Jumaat, 13 Februari 2009

untungnya aku

beza dengan orang lain. sememangnya jauh ketara antara hidup aku dengan hidup dia.kenapa perlu ada perbezaan ini?

dia anak jutawan. aku anak kedana

dia budak pandai. aku budak lembap

dia pandai bersukan. aku kaki bangku

dia seorang lawa. aku muka buruk

memang ini tidak adil. kenapa perlu ada jurang sebegini? status membezakan. ramai oarang suka akannya sebab dia seorng yang lawa, pandai, kaya dan bersukan.

aku???
apa yang ada???

lembap. mahukah orang berkawan dengan si lembap?
buruk. mahukah orang berjalan bersama si buruk?
kedana. mahukah orang keluar bersama si kedana?
kaki bangku. mahukah orang bersukan dengan si kaki bangku?

mustahil. impossible. tak mungkin. takkan terjadi.

hurmmm

walauapapun. aku tetap bahagia. kerana aku masih dalam hidup dalam islam. nikmat yang terbesar.

aku bersyukur kerana di kurniakan muka yang elok. walaupun buruk. ak masih ada mata. aku juga ada hidung. mulut. telinga. semua lengkap. beza dengan dia. memang aku tidak puas hati. tapi dengan mereka. aku bersyukur. ada kalangan mereka yang tidak dikurniakan wajah yang sempurna.
buta kerana tiada mata
pekak kerana tiada telinga
bisu kerana tiada lidah

aku? bersyukur pada yang satu. dikurniakan dengan semua lengkap



hurmmm


perihal kedana. aku memang bersyukur kerana masih lagi boleh untuk makan nasi. makan roti. dan macam lagi. aku juga boleh untuk membeli barangan yang tidak seberapa mahal. banding dengan dia. bagai langit dengan bumi. dia ada BMW. rumah 3 tingkat. kalau keluar berjalan. teman semua di belanja. tapi kalau banding dengan mereka. aku sememangnya bersyukur.
mengemis kerana makan.
meminta kerana lapar.
tiada duit untuk menyuap sibiji nasi pun.


aku?? bersyukur pada yang RAHIM




hurmmm


pandai? memang satu anugerah. yang bodoh. juga anugerah. bodoh untuk belajar menjadi pandai. pandai untuk pandai bersyukur dengan nikmat yang satu. banding dengan dia. memang aku bagai tikus dan dia lah kancil. study last minute pun cemerlang. berkata-kata pun hebat.tapi banding dengan mereka. aku sangat berterima kasih. ada tempat untuk belajar. menimba ilmu yang terbentang luas. mereka?
hampar tikar untuk menuntuk ilmu
berpanas terik untuk mencari ilmu
berhujan basah untuk minimba ilmu

aku??? rasa cukup nimat dengan apa yang ada




hurmmm


kaki bangku memang tidak popular. apatah lagi sering dipandang remeh oleh teman. sakit memang sakit. sakit hati. banding dengan dia, hebat dalam bersukan. badan atlet. berketul-ketul otot. di kaki. di badan dan juga di tangan. sebuat saja apa jenis sukan. memang nama dia yang akan disebut dahulu. tapi banding dengan mereka. aku sangat bersyukur.
aku masih ada kaki untuk berlari
aku masih ada tangan untuk memukul
setakat untuk bermain suka-suka. aku boleh. mereka? mengalir air mata kerana melihat orang lain berlari. tiada kaki. menghembus hela yang panjang melihat orang lain bersuka ria. tiada tangan.

aku???cukup bersyukur


teman,
tiada guna untuk banding dengan dia yang hebat
tiada guna. memang tiada guna.

teman,
bersyukurlah dengan apa yang ada.
kerana ada mereka yang tiada apa yang kita ada

tidak rugi masa kita untuk mengucap
alhamdulillah
tiada rugi bagi kita untuk berdoa
kepada yang maha esa

basahkan bibir kita dengan ungkapan mulia
memuji kebesaranNYA

andai kita di tempat dia, bersyukurlah
andai kita di tempat mereka, bersyukurlah
andai kita di tempat kita, bersyukurlah


pss: salam hari jumaat

11 ulasan:

  1. ye, kiter spatutnyr bersyukur dengan ilahi, jangn mengeluh dengn ketentuan ilahi, terima dengan hati yang pasrah dan ikhlas...mungkin ada hikmah d sebalik itu...anggaplah ianye satu pemberian yang sangt berharga erk...

    tapi untuk mencapai ape yang kter mahu, perlulah usaha n smngt yang kuat...

    lihat n bce dari cter tu, cam kmo ni lmah sngat jika d bdingkn dngn die, xleh leee cm tu..sume mnusia same, bek kedana ataupn kaye...bek pandai atau xpandai..just kter je perlukn cpai tahap dieorang.. bleh ape nk jd genius n pndai..xmustahilkan....

    BalasPadam
  2. mnginsafkn.. :) huu~

    BalasPadam
  3. errmm..tak terkata..tibe2 teringt surah al-baqarah ayt 286..
    hmm..pape pun,it's a touchable blog entry..
    keep on blogging~!

    BalasPadam
  4. yeah...dats da word..'bersyukur'....

    n me bersyukur dgn apa yg ada skrg....;D

    * salam kenal....;D

    BalasPadam
  5. sama2 semua muhasabh yaa
    blog cara terbek untuk muhasabh diri

    BalasPadam
  6. salam ziarah~ menarik =)

    BalasPadam
  7. ku terasa tu
    ku main ping pong x hebat mcm ko
    bercakap pun x hebat mcm ko
    yg ku lebih hanyalah lebihan babat di perut

    wuuu

    BalasPadam
  8. . saye pon same

    . salam ziarah kembali, ade blog bagi r link,ley baca

    . heh, ko mmg suke merendah diri, gud2.huhu

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.