Selasa, 27 November 2018

Kecewa dengan MAHA 2018, ini tips anda boleh lakukan

MAHA 2018 membuka tirai pada minggu lepas. Tahun lepas, saya pernah buat coverage mengenai MAHA 2016 yang super awesome (boleh klik sini) Tahun ini, masih berbaki 5 hari lagi, baru sekali menjejakkan kaki ke MAHA 2018



Eh silap, bukan kaki tapi tayar kereta

Saya sampai sana dalam lebih kurang jam 3.40 petang, cari punya cari (sebenarnya kereta tak bergerak sangat) hampir sejam parking, kat sini tutup kat situ tutup, akhirnya saya give up dan nak balik ajelah mungkin boleh datang lain masa. 

Tapi, masa nak balik, JAM TERAMAT! Saya berjaya keluar balik hampir jam 6. Boleh bayangkan 2 jam lebih di tapah MAHA 2018 tapi dalam kereta!


Penganjur tak belajar atau crowd terlalu ramai?

Rasanya MAHA 2018 mereka sudah target 3.5 juta pengunjung. 10 hari maknanya ada 350 000 pengunjung setiap hari. Kalau buka 10 jam sehari, purata ada 30 000 yang akan masuk setiap jam. jika kita ambil half datang dengan kereta 15 000 dan setiap kereta ada 4 orang, maknanya ada lebih kurang 4000 biji kereta sejam

Paling menyedihkan bukan kawasan parking yang kononnya banyak tu, tapi masa nak keluar tu cuma ada beberapa pintu dan kereta kena beratur untuk bayar parking. 4000 kereta sejam, bayangkanlah betapa sesaknya nak keluar tu kan?



Mohon penganjur lakukan sesuatu atau MAHA 2018 akan menjadi semakin suram buah mulut orang dan akhirnya peniaga di dalam yang akan terima tempiasnya

Saya kesana bukan untuk berjalan sangat, cuma nak support member member yang meniaga dan bolehlah beli sedikit sebanyak ye tak?

Ini antara keluhan orang ramai

  • Parking mahal sangat RM5 (bagi saya ok je cuma kalau parking jauh sejauh mata memandang memang tak bestlah)
  • Perkhidmatan bus antara tempat tak banyak
  • Perkhidmatan buggy RM98 per hour mahal sangat
  • Tak mesra keluarga terutama yang ada anak kecil dan golongan tua
  • Dan banyaaaaak lagi
Tips ke MAHA 2018

Bagi saya yang dah kena sekali, memang boleh gunakan tips ini untuk ke MAHA 2018
  • Naik free shuttle bas dari Putrajaya Sentral, IOI dan juga KTM Serdang. Kekerapan sejam sekali
  • Naik myCar ada promo khas untuk julat 10km daripada tempat MAHA 2018
  • DATANG AWAL PAGI seawal jam 8.30 pagi
Okey, itu sahaja entry kali ini. Saya doakan yang meniaga di MAHA kali ini dapat sekurangnya 'balik modal' dan jana keuntungan berganda

Isnin, 29 Oktober 2018

Apabila Maya ditinggalkan

Lebih kurang 24 jam lagi akan berangkat ke Scotland. Flight ke Edinburgh, Scotland pada jam 11pm esok. Dah lama tidak menjejakkan kaki kesana seingat rasanya tahun 2010 macam tu semasa ikuti program masa masih belajar. 

Pergi wakil Malaysia



Bunyi macam gah je kan. hehe. Bagi yang ikuti perkembangan (haha ada ke?) aku di facebook, pasti tahu yang aku sekarang sedang usahakan projek tong gas ringan. Ke Scotland ni pun sebab projek inilah. Ada satu pertandingan CLIMATELAUNCHPAD yang disertai awal Oktober lepas, nasib baik dapat menang dan acara finalnya akan berlangsung di Edinburgh 1 hingga 2 November ini



Bawa Cik Bini, tak bawa Maya

'I nak pergi jugaklah' Ini ayat pertama yang keluar dari cik bini apabila aku cakap yang aku dapat ke Scotland. Kau rasa? Bukan nak ucap tahniah ke apa kan. huhu. Tapi tu lah, dah lama rasanya dia simpan cita cita nak kesana, rasanya macam oklah dia ikut pun. Tapi yang sedihnya, tak dapat bawa Maya bersama. Sorrylah Maya, ayah tak bawak Maya kali ini

Maya belajar rajin rajin, dapat scholer, lepas tu pergilah oversea sendiri ye. ok?

Hehe, kejam betul bunyinya.

Masa untuk kukuhkan hubungan



Yang dah kahwin ni, mesti setujulah yang kita dengan pasangan kita ni ada up and down dia. Pasangan mana mana yang berkahwin terutama dah ada anak ni, mesti masa bersama akan berkurangan. Feel zaman bercinta dulu dah kian malap. Entah cinta tu pun semakin hari semakin pudar

Sebab itu aku nak jadikan masa seperti ini untuk kukuhkan hubungan balik dengan isteri. Fefeling ingat balik zaman bercinta dulu kan. Penting kot aku rasa benda ni. Korang rasa macam mana? Sharelah kat komen



Maghrib tadi, macam biasa videocall dengan Maya, amboi seronok je dia. Maya memang rapat semacam dengan Dada dia (pak mertua) Nasib baik pak mertua aku jenis sporting dan ok je tinggal lama dengan dia. Berbahagialah Maya disana

'Ayah balik  5 hari lagi okey' Tu jelah dia pesan. Tapi semalam pun 5 hari jugak. haha

Nanti bulan 12 kita pergi jalan jalan okeyy

Saja je tulis kat blog malam ni untuk kenangan di masa tua kelak. Nanti Maya dah pandai baca, Maya bacalah apa yang ayah tulis ni okey. Sekarang tak fahamlah, tapi nanti fahamlah tu

pss : Ada satu pakej roaming yang menarik korang boleh try kalau taknak roaming no. Sesuai untuk grouping. cikedout di roaming man

Jumaat, 6 Julai 2018

GRANT RM5000 daripada Kerajaan Baru

Baru-baru ini, kawan blog saya pelawa saya untuk berkoloberasi untuk satu program nasional. Tulah pentingnya berblog kan, macam-macam kawan kita dapat. Walaupun blog 3-4 kali je update setahun tapi networking tu masih ada sampai sekarang. 

Dia sekarang bekerja dengan Avana. Katanya akan diadakan program nasional untuk boost eksport barangan tempatan melalui paltform online. Ahaa, mengantuk disorongkan bantal! Saya memang cukup teruja kalau bab bab ecommerce ni. Selain saya sendiri uruskan ecommerce saya mayazaara.com saya juga ada tolong member member untuk buat jualan melalui ecommerce

Program apa tu?

PROGRAM RENTAS SEMPADAN



Menerusi program ini, anda akan dapat:

1) Latihan dan bimbingan daripada tenaga pengajar yang dilatih oleh Facebook.

2) Bimbingan dan sokongan daripada tenaga pengajar selama 3 bulan.

3) Peruntukan dan bantuan platform e-dagang yang lengkap dengan laman web yg disertakan dengan:

• Sistem pembayaran online.
• Integrasi dengan syarikat kurier dalam dan luar negara.
• Pengurusan stok.
• Rekod jualan dan pelanggan.
• Pemasaran digital untuk rentas sempadan.
• Serta pelbagai lagi bentuk bantuan disediakan dibawah program eTrade MATRADE.



Disebabkan program ini terhad untuk 2000 yang layak, saya sarankan kepada pembaca blog ni untuk isi cepat cepat. Jangan kuota dah tutup baru nak isi memang tak dapatlah ya :)

Langkah pendaftaran


1) Klik sini http://bit.ly/2Lxgob5
2) Isi semua maklumat
3) Di ruangan 'For office use' tu pastikan no 016
5) Klik submit

Jika ada masalah, boleh wasap terus saya untuk bantu 0169640972

Okey, itu sahaja infonya. Saya ada buat group untuk informasi grant, boleh klik sini Jangan risau sebab saya dah set group ini hanya saya yang boleh bagi info. haha, so tak boleh membawang. Ada apa apa info mengenai Grant, inisiatif, latihan dan lain lain yang percuma, saya akan pass kat situ. So takdelah miss infomation lepas ni kan

Jumpa lagi nanti, jangan lupa daftar tau yang Grant RM5000 tu

Selasa, 5 Jun 2018

Kenapa jualan pada tahun ini agak teruk?

Kita dah masuk ke 10 Ramadan terakhir. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kumpul pahala banyak banyak buat bekalan di hari sana nanti. Jomlah kita sama-sama ya

Cuma entry kali ini, aku nak kongsi mengenai perniagaan di bulan Ramadan

Bulan Ramadan boleh dikatakan bulan yang paling best untuk buat jualan. Orang membeli di bulan ini memang luar biasa banyaknya. Sebab itu pada tahun ini, ada beberapa perniagaan yang aku jalankan. Tamak katakan. hehe. Tamak benda elok ok

  • Jual tudung Naelofar
  • Jual tudung lelong
  • Jual Roti John (satwey)
  • Jual alat make up
  • Jual perfume


Ermm, banyak betul. haha

Tak naklah ulas satu satu cumanya kalau nak dibandingkan tahun ini dengan tahun lepas, memang jelas penurunannya. Benda ni expected, sebab tu aku tak letakkan sumber tu di satu tempat tapi di banyak tempat. Harapnya adalah yang sangkutkan

Overall, memang agak teruk jualannya. Bukannya nak mengeluh tapi nak berkongsi dengan peniaga kenapa aku rasa benda ni terjadi


1) Budaya membeli dah berubah

Jika dulu orang membeli di kedai fizikal, kini orang lebih suka membeli secara atas talian. Kalau di bazaar ramadan sekalipun, orang lebih suka order dari rumah dan mengharapkan orang hantar ke rumah mereka. Lagilah kalau korang jual pakaian ni, dah semakin ramai kawan-kawan sendiri (korang sendiri pun kan) yang lebih suka klik klik je daripada pergi ke pasaraya atau butik



Jadi, kalau belum ada ecommerce tu, pakat pakat la buat. Nasib baik aku dah standby awal dengan buat Mayazaara.com memang jualan di kedai online tu hampir nak sama dengan jualan di butik dah. 


2) Kuasa membeli dah kurang

Tahun lepas orang kerajaan dapat bonus RM500 dan pesara dapat RM250. Campur dengan jumlah penjawat awam kat Malaysia ni hampir ada 1 Billion untuk dibelanjakan. Banyak tu. Tahun ini kerajaan baru dah umumkan hanya RM400 dan kepada gred 41 kebawah sahaja. Memang besar kesannya



Syarikat besar pula, aku tanya kawan-kawan aku yang bekerja di syarikat multinasional ni katanya bonus pun tak sebesar tahun lepas. Memang itu memberi kesan kepada ekonomi. Benda ni kita doa ajelah agar kerajaan take consideration jangan duk berjimat je, kena kuat berbelanja baru ekonomi akan terus subur

*******

Aku nak tulis panjang lagi tapi dah nak masuk Isya dah. Haha. Ni tulis blog kat kedai ni lepas berbuka. Gigihkan menulis. Kata blogger, haruslah gigih. Ok, selamat berbuka dan selamat melakukan ibadah. Doalah supaya kawan-kawan kita yang meniaga tu dapat beraya dengan happy tahun ni

Ahad, 29 April 2018

Entry pertama tahun 2018, Bismillah

I am BACK!

Sungguh tak disangka akhirnya manaip juga di blogger.com ni. Actually takdelah susah sangat sebab dah pernah biasa buat kan, entah kenapa tak menulis kat sini, rasanya MALAS lah kot alasan paling sesuai. Lagi satu tiada motivasi

Dan entry ini entry pertama untuk tahun ini, harapnya tak menjadi entry terakhir jugalah kan

Entry terakhir mengenai persiapan Ramadhan, mak aih dah nak masuk Ramadhan seterusnya baru nak gatal menaip balik

Teruja dengan ADSWORD



Semalam aku gagahkan diri untuk hadiri kelas adsword by sifu mus. Expectation agak tinggilah sebab nak belajar technical part yang lebih terperinci. Tapi sayang last last baru nak dapat dia tunjuk. Haha, biasalah kelas macam ni mana mana Internet Marketer buat untuk promote kelas yang berbayar lagi tinggi. 

Senyum ajelah

Cuma agak teruja nak kongsi sampaikan aku rajin gagahkan diri menulis balik ni sebab ada seorang student dia buat perkongsian yang mana hasil carian SEO berada di ranking pertama dah 2 tahun dah dan disebabkan ITU JE bisnes grow tak ingat dunia

Dan dia gunakan BLOGSPOT!

Haha, itu yang aku tak boleh nak hadam macam nak hempuk hempuk je kat diri sendiri, tak perlu susah susah nak beli domain ke apa, beli hosting ke apa, pakai je blogger.com yang free ni dan buat ADSWORD je boleh generate sale yang banyak

Actually benda ni memang tak tipu, dulu masa aku buat Herbalife, pernah main SEO juga kat blog satu lagi memang sale kebanyakan masuk melalui blog je. keyword apa aku guna tak bolehlah nak kongsi kan, tapi main point dia, kalau kena keyword dan ada duit sikit buat ADSWORD memang bisnes akan BOOM

Dan katanya LAGI LAMA web kita tu, LAGI SAYANG GOOGLE kat kita

Haaa, dah nampa kenapa aku menulis balik ni? Haha, hipokrit sungguh. Bukan apa, sayang blog ni dari 2009 lagi, dah almost 10 year nak hidupkanlah dia balik bolehlah main tanam tanam keyword sikit. Aset tu. Yang faham tu fahamlah kan :)

Ok, semoga aku istiqamah menulis. Banyak je benda nak tulis sebenarnya, tapi itulah sebab kekangan masa kan. Cuma sekarang aku ada join kelab5pagi.com yang mana hari hari bangun jam 5 pagi adalah sikit lebih masa yang boleh diperuntukkan untuk berblog ni

Semoga istiqamah, jumpa lagi next entry okeyy!