Ahad, 15 September 2013

Herbalife dan penyakit-penyakit berbahaya

3 soalan kalau ada orang bertanya pasal Herbalife ada kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya ni. Liver injury la, hypervitaminosis la, ada plumbum (what???) la dan macam2 lagi

Ni jawapan dia


1) Aku dengar minum Herbalife boleh mati?

Mesti la boleh mati. Ada ke produk yg kalau kita ambil boleh hidup selama-lamanya? aku pun nak!!!! 


2) Aku dengar banyak penyakit datang bila consume Herbalife ni, betul ke?

Tak tahu, yang aku tahu Herbalife dah 33 tahun, jualan lebih 6.4 Billion, terjual di lebih 80 buah negara dan tersenarai di NYSE. Lagipun kau tak perlu risau, kalau penyakit datang, aku dulu kena sebab aku dah consume lebih 5 tahun. Aku dah jumpa yg dah consume lebih 30 tahun. Nak jumpa yg dah bertahun2 ni, jom ke Zero2Hero!


3) Takde ke Herbalife jawab balik artikel2 tu?

Ada je, kau je yang tak nak cari. Manusia ni lebih tertarik berita negative dari positive. terasa ke? hehe. ni link dia- http://www.herbalifescience.com/content/rebuttal-journal-articles


pss : sebarkan berita palsu sampai jejas periuk nasi orang lain ni terimalah balasan dia kat akhirat nanti! takut??? hhe. NAK COACH? Contact sini

DISCLAIMER : HERBALIFE ADALAH MAKANAN, IA BUKAN UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENYEMBUHKAN PENYAKIT, HASIL INDIVIDU TIDAK TIPIKAL

Sabtu, 14 September 2013

iPhone rosak, apa mahu buat?

Ketika ini aku sedang merenung iPhone 4S yang. iPhone yang dah usianya 2 tahun tanpa sebarang masalah (baiki sekali sebab camera depan tak berfungsi) tapi pagi ni memang nampaknya mahu diganti. Screennya hitam tiada colour. Dah tekan butang reset, still hitam. Dah tekan butang kat tengah, still hitam. Dah off pastu on balik, still tak menyala

Yang pelinya, aku try call guna hp orang lain, bunyi! pastu slide (screen masih hitam) dapat! siap dapat cakap lagi. Memang sah screennya rosak, bahagian lain ok lagi

Kenapa? Semalam jatuh masa nak charge.......


iPhone 5 c dan iPhone 5 S

Entahlah, kata cik bini 'iPhone dah set dah, kalau lepas 2 tahun phone tu jatuh, mesti rosak untuk ditukar yang baru' ERK!! Ada logik jugak sebab sebelum ni bukannya tak pernah jatuh. Berkali-kali jugaklah jatuhnya. Siap termasuk dalam air pun pernah - ok je! Tapi semalam, mentang2 iPhone baru dah keluar - terus jadi macam tu!

Sebut pasal 5c dan 5s ni, entahlah dah macam tak excited dengan iPhone ni. Selain tak banyak perubahan, rasa memang dah biasa-biasa je. Dulu masa nak launch iPhone baru, memang aku antara yang bersengkang mata waktu malam dengar update terbaru - rabu lepas pukul 11 dah tido dah. Bangun esok tengok update - ohh macam ni... 

Tiada lagi - WOW effect zaman Steve Job dulu


Macam nak beralih ke phone lain la pulak

Masalah utama nak beralih ke phone lain - susah! Kata orang, bila dah guna iPhone ni, memang tak kan beralih pada phone lain dah. Memang ada benar kata orang tu, cuba juga guna BB cik bini, memang susah bebenar nak guna. Cuba juga guna Samsung S4, Notes milik abang, susah jugak. Mungkin iPhone dah jampai pakai mentera 8 petala kat pengguna dia kot. entah lah!

So sekarang ni, tunggu kedai bukak untuk baiki dulu. Boleh baiki, kita guna sedia ada. Tak boleh baiki - iPhone 5S come to papa!!


pss : kedai baiki phone kat area Alor Setar kat mana ya? 

Isnin, 9 September 2013

Kelompok golongan pertengahan dalam kesakitan

Satu artikel menarik untuk dibaca kat sini (dalam english) Memang membuka mata bagi sesiapa yang belum sedar akan situasi ekonomi yang bertambah parah sekarang. Tak sangka, bagi mereka yang pendapatan RM 7000 masih dikira golongan pertengahan dan kalau di bandar, boleh dikategorikan miskin bandar!


RM 500 satu bahagian untuk lembu

Tadi mak aku ada tanya, tahun ni nak korban ke tak? Aku tanyalah berapa. Dia kata - RM 500! Lembu sekarang seekor RM 3500. Tahun lepas baru dalam lingkungan RM 2800, begitu cepat naik harga lembu ni. 

Tu baru lembu, tak cerita harga barang lain lagi!

Sebenarnya, sekarang ni kita (ok aku, bukan korang) dah macam tak terasa dah akan kenaikan harga ni. Kalau dulu ingat harga naik sikit, mesti reaksinya ekstrim. Tapi sekarang ni, harga semakin naik, tak sempat nak bereaksi, harga lain pulak naik. Mungkin graf kenaikan harga ni exponential, sebab tu kita sendiri pun dah tak perasan. 


Derita golongan pertengahan

Kenaikan harga minyak RM 0.20 tempoh hari yang paling berkesan adalah untuk golongan pertengahan. Mereka merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi negara (kelompok bayar cukai paling tinggi) tetapi sering kali dipinggirkan oleh kerajaan. Sebagaimana contoh BR1M sampai RM 3000 je, yang gaji RM 7000 dengan anak ada 2 orang ada satu kajian mengatakan 'cukup-cukup' makan sahaja

Actually aku melihat kepada masalah lagi besar. Apabila cukup-cukup makan ni, akan timbul banyak masalah yang tak diduga. Sosial terutamanya. Yang paling mendukacitakan - rakyat akan sentiasa jumud. Kenapa? Tiada peruntukan untuk diri membeli buku, tiada peruntukan diri untuk pergi melancong melihat negara orang, tiada peruntukan diri untuk keluar mencari ilmu (hadiri kelas). Macam mana nak ada peruntukan - duit sendiri pun cukup-cukup makan je!


Jangan fokus pada masalah

Kalau kita nak salahkan kerajaan yang memerintah, tak kemana perginya masalah kita tu. Bukannya masalah kita tu boleh diselesaikan pun kalau duk maki hamun kerajaan. Apa yang kita boleh ubah adalah dengan mengubah pendapatan dan perbelanjaan kita. 

Sama ada potong belanja

atau

Naikkan pendapatan

Ramai yang akan memilih pilihan pertama, tapi percayalah, lambat laun pilihan kedua juga akan dipilih. Sehingga bila kita akan potong belanjawan kita dengan perbelanjaan sedia ada semakin meningkat. Nak tak nak, memang kita kena tambah pendapatan kita.

Aku tulis entry ni sebabnya nak mengajak korang - yang makan gaji terutamanya, yang gaji antara RM 3000 - RM 7000 untuk beri peluang kepada diri korang lakukan bisnes. Nak tak nak kemudian korang akan buat bisnes jugak. Tak kiralah bisnes apa yang korang nak ceburi, korang kena fikir supaya pendapatan korang perlu bertambah dari sedia ada

Ramai kawan aku apabila aku ajak untuk bisnes, katanya tak bersedia, tiada ilmu, bukan masanya lagi dan macam-macam alasan. Walhal aku ajak dieorang untuk bisnes tu untuk diri dieorang jugak. Untuk tambah pendapatan masing-masing. Sampai bila nak tak bersedia dan bagi alasan lagi? Bila dah betul-betul kering? Baik bermula sekarang!

Nak buat pendapatan sampingan dengan Herbalife, korang boleh baca entry aku tulis ni

Nak buat pendapatan cara lain, err.... aku tiada pengalaman sangat. Yang aku pernah buat bolehlah aku ajar. 

Oraite. tu saja dulu entry kali ni. Nanti kita sambung lagi. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk keluar dari zon selesa kita dan lakukan bisnes seperti kebanyakan orang lain