Ahad, 31 Mac 2013

Keguguran anak pertama

Kisahnya hari khamis lepas, saja nak buat check up bulanan untuk cik bini. Dia kata lama dah xtengok baby, pergi je lah check. Sepatutnya dah 18 minggu

Sampai saja kat Klinik An Nisa tu (kat Kota Bharu) masuk jumpa doktor untuk scan. Doktor cam tanya soalan pelik, tanya betul ke baby 18 minggu sebab baby nampak kecik. Macam 12 minggu camtu. Cik bini aku cakap betul la kan. Tanya aku, mmg tarikh kawin je la aku tau. huhu

Baby tak membesar

Doktor cakap usia baby ni 12 minggu je. Dia adjust sana sini cari jantung baby n satu ayat dia bagi yg buatkan aku tak sedap hati

"jantung baby tak berdegup ni"

"saya rasa baby meninggal dalam kandungan"

perghh, dengan macam tu terus aku pandang cik bini, nampak dia dah berair mata dah. aku slumber je la kan control macho. Bukan apa, sebab tak expect plak camtu, takde pendarahan, cik bini plak sihat je, bukannya dia demam ke apa, tetiba kata baby meninggal

so, esoknya pergi ke satu lagi klinik untuk check

doktor kat klinik tu pun kata sama - baby takde degupan...

semalam ingatkan nak masuk HUSM, tapi nak jaga emosi cik bini punya pasal, bawak jelah balik rawat di sungai petani, at least mak ayah dia ada kan

So sekarang, kat Metro Specialist Hospital untuk rawatan keluarkan baby....

Sedih je...

Tapi takpe ada hikmah....

Malam ni pulak kebetulan ward aku tinggal ni takde orang, sepatutnya ada 3 orang, sorang discharge petang tadi, sorang balik sebab tak jadi nak beranak. Maka tidurlah aku kat sini malam ni. Tengah nak "keluarkan" baby dalam perut cik bini, banyak pulak prosedur dia

Seorang kena kuat

Kalau korang tanya aku sedih ke tak, mana tak sedihnya kan. 3 bulan ni dah ada sifat dah, roh pun dah masuk dah. Mak aku kata nanti kena bagi nama kat baby tu, kena mandikan dan tanam cam orang lain. Huuu, takde rezeki. Cuma skrg ni risau kat cik bini je la. Anak sulong, keluarga mertua aku pun semangat je nak dapat cucu pertama, tengok2 jadi macam ni pulak kan. Kalau aku nak bersedih jugak, alamatnya... entahlah....

Doa2lah supaya urusan lepas ni berjalan lancar

pss : update pakai phone, keje online jelah malam ni

Rabu, 20 Mac 2013

Cerita GET Team Baru di Kelantan


Ada satu tahap dalam pelan pemasaran Herbalife dipanggil GET Team. Kiranya tahap ni dah boleh dikatakan 'selesa' dari segi kewangan bagi orang luar yang melihat tapi tahap yang paling kritikal untuk seseorang dalam Herbalife.

Kenapa orang luar lihat 'selesa'?

Mana tak selesanya, purata income yang diperoleh oleh GET Team melebihi RM 10 000. Tu kira paling sikit la dan GET Team boleh cecah RM 20k RM 30k. Memang gaji pegawai tinggi dalam kerajaan je lah – jusa? Dan kalau dalam bidang swasta ada lah kena kerja 15 tahun keatas untuk dapat income sebanyak tu

Kenapa orang Herbalife lihat kritikal?

Kritikal bermaksud untuk kekalkan bonus (salah satu pendapatan apabila dah jadi GET) seseorang tu perlu lakukan sale agak banyak. Berapa banyak tu actually takdelah banyak sangat, bersepah orang yang dah selalu lakukannya. Jadi bagi orang yang tak dapat bertahan (tak follow sistem terutamanya) maka ramai yang 'mengalah' dan 'meninggal'kan Herbalife walaupun dah jadi GET. 

Kisah GET Team baru di Kelantan

Untuk rekod, tahun lepas hanya ada sorang GET Team dari Kelantan. Bayangkan sepanjang 2012, hanya seorang sahaja. Tapi start tahun ni, bulan January lepas dah ada sorang, bulan lepas dah ada sorang lagi dan bulan ni ada 3 orang yang akan complete untuk jadi GET. Susah tak susah, senang tak senang, ianya tak mustahil. Tapi memandangkan aku ni kenal rapat dengan pasangan ni je, maka aku nak tulis pasal dieorang je lah. Harap2 boleh bagi inspirasi kepada korang yang membaca. 


NEW GET TEAM MEMBER DARI KELANTAN – JULIANDI MAT JUSOH DAN RAHAYU MOHD KASRI

abg edy n kak ayu

Cerita mereka

3 tahun lepas mereka bertemu dengan Herbalife. Masa tu suami sahaja yang start produk sebabnya isteri ni cukup skeptikal. Si Isteri ni siap google semua pasal Herbalife kat internet – end up jumpa blog aku. Haha. Selepas suami dapat produk result, turun 20kg dalam masa 3 bulan dan isteri dia pun dah tengok perubahan suami – dia pun start jugak turun 10kg dalam masa 3 bulan, maka terbuka hatilah untuk buat bisnes Herbalife

Oh, latar belakang suami adalah kontraktor elektrik. Memang tak nampaklah dia kata peluang nak buat bisnes Herbalife ni. Tak yakin pun ada. Tapi setelah menghadiri ZERO 2 HERO pertama dan dengar sendiri perkongsian dari uncle Allen Peter – kontraktor kelas A tutup company dan buat Herbalife fulltime sekarang, barulah terbuka hati untuk 'try-try' dalam bisnes ni

2 tahun lepas (selepas setahun makan produk) barulah dieorang start lakukan Herbalife part time part time. Apa yang membuka hati dieorang nak buat full swing dalam Herbalife selepas hadiri EXTRAVAGANZA. Balik je dari EXTRAVAGANZA, terus buat bisnes ni betul-betul

kenangan di Macau bersama dieorang

Mac 2012 – tahun lepas dieorang start buka nutrition club kat Rantau Panjang dan Mac 2013 dieorang dah jadi GET Team!

Kalau korang tengok timeline
  • 2010 – start makan produk
  • 2011 – start bisnes part time, lepas pergi Zero 2 Hero
  • 2012 – serius buat bisnes, lepas pergi EXTRAVAGANZA
  • 2013 – jadi GET Team!


Last month income lebih RM 15 000

*benda ni orang Herbalife je faham, final cut GET dia finish strong gile – 35 000 vp organisasi!


Herbalife skim cepat kaya???

Tak tak, Herbalife ni bukannya skim cepat kaya, tapi satu sistem yang kita boleh jadi kaya dengan cepat! Okeh, aku tak suka sangat cakap pasal duit ni, aku nak cakap apa yang aku belajar dari dia – memang kenal rapat jugak – apa yang aku tengok perubahan atau transformasi hidup dia

Changing people's live

Memang moto company cukup betul dan memang boleh saksi sendiri dengan perjalanan pergi ke next level ni. Aku ambik 2 contoh dalam group dia yang betul-betul berubah. Pertama adalah Nurul! Nurul ni dulu kerja dengan dia, dibayar RM 10 untuk sehari. Nurul ni jugak penjahit manik, kat Kelantan ni memang glamer baju kurung dijahit manik – nak nampak lawa dan dapatlah upah RM 35 untuk sepasang baju. Nurul cerita, kalau sebulan dia jahit sepasang je baju, maka RM 35 tu lah dapat upahnya. Memang sangat susah

Tapi dah buat Herbalife sekarang, baru qualify Active World Team, last month Herbalife bayar RM 7500! Siap company bayar 500USD lagi. Gile ke apa penjahit manik dapat income dalam USD lagi!

Yang kedua ada gambar! Hehe. Meet MOK SU!!


Mok Su ni salah seorang dalam organisasi abg edy n kak ayu ni. Dia dah berumur 60 tahun lebih dah. Terbuat Herbalife disebabkan teruja dengan produk result (turun 16kg!) dan hanya bercerita je dengan kawan-kawan dia, last month mok su qualify World Team dan buat 5 get 5! Bagi yang tak paham 5 get 5 tu – jualan runcit RM 30 000!

Mesti korang pelik kan, camne yang umur 60 tahun boleh buat jualan sebanyak tu. Jawapannya mok su bukannya 'menjual' tapi berkongsi dengan orang! Bila kita start berkongsi benda baik – ubah kesihatan dan jana pendapatan, even mok su yang umur 60 tahun pun boleh buat!

Tu antara 2 kisah, banyak lagi dan kalau dah jadi GET Team ni, at least dah ubah kehidupan 8 orang lain! Menarik bukan? Banyak lagi kisah menarik mereka ni, kena la datang sendiri ke Kelantan ni dengar perkongsian daripada dia :)


ZERO 2 HERO

Yeah, sebelum aku tamat entry ni, at least ada tindakan seterusnyalah kan. Abg edy n kak ayu ni start buat Herbalife part time setelah pergi ke Zero 2 Hero. Kenapa berani buat part time - sebab nampak BAGAIMANA nak buat Herbalife ni. Memang event terbaik untuk mengajar korang BAGAIMANA nak lakukan Herbalife adalah di Zero 2 Hero. Dia pergi blur-blur tapi selepas 2 tahun hadiri event ni sekarang dah jadi GET Team. 

Benda ni pun boleh berlaku kepada korang! Kalau korang
  • Diajak kawan untuk ke Zero 2 Hero ni - PERGILAH
  • Dah pernah pergi yang lepas - PERGILAH lagi
  • Tak tahu menahu pasal Herbalife tapi macam nak tambah extra income - SANGAT DIALU2KAN (contact aku kalau korang takde coach)

Okeh, itu sahaja entry di malam hari. Semoga bermanfaat :)


pss : nak tahu lebih mengenai Zero 2 Hero, boleh email kepada joegrimjow@gmail.com

Selasa, 19 Mac 2013

New iMac, New Bini


Alkisahnya beberapa hari lepas aku ke Penang dengan cik bini. Memang agak lama dah mencari new iMac yang mana kesudahannya memang cerita yang sad ending - takde stok. Dari PC Fair kat Mid Valley pun dieorang kata kena tempah, kat KB ni lagilah memang stok takde memanjang sampaikan dieorang kata kena tunggu bulan depan!

Bulan depan??

Jadi pergi ke Gurney tu saja-saja je lah takde plan pun nak beli new iMac yang orang kata slim-slim gitu. Haruslah slim kan sebab aku nak slim. ada kaitan yang sangat mesra disitu

Masuk kat Switch kat Gurney tu, tanya dieorang new iMac ada stok tak - yakin ni dia akan kata takde - perghh dia kata ada pulak. Cik bini siap angkat kening lagi 'haa, apa lagi belilah. Cari sangat ni dah jumpa dah ni belilah'

Tengok wallet memang takde duit sampai bleh bayar cash. Eh, lupa plak gaji Herbalife dah masuk (15hb hari tu lagi) jeng jeng jeng

Dalam hati - habis duittttt

Tapi nafsu buas berkata 'rilek bro, dapat bini baruuu ni!'

Dulu bergambar dengan cik bini



Sekarang dah ada bini baru! waha!!!



Review pasal New iMac ni? Nantilah tak 'check' sepenuhnya lagi. Dah check habis-habisan, nanti aku buat review eh. wahaha


pss : tengah cari orang KB nak buat extra income. anyone?

Khamis, 14 Mac 2013

Kisah baby berdarah di Hospital Kota Bharu

Lewat petang semalam antara gambar paling kerap keluar kat timeline fb aku adalah gambar bawah ni. Ramai betul yang share gambar ni. Cukup prihatin gitu rakyat Malaysia ni kan?


Alright, aku nak kupas benda ni 2 sudut. Here we go, jom baca!


1) Cepat sangat sebar-sebar cerita

Macam aku kata di awal tadi, rakyat kita cukup senang nak share benda-benda yang hangat macam ni. Aku tak kata gambar ni tipu, tapi 'cerita' kat gambar tu yang kalau baca pun nampak something wrong. Mana taknya, nampak sangat nak blame kat jururawat. Takkanlah nurse (manusia) nak bagi baby berdarah macam ni. Mesti ada kesilapan (manusia) yang kat mana yang kita tak tahu. Kita yang tak tahu menahu apa-apa ni, teruslah berprasangka negatif dengan kata nurse tu jahat, tak sayangkan kat baby ke dan macam-macam lagilah. Walhal kisah sebenar - dialog sebenar - kita tak tahu. kan? ke korang ada kat tempat kejadian tu? 

ish3


2) Kenapa hospital kerajaan kena double standard?

Ok, yang ni kita lari sikit dari gambar tu. Aku pun tak tahulah sejak bila mentaliti, apa sahaja milik kerajaan, hospital ke, universiti ke, sekolah ke, kalau ada 'kerajaan' sikit kena ada layanan double standard. Macam kalau yang kerajaan ni semuanya lebih rendah classnya daripada yang berbayar. Kalau takde duit, baru pergi kepada kerajaan. Kalau nak perkhidmatan bagus, kena pergi kepada swasta.

Sebenarnya benda 'mentaliti' macam ni dah jadi realiti sekarang dek orang yang kerja disana tu sendiri yang amalkan benda ni + orang awam pun absorb terus. Actually kalau korang pergi ke hospital berbayar pun, ada jugak layanan yang diberikan tak sepadan dengan bayaran.

Aku ambik contoh ada Nurse kat Gleaneagles Hospital yang kata ayah aku gila - tahun 2004

Ok, berbalik kepada layanan kat hospital kerajaan ni, kenapa yang kerja di sana kena ada double standard? Padahal gaji dibayar kot. Orang ramai? Hello, orang ramai pun kita kerja bukannya dikira per orang, tapi per hour. so kenalah jalankan tanggungjawab kerja tu dengan betul ye tak?

Bagi orang awam macam kita, jom kita ubah. Ada kesilapan yang mereka buat, terus tegur kat situ jugak. Aku pernah tegur sorang nurse kat hospital KB tu yang masam sangat, supaya senyum, baru pesakit suka hati tengok suasana macam tu. Walaupun lepas tu dia still masam, at least aku dah buat dia terfikir. Balik rumah tu fikirlah kot.


Alright, tu saja bebelan awal pagi. BTW aku kat Hospital KB ni, hantar mak buat medical check up. ok je nurse kat sini :)

Selasa, 12 Mac 2013

Tips kempiskan perut dari @denaihati

Agak-agak menjadi tak tips dari @denaihati ni untuk kempiskan perut?


Hehe, actually memang untuk menurunkan berat badan, 'elemen' yang paling penting adalah DIRI SENDIRI. Tak kiralah korang ada produk penurunan berat badan paling hebat di dunia pun, korang ada alat senaman tercanggih kat dunia pun, korang ada personal coach terkenal untuk turunkan berat badan korang pun - kalau korang tak 'ready' untuk turunkan berat badan, memang takkan menjadi.


Nak naik berat badan perlu lebih disiplin?

Perasan tak yang korang kalau nak naik berat badan sebenarnya perlu disiplin yang lagi tinggi. Kenapa? Korang kena ada disiplin yang tinggi untuk SELALU MAKAN. Pagi2 pukul 7 makan. pukul 10 minum teh tarik + kuih. pukul 12 makan tengahari. pukul 4 makan lagi kawan ajak pergi kedai mamak. pukul 7 balik rumah isteri masak kena makan. pukul 11 lepas main futsal ke kedai lagi pekena roti canai. haaa, disiplin sangat tinggi tu! Kalau korang tak makan, tak berdisiplin untuk makan banyak, mana boleh turun berat badan. kan? Yang berbadan besar tu, korang tak perasan pun yang korang sebenarnya 'jalani disiplin yang ketat' sebab korang buat perkara yang korang suka!


So, untuk jadikan program penurunan berat badan korang 'menjadi' korang just kena 'jatuh cinta' dengan apa yang korang buat. barulah disiplin tu datang dengan sendiri :)

Alright, tu saja sembang pagi ni. terima kasih kepada bro denaihati sebab tips yang 'makan dalam' tu. haha


pss : Nak dapatkan tips kurus secara percuma di twitter boleh follow aku di twitter (@joegrimjow) dengan hashtag #tipskurus. 


Jumaat, 8 Mac 2013

Selamat Hari Wanita

Bangun pagi-pagi, kononnya nak jadi suami romantis, sapa cik bini

aku : Selamat hari wanita sayang!
cik bini : Wanita apa wanita, i bukan wanita lagi

aku : habis tu?
cik bini : i gadis

-_-"

******

Kepada wanita-wanita di seluruh dunia, joegrimjow mengucapkan Selamat Hari Wanita! Semoga korang jadi anak, isteri, ibu, kawan, adik, kakak yang terbaik kepada kami kaum lelaki. aceceeeh. Nah tengok video kat bawah ni :)



joegrimjow sayang wanita-wanita :)

Jumaat, 1 Mac 2013

Harga Herbalife naik, apa patut kita buat?

Harga Herbalife bagi semua produk di Malaysia akan naik berkuatkuasa pada 5 March 2013 (PEMBETULAN - TARIKH BARU 27 MACH 2013). Yess, ini berita dari HQ sendiri, bukan aku pandai-pandai buat cerita. Jadi, apakah yang patut kita lakukan? woshhh!!!!



1) Tak pernah try, tak pernah tahu apa itu Herbalife tapi nak lah Herbalife ni. hihik

Bulan ni adalah bulan TERBAIK untuk korang start consume ataupun jadi pengedar Herbalife. Blur-blur tak tahu, takpe sebab dalam Herbalife ni korang akan ada coach yang memang sentiasa menjaga korang. Tak kiralah nak dapatkan product result ke, ataupun nak cari pendapatan sampingan, coach tu akan ajar korang step by step. jom jadi sebahagian dari company super hebar ni sekarang. Belum ada coach? contact aku terus yaaaa. Baca sini untuk lanjut - RESUME ni tauu


2) Pelanggan setia Herbalife belum sign up jadi ahli

Ramai yang masih consume produk Herbalife tapi still tak jadi ahli. TAHUKAH ANDA dengan jadi ahli dalam Herbalife korang akan dapat diskaun 25%? Jadi, yang belum jadi member, call coach korang cepat-cepat untuk jadi member. Walaupun harga naik 2.5%, jadi ahli untung 25%. wahaa, tindakan bijak disitu!
3) Pengedar Herbalife yang setia mengedar tanpa penat jemu

Bagi para pengedar pula, bulan ini adalah bulan terbaik untuk naikkan 'status keuntungan' korang kepada lebih tinggi. TAHUKAH ANDA bila jadi pengedar Herbalife berdaftar, korang boleh pilih keuntungan/potongan harga produk kepada 35% ataupun 42%? Banyak tuuu. Jadi, bulan ni adalah bulan terbaik, dah harga naik nanti, menyesal pulak tak borong banyak-banyak
4) Pengedar Herbalife yang mahu jadi Supervisor yang masih teragak-agak sehingga sekarang

Keuntungan tertinggi yang Herbalife boleh offer adalah sehingga 50% atau namanya supervisor. Bulan ni adalah terbaik untuk korang qualify jadi Supervisor. Kalau korang berada di posisi (1) atau (2) atau (3) pun korang boleh layakkan terus untuk jadi Supervisor ni. Tanya coach masing-masing ya macam mana. Tak rugi, hari-hari minum shake, korang jugak yang akan untung beli sekarang, bila dah naik, alamatnya menyesal lah


*******

Kenapa harga Herbalife naik?

Biasalah, dah nama makanan, mestilah semakin naik ye tak? Harga gula dulu dengan sekarang pun berbeza, Herbalife pun dah nama makanan mestilah ada naik jugak. Tapi kenaikan 2.5% ni sebenarnya tak banyak compare dengan tahun lepas yang terus naik 6%. Tapi (banyak betul tapinya) untuk jadi bijak, boronglah bulan ni banyak-banyak :)



Selamat memboronggggg

pss : contact aku di 0169640972/joegrimjow@gmail.com