Share

Pengalaman menunaikan Umrah 2016

"Siapa nak ikut umi buat umrah bulan 3 ni”

Tak sangka dengan pertanyaan emak aku kat group whatsapps family dan reply aku yang paling cepat, segala urusan untuk menjadi tetamu Allah dipermudah. Tak sampai sebulan actually persediaan tu (18 hari rasanya!) dengan dompet aku baru hilang (baca ic, kad bank semua kena buat baru) alhamdulillah segala urusan dipermudah

Nur Family Travel and Tours menjadi travel agent kami bertiga (aku, emak aku dan kakak) Bersama lebih 40 ahli Jemaah yang lain, kami bertolak ke Mekah 8hb Mac pada jam 7 petang waktu Malaysia. Delay sepatutnya jam 3 petang tapi oklah boleh makan Burger King (dapat kupon, hihi) dulu kat airport

Mekah dulu baru Madinah

Menjadi tetamu Allah untuk pertama kali, sebenarnya agak susah bagi aku compare dengan emak aku yang baru saja tunaikan Umrah bulan 12 tahun lepas dan kakak aku yang baru je balik buat haji, kiranya aku ni yang paling ‘junior’ Sebab tu kena study lebih sikit tu :) Pakej kami sertai ni akan bawa ke Mekah dulu dan ke Madinah untuk melengkapkan ziarah di dua bumi haram ini. Bagi aku yang pertama kali pergi ni, semenangnya ada advantage pergi ke Mekah dulu berbanding ke Madinah, nanti aku cerita kenapa


Dah sampai Mekah!

Sampai ke Jeddah (airport) jam 11 malam waktu sana. Bunyi macam 4 jam je perjalanan sebenarmya mengambil masa 9 jam. Alhamdulillah keadaan di imigresen pun tak lama mana. Kurang sejam, dah boleh keluar naik bas untuk ke Mekah. Dari Jeddah ke Mekah, kami naik bas dan sampai ke bumi haram Mekah dengan selamat. 

Perasaan apabila ustaz cakap inilah Masjidilharam bercampar baur, antara kagum, syukur dan mengantuk. Hihi. Memang besar dan kata ustaz lagi sekarang ni Masjidil Haram dalam proses untuk membesarkan kawasan


5 Hari

Kami di Mekah selama 5 hari. Sempat tunaikan Umrah sebanyak 3 kali. Pertama kali menunaikan umrah ketika baru sampai. Miqat dalam kapal terbang, terus sambung tawaf dan saie selepas Subuh. Agak banyak kekurangan rasanya umrah pertama ni ye lah sebab pertama kali kan tapi apabila ustaz kata insyaAllah kita akan buat lagi, memang rasa lega. 

Kali kedua dan ketiga lakukan umrah, nampak sangat selesa dan cepat. Patut lah kata mak aku, ada orang boleh lengkapkan urutan lakukan umrah 2 kali dalam sehari! Azam jugaklah nak lakukan lebih tapi sebab nak berniat kena keluar dari tanah haram dulu, kita follow orang ramai ajelah :)


Amazing kaabah

Pertama kali melihat kaabah memang perasaan sangat takjub. Masa tu lepas Subuh. Dengan berpakaian ihram lagi masa tu rasa diri ni kerdil sangat. Masa buat tawaf, aku tawaf di bahagian paling bawah iaitu berhampiran kaabah. Memang berhimpit-himpit masa nak keliling kaabah tu tapi segela kepenatan dan marah dek kena himpit entah kenapa hilang apabila memandang kaabah. Itulah ajaibnya kaabah yang korang kena lihat sendiri dengan mata korang. Tanam azam untuk kesana!



Masjidil Haram ketika ini sedang menjalani proses peluasan kawasan. Menurut ustaz, 2020 akan siap peluasan kawasan ni. Apabila siap nanti, tiada lagi peluasan kawasan masjid untuk 300 tahun akan datang! Memang sangat luas. Sebab tu banyak pintu untuk ke kawasan masjid ditutup awal. Aku ambil contoh jarak hotel tempat aku menginap lebih kurang 150m ke kawasan masjid, nak tuju ke masjid dalam 100m lagi, kalau lambat, pintu ke kawasan masjid paling dekat akan ditutup berperingkat dan terpaksalah menggunakan pintu yang paling jauh. Kena pusing lebih kurang setengah km jugak untuk masuk ke kawasan masjid!

Zohor masuk jam 12.15pm, kalau pergi lewat dari 11.15 pagi memang kena guna jalan jauh! Nak rasa selesa, pergi sejam setengah sebelum. Semua waktu macam tu dan paling kritikal hari Jumaat, kena pergi 2 jam awal! Tapi sebab dalam kepala kita dah tanam aku ke Mekah untuk beribadah, nak dapatkan keredhaan Allah, kalau boleh 24 jam kat masjid pun boleh. Actually memang boleh pun cuma masa makan tu kena balik la :)

Oklah, tu saja dulu part 1 menjadi tetamu Allah. Nanti part 2 kita cerita lagi. Kalau-kalau ada. Haha. Penat ohhh menaip ni. Kisah di Madinah pun best!

Ok, jumpa lagi!


pss : sebulan lepas pergi baru nak update blog. hihi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW