Tengahari tadi dah siapkan Video Promo untuk Gathering Blogger yang kedua iaitu Berbuka Puasa. Seperti entry malam indah dulu, hasil perbincangan dengan beberapa orang blogger termasuk broframestone, ariff, fazreen, azrul dan beberapa orang lagi termasuk syah yang join lambat, maka dipersetujui untuk diadakan berbuka puasa seperti detail yang berikut
Tarikh :
28 Ogos 2010
Tempat :
Plaza Alam Sentral & Bazar Ramadhan & Dataran Shah Alam @ Masjid Shah Alam
Masa :
3-11 Malam
Tentatif :
Plaza Alam Sentral
3.00-3.30 : Pendaftaran (jumpaku untuk sahkan kehadiran - tujuan dokumentasi)
3.30-5.00 : Bowling Merdeka GengBlogger (pilihan-pemain atau pemerhati)
Bazar Ramadhan
5.00-6.30 : Acara Sampingan 2
Dataran Shah Alam
6.30-7.00 : Group Photo dan Bergambar kenangan
7.00-7.30 : Bersiap untuk berbuka
7.30-8.15 : Makan-makan (pot luck)
Masjid Shah Alam
8.15-9.45 : Solat Maghrib + Isya + Terawikh
Dataran Shah Alam (berubah mengikut keadaan)
9.45-10.30: Aktiviti akhir
10.30-11.00: Bersurai
Untuk yang pasti akan pergi, sila isi borang ini. Senarai yang akan pergi terus akan diupdate. Sila pastikan email yang betul diberi (tanpa singkatan) untuk menerima update secara terus
Yang sudah Mendaftar
1) http://syahirul.com
2) http://www.broframestone.com
3) http://mrpiratz.com
4) http://ligakampung.com
5) http://anakabdullah.blogspot.com
2) http://www.broframestone.com
3) http://mrpiratz.com
4) http://ligakampung.com
5) http://anakabdullah.blogspot.com
47) ariffshah.com
anda bila lagi?
UPDATE : Main Bowling
Disebabkan ada cadangan dari beberapa orang blogger untuk kita main bowling, jadi ada perubahan pada tentatif. Akan diadakan 'mini tourney' untuk bowling nanti dan kita akan main di Plaza Alam Sentral. Rules and regulation, hanya yang isi borang saja dapat update. Tapi apa yang aku boleh bagitau, kita akan cuba buat se'sempoi' yang mungkin. Tak nak 'stress2' dan main bowling ni pun hanya untuk memenuhi waktu kita berjumpa sahaja. Hadiah? ayam golek sekor untuk team terbaik. ok? =)
Penampilan istimewa
Gathering GengBlogger yang lepas kita ada kak jie dan ariff shah, untuk kali ini juga ada penampilan istimewa. Jeng jeng jeng. Siapakah? Yang pasti dia merupakan blogger yang glamer dan disukai ramai gitu. lemak berkrim lagi! entry, fuhhh, memang tangkap basah! ceh, bunyi macam best je kan? nama lagi promo. hehe
Pot Luck
Untuk kali ni, sebab berbuka puasa dan tempat dipilih pun adalah di dataran shah alam, memang senang untuk kita shopping kat bazar ramadhan dan datang beramai-ramai untuk berbuka. memang kalau beli ikan pun takkan lekat punya sebab lampu spotlight terang benderang. So, sebelum datang tu, shopping dulu kat bazar ramadhan, lepas tu makan sama-sama nanti ya
Kemudahan lain
Masjid dekat, tempat makan romantik, pengankutan awam mudah. So memang terbaiklah tempat ni. Ada apa-apa pertanyaan, terus boleh tanya. kot-kot termiss apa-apa. nak bagi cadangan apa-apa pun masih boleh. ok.
jumpa disana!!!
pss : 0169640972 - no joegrimjow. kalau boleh call kalau ada hal urgent (nak tahu tempat, jadual atau apa2) msg pun akan dibalas, lambat skit la =)

