Sabtu, 29 September 2012

Pandangan aku mengenai #Bajet2013

Pertama kalinya aku tak dapat nak ikuti bajet 2013 secara live di kaca tv. Semalam berada seharian di Gua Musang, malam baru balik memang kekangan untuk ikuti bajet 2013 sangat-sangatlah tinggi. Walaupun tak berada di depan TV, memang msg kat iPhone ni sentiasa je masuk. Update dari beberapa kenalan yang memang bersemangat. Entah aku sorang yang dia msg ke atau ramai lagi aku pun tak tahu

Tapi alhamdulillah, pagi ni dah boleh go through semua bajet dan macam biasalah, joegrimjow pun ada pandangannya sendiri. jom yang kita baca

Korang boleh baca sini untuk ringkasan dia


1) Gula-gula untuk rakyat

Aku rasa benda ni yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat kita ya tak? Banyak jugak pemberian berbentuk 'duit' secara terus yang diberi kepada rakyat kali ni, antaranya bonus 1 dan setengah bulan kepada kakitangan kerajaan, baucer buku, BR1M 2.0 yang diberi kepada muda-muda lagi, rebat untuk smartphone dan macam-macam lagilah. korang boleh tengok sendiri laporan penuh dia kat link atas tu

Bagi akulah, gula-gula kepada rakyat ni perlu. Cuma kerajaan kena bijaklah supaya rakyat nampak benda tu besar. Entahlah korang nampak benda tu besar atau tak, sayang sekali gula-gula kali ni takde yang aku dapat. Rebat smartphone tu je lah harapan dia tapi bila tengok untuk yang gaji RM 3000 je, hishh, susah jugak nak dapat tu

Pegawai kerajaan pasti senyum melebarlah, bagus, janji ditepati sudah sampai masa balas budi. hehehe


2) Subsidi untuk rakyat dikurangkan

Yang ni aku sangat-sangat setuju. Bajet 2013 kali ni pertama kalinya dalam 5 tahun ni dikurangkan. Baguslah untuk kerajaan mendidik rakyat dia supaya tidak selalunya bergantung pada subsidi. 11% lebih jugak dikurang tu. Entahlah mungkin harga minyak lepas ni pun naik aku pun tak tahu. Tapi kalau bolehlah kot-kot PM kita Najib baca benda ni, janganlah naikkan harga minyak lagi eh. Kurangkan subsidi benda lain pun sangat ok

Sebab kita ni antara negara no 1 yang mana ratio pekerja kerajaan dengan jumlah penduduk tertinggi, dalam Bajet 2013 kali ni memang elok sangatlah kerajaan dah cuba perlahankan sikit pengambilan kakitangan kerajaan ni. Tingkatkan produktiviti yang sedia ada, cikgu ke, askar ke atau apa lagilah yang berada di sektor awam, tingkatkan produktiviti mereka berbanding ambil yang baru. 


3) Perbelanjaan kementerian PM meningkat-ningkat

Ni yang aku tak setuju sangat-sangat. Bajet kali ni antara kementerian yang paling banyak dapat peruntukan adalah untuk kementerian perdana menteri. Ya memang PM tu penting, ada duit maka dapatlah tunjukkan kredibiliti sebagai PM kan. Mana-mana PM pun buat macam tu. Tapi sejak kebelakangan ni, perbelanjaan di kementerian PM meningkat dengan luar biasa. 3 kali ganda?

Penjenamaan 1Malaysia sebagai contoh tu termasuk sama lah - duit rakyat kot!

Jadi apa kata kalau, cuba kurangkan sikit perbelanjaan di kementerian PM tu dan bagi kepada kesihatan terutamanya, barulah rakyat kita ni sentiasa sihat gitu. Tengok orang update kat facebook hari tu ada gambar PM kita kat LRT, perghh memang banyak tu digunakan. Ya kami tahu janji-janji telah ditepati, tapi tak yah lah nak war-warkan sangat. okeh?


*****


Okeh, itu saja 3 benda pandangan aku. Banyak lagi ni nak menulis tapi sebab hari ni pun sibuk jugak, nak menulis pon sikit-sikit je dapat. Yang nak sembang-sembang pasal Bajet 2013 ni, bolehlah kita sembang2 di club aku kat wakaf che yeh. haaa, bereh?

pss : pendapat korang?

Khamis, 27 September 2012

Tayar kereta kena kunci - RM 300!

Pernah kena kunci tayar kereta? 1st time kena tadi! Entah nasib tak baik hari ni, tadi berhenti kejap di belakang Nagoya KB nak cari tandas. Pusing punya pusing tak jumpa parking. Nasib baik kat belakang Nagoya tu ada ruang kosong sikit, memang aku park kereta kat situ lah kejap

Kejap sangat. sangat kejap!

Tapi apa, balik ke tempat kereta dah tengok tayar kereta dah berkunci :(



Apa yang aku tak puas hati adalah kesalahan aku adalah jenis 'Menghalang lalu lintas' Ok, cuba korang tengok adakah kereta yang aku park ni menghalang lalu lintas ke atau tak?



Tak kan?

Cuma yang salahnya, memang akuilah park kat tempat tiada line parking. Sebab dah memang takde parking, sebab tu parking kat situ. Tengok surat cinta dari MPKB - RM 300! Mak aiihh, memang penat la nak membayarnya

Tapi nasib baik, terus pergi ke MPKB tadi dan satelkan kat sana - just bayar RM 60 je. Fuh, nasib baik. Walaupun bayar RM 60 je, memang ni jadi satu peringatan la supaya jangan parking kereta merata tempat. Tadi saman-saman sebelum ni terus keluar dan apa lagi, kena bayar semua baru boleh release kereta. Sebenarnya RM 440, tapi dia bagi diskaun - RM 60 jugak.


So total kena bayar, RM 120. 

Melayang duitku :(

Selasa, 25 September 2012

Berhenti belajar di U untuk buat bisnes

Sekarang ni begitu banyak muda mudi yang berjaya dalam bisnes seusia awal 20 tahun lagi. Tak kiralah apa jua bisnesnya, gaya hidup orang muda ini sedikit sebanyak mempengaruhi rakan sebaya yang masih belajar. Ya lah, mana tahan tengok umur 20-21 dah mampu milik kereta sendiri, dah mampu ada harta sendiri dan dah melancong ke banyak tempat dengan duit sendiri

Dulu mungkin masuk U dan tamat U adalah yang dikejar, tapi senario sekarang dah berubah

Dulu masuk U luar negara ke dalam negara yang jadi pertanyaan utama, tapi senario sekarang dah berubah



Mungkin para student kat negara kita ni akhirnya dah sedar yang apa yang dibelajar di U sebenarnya bukanlah sebenarnya bidang kerja yang mereka akan ceburi. Sebab tu mereka sekarang cenderung untuk berhenti belajar dan start bisnes sendiri

Tambahan dengan rangkaian internet yang begitu meluas penggunaannya sekarang, lagilah mendorong ramai golongan muda remaja yang masih menuntuk untuk berbisnes semasa belajar. Yang lagi berani - berhenti belajar untuk fokus bisnes!


AWAS, bahaya yang tersembunyi!

Kalau korang dalam dilema sama ada nak meneruskan belajar atau nak berhenti belajar untuk buat bisnes, mungkin pendapat yang aku bagi ni korang boleh pertimbangkan. Pertamanya jangan terikut dengan orang.

Kalau korang semata-mata nak berhenti belajar sekarang semata-mata terikut-ikut dengan rakan korang yang dah berjaya tu, lupakan saja. Peratusan korang untuk rugi adalah sangat tinggi. Perlu tahu dan kalau boleh jumpalah mereka dan interviewlah mereka yang sudah berjaya yang aku jamin 100% jalan kejayaan mereka jauh lebih susah daripada korang nak dapatkan segulung ijazah

Silap besar kalau korang rasa berbisnes ni lebih mudah dari nak dapatkan segulung ijazah!

Kedua berbisnes sebagai jalan keluar tak nak belajar. Proses belajar itu bermula semenjak lahir sehinggalah ke liang lahad. Berhenti belajar maknanya korang berhenti hidup korang! Bagi mereka yang tahun-tahun terakhir belajar di U, aku pun pernah alami dengan stress dan mata pelajaran yang semakin susah. Ya, memang susah! Tapi berbisnes dengan berhenti belajar sebab susah dan nak lari dari proses pembelajaran - itu adalah kesilapan besar



Apa jua bisnes pun, korang kena bersiap sedia untuk jadi "anak didik" balik. Jangan ingat orang berjaya dalam bisnes tidak belajar, mereka lagi banyak belajar berbanding dengan mereka yang berada di U. Cuma pembelajaran mereka bukanlah semata-mata di dalam bilik darjah - ada di kedai kopi, ada di dalam bilik dan yang paling berharga belajar melakui pengalaman pahit

"Joe, part time bisnes sekarang dah dapat rm 10k sebulan, macam rugi je nak terus belajar...."

Itulah cadangan aku, minat sangat nak buat bisnes semasa di U, buat secara part time dulu. Apabila pendapatan dalam bisnes korang dah melebihi gaji lecturer korang, study korang pun tak terjejas sangat, aku pun memang cadangkan sangat-sangat korang berhenti belajar dan lebih fokus dalam bisnes korang tu.

Ingatlah, kisah satu kejayaan terlindung disebaliknya 1000 keperitan. Selamat berbisnes ya :)


pss : nak buat bisnes Herbalife secara part time di U? call abang joe ya, nanti abang joe ajarkan

Ahad, 23 September 2012

HIV Test dan Tekanan Darah Tinggi

Baru balik dari buat HIV Test kat klinik kesihatan perol. serius aku tak tahu yang result utk HIV test ni lambat baru dapat peroleh! Seingat aku dulu masa aku buat HIV test, pagi pergi, tak sampai sejam dan siap! Tapi sekarang ni sampai 3 minggu!

Kata nurse kat situ, sebab ada kes yang dulu bacaan tak accurate, sebab tu kena buat cara yang baru. Dulu amek darah just macam amek darah yang nak check kencing manis je, setitik macam tu tapi tadi, pergi sebotol nurse tu amek darah aku. So kepada sesiapa nak buat HIV test dan nak result cepat kat hospital kerajaan, jangan haraplah. Kena prepare awal2!


Tekanan darah tinggi

Tadi kat hospital masa aku tengah tinggu turn nak cakap dengan nurse tu, dia check bp salah seorang pak cik ni. tiba2 nurse tu macam marah2. dia tanya pak cik tu makan ubat ke tak, pak cik tu kata xmakan. lagi lah marah nurse tu. Aku nak tahu jugak kenapa nurse tu marah n bila tengok bacaan bp pak cik tu, aku pun terkejut!

194/104

Yang bawah pun lebih 100! pergh memang tersangatlah tinggi. Kalau darah terlampau tinggi ni, boleh pital secara tiba2. Sebab tu nurse tu tanya yang pak cik tu ada pening2 ke tak, rasa loya2 ke tak, mata ada rasa kabur ke tak sebab runsing pak cik tu pengsan!

Tekanan darah tinggi dan pengaruh emosi

Aku ada baca satu research yang dibuat oleh Clemson University, dieorng mendapati jika bp 120/80 keatas, orang tu akan mengalami kesukaran untuk mengesan emosi yang ada pada gambar dan juga ayat. Jadi kalau korang ada ahli keluarga yang bp tinggi dan kurang berperasaan tu, paham2 je lah eh

Nak tahu bp korang yang paling betull, check 2 kali pagi dan 2 kali petang selama 7 hari dan tengok puratanya. tulah bp korang. Dah banyak tu, pandai2lah turunkannya ya. okeh. tu ke update ringkas, selamat berhujung minggu!

pss : bp - blood pressure

Jumaat, 21 September 2012

Pandangan aku mengenai filem Innocence of Muslim

Masa kat Macau beberapa hari lepas, memang kat time line twitter aku penuh dengan key words 'hina islam' 'watak nabi' 'filem hina nabi' 'innocence of muslim' dan macam lagi lah ragamnya yang menulis mengenai ketidakpuasan hati mengenai sebuah filem yang bertajuk Innocence of Muslim. Yang menambah lagi kemarahan orang Islam adalah pihak youtube tak nak tarik balik video yang bertujuan menghina Islam tu

Hari ni banyak demo diadakan untuk menunjuk ketidak puasan hati kita. Tanda sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW tanpa berbelah-bagi

Salah satu babak


Sebuah pandangan aku

Bagi aku yang sempat menonton filem tu sebelum di buang sepenuhnya (aku tak tengok habis, korang akan tahu kenapa) ada beberapa perkaralah yang aku boleh bagi kesimpulan


  • kualiti video yang tersangat kurang
  • dialog yang memang peringkat tadika je yang mengarang
  • lagak, suasana tempat memang tersangat low class
  • tak terasa dieorang menghina Nabi kita, rasa kesian adalah kepada pengarang yang begitu bodoh hasilkan filem sedemikian rupa


Jangan salah faham pulak yang aku menyetujui filem ini dibuat, tapi kalau korang pernah tengok filem tu sendiri, konfem korang pun rasa sedemikian rupa. Lainlah kalau memang ada sebuah company yang hebat, belanja juta-juta dengan pelakon pun mantap-mantap bikin filem dan filem tu memang khas untuk menghina Islam, memang aku marah, tapi dengan pengarah yang bodoh macam tu hasilkan filem yang tersangat low-class ni, serius aku tak rasa terhina

perumpamaan yang kita boleh aku buat, macam kita kaya raya ada harta berbilion ringgit then ada sorang ni datang ke pintu pagar rumah kita  hina caci maki kita kata kita terima rasuahlah, bukak casinolah, buat bisnes dadahlah. korang rasa terhina ke rasa kesian? aku rasa kesian dengan org macam ni

Tak tak, aku tak salahkan orang yang berdemo tu, tu cara mereka

Point aku kat sini, we are reacting too much! Masih banyak lagi kes yang SEDANG berlaku sekarang ni yang mengganggu-gugat masyarakat Islam. Berapa banyak lagi yang dibunuh di Syria dari hari ke hari dan masih berlaku, di palestine yang masih lagi sampai sekarang tak dapat balik hak tanah mereka dan kat jiran kita Thailand pun nak amalkan Islam pun susah sangat walaupun tempat itu sememangnya majoriti masyarakat Islam

Aku rasa sengaja dieorang bangkit filem bodoh ni, untuk bagi kita lupa dengan jenayah2 yang dah memang mereka SEDANG buat sekarang ni


Filem bodoh

Pelakon dalam filem tu pun sendiri tak tahu yang dia berlakon dalam filem yang menghina Islam. Siap kemukakan saman lagi kepada youtube sebab tunjuk video macam tu. Dan lelaki yang berlakon tu pun tak sebut Muhammad, tapi perkataan lain dan diubah sesuka hati oleh pengarah bodoh tu. 

Tapi jangan terkejut, filem yang bertajuk Dessert Warrior pada awalnya ini telah akibatkan seorang duta US di Libya terbunuh, 3 lagi mati. Banyak kedutaan US diserang di negara-negara lain. Agak-agak orang bukan Islam yang tengok keadaan ni berlaku apa yang dieorang fikir? Macam ni ke apa yang agama kita ajar? 

Janganlah kita marahkan si bodoh, sebab nanti kita terbodoh sama!

Khamis, 20 September 2012

Pengalaman pertama kali guna iOS 6

Kepada pengguna Apple, iOS 6 adalah perkara yang ditunggu-tunggu untuk sekian lama. Semalam adalah secara rasmi iOS 6 boleh di download oleh kesemua pengguna Apple di seluruh dunia. Bagi yang ada iPad, iPhone mesti terus download semalam kan? Sama macam aku jugak!

5 jam download pon 5 jam lah tunggu. Nak buat macam mana, internet super lembap :(


Walaupun banyak features yang ditawarkan, cuma ada 3 je yang aku tak sabar nak guna iaitu Maps baru, integrated facebook dan juga Passbook. Kali ni aku nak cerita 3 benda ni je lah eh

Maps Baru

Korang tahu kan yang sekarang ni Apple dah pakai maps sendiri dah. Dah tak guna yang google punya dah. Memang kalau perasan banyak features yang ada pada google maps yang agak best guna sebelum ni bila dah update iOS 6 ni hilang macam tu je. Walaupun Malaysia ni agak ketinggalan untuk dieorang update - untunglah yang duk US tuuu - tapi ada benda yang best yang baru. 3D experience! 

Banyak-banyak apps, memang Maps adalah paling berguna bagi aku. Maklumlah, nak cari rumah orang di tempat baru ni memang mencabar, sebab tu excited bile Apple nak bangunkan maps sendiri ni. Harap-harapnya cepatlah features2 yang best masuk ke Malaysia




PassBook

Ni apps baru tang Apple perkenalkan tempoh hari. Agak teruja jugak sebab memang apps macam ni agak memudahkan banyak tugas kita. Walaupun sekarang ni tak berapa nak praktikal lagi nak pakai kat Malaysia, tapi konfem sikit hari nanti memang passbook ni akan jadi benda keperluan untuk kita. Harap-harap air asia update cepat2, barulah senang nanti nak ada boarding pass semua!




Facebook dengan iOS 6

Sekarang ni facebook pun dah diintegrate dengan iOS. Walaupun twitter dah buat agak lama, tapi orang masih ramai gunakan facebook. Jadi dengan perbaharuan ni, memang senanglah nak share pape kat facebook lepas ni. Gambar dan link menarik pon dengan 1 klik mudah je. terbaik!

******

oraite. tu saja 3 benda yang sempat aku godek-godek tadi. SiRi pun banyak perubahan. Tak tahulah sama ada slang aku bertambah elok atau SiRi lebih paham, bagi arahan suruh buat pape senang plak die paham. haha. Sekarang ni boleh bukak apps pakai SiRi je. Cool sangat! okeh, bagi yang tak udpate lagi, update laju-laju. FREEE AJEEEE :)

Selasa, 18 September 2012

Extreme Healthy Diet bersama joegrimjow

Baru balik dari holiday, memang menjadi kebiasaan badan akan naik. Aku baru saja balik dari Hong Kong, China dan Macau sebelum berat 76 dan tadi timbang 80!

Extreme Diet

Tapi tak perlu risau, sebab memang mudah untuk turun balik dengan Herbalife ni. Mudah dan menjadi kalau korang follow, tak follow memang mudah di mulut sahaja tapi konfem tak menjadi

Target aku untuk program diet kali ni adalah turun sehingga berat asal aku iaitu 75 pada 1 Oktober ni. Maknanya nak turun 5kg dalam masa 13 hari!

InsyaAllah aku akan catatkan apa yang aku buat, termasuk jenis hidangan aku makan dan senaman yang aku buat serta berapa banyak air yang aku minum. Mungkin panduan diet ni korang boleh guna di kemudian hari. Sebab nama program ni "extreme healthy diet with joegrimjow" memang agak extreme tapi masih sihat dan boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Yang bestnya pasal result tu dapat turun banyak!

Kita tengok ya macam mana. Aku letak gambar aku terbaru dan analisa kebugaran aku untuk rujukan dikemudian hari.

Wish me luck :)

Sabtu, 15 September 2012

Herbalife University : Tips membeli di Hong Kong

Alhamdulillah, hari ketiga Herbalife University! Sekarang ni tengah siap2 untuk tunggu naik feri dari Hong Kong ke Zhuhai. Tunggu-tunggu tu kita update blog dulu la ye tak?

Membeli belah di Hong Kong

Semalam aktiviti bebas. Ada yang ke disneyland dan ada yang shoppinh. Baca review kat forum disneyland hong kong tak berapa best, jadi aku pilih untuk shopping. Beli tiket all-day mrt, harga 55HKG, lebih kurang RM 24 memang manfaatkan betul-betul lah naik mrt tu. Jadi semalam sebab banyak buat silap, nak share sikit tips utk beli barang kat Hong Kong

Kalau korang ke tempat macam nak beli souvenior, memang kena praktikka tips ni. Pertama setiap barang yang korang tanya berapa harga, dia letak je harga korang bahagi 3 atau 4. Jangan takut sebab memang tu harga sepatutnya. Kalau dia tak bagi, memang dia akan halau terus, masa tu kena pasrah je lah dan kalau korang nasib baik, untung banyak tu!

Macam semalam downline aku beli baju jersey, harga asal 150 last dapat harga 50 je. kalah jersey kat rantau panjang. haha. Survenir plak banyak yg dapat murah2 dan kalau korang nak beli barang, aku suggest beli baju sebab baju kat sana memang murah-murah

Oraite, tips ringkas sebab feri dah datang. ahaa, layan gambar. sorylah sebab gambar kat bawah, pakai apps blogger nak update tak tahu came nak letak gambar kat atas. waha!

Selasa, 11 September 2012

Herbalife University : 1st day di Hong Kong

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Hong Kong. Gigih update blog, nasib baik ada free wifi yang bersepah kat Hong Kong ni ditambah pulak apps untuk blogger ni user friendly pulak waktu-waktu camni, apa lagi update blog la kan?

1st day Herbalife University

Kali ni Herbalife University diadakan di Macau. Aku ambil pakej yang pergi jalan-jalan dulu, jadi bertolak agak awal. Bertolak dari KL tadi pukul 7 pagi dan sampai lebih kurang pukul 11 tadi. Sampai je terus dibawak berjalan-jalan ke beberapa tempat

Yang paling best adalah tempat makan!

Memang susah nak dapatkan makanan halal kat sini, ye lah muslim sangat minoriti. Tapi tadi travel agent tadi bawak ke komuniti Islam, siap ada masjid lagi dan makanan dia perghhh memang sangat sedap. Tak tahulah mungkin sebab lapar kot sbab tu sedap tu kot. :)

Sekarang ni otw balik ke hotel, layan gambar dan esok sambung jalan lagi kat area Hong Kong ni.

tak puas lagi ni!

Isnin, 10 September 2012

Adik penjual kerepek

Lebih kurang 4 hari lepas aku ke Haza Bistro kat KB bersama dengan custmr aku. Kat Kelantan ni bukak kedai makan, buat hiasan mewah sikit dan harga berpatutan, memang ramailah yang akan pergi. Bawak custmr aku ke sana bukan apa, sebab dah janji dengan dia kalau dah achieve target aku belanja. Coach yang baik katakan, turun berat pun dapat penghargaan :)

Sedang aku makan, datang seorang budak yang jual kerepek. Dia datang ke meja aku dan cakap

"kerepek bang"

Kesian punya pasal, belilah sedikit sebanyak!

Cuma sharing ringkas di tengah malam, aku lebih suka keluarkan duit untuk tolong orang yang bekerja macam ni. Daripada datang mintak sedekah dan menagih simpati, apa salahnya kalau kita jual sesuatu.

Walaupun custmr aku kata tu mungkin macam sindiket, sindiket pun sindiketlah yang penting dia ada usaha untuk menjual dan jana pendapatan. Dari menagih tak menentu, baiklah meniaga apa yang patut

Budak tu jugak buka mata aku untuk muhasabah diri balik. Rasa syukur sangat aku dilahirkan di keluarga aku sekarang. Masa kecik tak pernah merasa susah seperti dia. Tak payah nak bersusah susah sebab ayah yang tanggung semua. Lagilah semangat aku nak kerja, nanti anak aku pulak tak merasa susah dan boleh hidup lebih mewah berbanding dengan aku masa kecik

Tengok, pengajaran yang Dia nak tunjuk tu ada kat mana saja, sama ada kita nak celik atau tutup je mata untuk menilainya

Terima kasih adik penjual kerepek!

Selasa, 4 September 2012

Anak PM dah start consume Herbalife?

Wah wah, anak teruna PM kita kat Herbalife Office tadi. Super excited! Pelik kenapa orang sesihat Ashman, takdelah kurus mana pun, jauh lagi gemuk orangnya tapi memilih untuk start consume Herbalife? Jawapannya sebab Herbalife is the best food! Cakap the best, siapa yang tak nak kan?

Yang bestnya, pak yang dengan mak yang yang close pulak tu. haha, lagi powerlah!



Tak tahulah siapa coach dia, tapi kalau pak yang n mak yang yang coach, memang akan dapat result yang super powerlah. Nak tengok gambar before n after pak yang?



amacam? semakin muda kan? alamak, tak jumpa pulak gambar mak yang :(

Actually terperasan benda ni sebab kawan aku si kirah yang share gambar dia dengan Ashman kat Herbalife Office tadi, amboi kirah, nak mengorat ke?




Siapa Kirah ni? Kirah ni kawan aku yang dah turun 29kg. ya, 29kg! tengok gambar sebelum dan selepas dia!




Oraite, tahniah aku ucapkan kepada anak PM kita ni sebab ditemukan juga dengan nutrisi yang hebat ni. Harap-harapnya papa n mama dia pun makan jugak lah lepas ni, baru boleh mentadbir Malaysia dengan mantap gitu. waha!


Need personal wellness coach? ask me now! 

Isnin, 3 September 2012

Kerja sebagai cikgu mudah atau susah?


Setiap pekerjaan kalau tidak disertai dengan niat yang betul, memang akan jadi porak peranda. Apa maksud niat yang betul? Bagi kita yang beragama Islam – niat untuk mendapat keredhaan Allah supaya rezeki yang diperoleh dapat mendekatkan diri kita lagi dengan Dia. Jika tidak ada niat ini dalam pekerjaan kita, tidak kiralah apa bidang kita bekerja, swasta, dalam kerajaan ataupun berbisnes percayalah kerja yang kita akan buat tu macam-macam jadinya

Ada yang curi tulang
Ada yang buat sambil lewa
Ada yang makan gaji buta
Ada yang menipu
Ada yang mengambil rasuah

Walaupun aku ni kerja dalam bidang ketegori bisnes, entry ni aku nak ulas tentang perkerjaan yang dipanggil PENDIDIK dan lebih spesifik yang mengajar di SEKOLAH. Tak kiralah apa yang korang panggil, cikgu ke, guru ke, ustaz ke, teacher ke – korang faham kan golongan yang aku tuju ni kan? Beberapa hari ni entah timeline aku ataupun korang pun alami benda yang sama – meriah dengan orang share link tentang seorang blogger engineer perempuan yang menulis dalam blognya mengatakan kerja cikgu ni 'begitu mudah'

Memang penulisan tu aku sekali baca agak sakit hati jugaklah walaupun aku ni bukan dalam bidang perguruan, tapi tadah je lah, memang ada orang yang macam tu wujud kat muka bumi ni. Jadi aku nak ulas sikit, tentang bidang kerja seorang guru


1) Kerja yang fix, pukul 8 pagi hingga 2 petang



Memang kalau kita tengok kerja seorang guru ni masa kerja dia tak lama berbanding dengan waktu kerja bidang lain. Lebih kurang 7 jam dan kalau ada kelas tambahan adalah dalam 9 jam. Tapi dalam 7 jam pun, hanya berapa jam saja yang waktu mengajarnya. Mungkin 3 hingga 4 jam sahaja. Sebab tu ramai yang jeles dengan bidang perguruan ni. 

Bagi aku tak mengapa waktu yang sikit ni, mungkin itu kelebihan seorang guru tapi asalkan dia memberi yang terbaik sewaktu mengajar, dan persiapan sebelum mengajar, ia dah lebih dari mencukupi. Tambahan pulak akhlak dan sikap anak didik bertambah baik, lagi-lagilah memadai. Ada juga yang buat sambil lewa tu kita tak boleh nak salahkan bidang perguruan ni, tu salah guru tu sendiri yang mungkin aku cakap tadi kerja tak disertakan dengan niat yang betul


2) Buat part time dalam waktu kerja



Ada jugak sesetengah guru yang buat kerja lain semasa waktu kerja. Tak kiralah meniaga kain ke, jual tudung ke, biskut raya ke dan pelbagai lagilah. Macam kat atas tadi, aku rasa benda ni ok selagi tak mengganggu tugasnya sebagai guru. Alah, jangan kata gaji seorang guru tu cukuplah, memang tak cukupnya. Mak aku pernah kata, jadi cikgu ni nak hidup senang boleh asalkan kita kerja dengan betul, tapi nak hidup mewah memang tak. 

Memang nak hidup mewah ni takde benda lain melainkan buat bisnes. Meniaga. Kalau seorang guru tu dapat gaji basic katakan RM 2000, tambah pulak dia buat bisnes part time boleh dapat lagi another RM 1000, bukankah nilai zakat yang dia akan bayar tu bertambah. Masyarakat kita jugaklah yang akan dapat habuan dia. Tak gitu?

Tapi janganlah sampai meniaga tu masa mengajar pun sempat lagi jual biskut raya kat anak murid


3) Buat kelas tambahan pada waktu malam



Tuisyen pada waktu malam ni lagi satu benda yang glamer untuk para guru. Menjadi pertikaian kat sini, seorang guru tu tak memberi yang terbaik semasa dalam kelas tapi masa kat tuisyen bukan main lagi dia bagi komitmen sampaikan muntah kedarah yang join tuisyen dia tu dengan homework yang diberi.

Sekali lagi aku tak rasa benda ni jadi kesalahan. Tak jadi kesalahan kalau dalam kelas dia dah bagi yang terbaik dah. Sebabnya ada sesetengah anak murid ni tak sama macam dengan orang lain. Dia perlukan 'lebih' berbanding orang lain. Jadi tuisyen ni memang untuk orang macam ni. Tapi sekarang ni tak, mentaliti ibu bapa yang menghantar anak ke pusat tuisyen pun rasa pusat tuisyen tu akan bagi lebih baik dari kat sekolah sebab berbayar

Walhal kat sekolah tu pun guru yang mengajar berbayar jugak ye tak?


*******

Cukuplah kot 3 benda yang aku tulis. Panjang-panjang pun jadi tak best pulak nak baca ye tak? Tapi betul, tugas sebagai guru ni paling mudah untuk seseorang tu alpa. Senang untuk curi tulang, senang untuk tidak memberi yang terbaik. Jadi aku nak ajaklah kepada warga pendidik sekarang kita tengok masyarakat kita sekarang, tak payah jauh kita tengok anak-anak murid yang kita ajar tu je macam mana sikap dia, semakin besar semakin ok ke semakin besar semakin teruk? Sebenarnya tu reflect yang kita ajar kepada dieorang. Memanglah bukan salah guru 100% kalau seorang pelajar tu teruk sikap dia, mak bapak kat rumahlah, media massa la, macam2 lagilah, tapi sebagai seorang guru kita pun menyumbang jugak kepada perubahan sikap seseorang pelajar

Kalau korang sebagai guru rasa BERATNYA tugasan korang sebagai guru, maknanya dah betullah tu tapi kalau korang tak rasa apa-apa, pergi sekolah balik sekolah SENANGNY jadi guru ni, korang kena buat sesuatu. Mungkin ada kat mana-mana yang tak kena tu

Selamat mengajar cikgu-cikgu sekalian :)


pss : Jumaat ni jom main bowling jom. lepas solat Jumaat. kawan2 kat kelantan roger2 eh