Share

Nokia E7 Review (7): Guest Blogger #Maxis10

Segmen review Nokia E7 ada 3 entry wajib tulis. Ni salah satu entry wajib kiranya. Kena jemput seorang blogger untuk review sama. Kat Kelantan ni aku tak ramai kawan blog, kalau kat KL tu bersepah la. Nasib baiklah teringatkan encik paih, kawan blog yang kini dah buat Herbalife sama-sama dengan aku. Hehe. Dengan 1 formula 1 je dia dah turun 2kg kot. wahaa. Ok, jom baca apa yang dia review dalam blog dia.

Aku bagi pukul 9.30 semalam dan ambil balik pukul 12.30 tadi. Cukup la tu kan?


*******

salam buat semua yang sudi singgah ke sini..pertama sekali aku nak ucap terima kasih kepada abe joe @ brader joegrimjow sebab bagi peluang kat aku untuk merasai kehangatan nokia E7 dan seterusnya me’review’ serba sedikit tentang handphone keluaran nokia ni..





aku sebenarnya bukan mahir dalam bab me’review’ barang ni..tambah2 lagi handphone yang serba canggih ini..membuatkan aku jadi cam si jakun kejap al-maklumlah aku pakai handphone nokia 3310 jewk..(ok yang tu tipu)..so, sesudah sampai rumah lepas dari perjumpaan HOM aku terus usha2 godek2 awek baru ni..hehe..awek untuk satu malam..

1. first,, aku kalau handphone canggih2 ni aku try dia punya application untuk surf internet ni..LULUS..apalagi,, aku terus buka facebook..nak menunjukkan lagi kejakunan aku ni..walhal laptop depan mata dah buka facebook dah..haha..aku tengok facebook dalam handphone ni boleh tahan la..kalau siapa2 yang fb maniac tu memang puas hati la sebab screen handphone ni memang besar..pastu aku try buka youtube pulak..lagi la syok nak tengok video dengan handphone ni..dengan skrinnya yang besar gedabak..dan sound system dia memang ok..dah x payah guna earphone..kalau mana2 girls atau boys yang suka sangat layan video matluthfi90 dengan anwarhadi tu elok benar la beli handphone ni..(promote sikit)..

2. bagi yang suka mesej dengan pakwe atau makwe korang tu..handphone ni bagi dua pilihan samaada dengan touch screen ataupun dengan keyboard..bagi aku dua2 ni xde masalah kalau dah lama biasa guna..macam handphone biasa dulu2 korang merangkak gak nak taip satu perkataan ke satu ayat kan..tapi bila dah lama siap boleh taip mesej sambil pejam mata kan..tapi saiz handphone ni yang agak super besar,, korang perlu gunakan kedua-dua belah tangan untuk menggunakan handphone ni..(xpe bagi exercise tangan korang)..kalau tangan korang tu besar lain cerita la pulak..aku rasa handphone ni boleh ganti aku punya dumbell kot japg..hehe..

3. aku try dia punya camera pulak..hehe..8MP..banyak x??aku jakun sikit bab2 ni..nak tahu apa yang buat aku excited dengan camera handphone ni??dia ada pengecaman muka..betul x ni??aku nak bagi yang english takut salah pulak..hehe..so,,ni khusus bagi girl-girl yang gila camera tu..boleh la beli handphone ni..pasni boleh amik gambar dari pelbagai posisi..atas, tepi, bawah, belakang..semua boleh..pasti x miss muka korang dengan adanya pengecaman muka ni..

oklah..dah banyak kot ni aku review..review simple2 jew..x masuk yang detail2 pown..bagi aku handphone ni boleh bagi kepuasan dan kenikmatan bila tengok video dengan skrinnya yang besar dan dengar lagu2 fevret dengan sistem sound yang cukup kuat..dari 5 bintang aku bagi 4 setengah bintang..haha..macam pro pulak aku me’review’ handphone ni..

paihujey: mohon maaf sekiranya penggunaan perkataan ‘jakun’ tidak disenangi oleh mana2 pihak..aku tulis cuma ingin mengambarkan diri aku yang x tahu apa2 pasal gadget ni..peace..=)


*******

Wokey, itu je review dari dia. Entry penuh boleh baca kat sini. Nak berkenalan dengan Encik Paih ni pun boleh kot2 nak tanya macam mana dia buat boleh turun berat badan ke. kekeke

thank u paih!!


pss : tinggal 1 lagi entry wajib. Esok kot =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nokia E7 Review (6): FAQ dari pembaca #Maxis10


Ok, terima kasih kepada semua yang bertanya mengenai Nokia E7. Kali ini aku akan cuba menjawab sepenuhnya dan jawapan ini hanya dari seorang pengguna, bukannya pencipta ke apa. Jadi salah silap tu harap maklum. hehe




1) saya annonymous : browser
browser dia support banyak tak? Sebeb last time on N900 banyak boleh support... E7...boleh ke? haha..

Aku ada update entry ke 3 review ini menggunakan platform blogger. Aku rasa situ pun dah browser dia boleh support banyak. Setakat ni dah cuba layari internet dengan Nokia E7 ni dan hampir semua  laman web yang aku layari boleh dilihat. Untuk lebih jelas lagi, sini ada full support dari Nokia E7

  • Full web browsing of real web pages
  • Web browsing with touch control
  • Supported markup languages: HTML, XHTML MP, WML, CSS
  • Supported protocols: HTTP v1.1, WAP
  • TCP/IP support
  • Visual history, HTML and JavaScript support
  • Flash Lite 4 will support a majority of Flash Player 10.1 content
  • Nokia Mobile Search
  • RSS reader
  • Support for streaming video
  • Unified home screen access to Facebook and Twitter through Ovi by Nokia Social client
  • Social networking profiles visible in phone contacts
  • Upload and view photos and video and see locations via Ovi by Nokia Social client
  • Social networking events visible in phone calendar

Kat atas ni aku pun banyak tak tahu. kesimpulan dia - banyak boleh supportlah




2) Izat Tarmizi : Beza dengan Nokia E7 danN8

Apa beza E7 dan N8?Aku dengar N8 dulu banyak problem,ramai yang return balik sebab masalah processor,so E7 punya processor setakat ni ok tak?ada hang mana-mana tak?restart?

Aku tak pernah guna N8 lagi jadi tak boleh nak komen banyak-banyak. Cuma N8 ni glamer sebab camera dia 12 Megapixel, berbanding E7 yang hanya 8 Megapixel dan kualiti gambar E7 agak hampeh. Tapi video lawa! hehe. Saiz pulak E7 lagi besar, 4" kot compare dengan N8 3.5"

E7 setakat aku guna memang ok. Multi task dia terbaik. Nokia ni agak glamer dengan lagging + hang kan? E7 pun tak terkecuali tapi hanya berlaku bila bateri tinggal 2 bar. kalau full bar tu, laju jugak termasuk nak browse internet

Untuk perbezaan Nokia E7 dan N8, boleh baca di pautan ini


Kalau korang tanya saya ada duit, nak beli 1 je handphone, Nokia N8 atau E7 aku akan syorkan Nokia E7. Hehehe




3) Srikandibiologi - keypad


Ada dua soalan. ringkas.

1. masih 3G atau dah ada support 4G?
2. touch-screen kan? kalau on mode touch screen utk message, keyboard display as suma huruf keyboard secara maya terpapar dalam satu atau masih terpapar seperti keypad handphone biasa?
(sorry if quest.look 'idiota'. but i found it ridiculous if message touch screen tp masih kena tekan tiga kali untuk dptkan huruf C)

Soalan Pertama - Tak pastilah nak check kat mana benda alah ni, tapi kalau masukkan simcard, die tulis kat situ 3.5G. haa, macam mana tu? kekeke.

Soalan Kedua - Aha, soalan yang bagus. Camni, yang specel pasal Nokia E7 ni, dia ada 3 cara nak menaip. waha! Pertama, touch screen menegak (paham kan?) kalau menaip cara ni, dia guna cara normal HP nokia - kena tekan 3 kali untuk C. Kedua, touch screen melintang, kalau guna cara ni, dia guna macam keyboard maya. Ketiga - slide dan guna terus QWERTY Keyboard (of koz kedudukan melintang), guna cara ni sangat stylo dan kekuatan E7 terletak pada kerboard die ni la.

Kalau tanya aku cara mana yang paling suka - nak type msg guna cara pertama (tekan 3 kali untuk C, kekeke) dan kalau untuk menaip sesuatu yang panjang, nak buat resume ke, power point ke (stylo tak boleh buat power point dalam handphone?sangat stylo ok!!!) aku guna cara ketiga




4) Adam Bin Ahmad - GPS dan Symbian ^ 3

saya ada baca yang Nokia punye GPS superb giler. boleh encik joe clarify kan?
kita sume sedia maklum bahawa Nokia, telah meninggalkan symbian dan melompat ke Windows phone 7, jadi adakah encik joe rasa berbaloi membeli Nokia E7 nih?
Nokia GPS memang superb habis! dah clarify kat entry ni. sangat best dan tambah best - FREE!! Dan kalau nak beli Nokia E7 ni semata2 sebab dia punya GPS pun aku angguk. kekeke. Eh, jangan gelak ok, masa aku beli iphone korang tahu sebab apa? sebab dia boleh zoom in dan zoom out dengan smooth masa nak browse internet. lucu meh? its a fact that i bought iphone coz of thisa. untung apple ada org macam aku nih. kehkehkeh

Symbian ke, Window phone 7 ke, semua tu aku tak tahu. Yang aku tahu pasal iOS. So nak bukak cerita iOS bolehlah. aku pun dah masuk iOS punya developer dah, bayar 90 pound untuk setahun. so nak cerita benda ni boleh cerita dengan lebat. Sebab soalan tak tanya perbezaan, cuma tanya berbaloi ke tak, aku cakap berbaloi. Kalau korang ada RM 1995 sekarang dan cari hanphone terbaik - aku akan suggest Nokia E7. Tapi kalau nak tunggu iPhone 5 keluar bulan 9 nanti, aku suruh korang tunggu yang tu dulu. kekeke




wokeyyy, itu saje. terima kasih yang bertanya =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pentingnya sokongan KELUARGA

Keluarga ni merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Mula-mula je kita lahir kita dah berada dalam keluarga. Ada ayah. Ada ibu. Ada abang dan kakak mungkin. Lepas kita besar sikit, mungkin pulak ada adik. Abang dan kakak dah dewasa dan masing2 berkahwin. Ya, tambah lagi ahli keluarga - abang dan kakak ipar. Mereka beranak dapat pula anak saudara! 

Lepas tu kita pula dewasa dan kita berkahwin. Kita dah mulakan keluarga sendiri dengan anggotanya terdiri dari kita dan isteri/suami kita. Beberapa tahun kemudian, kita dapat anak. Tambah lagi ahli keluarga. Anak dah dewasa, masing-masing kahwin dan dapat pula menantu. Lepas beberapa tahun, dapat pulak cucu. Kalau umur panjang, mungkin sempat dapat jumpa cicit kita. Wah, bilangan ahli keluarga semakin besar dan besar dan besar!


Keluarga

Perasan tak, dalam seumur hidup kita, kita menghabiskan masa yang cukup lama dengan keluarga kita. Tak kira yang belum berkahwin atau yang dah berkahwin, mesti hayat kita kebanyakkannya kita berada bersama keluarga kita. Sebab itulah, dalam proses nak bangunkan sesuatu ummah, ahli keluarga haruslah dibangunkan dahulu. Gejala sosial yang bersepah pun disebabkan oleh kegagalan sistem kekeluarga. Ye tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW