..

    tp dia kata,, kalu kat kontan,, sangap tu ala2 nak benda yg tak murni laa.. huk3..

    sangap yg kamu maksudkan pula apakah?

    BalasPadam
  22. muahaha.. cmana la dapat beza masakan ada bawang putih or takdak.. sama ja.. pelik2

    BalasPadam
  23. aku tggu cerita bayang gilang dgn bawang blnder pulak

    BalasPadam
  24. si arjun rampal itu suka mkn spageti?

    BalasPadam
  25. sangap adlah kemahuan yg sangt2

    BalasPadam
  26. spageti bandung..
    uhm ..
    mcm2 ..

    BalasPadam
  27. citer menarik..bagus..k, nak tdo..dada~

    p/s:kim slm ngn arjun rampal..ZZzZZzz

    BalasPadam
  28. macam cerita bawang merah bawang putih
    putih oooo putih
    merah oooo merah

    BalasPadam
  29. Salam joe,
    patut pun tenggelam timbul... hehehe... udah difolow+link... TQ

    BalasPadam
  30. bagus2 bley jadi penulis novel..

    and they live happily ever after..

    BalasPadam
  31. OH..mnakotkan cter nh..
    dah ah ak xpndai masak..
    bf ak buang ak ke nntI??
    adehh..

    BalasPadam
  32. warung tu wujud tak?? nak gi cuba spageti die.. hehe..

    BalasPadam
  33. spaghetti..
    masakan kegemaran sy.kalau dia jmpa sy mesti dia mau kwin ngan sy.hahaha. lol :P:P:P

    BalasPadam
  34. arjun rampal?? hero hindustani.. ^^
    tapi body CR lebih menggiurkan..serta belalai gajah yang basarrrrr!! ngeeeeheHE~ XD

    BalasPadam
  35. spangejo..
    spageti + benjo ke???

    BalasPadam
  36. wei..tetiba buat aku lpaq spageti nih.btw,aku xpenah dgr spagejo.apakah itu bro?spageti yg dmsk oleh joe?

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.