Jumaat, 23 Januari 2015

2015 tahun terbaik untuk catur di Kelantan

Awal tahun (Januari) memang semuanya nak terbaik ye tak? Termasuk jugak sukan chess/catur sebelum beralih ke bulan-bulan seterusnya baik kita ceritakan benda baik-baik. Semoga permulaan sebagai cerita, bertukar jadi doa dan akhirnya jadi kenyataan. InsyaAllah


Catur di Kelantan

Aku ingatkan aku pernah cerita perihal catur ni, bila check balik labels takde pulak. Memang cerita dalam mimpi la tu. Hehe. Sukan catur di Malaysia ni memang macam sukan-sukan yang lain jugaklah, kita masih di takuk yang lama. Hari tu aku ada tweet kat KJ perihal hutang MCF (badan catur tertinggi di Malaysia) yang tak bayar lagi kepada pihak FIDE tapi mister KJ kita tak ambil pusing. Mungkin banyak benda lagi dalam perhatian dia atau memang sukan catur di Malaysia tak se gah mana. Mungkin



Kat Kelantan ni sukan catur boleh dikatakan so-so ajelah. Takdelah teruk sangat, takdelah hebat sangat. Tapi untuk 2015 ni, aku kata mungkin akan jadi tahun terbaik untuk sukan catur di Kelantan. Waha! Berita baiklah kan untuk penggiat sukan ni kat Kelantan. Hehe. Bukan sembang kosong, tapi atas beberapa faktor, faktor utama adalah orang di belakang tabir tu sendiri


Belakang tabir

Apa-apa sukan sekalipun, yang akan menjadikan ia hebat adalah orang yang dibelakang tabirnya tu. Tak perlu modal besar, tak perlu kelengkapan yang banyak, asalkan ada orang yang sanggup 'bekerja' mesti akan jadi punya. Tambahan lagi semua sepakat dengan satu suara, memang akan bertambah hebat. Tak perlu aku cerita siapa di belakang tabir sebab dieorang tahu siapa mereka tu - yang penting 2015 akan menjadi tahun terbaik untuk catur di Kelantan!


2 Kejohanan catur untuk 2015

Waktu terdekat ni, ada 2 kejohanan catur yang akan diadakan di Kelantan. WOW, 2 tu, Memang jarang sekali berlaku. Biasa nak ada sekali pun bukan main susah, ni terus diadakan 2 terus. Hehe. Apa tu 2 kejohanan :


19 Februari 2015 : Kejohanan Rapid Remaja Kelantan



Anjuran NCCS dengan kerjasama sekolah Raja Sakti, kejohanan berformat SIRI ni akan diadakan dengan menyediakan 3 kategori. U12 U15 dan U18. Memang ni merupakan platform terbaik untuk adik-adik kita bersedia sebelum acara MSSM dan MSSK. Hadiah pun menarik jugak jadi untuk adik-adik, daftar sekarang sebab tak banyak tempat disediakan (faktor tempat dan kelengkapan) 



20 dan 21 Februari 2015 : ZADANO Terbuka Kelantan



Kejohanan bertaraf FIDE ni diadakan selepas ditangguhkan pada tahun lepas dek banjir. Macam mana nak main kalau tempat kejohanan pun tenggelam kena banjir ye tak? Hadiah sehingga RM 5700 ni aku rasa akan menarik ramai pemain dari luar untuk sertai. Johan saja RM 2000 kot! Tak tahulah status pendaftaran macam mana sebab khabarnya dah tutup tapi mungkin ada yang tarik diri, ada nasib boleh try contact penganjur. 


Alright, itu saja dulu update ringkas mengenai sukan catur di Malaysia. eh di Kelantan la, hehe. Jika ada yang nak ajak beradu di papan catur, boleh contact aku kita try sepapan dua. hehe. 

Selasa, 6 Januari 2015

9 panduan sukarelawan untuk bakal sukarelawan ke Kelantan

Alhamdulillah, 3 hari ni meng'hamba'kan diri untuk rakyat Kelantan dalam suasana pasca banjir. Walaupun sumbangan tu sangat sedikit, at least pengalaman yang super best ni boleh dijadikan cerita untuk anak cucu nanti, Aku tahu ramai yang teruja untuk jadi sukarelawan dan membantu rakyat Kelantan yang terkena teruk dek banjir 2014, jadi aku fikir elok sediakan entry berdasarkan pengalaman sendiri untuk dijadikan sedikit panduan untuk korang

Semoga usaha yang nak datang dan membantu rakyat Kelantan tu dipermudahkan

1) Jangan jadi setakat hero, jadilah superhero

Banjir kali ni memang sangat teruk. Rata-rata mangsa banjir yang jumpa memang akui kali ni adalah terburuk daripada yang terburuk. Kalau dulu 2007 air tu habis semua terkejut sebab naik melimpah ke jalan sekitar KB, kali ni boleh dikatakan 10 kali ganda lagi teruk. Rumah tak pernah kena banjir ada yang sampai separuh air naik. Tak lupa juga yang rumah hilang terus lepas banjir surut. Ngeri!


hero malaya gituuu
Jadi, untuk korang bercita-cita nak jadi sukarelawan, jadi Hero saja tak cukup, kena jadi lebih daripada itu. We need you!


2) Wiper hack, pasti ramai yang baru tahu ni

Wiper ni antara benda yang sangat2 membantu terutama nak bersihkan dalam rumah. Tapi sebab wiper ni direka untuk air, yang korang akan jumpa nanti adalah selut-selut wiper ni akan cepat "rosak" aka patah

selut tebal wiper memang cepat patah
Sebelum ni aku pun tak tahu wiper ni still boleh guna walaupun patah, caranya kalau yang warna hitam tu patah, korang patahkan terus dan sarungkan balik. warna hitam tu akan jadi bertambah pendek, tapi semakin kuat dan tahan. patah lagi buat cara yang sama. boleh tahan 2 kali patah! 


3) Sertai kumpulan, lagi besar lagi bagus

3 hari ni aku follow team2 alumni pelajar UK dan Ireland. Mereka ada lebih kurang 12 orang. Kebanyakan bukannya berasal dari Kelantan, ambil flight datang untuk jadi sukarelawan. Hebat mereka ni! Seronok jugak boleh bertemu kawan lama. Ingat lagi dengan sha sha? dia pun ada! cuma saiz berbeza. haha. Pada hari pertama tu agak blur tak tahu nak buat apa, nasib baik masa breakfast jumpa dengan orang unit amal, dia cadang kiteorang join MeSRA, unit sukarelawan negeri kelantan

hari pertama done!
Bila join NGO yang lebih besar ni, kerja pun sistematik. Siap ada jadual dan tempat untuk dituju. Suka dengan MeSRA ni sebab dia fokus tlg bersihkan rumah ibu tunggal, rumah OKU, rumah orang tua - yang tiada kudrat untuk mencuci selut tu sendiri. Sekarang ni pun banyak NGO2 yang korang boleh sertai, ia lebih elok daripada korang sewa satu hilux dari tempat korang, penuhkan makanan lepas tu datang sini. Datang sini just longgok2kan makanan tu pastu balik. OK jugaklah daripada jadi keyboard warrior kan tapi kalau korang join NGO diaorang ada akses yang lebih. Moral of the story - joinlah NGO mana2 pun


4) 2 hari tu bagus, 3 hari lagi bagus, tapi bukan 4!

Aku sendiri tak paham yang jenis datang dari luar dan bila aku tanya bila balik - "esok bang" tanya bila datang - "semalam" laaa, sehari je? Kalau korang orang Kelantan, logik la jugak tp klu korang orang luar, haissh apa yang boleh dibuat dalam sehari tu? Penat berjalan pun tak habis lagi

buat sejam dua benda ni memang esok flat terus!
2 hari tu should be ok. Lagi elok 3 hari. Means just amek cuti sehari + cuti weekend kalau korang dah kerja, bos korang pun sukanya korang cuti kalau nak bantu2 ni. Tapi kalau datang sini 4 hari, aku tak suggest sangat sebab kalau korang datang untuk kerja2 cuci, badan tu dah start sakit dah pada hari ke3 tu. 

Aku sendiri hari ni lepas asar tidur, Maghrib baru bangun! flat bang oii!


5) Meluah itu rawatan diri yang terbaik

Tak kira apa tugas korang, cuci ke, packing barang ke, tugas merawat ke - paling penting berkomunikasi dengan mangsa. Kena letakkan diri kita di tempat mereka. Ingat, ada yang mengalami trauma sebab kehilangan barangan secara total - emosi memang sangat tidak stabil

tuan rumah ni sempat selamatkan diri je, kambing anak je sempat selamat, mak dia lemas
Masa nilah peranan sebagai sukarelawan untuk membantu, berbual tu memang terbaik. Bagitau semua tu ujian daripada Dia, kena banyak bersabar, selalu bersyukur dan compare dengan tempat yang lagi teruk. Biarkan mereka luah perasaan mereka, memang seronok mendengar cerita dan kalau rasa bosan pun, jangan buat muka bosan! 


6) Ada wang? ada tenaga? ambil flight datang sini!

Benda yang paling kritikal sekarang adalah TUGAS MEMBERSIH. Kalau korang ada dengar ramai yang datang ke Kelantan berbas-bas, berpuluh2 kereta 4x4 - ia jauh dari mencukupi. Sebabnya begitu banyak kawasan yang terjejas di Kelantan ni. 

hari ketiga satelkan rumah akak ni, masa banjir air naik hingga paras lutut dalam rumah tingkat 2, tingkat 1 tenggelam habis la

Tadi aku dan team cuci rumah kawasan Tesco. Katanya team kami ni pertama yang datang?? Yes, team pertama dan rumah dia tu dalam bandar, dekat dengan TESCO punnnnnn bantuan tenaga manusia ni tak sampai. Ya memang dieorang boleh cuci sendiri? satu minggu baru siap! Yang teruk mungkin berbulan! Jadi, daripada korang 'sedekah kan' duit korang tu, beli tiket flight dan datang sini. Bantu penduduk sini yang sangat-sangat perlukan bantuan. Tak beli tiket flight pon, kalau join NGO mungkin transport disediakan


7) Tiada wang? ada tenaga? mintak kawan ada duit beli tiket datang sini

Petang tadi jugak ada orang Johor datang area yang team kiteorang bersih tu. Tak pasti NGO mana sebab ditanya dia senyum je tapi katanya ada berpuluh kereta 4x4, 2 biji bas dan beberapa lori daripada Johor datang membantu. Ada ditugaskan ke Kuala Krai, Gua Musang yang teruk kena pun ada. Selain bawa bekalan makanan, dieorang turut membantu dalam kerja pembersihan

ni bukan bangsal, ni rumah orang - dapur
Macam ni lah kita mahukan - TENAGA MANUSIA. Mungkin korang kata kenapa tak upah je abangla abangla datang bersihkan, kerajaan upah je lah tenaga manusia ni - bagi aku tak setuju! Sebabnya kalau korang datang as sukarelawan, korang buat kerja dengan hati. Boleh berbual dengan mangsa dan nasihat mangsa-mangsa yang kena ni. Emosi tu lagi penting bukan saja nak mencuci penting!


8) Jaga solat, jaga aurat, jaga pergaulan

Untung yang luar Kelantan ni, boleh jama' Jadi takdelah terkejar-kejar sangat nak solat. Akan ada situasi yang TIADA AIR (situasi ni normal) jadi bawalah botol air untuk berwuduk. Semangat nak menolong pun, hubungan dengan Allah kena jaga baru berkat segala urusan

eh junior kat sbpi pun ada!

Sama jugak dengan pergaulan, kalau ada lelaki perempuan ditugas bersama kena jaga pergaulan. Jangan bebas-bebas sangat. Aurat pun sama, yang lelaki tu jangan sampai nampak peha yang sexy tu, perempuan jangan selak lebih-lebih

Bahaya jadi benda lain pulak!


9) Paling penting, keselamatan diri kena jaga

Tadi ada dalam ahli team aku sertai yang sakit perut, ada jugak yang terus demam. Ingat, musim macam ni penyakit berjangkit mudah sangat nak kena. Kencing tikus salah satu. Make sure kalau rasa diri semacam je, terus jumpa dengan doktor. Makanan pun sama. Pilih gerai yang bersih je kalau korang makan kat luar.

Sudah pasti gambar sendiri sebagai penutup
Semasa jalankan tugas2 underground - cuci rumah ke atau kawasan sekitar, hati2 dengan binatang liar seperti ular. Hari tu babi pun ada! Hati-hatilah jangan sampai keselamatan diri terabai.


******************

Alright, itu sahaja dulu serba sedikit panduan berdasarkan pengalaman. Sangat-sangat dialu-alukan kalau korang nak turun ke Kelantan jadi Sukarelawan. Aku rasa masuk bulan 2 ni baru kerja bersih ni satel, so korang ada banyak kerja lagi kalau turun ke Kelantan masa tu. Please please, datanglah ya. tolong yang mana boleh.

pss : ada seorang kawan yg menjadi sukarelawan - Usop sekarang tengah terlantar di hospital disyaki kena kencing tikus dan radang paru2. Sama2lah solat hajat semoga dia sembuh #prayforusop