Malam pertama berpisah dengan cik bini, rindu menerkam jiwa, maka update la satu entry!
amboi starting dia kan? syahdu betul. Mula2 aku nak ucap terima kasih kat korang yang ucap takziah, bagi semangat tak kira kat blog, twitter mahupun facebook. Ia sangat bermakna ok. terima kasih! pagi tadi tiba ke kota bharu dari sungai petani, ada urusan kat KB ni dan urusan kat sana pun dah selesai, baliklah semula ke rumah. cik bini still kat sana, doktor kata kena pantang macam orang bersalin pantang. biarlah dia ada kat sana, jiwa pun tak kuat lagi tu, at least ada keluarga dia kat sana kuat sikit ye tak
Lihat perempuan bersalin
Ni kisah beberapa hari lepas, takpelah sekarang baru nak cerita. Selepas aku type entry ni (
keguguran anak pertama) malam tu jugak sebenarnya aku alami sendiri pengalaman melihat orang bersalin. siapa lagi kalau bukan isteri sendiri kan. walaupun baby masih kecik - tak cukup bulan - mati dalam kandungan tapi dia punya azab - sakit mata memandang, sakit lagi yang alaminya!
Malam tu, setelah doktor bagi ubat untuk kendurkan rahim, doktor ada cakap anytime saja boleh keluar baby dalam perut tu. Lebih kurang pukul 11.00 pagi camtu doktor masukkan ubat kendurkan rahim tu. entah betul ke tak istilah aku pakai - kendurkan rahim - tapi tu lah yang aku faham. Pukul 4 petang camtu doktor datang balik check dan kata, rahim belum buka pun lagi. cuma dah lembut je
Sakit
Masa tu cik bini dah mula-mula sakit. Nurse ada bgtau aku yang sakit tu memang sakit, macam sakit period datang, macam aku pernah rasa kan? Tapi tengok cik bini yang tak keruan tu, memang taulah sakit sangat tu. Pukul 5 petang camtu, dia mintak cucuk ubat tahan sakit, kata dah tak tahan sangat dah.
Dari pukul 5 sampai 10 memang duk sakit-sakit je lah kerja dia. Kejap ok, kejap sakit, kejap ok, kejap sakit. Masa tu mak mertua dan mak aku pun dah balik dah, aku yang suruh dieorang balik tengok penat je kan, lagipun doktor kata kena masukkan ubat lagi sekali esok baru baby bleh keluar. Pukul 10 malam, dia mintak satu lagi suntikan untuk tahan sakit.
Suntikan kedua
Tak lama selepas suntikan kedua tu, sakit semakin menjadi-jadi. haaishh, pelik jugak sebab ubat tahan sakit dah cucuk, tapi dia still mengerang kesakitan camtu. Dan dan dan dan pukul 11 camtu, cik bini kata macam sesuatu keluar....
nurse bukak....
tengok ada macam benda kecik camtu yang terkeluar!
Aku memang terkejut jugaklah, ingatkan esokkan lepas doktor masukkan ubat kedua baru baby keluar, ni malam tu terus jugak keluar.
Kecik je...
Dah ada kulit...
Tangan kecik sangat....
Mata pun nak nak ada....
Nurse panggil doktor sebab 'barang' dalam perut cik bini tak keluar habis. Hanya baby je yang keluar. Kesakitan cik bini tu tak habis lagi. Nurse yang ada tu pun kata yang selagi tak keluar habis, memang akan still sakit. Adusss, kesian sangat dah aku tengok cik bini masa tu
Sejam kemudian lebih kurang, barulah semua keluar dan kali ni.... haishhh lagi banyak darah yang keluar!
Esoknya, doktor tahan sekali lagi kat ward, lusanya baru bleh balik ke rumah
******
Kalau nak diikutkan, baby yang keluar tu bukannya besar sangat, tapi kesakitan yang aku tengok cik bini alami tu, pieewwww tuhan sajalah yang tahu. Tak boleh bayangkanlah kalau baby tu dah betul-betul saiznya, keluar, ahhhh camnelah kesakitan dia kan?
Patutlah orang kata, bila kita tengok sendiri anak kita dilahirkan, kasih sayang kat mak kita tu jadi bertambah-tambah. Ya lah, mak kita dulu pun ngerang bagai nak rak untuk lahirkan kita jugak.
Kepada ibu-ibu diluar sana - terima kasih kerana 'tahan sakit' lahirkan kami!