credit : pakcik g
masa menaip ni pukul 1.49 pagi. tapi mungkin nak publish cite ni esok pagi kot. nak suroh korang layan dulu cite entry sebelum ni. aku bukan sapa-sapa, cuma kalau dapat kata-kata semangat (yang tidak hipokrit) sapa yang tak nak kan? time kaseh yg sudi drop kat blog dia dan aku rasa kata-kata itu memang akan jadi pemangkin untuk dia terus tabah hidup.
ok ok
balik dari satu program pukul 9, lepas tu terus tido. tu pasal sekarang bangun balik dan cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh. update cite la sikit ek. cite ni cite betol ok. dan masih fresh fresh lagi. enjoyy!
~~~~~
5 jejaka hensem menaiki toyota corolla ke sebuah destinasi hebat. pelbagai bangsa tidak menjadikan mereka janggal, tapi semakin hebat untuk berkongsi cerita. yang ada di dalam kereta itu adalah seorang dari yaman, 2 dari saudi arabia, satu dari pakistan dan sorang dari kota bharu kelantan (kalah pon bangga ok!!!)
dari bab mahathir sampai lah ke politik dunia termasuk penggunaan gprs dan juga gps, habis dibualkan. tak sangka orang arab saudi begitu bangga dengan mahathir dan 'quote' sorang tu cakap, if mahathir mohamad become our leader, saudi will become richer. hurmm, sayang mahathir ;-)
persamaann kew??
setelah berbual panjang, tiba tiba orang dari yaman mendapat panggilan. si kalantani tadi mendengar dengan penuh khusyuk, ya, ada sore mendayu dayu disitu. ni mesti awek dia ni, getus hatinya. seorang saudi menegur, ya salim, enough enough. wait your wife until we going back to sheffield. wife? ooh, rupa-rupanya dah beristeri. saudi tadi mengusik lagi, orang yang baru kawen ni macam ni la, angau tak sudah!
baru kawen?
didorong perkataan kawen itu, si kalantani tadi mahu mendengar dengan lebih terperinci. si pakistan pon bgtau yang die pon baru berkahwin tahun lepas. ya allah, 2 orang saudi tadi pon mengaku yang dah kawen. ya allah, rupa-rupanya semua dah kawen ni. si kalanani tadi? hanya sengeh bagai kerang busuk dan cakap coming soon....coming soon...
perbualan mengenai kahwin
si yaman tadi meletakkan hpnya dan minta maaf sebab isterinya call, rindu la kot. hehe, memang la, kan baru kawen, sudah pasti berpisah sejam pun sibuk nak melepaskan rindu. ku tanya, opsss, si kalantani tadi tanya bagaimana perasaan berkahwin? sudah pasti si yaman tadi mengatakan ianya satu maricle, magis!
'where do u 1st met your wife?'
'at nikah'
'what?? so u dont ever met her before nikah?'
'no no. its our tradition like that'
'ooh, ok....'
tambahnya lagi, kali pertama dia jumpa adalah semasa majlis nikah, jumpa tapi tidak pandang wajah. memang bunyinya pelik, tambhnya lagi, dia bgtau yang dia sudah buat solat sunat istiharah dan sepenuhnya menyerahkan keputusan bakal isterinya kepada allah. dan ternyata setelah istiharah, keinginan dia untuk menatap wajah isterinya semasa majlis nikah dia tidak mahu.
'at our first night, i open her hijab, and that was the very 1st time i saw her face. masyallah, i fall in love in blinking of eyes'
perbualan kami terputus setelah isterinya call lagi. sabar je la, tadi baru call, nak call lagi! haha, mana taknya kan, baru 2 minggu berkahwin aka bercinta, mestilah perasaan itu cukup indah. perbualan itu ditambah oleh si pakistan tadi. cuba menambah dengan pengalaman dia pula dan seraya berkata,
' i also didnt met my wife until at the nikah. my tradition didnt allow me to see her face and only can see her face at the 1st night. i told my mom that i want to see my future wife, but my mom didnt allow me to do so. i could just seek for allah hidayah, and im very happy to married my wife as now'
kejam juga tradisi dieorang ni. yang aku tahu, ada sahabat yang nak kawen dengan perempuan ansar, nabi tanya sudahkan jumpa dengan perempuan itu, sahabat cakap belum dan nabi menegaskan supaya jumpa dan tengok bakal isteri macam mana. maksud jumpa adalah dengan kehadiran orang lain. itu cara sunnah yang memang ramai di malaysia dah tak follow...
'how about your country? have they follow the sunnah?'
opss, si kalantani tadi hanya cakap, biasanya sebelum kahwin, ada proses jumpa-jumpa dan kalau setuju, mungkin perlu bertunang dulu dan lepas tu baru kahwin. mereka berkerut dahi. bersangka baik, mungkin mereka berkerut dahi disebabkan tak paham dengan english si kalantani tadi ko0t... ;-)
kagum
memang kagum dengan orang yang bercinta selepas kahwin. memang ada, ku pernah dengar cerita ni dulu dulu, tapi hanya cerita orang yang belum berkahwin menceritakan pengalman kawan. maknanya bukan pengalaman sendiri. tapi sekarang, saudara dari yaman tadi yang bercerita sendiri mengenai pengalamannya. memang cukup kagum!
-ku kucup bibirmu di malam pertama-
tambah si yaman lagi, dia memang begitu teruja dengan wajah isterinya. dia ada jelaskan yang kecantikan itu datang dari hati seseorang. cuba lihat seorang perempuan, mungkin si a kata cantik, mungkin si b, cakap ni kata cantiK, biasan je, mungkin si c cakap aku dah jatuh cinta dengan dia... memang wajah ni mainkan peranan dalam mencari pilihan tapi perkara asas kena lihat, kata hati cantik siapa yang buka kalau bukan dari DIA. tu sebab dia istiharah minta pertolongan... comel je kan? thats the beauty of our deen!
aku?
im too young to be a husband of one wife
;-)
nota kaki :
1-tak semestinya perigi cari timba, timba pun boleh cari perigi. (mungkin ada maksud lain??)
2-terlihat video di
blog ni, haha, pagi-pagi buta ni sengeh kerang busuk sorang2! (
tgok saat ke 22 ;-) )