Ahad, 22 November 2015

Apa yang ada di TUBE 2.0

Alhamdulillah, dah tamat 21 hari berkampung di Cancun Park Mexico untuk program TUBE 2.0. Kiranya ni adalah PALING LAMA aku join untuk sesuatu program. 21 hari ok! Memang sangat lama tapi akhirnya oklah berbaloi. Gila tak berbaloi dapat 15k kot. haha

TUBE singkatan bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera. 2.0 sebab ni kali kedua dianjurkan. Tahun lepas aku tak tahu pun kewujudan program ni, tahun ni pun tahu dari forward wassap member-member. saja cuba nasib, lepas la pulak apa lagi ambil la terus. 



Program under MITI ni pilih 500 orang belia yang belum lagi meniaga atau kurang dari setahun meniaga. Harapannya untuk menaikkan share bumiputera lah yang dari RMK 1 hingga 11 tak naik-naik pun ni. Nak capai 30% share sampai sekarang 20% pun tak dapat-dapat. Jadi program seperti ni diwujudkan. Tahun ni dieorang pecah kepada 10 kem, jadi 50 orang setiap kem dan aku di Cancun Park. 


Buat korang yang nak join TUBE

Memang aku WAJIBKAN korang yang baca entry ni untuk join. hehe. Dato Pa yang rasmi majlis perasmian hari tu katanya TUBE ni akan jadi acara tahunan dah, so tahun depan akan ada lagi. Ada 3 fasa, fasa 1 minggu ketahanan fizikal - ala2 tentara gitu dan fasa 2 pembelajaran dalam kelas. 21 hari tu kira dah satel untuk fasa 1 dan fasa 2. Sekarang fasa 3, buddy bisnes. Dieorang bagi RM15 ribu dan kita kena mulakan perniagaan dan kena REPORT kepada buddy kita secara berskala. Kalau nampak potensi untuk dikembangkan, boleh apply lagi geran yang sememangnya banyak (aku baru tahu) untuk tolong golongan Bumiputera ni


Tapi tempoh fasa semua ni mungkin berubah, tahun lepas fasa 1 dan fasa 2 14 hari je. tahun ni dieorang tambah skit tahun depan tak tahulah. Dalam borang feedback aku letak supaya jadi 5 minggu. padan muka korang. haha! Cuma mungkin susah skitlah sebab program ni dah semakin popular. Tube 1.0 4ribu je yang mohon, tube 2.0 ni dah cecah 8 ribu mungkin tahun depan cecah belasan ribu yang mohon. Cuba je, rezeki tu Allah yang bagi


Pendapat peribadi

Actually aku dah banyak sertai program-program untuk dapatkan geran ni. Rasanya kalau aku tulis e-book mesti korang penat nak baca. RBC, Superb, Dana Belia 1Malaysia dan macam-macam lagilah. Ada yang dapat ada yang tak dapat rezeki la tu. Tapi bagi aku, program TUBE ni antara yang TERBAIK. Memang banyak lagi benda yang kena improve tapi susun atur tu memang aku rasa program ni betul2 boleh tolong Bumiputera. 

Hari tu ada MARA bagi RM10k under program Putra, bagi macam tu je just isi-isi borang dan ramailah yang ambil kesempatan. 

Berbeza program ni, banyak jugalah tapisannya. Kena isi borang kaji selidik PIKEN dulu, panggil interview, kena masuk kursus 21 hari, lepas kursus kena buat report lagi. Memang teraturlah macam nak bagi sejuta je dan harap-harapnya tiadalah yang mengambil kesempatan dengan program pertolongan dari Kerajaan ni. Kudos kepada yang pencetus program ni!


21 hari........ ouch!

Ok, tadi kat atas semua tu intro je, ni baru masuk cerita sebanar. haha. Panjang bebenar intronya. 7 hari pertama iaitu fasa 1 memang memenatkan. Latihan ala2 tentera gitu. Tapi takdelah teruk sangat, setakat kawad kaki, masuk hutan, flying fox normal aktiviti. Boleh lepaslah. 14 hari berikut adalah program dalam kelas. start 8 pagi hingga 12 malam. haaa, lama kemain! 



Bagi aku yang dah start buat duit sejak darjah 6 lagi, poyo jugaklah rasa banyak ilmu. Tapi bila aku masuk kelas mereka buat ni perghhh rupa-rupanya banyak lagi yang tak tahu. Terutama dari segi pengurusan syarikat dan bab kewangan. Patutlah aku rasa bisnes futsal yang aku buat tu tak kemana sangat. Banyak kena perbetulkan

Mereka juga ajar cara nak buat rancangan perniagaan. Sangat bagus sebab barulah orang muda yang baru nak mula-mula meniaga ni tahu selok belok perniagaan. Masa aku buat bisnes konvensional dulu, mana ada orang nak ajar, main redah je. belajar dari pengalaman. Dah ada orang ajar macam ni, at least kita akan tahu mana yang tak patut kita buat. Sebab tu aku kata korang yang baca entry ni WAJIB pergi. Kalau kerja pun berhenti kerja siap2. haha. Gurau aje tapi macam tulah tahap ke-berbaloi-an sertai program ni

Antara slot yang aku rasa sangat berbaloi

  • Outdoor bisnes - dieorang bagi RM 50 dan korang kena generate more money. Group aku dapat RM92.90 selama 5 jam operasi. Ada group yang dapat sampai RM 200 lebih!
  • Perkongsian dari usahawan berjaya - sepatut emma maembong datang tapi orang lain pulak muncul. haha. kem lain HAI-O datang ok. Rasanya kena teruskan dan usahawan yang dah berjaya kat luar tu pleaselah support
  • BMC - ni ilmu baru. 
  •  Makan 5 kali sehari - walaupun asyik air masak je bagi tapi berat tetap naik 3kg. haha

21 hari ni banyak jugaklah dramanya. EM nya tak ramai yang handle memang aku dah dapat agak akan jadi macam mana. Jadual selalu berubah, petugas pun cepat stress. Mintak maaf ya kalau yang baca tu tapi benda tu kenalah improve supaya next time lebih sistematik. Dengar khabar dari kem lain teruk lagi so syukurlah kat kelantan ni boleh habis dengan semua bermuka manis. Syakir, shuhada n sorang lagi terima kasih ya teman kami 21 hari :)

Pegawai pemerhati dari SME Corp pulak ada pelbagai ragam. Ada yang serius, ada yang touching ada yang caring. 3 minggu, 6 orang yang datang bersilih ganti. Cuma kot-kot la Dato Habsah baca kena naikkan elaun untuk kak jemah n abg wan sebab kedatangan mereka last week tu memang banyak tolong. Kalau boleh suruh mereka je lah datang dari awal hingga akhir. haha. 

Lecturer UMK yang datang mengajar tu pun bukan sekadar lecturer. Walaupun mereka makan gaji tapi ada pengalaman bisnes yang boleh dikongsi. Lain kalau jenis yang ajar teori je, bila ada pengalaman ni feeling dia lain skit. Thank you very much dan halalkan segala ilmu :)


Satay Ikan Online



Ada penambahan untuk program ni yang mana setiap kem dieorang akan pilih yang terbaik rancangan perniagaan untuk masuk rancangan realiti tv dan 3 orang akan dipilih untuk ikuti entrepreneur summit week di New York bulan 6 tahun depan. Aku pergi tu atas perniagaan Satay Ikan Online, mula-mula memang taknak mencapap sangat, diam-diam sudah kan tapi apabila tok pa bagitau (setelah seminggu di kem) ada program ni, huh siapa yang tak nak kan? pergi new york kot. Jual satay ikan ke new york, stylo kot. haha

So daripada urusan pembekalan aku tukar kepada ambil sekali pengeluaran sebab aku tahu kalau kita bekal je takdelah 'hebat' sangat idea bisnes kita tu. Alhamdullillah dapat masuk top 3 dan tiba-tiba lepas aku present (aku pertama present dari 3 orang pusingan final) ada hadiah lain pulak dia bagi tambahan 2.5k on top of that. Hampes betul kalau tahu awal-awal aku reka benda lain yang lagi canggih. haha. 

Apa lagi, kalahlah sebab aku rasa takde 'inovasi' sangat berbanding yang menang tu sememangnya layak idea dia untuk penternakan talapia. Kempunan jugaklah 2.5k tapi takpelah rezeki takde orang kata. Yang penting idea rancangan aku nak meniaga satay ikan tu ramai yang tahu. Daripada korang tengok orang duk jaja satay ikan tu boleh dijadikan bisnes sampai puluhan ribu per month sebulan. haaa, kalau nak pm tepi :)


Kesimpulan



Ceh kesimpulan macam buat RP pulak. hehe. Harapnya ukhwah semua 50 orang yang sertai di Cancun Park tu berkekalan. Kita jadikan team Kelantan ni setelah 12 bulan dinilai negeri kita yang paling banyak jualannya. Kepada 450 yang sertai di tempat lain, calling2 lah aku untuk kenal-kenal. Semoga program seperti ini diteruskan dan mencapai misinya. Aminnn