Rabu, 25 Januari 2012
Selasa, 24 Januari 2012
AMARAN : Bersediakan kita menghadapi 'Ribut Magnet'?
Ribut Magnet atau lebih dikenali sebagai Geomagnetic Storm bakal melanda bumi pada bila-bila masa (sejak entry ini dipublish) Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil
Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)
Macam mana terjadi?
Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!
Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita
Apakah kesannya?
Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat
Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan
Meminimumkan kesan
Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?
Kat Malaysia?
Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah sementara. Jangan duk komplen kat TNB pulak ye depa tak buat kerja
Berdoalah supaya kita terus selamat. Nak tengok live update, boleh klik sini
pss : induce current, magnetic field - oh rindunya belajar electrical dulu
Review Toyota Prius dari seorang pengguna
Ok, sebagaimana telah dijanjikan, aku akan tulis review mengenai Prius. Walaupun agak lama sebenarnya dah janji, baru nak publish entry ni. Hehe, kita ni nak review pun, at least dah kena guna dalam tempoh yang agak lama baru kita boleh paham selok beloknya kan?
Jadi review ini, aku takkan sentuh sangat soal teknikal, korang boleh baca kat website dieorang, apa yang aku akan tulis, hanya pengalaman aku sahaja. Antara kelebihan dan keistimewaan kereta ni adalah
Minyak sangat jimat
Yang ni memang tak boleh nak dinafikan, prius memang sangat jimat minyak. Setakat ni, kereta prius tu dah gerak 4623km dan aku dah catat sejak mula-mula beli dulu isi minyak, hanya RM 450 dikeluarkan (RON 95) Maknanya, setiap isian RM 10, kereta ni boleh gerak sehingga lebih 100km. Sangat jimat bagi aku. Tapi aku perasan, hari tu drive ke JB bawak kat highway, pecut 160-180, memang tak jimat mana. Bagi yang orang suka ulang alik tempat jauh-jauh dan tengah consider untuk beli Prius sebab jimat minyak – kena fikirkan balik. Tapi bagi korang yang kerja selalu terperangkap dalam jam – prius adalah kereta paling sesuai untuk korang
Bawah 50km pakai bateri
Sistem bateri kereta ni kalau kita brek, waktu tu dia charge. Ataupun waktu kita bawak laju, lepas minyak, masa tu jugak dia charge.
Aku memang suka, kalau bawak jalan ke area sekitar rumah, bawak bawah lebih 50km/h memang dia tak pakai minyak pun. Totally guna bateri. Melainkan bateri tengah takde, korang bawak 50km/h memang dia pakai minyaklah
Sangat senyap
Masa test drive dulu, masuk dalam kereta, penjual tu kata kereta dah start. Aku pelik sebab memang takde bunyi enjin langsung. Ya, memang takde bunyi! Memang betul, enjin prius ni sangat senyap. Masa mula-mula korang akan rasa awkward je start kereta tak bunyi enjin, tapi dah lama-lama, akan dapat biasakan diri
Display board yang sungguh moden
Aku sangat suka tengok paparan meter kat prius ni, semuanya digital. Digital dia pun, lebih dari kereta lain sebab ada banyak benda yang boleh dilihat. Fuel Consumption, Eco Mode ape ntah dan banyak lagi lah.
Bermain dengan 3 mode
Kereta ni ada 3 mode berlainan. Aku rasa ni berkaitan dengan enjin kot. Eco Mode adalah untuk mode yang digunakan untuk jimatkan minyak. Enjin yang dikuasakan bateri dihidupkan, sebab tu memang tidak pick up. Yang kedua EV Mode, mode ni memang totally bateri digunakan dan ada beberapa benda yang akan buatkan EV Mode ni terpadan sendiri. Korang tekan minyak cepat sangat, bawak lebih 50km/h dan ketika bateri dah tinggal sikit. Mode ketiga yang aku paling suka – Power Mode. Pergh, setakat ni bila tekan power mode ni, nak potong kereta yang CC lebih besar, memang takde masalah. Dari 100 ke 150 tu within 1-2 second dah boleh cecah. Tapi minyak memang teruklah :p
Bonet yang besar
Bonet belakang kereta ni memang besar. Hari tu bawak produk Herbalife lebih RM 10 ribu pergi johor elok je muat. Memang besar lah. Sesuai untuk orang yang ramai anak =)
Anak kunci dalam poket
Yang ni aku paling suka. Entah genius mana yang buat kereta ni, anak kunci korang tak payah keluarkan dari poket nak bawak kereta pun takpe. Dia akan auto bukak bila anak kunci berada dekat dengan kereta. So, bila korang amek anak kunci kat rumah, masukkan dalam poket je, pergi dekat kereta terus bukak memang dia akan bukak. Masuk dalam kereta, tekan je switch start kereta terus start. Haha, memang suka!
Okeh, tu je kelebihan yang setakat ni aku suka. Banyak lagi tapi ni antara yang aku sukalah. Keburukan, ada jugak, meh aku senaraikan
- Mahal, RM 139 ribu dah boleh beli MPV dah sebenarnya
- Masa selekoh tajam, agak kurang stabil bila kereta laju, mungkin tinggi kot
- Ada sesetengah orang kata bahagian belakang tak cun. Tapi bagi aku, sexy apa punggung besar :p
Alright?
Ada apa-apa soalan, korang boleh tinggal kat bahagian komen. ada masa aku balas. Korang nak angkut kereta ni, aku sangat sarankan korang beli! Memang berbaloi setakat ni dari segi harga tu. Yang suka jimat minyak, yang suka pick up - prius adalah untuk korang =)
pss : hujung minggu ni ke Putrajaya, yuhuuuu
Ahad, 22 Januari 2012
10 cara Bill Gates dermakan hartanya
Masa sekolah dulu, manusia kaya yang aku kenal adalah Bill Gates. Cerita kemurahan hatinya tu memang selalu cikgu aku cerita. aku rasa cikgu aku tu peminat setia bill gates kot. haha. tapi bagus sebenarnya, cerita macam tulah yang memberi inspirasi kepada aku untuk jadi kaya jugak.
dah besar ni, baru tahu yang nak jadi kaya tu susah sebenarnya =)
Kat bawah ni, antara 10 cara Bill gates dermakan hartanya. 28 Billion ok didermakan sejak tahun 2007 - 5 tahun lepas. pergh, memang respek!
Umur sikit lagi nak masuk 24 tahun, aku rasa muda lagi untuk aku tidak berusaha capai apa yang aku idamkan. kan? Bagi 'adik-adik' yang baca post ni, janganlah buang masa dengan tak berfaedah, carilah duit untuk kesenangan kelak. Bagi abang2 dan kakak2 pulak, korang kalau umur lebih dari 24 tapi masih nak berharap duit mak bapak, dah start kena rasa malu kat diri sendiri :p
Jumaat, 20 Januari 2012
Bubye DiGi, Welcome Celcom
Sedih jugak rasanya berpisah dengan DiGi. Dah 2 tahun guna perkhidmatan ni, memang setakat ni adalah memuaskan. Cuma apabila datang bab internet, ia jauh sungguh ketinggalan. Kelembapannya memang mengalahkan siput yang berlari-lari!
Sekarang ni, pakai perkhidmatan Celcom. Ya, harapnya perkhidmatan ini memuaskan. Setakat ni, update entry ni guna internet Celcom memang kelajuannya 'bolehlah' Jadikan iPhone4S ni sebagai modem, surfing di Macbookpro, memang setakat ni ok lagi.
Bubye DiGi......
Khamis, 19 Januari 2012
Kenapa sikap cemburu hanya menyusahkan sesama kita?
Morning!!
Susulan entry wordlesswednesday semalam! Bil tu bukannya bil sebulan aku bayar ok. Tapi bil tu adalah untuk clear nama aku dari kena black list. Kopak jugak duit semalam bayar bil tu dan terus pergi amek pakej celcom iPlan, bulan-bulan RM 148, kena bayar pulak upfront RM 600. memang kopak! Cuma yang sadisnya pasal Maxis ni, banyak betul charge-charge tersembunyi dia. Sebab tu nasihat dari kawan-kawan, kalau nak amek postpaid, JANGAN AMBIK MAXIS. Sebab Digi punya postpaid (internet khususnya) memang lembap kat Kelantan ni, terpaksa ambik jugak yang Celcom punya.
Jauhi sikap negatif
Actually aku nak share dengan korang mengenai kisah hidup aku yang memang berbaloi untuk korang baca. haha. Ok, macam ni. Dulu lepas Maxis contact aku by email semasa aku kat UK, memang tak habis-habis sumpah seranah aku hembur kat Maxis. Ini lah, itu lah, memang betul-betul marah lah. Kat blog pun dulu memang hembur-hembur je dekat Maxis ni.
Tapi, aku ingat ada satu ceramah agama anjuran badan Islam kat sana, speaker tu (serius tak ingat nama) mengingatkan aku pasal sikap positif ni. Kita akan menarik orang yang sama dengan kita. Kita banyak negatif, maka banyaklah benda negatif akan berdamping dengan kita. Sebaliknya jika kita selalu positif dalam hidup, even keadaan masa tu agak porak peranda, maka akan hadir banyak benda positif dalam hidup kita
See, ceramah agama memang sangat berguna
Lepas tu aku dah mula berubah. macam tak kutuk sangatlah kat Maxis ni. Balik kat Malaysia memang dah tekad tak nak bayar. haha. jahat gile. Tapi benci pun, cuma diam-diam jelah. Buat bising pun, memang tak boleh buat apa-apa jugak kan? Tup-tup, dah balik kat Malaysia ni dapat offer Maxis 10, review hp dari Maxis dan dapat handphone free pulak. Jual handphone tu dengan harga RM 1700, bayar black list ni masih dapat untung lagi
haha. maxis ooh maxis
Sama jugak dengan orang kat luar sana yang cemburu, benci dengan kejayaan yang kita ada. Jangan berprasangka buruk kat dieorang, sejahat mana pun dieorang, selagi tak kacau kita, cubalah bersikap positif dengan dia. Kalau dah teruk sangat, jangan maki-maki, buat tindakan professional dan anggaplah benda tu adalah dugaan yang Allah nak bagi kat kita untuk kita lebih berjaya!
Tamatkan entry ini dengan cartoon kat 9gag ni
*******
pss :
Rabu, 18 Januari 2012
Ustaz-ustaz di dunia maya
Aku sangat support orang yang berpengatahuan tinggi ilmu agamanya mendekati audience menggunakan platform internet. Yang paling tepat - social network. Banyak sekarang ni platform yang boleh digunakan, asalkan niatnya untuk mengajak orang kearah kebaikan, kita yang tak berapa tinggi ilmu agama ni kenalah sebar-sebarkan ilmu yang diajarnya tu.
Jadi kat sini, aku nak perkenalkan beberapa ustaz dengan platform yang mereka gunakan
1) Ustaz twitter : Imam muda Asyraf (link)
Bagi korang yang selalu habiskan masa ditwitter, silalah follow Imam Muda Asyraf ni, banyak input yang korang akan dapat. Kadang-kadang nak tanya soalan pun boleh direct terus dengan dia. Hari tu pernah jugak twit tanya masalah agama, memang tak lokek memberi jawapan.
2) Ustaz youtube : Ustaz Azhar Idrus (link)
Jarang sebenarnya ada golongan berilmu ni menggunakan youtube untuk mendekati audience. Tapi aku rasa, menggunakan youtube inilah yang paling dekat dengan kita sebab kita boleh tengok dia lebih dekat. UAI memang tak payah nak perkenalkan lagi, himpunan youtube dia memang banyak yang dapat kita dapat manfaatnya.
Bagi yang suka membaca, boleh gunakan blog-blog ini untuk membuat rujukan. Suka baca kesemua ketiga diatas ni dan pendekatan yang digunakan masing-masing berbeza. UZAR lebih kepada soal hukum hakam, MAZA lebih kepada kupas isu semasa dan SAIFULISLAM dengan cerita-cerita yang menyentuh jiwa.
4) Ustaz facebook : semua kot
Facebook tak payah ceritalah, memang banyak golongan ilmuan kat sana yang menggunakan facebook untuk sebarkan ilmu agama. Daripada kita like fan page entah pape, baik like fanpage yang ustaz-ustaz ni ye tak? at least masa tengah leka online je, tiba-tiba kat news feed timbul bgtau ajak solat asar berjemaah kat masjid. huh, memang kalau tak buat tindakan apa-apa tergolong golongan rugilah kita
*****
Title mentitle
Actually, aku buat entry ni untuk respon yang ada pihak yang cuba nak laga-lagakan antara ustaz-ustaz ni. Haish, susah benar ada golongan macam ni kan. Kenapalah nak laga-lagakan orang, besar dosanya tu. Harapnya golongan macam ni kita humban kat gurun sahara ok tak? ok la kan. Kat atas ni, title apa semua tak penting, yang penting usaha mereka untuk dekatkan kita dan orang kat luar sana tu adalah satu usaha yang hanya Allah boleh membalasnya. Kita kena support ok!
Bagi korang yang nak berguru, berdepan (secara face to face) adalah yang terbaik. Masuk kelas, dengar dengan telinga sendiri, tengok riak muka tok guru kita tu lebih dekat adalah yang terbaik. Internet ni, jangan duk julang-julang sangat, sikit-sikit sudah. Dan walaupun seseorang tu mengajak kepada kebaikan, tanggungjawab kita untuk sebar-sebarkannya.
Ramai lagi kat luar sana yang masih jauh dengan Islam. kan?
pss : ustaz myspace takde ke?
Selasa, 17 Januari 2012
Komen aku pasal student nak bom helikopter najib
Morning korang!
Semalam sambil tengok berita kat buletin utama, terkejut sebab dengar berita yang pelajar usm (rasanya) yang mengugut nak bom helikopter PM yang akan datang ke universiti dieorang. Aku terkejut sebab pelajar tu kena berkas dengan polis dan aku lagi lagi lagi terkejut sebab polis percayainya!
Ugutan dengan lawak
Aku ada update kat page joegrimjow semalam pasal garis halus antara "ugutan" dengan "lawak bodoh" yang rata-rata komen macam menyebelahi budak tu. aku bukan nak sebelah siapa n siapa tapi, logik lah fikir, kalau nak bom sekali pun takkan la bgtau dalam facebook!!
Sensitif atau berjaga-jaga
Bagi aku, berita macam tu tak payah nak masuk dalam tv lah. MEMALUKAN! Malu sebab ada yang percaya dengan "ugutan" macam tu. tapi aku rasa, ada niat lain yang nak diketengahkan oleh berita tu, tak nak bagi orang kat luar permainkan PM kita ni
Cuba korang update status nak pergi bom rumah anuar ibrahim tengok masuk berita ke tak status korang tu :p
Berita yang entah pape
Hari tu masuk berita yang afdlin dengan siapa ntah masuk UMNO. Mak aku cakap "berita macam ni masuk tv? Kenapa sebelum ni dieorang PAS ke?" ok, tergelak aku dengar
Lawak sarkastik
Aku tak cakap budak yang kononnya nak bom tu tak salah, tapi kamonlah, takkan lah nak percaya dengan status macam tu. Lepas ni agak2nya akan ramai yang update status bengong macam tu, polis nak datang tangkap tak?
- Posted using BlogPress from my iPhone
Semalam sambil tengok berita kat buletin utama, terkejut sebab dengar berita yang pelajar usm (rasanya) yang mengugut nak bom helikopter PM yang akan datang ke universiti dieorang. Aku terkejut sebab pelajar tu kena berkas dengan polis dan aku lagi lagi lagi terkejut sebab polis percayainya!
Ugutan dengan lawak
Aku ada update kat page joegrimjow semalam pasal garis halus antara "ugutan" dengan "lawak bodoh" yang rata-rata komen macam menyebelahi budak tu. aku bukan nak sebelah siapa n siapa tapi, logik lah fikir, kalau nak bom sekali pun takkan la bgtau dalam facebook!!
Sensitif atau berjaga-jaga
Bagi aku, berita macam tu tak payah nak masuk dalam tv lah. MEMALUKAN! Malu sebab ada yang percaya dengan "ugutan" macam tu. tapi aku rasa, ada niat lain yang nak diketengahkan oleh berita tu, tak nak bagi orang kat luar permainkan PM kita ni
Cuba korang update status nak pergi bom rumah anuar ibrahim tengok masuk berita ke tak status korang tu :p
Berita yang entah pape
Hari tu masuk berita yang afdlin dengan siapa ntah masuk UMNO. Mak aku cakap "berita macam ni masuk tv? Kenapa sebelum ni dieorang PAS ke?" ok, tergelak aku dengar
Lawak sarkastik
Aku tak cakap budak yang kononnya nak bom tu tak salah, tapi kamonlah, takkan lah nak percaya dengan status macam tu. Lepas ni agak2nya akan ramai yang update status bengong macam tu, polis nak datang tangkap tak?
- Posted using BlogPress from my iPhone
Jumaat, 13 Januari 2012
Wang kertas RM 100 itu
Pak Johan adalah bilal yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan masjid Kampung Sentosa. Memiliki crewnya sendiri, masjid kampung sentosa memang bersih dengan hasil tangan Pak Johan dan crewnya. Siapa crew dia? sudah pasti budak-budak kecil yang akan keriangan apabila mendapat upah ice cream potong! Masjid itu memang agak uzur, uzur dek kekurangan duit untuk membeli barang keperluan bagi mencantikkannya. Tapi ini tidak menghalang pak johan menggunakan idea kreatifnya menjadikan masjid kampung sentosa itu sedap mata memandang
Zaidi adalah pegawai Jusa B yang sudah bersara. Dia mahu settle down hidupnya di kampung sentosa - kampung yang dia dibesarkan sejak dari kecil lagi. Habis anak bini dipunggahnya untuk tinggal di kampung sentosa bersama-sama. Isterinya Datin Zainun memang mencuri menarik perhatian orang kampung dengan usia 50-an tetapi masih berambut blond. Anaknya zubaidah atau nama timangan zuzu juga tidak begitu disenangi orang kampung, ada ke berjogging pakai seluar renang?
terbeliaklah mata sesiapa yang memandang!
******
Pada suatu subuh, selesai solat subuh, zaidi bersalaman dengan pak imam meminta untuk balik ke rumah agamnya dan pak johan yang melihat gelagat zaidi itu menjuih mulut kepada pak imam - tanda tak berpuas hati
Pak Imam : apsal mulut macam tu?
Pak Johan : menyampah la dengan orang tua hipokrit tu
Pak Imam : amboi-amboi. sedap mulut cakap orang tua, kita tu dah 6series dah muda lagi ke johan oi?
Pak Johan : takdelah pak imam, dia berlagak baik, tapi tengok anak bini dia tu, habis rosak kampung kita!
Pak Imam : hummm. janganlah macam tu. tak elok mengata orang
Pak Johan : ni bukan mengata, ni hakikat yang nyata. pak imam tak tegur ke?
Pak Imam : dah Johan oi, tapi nak buat macam mana, bukannya span basuh kereta yang kita nak bentuk ni, ni hati dan perasaan manusia. dah lama hidup di bandar, jadi macam tu la tu
Pak Johan : dia memang hipokrit
Pak Imam : aku tengok dia dah slow-slow nak berubah. cuma mungkin anak bini dia yang belum bersedia lagi. doalah untuk dia
Pak Johan : tak mo tak mo tak mo
******
2 bulan kemudian setelah selesai solat Jumaat
Pak Johan : macam mana duit hari ni, banyak mana dapat?
Crewnya : RM 134.20. 20 sen tu kami amek eh nak beli ice cream boleh?
Pak Johan : kamu semua ni, ice cream je manjang. make sure lipat sejadah, sapu carpet dengan lidi dulu baru aku upah
Crewnya : baik pakkkkkk johannnnn
Pelik jugak aku ni, sejak dua menjak ni, nilai kutipan kat masjid ni boleh cecah 100 lebih. dulu nak dapat RM 50 pun sakit. Lagi-lagi ada duit sekeping RM 100, siapalah agak-agaknya yang bagi
Pak Johan bermonolog dalaman
Pak Imam : sedap mengelamun
Pak johan : astaghfirullahhalazim!!! pak imam oi, terkejut saya. nak tergugur jantung ni tau!
Pak Imam : haha. petang-petang camni takkan dah teringat kat bini kot
Pak Johan : ceh, kesitu pulak. ada apa pak imam
Pak Imam : ni, esok ko cuba call si mail tu, tanya dia berapa dia boleh bagi untuk tukar air cond kat masjid kita ni. nak 10 biji yang kuasa 3hp tau
Pak Johan : aiseh, banyak duit dapat?
Pak Imam : adalah makhluk Allah yang bagi
Pak Johan : siapa? takkan dengan saya pun nak berahsia?
Pak Imam : tak payah tanya. ko call mail tu esok tau, kalau boleh minggu depan nak dia pasang dah. khusyuk skit aku nak baca khutbah sejuk-sejuk ni. hehe
Pak Johan : iyo lah....
******
3 tahun kemudian
Suasana di Masjid Kampung Sentosa sungguh meriah. Petang ni ada pertandingan ping pong antara penduduk kampung. Sejak setahun dua ni, banyak aktiviti yang dapat dibuat untuk menarik orang muda datang ke masjid. Aktiviti dapat dibuat pun sebab orang yang menderma.
Pak Imam : ko tak masuk pertandingan ping pong tu johan?
Pak Johan : ish, saya masukkan, semua kalah pulak
Pak Imam : hamboi hamboi, riak bebeno
Pak Johan : hehe. kawan baik pak imam tak masuk ke?
Pak Imam : sape?
Pak Johan : zaidi tu lah....
Pak Imam : ish ko ni. tak habis-habis lagi dengan zaidi tu. biarlah dia. isteri dia tu dah start pakai tudung kan? anak dia pun dah sambung masuk U, takde nye nak kacau kita lagi
Pak Johan : alah, hipokrit je semua tu. kalau dah hipokrit, takkan kemana perginya
Pak Imam : haish, malas aku nak melayan ko ni. baik aku tengok budak2 baik ping pong lagi best
Pak Johan : ye la....
******
5 tahun kemudian
'saya mintak selepas solat jumaat ni, para jemaah stay untuk solat jenazah Allahyarham zaidi. Kita akan solat jenazah di masjid ni selepas sahaja solat jumaat nanti'
Pak imam membuat pengumuman di mikrofon.
Setelah selesai solat jumaat, para makmum mula untuk merapatkan diri masing-masing untuk bersolat jenazah untuk zaidi yang baru menghembuskan nafasnya kelmarin. Pak Johan keluar dari barisan jemaah mengumpul duit hasil derma orang ramai
'hish, dari aku solat jenazah kat orang hipokrit tu, baik aku kira duit ni. entah syurga ke neraka lah tempat orang hipokrit macam tu' Pak johan bermonolog dalaman lagi
dikirata duit kutipan derma.... kali ini tiada wang kertas RM 100!
dia terkaku seketika
Pak Imam : eh, ko duduk sini tak solat jenazah ke tadi?
Pak Johan : pak imam... saya nak tanya....
Pak Imam : soklan aku tak terjawab, ko nak tanya soklan lain pulak?
Pak Johan : selama ni, siapa yang bagi duit untuk masjid kita ni? siapa yang bagi gaji kat saya ni?
Pak Imam : tuuuu
Tangan pak imam menunjuk kearah keranda. Tempat jenazah zaidi
semua orang ada baik buruknya. lihatlah kebaikan yang dia buat dan tutuplah keburukan yang dia lakukan agar orang lain yang memandang kita pun berbuat begitu juga
Khamis, 12 Januari 2012
Iklan tahun baru cina yang menyentuh perasaan
Sejak akhir-akhir ni, banyak video pendek yang bermutu dihasilkan oleh rakyat kita. Kadang-kadang video yang mereka hasilkan lagi bermutu dari yang ditontonkan di kaca tv. Aku tak pernah tersentuh hati melihat iklan Tahun Baru Cina ni sehinggalah menonton video pendek dibawah
sangat menyentuh perasaan!
Apa komen korang? best kan? nasib baik watak mak eton tu pompuan, kalau ditukar dengan lelaki, konfem nangis aku teringat kat arwah ayah....
Hukum menyambut tahun baru cina?
Korang boleh tengok pendapat UAI di link ini. Tahun baru cina ni bukannya melibatkan perayaan keagamaan seperti chap goh mei, tapi lebih kepada perayaan budaya. Kalau diajak untuk hadiri, pergilah jika tiada keuzuran. Raikanlah mereka yang bukan seagama dengan kita asalkan agama kita kekal terpelihara di dada
pss : dah sampai KB, best sangat!
Rabu, 11 Januari 2012
'Unwritten Rule' di lane kanan Highway
Bulan lepas pertama kali aku ke Johor dengan drive sendiri. Ikut highway utara selatan. Bulan lepas jugak 1st time drive sendiri ke Penang dari KL juga ikut higway yang sama. Jadi, memang banyak cerita nak diceritakan ni untuk dimuatkan di dalam blog aku ni. Entry ni agak penting untuk mereka yang membawa laju kereta. Juga yang selalu menggunakan perkhidmatan Highway juga penting untuk baca.
Kali ni aku akan fokuskan yang lane bahagian kanan. lane yang hanya disediakan untuk memotong. Ya, ini memang betul. Tapi entah kenapa, kadang-kadang yang berada di lane kanan tu adalah yang paling perlahan. serius aku tak paham.
Jadi kat sini aku akan senaraikan 4 unwritten rule yang sememangnya JPJ tak sediakan dulu. Khas untuk yang suka bawak laju!
1) 120-130KM/H : Cucuk punggung
Bagi korang yang bawak 120-130KM/H, ada kereta yang di lane kanan yang bawak kurang daripada ni, korang boleh cucuk punggung kereta tu sedikit demi sedikit. Walaupun aksi ni tak dibenarkan kerana sangat berbahaya (kot2 kereta depan tu break mengejut) tapi apa pedulikan, korang kan nak bawak laju, nak sampai cepat, peduli apa kena saman or bahaya. Yang bawak kurang dari hadlaju ni, dah orang cucuk tu pandai-pandailah bawak kereta ke tepi
2)131-150KM/H : Bagi lampu
Lebih laju dari tadi, ada jugak kadang-kadang korang cecah hadlaju ni dan ada kereta depan yang bawak kurang sikit dari hadlaju kat atas ni still duduk di lane kanan, korang boleh bagi lampu. Takpe, no problem, ini adalah unwritten rule yang takde ditulis dimana-mana. Walaupun tindakan tu akan membangkitkan kemarahan orang depan (siapa suka bagi lampu kan?) APA PEDULI kan? Bagi je lampu tinggi-tinggi!
3)151-180KM/H : Signal ke kanan
Bila had laju korang dah cecah angka ni, korang boleh bagi signal ke kanan tanda untuk mereka didepan bagi laluan. Pedih jugak ulu hati bila bawak laju-laju, ada kereta kat lane tengah amek lane paling kanan dan membuatkan korang kena break. Jadi, bila bagi signal ke kanan, orang yang nak masuk tu pun tahu korang tengah laju dan korang pun tak payah nak tekan break. see, unwritten rule ni bleh jimatkan minyak lagi ok!
4)181KM/H ke atas : Lampu kecemasan
Ini had laju paling maksimum yang bahagian ke4 unwritten rule ni. Iaitu bawak 181KM/H keatas. Sesiapa pernah rasai, nak break pada kelajuan ni walaupun sikit, boleh mengakibatkan kereta agak terhuyung hayang. Jadi, apa yang boleh korang lakukan adalah bagi lampu kecemasan dan bawaklah sehingga meter pun nak terbalik pun. Bila orang tengok dari tepi lagi tahu korang bawak laju, memang akan bagi laluan je untuk korang sampai ke destinasi korang dengan cepat tapi mungkin tak selamat
******
Actually masa aku pergi ke Johor hari tu, kelajuan maksimum yang aku bawak adalah 187KM/H. Bawak kereta Prius. oklah tapi nak bawak sehingga ke 190KM/H memang jantung ni nak terkeluar pun ada. memang respeklah sesiapa yang boleh bawak sampai ke 200KM/H tu, UAI katanya bawak kereta cecah 220KM/H, memang betul-betul lajulah!
selamat mempraktikkan rule ini dijalan raya =)
pss : 'ingatlah orang yang tersayang' aku rasa kampen macam ni kat jalan raya tak efektif, mana taknya masa drive kena fokus, bukan mengelamun ingat kat orang kita sayang!
Lionel Messi pemain terbaik FIFA 2011, kali ketiga berturut-turut
Tahniah kepada Messi (walaupun nampak mustahil dia akan baca entry ni) atas kemenangan anugerah FIFA Ballon d’Or -anugerah paling berprestij dari FIFA. Pemain terbaik dunialah. Yang best lagi, dia memenanginya untuk kali ketiga berturut-turut. ya, kali ketiga berturut-turut!
3 Fakta menarik mengenai Messi
- Seawal umur 11 tahun sudah didiagnos dengan penyakit Growth hormone deficiency - GH (Growth Hormon) yang tidak dapat dikeluarkan dengan cukup oleh badan
- Facebook dia baru dibuat pada april 2011 dan dalam masa 3 jam sudah cecah 6juta fan!
- Dia minum sarapan sama dengan yang aku minum - HERBALIFE. wahaha!!!
point ketiga tu yang paling penting tu =)
Tahniah kepada Messi! Kalau korang baca kat internet sekarang ni, ramai yang mendebatkan perihal Messi yang baru berusia 24 tahun tapi dah banyak gelaran yang dia dapat. Menang 3 kali berturut-turut ni merupakan sesuatu yang jarang sekali orang dapat. Dari ada penyakit lambat pembesaran, tapi kini dah jadi pemain bola yang terkemuka.
Cerita dia ni mesti kita jadikan inspirasi untuk kita berjaya, tiada alasan sebenarnya! ada pun - ia sebab kita!
Cerita dia ni mesti kita jadikan inspirasi untuk kita berjaya, tiada alasan sebenarnya! ada pun - ia sebab kita!
pss : siapa lagi yang minum sama dengan Messi minum ni angkat tangannnnnn!!
Isnin, 9 Januari 2012
901 dan nasib Anwar Ibrahim hari ini
Pagi yang indah ini, alhamdulillah kita masih diberi nyawa untuk bernafas dan terus bernafas
Dan Alhamdulillah kita masih bangkit dengan Islam di dada
901 - tarikh yang sudah pasti akan menjadi sebuah lagi sejarah di negara kita. Aku taknak ulas panjang-panjang, cuma nak ajak korang berada di dua situasi yang berbeza. Semoga apabila kita letakkan diri kita di situasi mereka ini, kita akan lebih memahami apa yang terjadi
1) Emak bapak Saiful Bukhari
Kalau kita punyai anak seperti ini, sudah pasti kita dalam geram + malu dengan apa yang terjadi. Geram sebab malu anak kita tidak dapat melawan tempias nafsu lelaki yang 2 kali ganda usianya ketika diajak untuk melakukan benda tak senonoh. Malu sudah pasti berhadapan dengan orang setempat yang sudah pasti melabelkan kita punyai anak yang 'macam tu'
Tapi selaku mak bapak, kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Benar mesti ditegakkan walaupun pahit. Kalau itu benarlah
2) Anak beranak Anwar Ibrahim
Kalau kita punyai seorang ayah yang 10 tahun dulu dibicarakan atas tuduhan liwat ni, dan tahun ni dibicarakan lagi dan keputusan akan didengari hari ini, sudah pasti kita hati dan perasaan kita akan berkecamuk. Tak dapat bayangkan, umur mereka, sisa hidup mereka sedekad lebih lamanya hanya orang kenal dengan perkataan liwat-liwat-liwat. Besarnya dugaan punyai ayah seperti itu
Melihat video ni, bertambah sayu aku rasa. ya, sebagai anak tahu apa yang bapak kita lakukan!
*******
Kat sini, aku nak ajak pembaca sekalian yang menjadi pengomen bebas isu 901 ini, jangan hemburkan perkataan-perkataan yang tidak enak telinga mendengar. Tak kira kepada si saiful ataupun anwar. Jika hari ini sesiapa pun didapati bersalah, yang pasti kita tahu di akhirat kelak mereka akan diadili dengan hakim yang Maha Kuasa dan yang salah akan menerima balasannya
Oh, besarnya dosa fitnah ini, jauhkanlah diri kita menjadi salah sebahagian darinya
pss : nak je join demo 901 tapi kena pergi PD pagi2 lagi
Jumaat, 6 Januari 2012
Mengambil kesempatan populariti Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Sekarang ni banyak betul yang buat entry mengutuk atau melempar fitnah kepada ustaz azhar idrus. UAI. Sebab utama tiada yang lain selain nak menumpang kepopularan UAI yang kian diminati ramai ni. Ye lah, kalau tujuannya baik sekalipun, memang takkan post di blog ye tak? Tegur secara berhemah bersemuka kalau ada yang tak puas hati yang mana
Ingatlah, UAI pun manusia, memang tak terelak dari buat kesilapan. kita pun sama!
Yang aku lagi tak paham
Entahlah, dah tahu mereka ni sengaja melemparkan fitnah, kenapa perlu di promote link tu kat facebook or kat twitter. Kata tak setuju dengan pendapat dalam blog ni yang melempar fitnah kat UAI tapi dalam masa yang sama sertakan link sekali. Haish, tak leh fikir ke yang semua tu lagi-lagilah akan membuatkan entry mereka lagi popular. Serius aku tak paham!
Komen aku mengenai UAI
Walaupun aku tak pernah jumpa face to face dengan UAI, tapi memang aku mengagumi dari jarak jauh. Tengok kat youtube, tengok kat facebook. semua boleh. Apa yang aku kagum, ada kawan aku yang aku tahu memang tak minat langsung dengan agama ni, sembahyang tak pernah nampak pun, katanya 'pernah tengok ceramah ustaz azhar? serius lawak kan?'
Mungkin pendekatan yang UAI gunakan tak sesuai untuk sesetengah orang. Tapi yang sukakannya pun ramai apa. Jadi, selagi apa yang dia buat tu tak bercanggah dengan tuntutan Islam, bukannya mengajak orang dari menjauhkan diri dengan tuhan, selagi tu kita kena raikan. Mungkin pendekatan korang berlainan, go ahead! Selagi ia bertujuan untuk mengajak orang kearah kebaikan, selagi tu kita kena sokong!
Sokong, bukannya memfitnah!
Berjenaka dalam beragama
Sebenarnya agama ni sesuatu yang serius. Kita tak boleh nak berlawak denganNya. Siapalah kite ye tak? Tapi sekarang ni, melihat situasi yang mana jenaka itu boleh mengajak orang untuk berbuat baik, apa salahnya. Walhal Nabi sendiri pun pernah berjenaka. Ingat kisah yang Nabi cakap perempuan tua tak de yang masuk syurga? Menangis orang tua tu walhal Nabi berjenaka bahawa kat syurga nanti memang takde orang tua, semua akan dilahirkan muda.
Jenaka kelas atasan
Lagi satu, lawak yang UAI bagi dalam ceramahnya itu memang kelas atasan punya lawak. Lawak yang membuatkan kita berfikiran panjang. Sungguh dalam dan akhirnya kita bergelak ketawa mengingatkan diri kita sendiri. Contoh?
'laki dengan pompuan yang bukan mahram nak naik moto sekali? BOLEH. Tapi syaratnya ayah pompuan tu kena ada kat tengah-tengah'
Bagi kita yang baca separuh, mungkin akan kata UAI ni bodoh ke apa, jahil ke apa. tapi bila baca penuh, ia jadi sesuatu yang akan kita hadam sampailah sekarang kita masih akan ingat. Sama macam aku, dengar lawak ni memang masih terngiang-ngiang lagi dalam telinga dan iA aku akan patuh pesanan UAI tu. erk, memang tak reti bonceng motosikal pun
Pesanan untuk yang menyebarkan fitnah
Actually, pesanan ni bukan untuk si penulis fitnah domba tu semua, sebab memang dieorang dah tak boleh nak makan nasihat dah. Ni kepada korang yang menyebarkan link-link fitnah tu, tu pun korang dah menyebar fitnah secara korang tak sedari. Mungkin orang yang klik link tu, baca dan percaya apa yang terkandung - walaupun korang dah tulis awal-awal korang tak bersetuju, share sebar fitnah tetap ada! Kalau korang terbaca, istighfar banyak-banyak dan doalah si penulis tu bertaubat.
Kita ni bukannya tuhan boleh mengubah orang, doalah senjata yang kita ada
Sampai situ dulu, semoga kita dijauhka dengan dunia fitnah yang binasa!
pss : KB-Putrajaya-Port Dickson, doakan perjalanan selamat
Khamis, 5 Januari 2012
Back link dan Comments : Kenapa dah kurang?
Tergerak aku nak tulis entry ni sebab terbaca post jard terbaru. Mengenai back links. Bagi yang tak tahu back links tu apa, kita letak link blog orang kat blog kita. haa, bahasa kampungnya lebih kurang. Dulu memang aku rajin back links blog orang dalam blog ni, tapi sebab sibuk nak update blog pon tak boleh, inikan pula nak uruskan soal back links2 ni, memang tidak la
Back Links dan Comments
Blogging ni sekarang dah tak jadi social network dah. Walaupun memang korang tak anggap pun blog ni adalah social network, tapi aku paling ramai kenalan dapat kat alam maya ni adalah melalui blog. ya, sebab tu bagi aku blog adalah social network terbaik. Kita baca penulisan dia, then kita bagi komen. Bila dah bagi komen, akan wujud suasana interaktif dua hala. Kita dengan pemilik blog tu. Tak lama kemudian, kita ulas apa yang dia tulis dalam blog kita maka akan lahirlah back links. Bertukar no hp dan last jumpa dia mana-mana gathering ataupun jumpa secara kumpulan kecil
Itulah kemanisan berblog!
Tapi sekarang ni, entah semua tu dah hilang. cuba korang tengok ni kan. Dulu-dulu
Memang satu post akan dapat average 50 komen. Kalau buat entry lucu, orang komen pun balas balik dengan lucu, memang tergelak sakanlah. Gelak tu akan membuatkan kita jadi rapat dengan orang lain. Hubungan pun akan lebih terjalin
Tapi sekarang....
See, nak dapat 10 komen pun susah. haha..... :(
Dari segi traffic, tak jejas mana pun. Dulu average masa dapat 50 lebih komen tu 1000-1500 je page view, tapi sekarang nak diikutkan ada yang cecah 2000 sehari. Lebih 5000 pun pernah bila ada entry kontroversi. Orang view ramai pun, tapi jumlah komen tetap kurang. ahhh, really miss moment dulu-dulu.
Kenapa kurang?
Aku rasa terjadi benda ni sebab 2 perkara utama. Pertama sebab aku diri sendiri yang tak komen kat blog orang lain. haha. Dah tak baca, macam mana nak komen ye tak? Dah kerja ni memang badan busy teramat, nak update blog sendiri pun kekadang lambat dan sekarang ni dah lali sehari aku tak update blog takpe. dulu.... huh, memang walaupun bercuti aku rela online kat CC malam-malam semata-mata untuk update blog. Ye lah, bila kita jarang komen kat blog orang, orang pun samalah :(
Kedua, aku rasa terjadi benda ni sebab wujudnya social media lain yang lagi power. Twitter contohnya, ada sesetengah tu siap komen kat twitter je. Mungkin rasa lebih cool? Nak diikutkan, komen kat blog aku ni sangat mudah, annonymous pun bleh komen. Memang mudahlah. Sesetengah tu, komen kat facebook je. Mungkin sebab tu, jumlah komen kita dapat kat setiap entry akan kurang
Banyak lagi sebab.... entahlah.....
What the next step joe?
So, apa plan aku seterusnya adalah untuk membina back links kat sidebar ni. Kalau tengok, kat sidebar aku ni hanya ada 4 blog je. Yang mereka semua ni memang penyumbang traffic yang banyak ke blog aku. err... takdelah banyak sangat. Baik post kat facebook or twitter lagi banyak. Jadi, benda ni bukan sebab traffic ke apa, cuma nak wujudkan 'suasana berblog' dulu yang memang aku rasa dah makin menghilang.
Aku taknak blogging ni terus menerus menghilang dan mungkin suatu hari nanti... dah takde orang nak berblog :(
Jadi, kepada korang yang ada blog, dan masih aktif berblog, tinggalkan link kat bawah ni, aku akan masukkan kat tepi sidebar aku ni. Harapnya adalah jugak list blog yang aku akan baca bila ada masa lapang dan hubungan kita antara blogger pun akan bertambah rapat
ye tak? selamat tinggalkan link ya
pss : esok pergi Putrajaya. Lusa pergi Port Dickson. Yahuuu, cuti!
Rabu, 4 Januari 2012
Selasa, 3 Januari 2012
Apek keeper terbaik Asia 2011? Jom vote!
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek adalah antara 5 finalist di Goal.com dalam pencarian mereka untuk menentukan siapakah keeper terbaik Asia. Memang pencapaian untuk dapat top 5 ni memang sesuatu yang hebat. Apa tah lagi kalau dapat jadi yang terbaik di Asia, mesti nama Malaysia akan terkenal!
Jom vote Apek
korang klik link ni dan kat bawah tu ada poll untuk diisi. aku dah isi, korang yang belum meh pakat-pakat vote Apek jadi keeper terbaik Asia 2011. Aku rasa memang dia telah berkhidmat dengan cemerlang dalam menjadi keeper Malaysia mahupun keeper Kelantan. masa sukan SEA hari tu, dia save bola last tu memang jasanya akan dikenang sampai bila-bila
ahh, dah tak yah bebel panjang-panjang, klik link ni dan vote sekarang!!!
pss : sekarang Apek tengah mendahului. mantap!
Isnin, 2 Januari 2012
Pengalaman anak sdara masuk sekolah
Sekarang ni begitu banyak sekolah-sekolah yang diwujudkan untuk mendidik anak-anak seawal usia 4 tahun. Sebab tahu pendidikan itu penting, sekolah yang wujud pun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pagi ni, anak saudara aku tak terkecuali!
Afiq Ismail ke sekolah!
Bagi yang tak ingat siapa tu afik ismail, kena tengok video ni dulu. konon nak pikat mia sara =)
Jadi hari ni, suasana kat rumah berbeza sikit. Aku ni walaupun ada bilik tapi lagi selesa tidur kat luar sambil menonton tv. Jadi bila dah bangun tu, memang 2 orang anak sdara aku ni akan ada kat depan tv tengok cerita cartoon dieorang. Hari ni pelik, tengok tv sambil pakai baju sekolah. haha. comel betul!
CELIK |
PEJAM |
Sekolah yang kakak aku (mak dia) hantar tu dekat je dengan rumah ni. Kakak aku pun hari ni dan esok ambil cuti sebab nak hantar anak takut anak nangis. heh, pengalaman yang sungguh best ye tak?
Dia belum balik lagi sekolah, tak tahulah macam mana. Nangis ke, excited ke, kena tunggu dia balik papa joe dia nak temuramah =)
1st time aku ke sekolah dulu masa umur 6 tahun. sekarang ni 4 tahun dah masuk sekolah. entah-entah nanti umur 2 tahun pun dah kena hantar ke sekolah. haha, dunia-dunia. Jangan kita ketinggalan sudah. Korang masa 1st time sekolah dulu, ada pengalaman manis tak?
aku dulu masa masuk sekolah, macho je tak nangis
cuma lari balik rumah je :p
Ahad, 1 Januari 2012
Pandangan aku mengenai perhimpunan pelajar UPSI 31/12/11
Sedang elok kita menanti debaran tahun baru, rupanya ada sekumpulan manusia yang melakukan demo. Bertempat di UPSI, suasana yang cukup mendebarkan dan aku yakin takkan keluar berita malam ni boleh tengok video di bawah
Suara mahasiswa yang tidak berpuas hati
Suara mahasiswa yang tidak berpuas hati
Amaran dari polis
Darah di kepala
Belasah membelasah
Pintu klinik yang dipecahkan
dan macam-macam lagi yang boleh korang tengok sendiri
Pandangan aku
Bagi yang sertai Demo semalam, aku yakin emosi mereka sudah tidak dapat dibendung lagi sehingga melontarkan emosi mereka semua dengan berdemo. Susah untuk kita sertai demo ni, perlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bagi. Tapi, apabila tercabar, diri sudah tercalar, semua halangan itu tidak menjadi payah - demo diteruskan
Dunia sudah maju, pemikiran manusia bertambah kompleks. Sebab tu aku mengutuk sekerasnya pihak polis yang membelasah sampai koma (hampir) seorang pelajar yang sertai demo tu. Memang ada amaran yang diberikan, tapi sedarlah dengan otak yang bijak, dah mereka mulai berdemo, mesti tidak akan bersurai dengan mudah selagi benda yang dituntut tidak mereka perolehi. Kekerasan bukan pilihan untuk melawan mereka, seharusnya diberi ruang untuk mendengar permasalah mereka dan jawablah dengan ilmiah
ahh, dah ganas, maka ganaslah kita
Lihat mereka semua masih mahasiswa, apalah sangat boleh dibuat selain melaungkan kata-kata semangat. Tiada sebarang tanda-tanda keganasan akan wujud. Jadi kenapa perlu disuraikan mereka tu? Bagi saja mereka laung, penat baliklah ye tak? Ni nak pukul-pukul, apa mahasiswa ni binatang ke apa nak dilakukan sebegitu rupa?
Tahun baru yang malang
Permulaan tahun baru yang tidak enak bagi sesetengah pihak. Mahasiswa yang terlibat mahupun pihak polis. Bagi pihak keluarga mangsa, mesti sedih melihat anak diperlakukan sebegitu, bagi pihak polis, memang semakin rosaklah tanggapan umum kepada mereka.
Bagi kita yang tidak terlibat secara langsung, berdoalah suasana aman kekal dikecapi. Biar otak letak di kepala, bukan nafsu yang menggerakkan tangan
Tahun baru 2012 yang kita mahukan
Post pertama untuk tahun baru. 2012. Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih kekal sebagai umat Islam!
Raikan tahun baru kat rumah, bersama dengan mak sambil menonton TV. Ada percikan bunga api dan konsert. ahh, benda biasa new year. Bukak facebook pagi ni, ramai kawan yang share video program semalam di Shah Alam, video ustaz azhar vs zizan raja lawak. memang terbaik
Semalam mencari jugak program sebegini di Kota Bharu, tapi sebab hujan, mak kata tak payah keluar. sayang benar mak kat anak bongsunya ni. Jeles juga dengan program sebegini yang diatur di sana, harap sesiapa yang pergi dapat manfaat darinya
Ada juga kisah pagi ni mahasiswa yang teruk dibelasah polis. Berdemo pun kena belasah. Kesian kat warga polis, hanya segelintir yang bersikap lembu dicucuk hidung, habis satu institusi polis jadi buruk. Harap mahasiswa yang koma dibelasah tu sihat. runsing takut terjadi apa-apa, memang jadi riuh negara kita nanti.
Ya Allah, selamatkanlah Malaysia
Walau apa pun, 2012 sudah datang. Bersiap sediakah kita mengharunginya? Ada orang kata macam biasa je, no problem selagi jangan jadikan tahun lepas dan tahun ini adalah sama. Berubah menjadi lebih baik dan produktif. Gambar kat atas tu, 70 ribu lebih untuk hadiri sama program yang aku rasakan cukup berkesan dihati rakyat yang memang dahagakan ilmu. ya, rakyat kita rakyat yang cintakan ilmu. bukan rakyat yang sukakan konsert dan hiburan yang melalaikan. fahamilah kami!
Selamat tahun baru, semoga kita tergolong di golongan manusia yang beruntung.
pss : apakah sarapan tahun baru? tak nak berubah lagi ke? :p