Share

Apa yang ada di TUBE 2.0

Alhamdulillah, dah tamat 21 hari berkampung di Cancun Park Mexico untuk program TUBE 2.0. Kiranya ni adalah PALING LAMA aku join untuk sesuatu program. 21 hari ok! Memang sangat lama tapi akhirnya oklah berbaloi. Gila tak berbaloi dapat 15k kot. haha

TUBE singkatan bagi Tunas Usahawan Belia Bumiputera. 2.0 sebab ni kali kedua dianjurkan. Tahun lepas aku tak tahu pun kewujudan program ni, tahun ni pun tahu dari forward wassap member-member. saja cuba nasib, lepas la pulak apa lagi ambil la terus. 



Program under MITI ni pilih 500 orang belia yang belum lagi meniaga atau kurang dari setahun meniaga. Harapannya untuk menaikkan share bumiputera lah yang dari RMK 1 hingga 11 tak naik-naik pun ni. Nak capai 30% share sampai sekarang 20% pun tak dapat-dapat. Jadi program seperti ni diwujudkan. Tahun ni dieorang pecah kepada 10 kem, jadi 50 orang setiap kem dan aku di Cancun Park. 


Buat korang yang nak join TUBE

Memang aku WAJIBKAN korang yang baca entry ni untuk join. hehe. Dato Pa yang rasmi majlis perasmian hari tu katanya TUBE ni akan jadi acara tahunan dah, so tahun depan akan ada lagi. Ada 3 fasa, fasa 1 minggu ketahanan fizikal - ala2 tentara gitu dan fasa 2 pembelajaran dalam kelas. 21 hari tu kira dah satel untuk fasa 1 dan fasa 2. Sekarang fasa 3, buddy bisnes. Dieorang bagi RM15 ribu dan kita kena mulakan perniagaan dan kena REPORT kepada buddy kita secara berskala. Kalau nampak potensi untuk dikembangkan, boleh apply lagi geran yang sememangnya banyak (aku baru tahu) untuk tolong golongan Bumiputera ni


Tapi tempoh fasa semua ni mungkin berubah, tahun lepas fasa 1 dan fasa 2 14 hari je. tahun ni dieorang tambah skit tahun depan tak tahulah. Dalam borang feedback aku letak supaya jadi 5 minggu. padan muka korang. haha! Cuma mungkin susah skitlah sebab program ni dah semakin popular. Tube 1.0 4ribu je yang mohon, tube 2.0 ni dah cecah 8 ribu mungkin tahun depan cecah belasan ribu yang mohon. Cuba je, rezeki tu Allah yang bagi


Pendapat peribadi

Actually aku dah banyak sertai program-program untuk dapatkan geran ni. Rasanya kalau aku tulis e-book mesti korang penat nak baca. RBC, Superb, Dana Belia 1Malaysia dan macam-macam lagilah. Ada yang dapat ada yang tak dapat rezeki la tu. Tapi bagi aku, program TUBE ni antara yang TERBAIK. Memang banyak lagi benda yang kena improve tapi susun atur tu memang aku rasa program ni betul2 boleh tolong Bumiputera. 

Hari tu ada MARA bagi RM10k under program Putra, bagi macam tu je just isi-isi borang dan ramailah yang ambil kesempatan. 

Berbeza program ni, banyak jugalah tapisannya. Kena isi borang kaji selidik PIKEN dulu, panggil interview, kena masuk kursus 21 hari, lepas kursus kena buat report lagi. Memang teraturlah macam nak bagi sejuta je dan harap-harapnya tiadalah yang mengambil kesempatan dengan program pertolongan dari Kerajaan ni. Kudos kepada yang pencetus program ni!


21 hari........ ouch!

Ok, tadi kat atas semua tu intro je, ni baru masuk cerita sebanar. haha. Panjang bebenar intronya. 7 hari pertama iaitu fasa 1 memang memenatkan. Latihan ala2 tentera gitu. Tapi takdelah teruk sangat, setakat kawad kaki, masuk hutan, flying fox normal aktiviti. Boleh lepaslah. 14 hari berikut adalah program dalam kelas. start 8 pagi hingga 12 malam. haaa, lama kemain! 



Bagi aku yang dah start buat duit sejak darjah 6 lagi, poyo jugaklah rasa banyak ilmu. Tapi bila aku masuk kelas mereka buat ni perghhh rupa-rupanya banyak lagi yang tak tahu. Terutama dari segi pengurusan syarikat dan bab kewangan. Patutlah aku rasa bisnes futsal yang aku buat tu tak kemana sangat. Banyak kena perbetulkan

Mereka juga ajar cara nak buat rancangan perniagaan. Sangat bagus sebab barulah orang muda yang baru nak mula-mula meniaga ni tahu selok belok perniagaan. Masa aku buat bisnes konvensional dulu, mana ada orang nak ajar, main redah je. belajar dari pengalaman. Dah ada orang ajar macam ni, at least kita akan tahu mana yang tak patut kita buat. Sebab tu aku kata korang yang baca entry ni WAJIB pergi. Kalau kerja pun berhenti kerja siap2. haha. Gurau aje tapi macam tulah tahap ke-berbaloi-an sertai program ni

Antara slot yang aku rasa sangat berbaloi

  • Outdoor bisnes - dieorang bagi RM 50 dan korang kena generate more money. Group aku dapat RM92.90 selama 5 jam operasi. Ada group yang dapat sampai RM 200 lebih!
  • Perkongsian dari usahawan berjaya - sepatut emma maembong datang tapi orang lain pulak muncul. haha. kem lain HAI-O datang ok. Rasanya kena teruskan dan usahawan yang dah berjaya kat luar tu pleaselah support
  • BMC - ni ilmu baru. 
  •  Makan 5 kali sehari - walaupun asyik air masak je bagi tapi berat tetap naik 3kg. haha

21 hari ni banyak jugaklah dramanya. EM nya tak ramai yang handle memang aku dah dapat agak akan jadi macam mana. Jadual selalu berubah, petugas pun cepat stress. Mintak maaf ya kalau yang baca tu tapi benda tu kenalah improve supaya next time lebih sistematik. Dengar khabar dari kem lain teruk lagi so syukurlah kat kelantan ni boleh habis dengan semua bermuka manis. Syakir, shuhada n sorang lagi terima kasih ya teman kami 21 hari :)

Pegawai pemerhati dari SME Corp pulak ada pelbagai ragam. Ada yang serius, ada yang touching ada yang caring. 3 minggu, 6 orang yang datang bersilih ganti. Cuma kot-kot la Dato Habsah baca kena naikkan elaun untuk kak jemah n abg wan sebab kedatangan mereka last week tu memang banyak tolong. Kalau boleh suruh mereka je lah datang dari awal hingga akhir. haha. 

Lecturer UMK yang datang mengajar tu pun bukan sekadar lecturer. Walaupun mereka makan gaji tapi ada pengalaman bisnes yang boleh dikongsi. Lain kalau jenis yang ajar teori je, bila ada pengalaman ni feeling dia lain skit. Thank you very much dan halalkan segala ilmu :)


Satay Ikan Online



Ada penambahan untuk program ni yang mana setiap kem dieorang akan pilih yang terbaik rancangan perniagaan untuk masuk rancangan realiti tv dan 3 orang akan dipilih untuk ikuti entrepreneur summit week di New York bulan 6 tahun depan. Aku pergi tu atas perniagaan Satay Ikan Online, mula-mula memang taknak mencapap sangat, diam-diam sudah kan tapi apabila tok pa bagitau (setelah seminggu di kem) ada program ni, huh siapa yang tak nak kan? pergi new york kot. Jual satay ikan ke new york, stylo kot. haha

So daripada urusan pembekalan aku tukar kepada ambil sekali pengeluaran sebab aku tahu kalau kita bekal je takdelah 'hebat' sangat idea bisnes kita tu. Alhamdullillah dapat masuk top 3 dan tiba-tiba lepas aku present (aku pertama present dari 3 orang pusingan final) ada hadiah lain pulak dia bagi tambahan 2.5k on top of that. Hampes betul kalau tahu awal-awal aku reka benda lain yang lagi canggih. haha. 

Apa lagi, kalahlah sebab aku rasa takde 'inovasi' sangat berbanding yang menang tu sememangnya layak idea dia untuk penternakan talapia. Kempunan jugaklah 2.5k tapi takpelah rezeki takde orang kata. Yang penting idea rancangan aku nak meniaga satay ikan tu ramai yang tahu. Daripada korang tengok orang duk jaja satay ikan tu boleh dijadikan bisnes sampai puluhan ribu per month sebulan. haaa, kalau nak pm tepi :)


Kesimpulan



Ceh kesimpulan macam buat RP pulak. hehe. Harapnya ukhwah semua 50 orang yang sertai di Cancun Park tu berkekalan. Kita jadikan team Kelantan ni setelah 12 bulan dinilai negeri kita yang paling banyak jualannya. Kepada 450 yang sertai di tempat lain, calling2 lah aku untuk kenal-kenal. Semoga program seperti ini diteruskan dan mencapai misinya. Aminnn

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayah

Assalamualaikum dunia!!

Ya Allah, tak sangka aku menulis blog setelah sekian lama berhenti. Haha. Ingatkan bersara terus dah tapi petang-petang macam ni sambil hirup tea mix datang pula idea nak menulis blog. hehe. Seingat akulah dulu, mana ada datang idea baru nak menulis, masa menulis tu barulah idea datang mencurah-curah dan blog pun sentiasalah berupdatenya. Sekarang ni je nak kena tunggu idea datang baru nak update. dunia dunia

Sibuk urusan lain

Actually kalau korang rindukan aku (ada ke weii?? haha) hidup ni ok je. Last update pada 22 May lepas mengenai kisah nyawa melayang dek roadtax bulan 6 sepi, bulan 7 sepi dan akhirnya muncul pada bulan 8 pulak. walaweh hampir 3 bulan baru nak update. hehe. Biasalah, sibuk dengan urusan lain kita selesaikan dulu urusan-urusan tu ada masa baru kita update. okeh?

Antara 'sibuknya' adalah menulis di blog anak. wahaa!

Anak joegrimjow pun ada blog ok :)

Plan asalnya aku dengan cik bini yang update tapi last-last aku je yang tukang updatenya. hehe. Sebab guna platform wordpress jadi nak godek-godek tu ambil masa jugaklah. Tambahan macbook dah uzur sekarang lagi-lagilah susah nak menulis pakai phone ok. gigih ke gigih macam tu?


Apabila blog anak lebih dapat hit daripada blog ayahnya

Saja nak ulas satu entry di blog anak (MayaZaara.Com) yang mendapat hit tak pernah ayah dia dapat di blog ni. Hehe. Sepanjang blog ni beroperasi lebih kurang 7 tahun, entry paling dapat banyak hit adalah Apa beza kurus dengan Herbalife (19 ribu views) dan diikuti Herbalife did they realy eat shit (10 ribu views) dan ketiga Keistimewaan perempuan Kelantan (9 ribu views)



dan....

korang nak tahu hits untuk blog anak aku tu berapa top post?

cuba teka? 

10 ribu?

20 ribu?

30 ribu?

40 ribu?

50 ribu?

haha dah macam cerita P Ramlee pulak dah kan

Jawapannya adalah....



Entry tu baru bulan Jun 2015 tapi sehingga sekarang dah ada 123 ribu. wahaha. bangga ayahnya :)

At least kalau ada perhimpunan blogger (ada ke?) orang duk bangga dengan blog masing-masing bolehlah kata 'saya pernah tulis entry dan lebih 100 ribu orang baca' waha, penuh nada keriakan disitu. hehe


Kuasa viral

Actually dunia sekarang ni dah berubah dengan cara marketing dulu. Kalau dulu orang pentingkan SEO SEO sekarang ni semua duk beralih viral marketing. Post tu dalam sehari dapat hit sampai 75 ribu, ramai gile yang share tu yang jadi viral tu. Post buat anak kena pandai jaga anak tu tu pun sampai embassy kuwait (tempat pak mertua kerja) tahu. hehe

kalau korang nak belajar marketing viral ni, pm aku ya. wahaha


Berhati dalam menyebarkan


Sebab sekarang ni kuasa viral menjadi mudah, maka sama-samalah kita saling ingat mengingati sesama kita agar kita tak share sesuatu perkara tu tanpa soal periksa dulu. Baca renungan daripada Timb Menteri kita yang baru ni mengenai kes terbaru statement bodoh menteri.... huhu

KENYATAAN AZALINA DIPUTAR-BELIT
Baru lepas berhubung dengan Datuk Seri Azalina Othman Menteri JPM mengenai viral kenyataan beliau yang kononnya menghalalkan perbuatan maksiat iaitu mengenai tapisan adegan berpelukan dll. Menurut beliau kenyataannya telah diputarbelitkan untuk mencetuskan kemarahan rakyat. Apa yang disuarakan hanyalah perlunya Lembaga Penapisan berbincang dengan FINAS dan NGO2 mengenai arahan penapisan yg dikenakan.
Saya juga menawarkan diri kepada Datuk Seri Azalina untuk membantu beliau jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai isu2 yg menyentuh hukum hakam agama pada masa akan datang.Sebab itulah berulang kali saya menulis dan menasihatkan sebagai orang Islam kita tidak sewenangnya mudah mempercayai apatah lagi berkongsi maklumat atau sebarang berita melalui media sosial masa kini sebelum memastikan keabsahan dan kesahihan berita kerana ia boleh menjerumus ke kancah fitnah yang memudaratkan. Al-Quran dalam surah al-Hujurat mengajar kita prinsip tabayyun (periksa maklumat) dan elakkan dzan (berprangka) atas segala maklumat yang diperolehi.

Memang aku akui sendiri banyak statement pak menteri kita ni kadang-kadang Maharaja Lawak pun kalah tapi berhati-hatilah dalam menyebarkannya. Mungkin kita niat untuk suka-suka ataupun saja-saja tapi dosa pahala tu benda real. semuanya akan dihitung. Sebab tu aku antara yang takkan share (kadang2 terlepas jugak) benda-benda yang menjatuhkan maruah seseorang. Biarlah mereka dengan Allah kita tak payah nak tambah dosa kat akaun kita

ok?

Itu saja dulu entry ringkas daripada tiada entry ni. Semoga tidaklah 3 bulan lagi aku menulis blog ni. hiii.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah nyawa melayang kerana roadtax

Sedih juga pagi Jumaat macam ni baca kat timeline berita tentang kematian. Pertama ibu kawan se-matrik dulu (KMM 06/07) meninggal dunia jam 3 pagi tadi. Kedua terbaca tragedi seorang juruteknik yang meninggal dilanggar kerana cuba lari daripada sekatan jalan raya oleh polis. Road Tax tamat tempoh katanya...



Nyawa yang murah

Arwah ayah aku pernah kata - nyawa manusia ni boleh jadi semurah RM5! Kenapa, sebab dia cukup pantang dengan penunggang motosikal yang membawa kenderaan pada waktu malam tidak mempunyai lampu belakang. Lampu belakang, tukar kat kedai RM5 aje, sebab tak tukar tu orang tak nampak kita boleh terbang begitu sahaja nyawa kita. Sebab tu nyawa manusia boleh jadi serendah RM5!


Kisah roadtax

Berbalik kepada kisah nyawa melayang kerana road tax ni, perlu kita ingat kematian tu. ajal itu sudah ditetapkan. Tak perlu kita nak salahkan sesiapa, salahkan tak bayar roadtax ke, salahkan polis yang buat sekatan ke, atau apa-apalah, sebab benda dah jadi, dia jadi jugak. Cumanya, pengajaran yang kita boleh ambil supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari

Aku tak tahulah kisah sebenar kenapa lari sampai memudaratkan diri (lintas pembahagi jalan) tapi kalau kita baca rentetan peristiwa, kejadian berlaku lewat malam, kerjanya pula sebagai juruteknik. Mungkin baru balik OT atau nak cari rezeki lebih. Kita tak tahu tahap kewangan dia tapi kalau orang yang pernah terdesak, tahulah macam mana.

Komen

Aku tertarik dengan komen kat facebook tu,
Cari, buru, tgkap skalipun, kalau org tu xde duit mcm mne?? Nk penjarakan dia?? Mcm mne pulak dgn ahli keluarga dia?? Spe nk tanggung??
ada betulnya rintihan rakyat ini. Sekarang ni PDRM jalankan ops besar-besaran untuk menangkap kesalahan trafik, yang mempunyai saman, yang mempunyai kesalahan jalanraya. Kejadian sampai meragut nyawa ni kalau ada pihak yang berwajib fikir, kenapalah sanggup lari sampai begitu sekali -jawapannya ada satu : tiada duit nak bayar!

Rakyat dah terdesak, kos semakin meningkat, barang semakin mahal. gaji masih sama. Tak terdesak macam mana. Aku yakin kalau sesiapa yang ada duit lebih, semua tu mereka bayar. Sekarang ni keperluan semasa pun tak sempat nak bayar, ni tambah pula saman yang kena bayar

Mesti ada yang kata ' dah takde duit, kenapa langgar peraturan' komen macam ni aku reserve pak menteri la jawab, sebab bukan level aku nak jawab ni. huhu

Cumanya

Sebagai rakyat, kesalahan tu kita yang kena tanggung... bebanan tu kita yang kena tanggung.... pandai-pandailah cari wang lebih, cari sumber lebih untuk menampung hari-hari yang semakin tinggi kosnya ini. Harap sangat kejadian ni bagi tamparan sikit kepada pihak berwajib supaya TAHU yang ada rakyat begitu terdesak dengan tahap kewangan, jalankanlah tanggungjawab tu supaya kesejahteraan rakyat dapat nikmati

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Benarkah zikir tarian dibenarkan di Malaysia?

Semalam heboh 2 isu. Isu pertama pasal salib. Isu ni taknak komen sebab bodoh sangat nak komen dan tak mahu sel-sel otak aku putus nak hadam berita bodoh tu. Isu kedua mengenai zikir tarian yang dibenarkan di Malaysia. Ok, isu ni nak komen

Heboh apabila ada surat khabar melaporkan mengenai MFK (Majlis Fatwa Kebangsaan) yang membenarkan zikir tarian di negara ini. Ramai tak senang duduk dan pelbagai reaksi muncul. Ini adalah keratan akhbarnya


Tak tahulah ini kerja siapa, tapi aku rasa keratan akhbar ni dah diedit. Banyak tujuan, nak jatuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan atau nak jatuhkan kredibiliti media. Kalaulah (IF) benar ada keratan akhbar ni, memang kena samanlah akhbar tu keluarkan berita palsu begini

Tapi nasib baik, MAZA cepat keluarkan reaksi dalam status FB terbarunya


Zikir Menari dan Kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK)
Pagi ini saya dihujani soalan bertalu-talu berhubung dengan kenyataan Pengerusi MFK tentang mengharuskan zikir menari, hubungan golongan habib dengan tarekat Naqsyanbadi Haqqani dan lain-lain. Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat MFK semalam yang saya juga salah seorang anggotanya. Di sini saya ingin menjelaskan hal berikut;
1. Saya hadir dalam mesyuarat semalam 20hb April 2015 selaku ahli MFK dari awal sehingga akhir tanpa keluar walaupun sejenak.
2. Mesyuarat semalam hanya memutus dua isu sahaja iaitu tentang kedudukan mangsa MH370 dan isu mereka yang terlibat dengan IS.
3. Tiada sebarang keputusan ataupun perbincangan mendalam tentang zikir menari dan hubungan habaib dengan tarekat Nasyabandi Haqqani.
4. Bahkan ada anggota fatwa dari Pantai Timur yang mengingatkan tentang hubungan golongan tertentu dengan tarekat Haqqani, lirik yang menyanggahi syariat serta meminta pihak JAKIM agar mengelakkan hadir dalam majlis-majlis seperti itu. Pihak JAKIM juga memaklumkan mereka tidak pernah hadir.
5. Namun, satu perbincangan rasmi untuk keputusan rasmi sama sekali TIDAK berlaku semalam.
6. Saya ingin mengandaikan mungkin pihak MEDIA tersalah lapor, ataupun itu hanya pendapat peribadi.
7. Buat rakyat Perlis khususnya, dan Malaysia umumnya, selaku anggota MFK saya menafikan terlibat dalam membuat keputusan yang membolehkan zikir menari seperti itu. Bahkan pendapat saya seiras dengan kertas kajian SS Mufti Wilayah. Demikian kenyataan yang pernah dibuat oleh Ketua Pengarah JAKIM, juga pendapat yang disuarakan oleh SS Mufti Trengganu. (link)
Actually dah keluar beberapa kenyataan yang TIDAK MEMBENARKAN ZIKIR TARIAN BERLEBIHAN ini cumanya orang terlepas pandang. Mungkin MFK kena keluarkan kenyataan cepat-cepat sebelum ramai rakyat kita yang sememangnya ramai lagi yang jahil ilmu agama ni tahu hukum hakam semua. Mungkin benda ni 'belum parah' tapi bagi aku baik keluarkan kenyataan rasmi daripada menunggu dah jadi parah seterusnya jadi barah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 hadith palsu popular bulan Rejab

Alhamdulillah, dah masuk bulan Rejab dah kita. Esok Isnin dan 1 Rejab, memang elok untuk kita berpuasa. Kebiasaannya memang apabila nak masuk bulan Rejab sehinggalah Syaaban nanti akan ada banyak lembaran-lembaran serta poster-poster yang dipasang mengingatkan kita mengenai kebaikan bulan Rejab dan Syaaban ni. Memang niat bertujuan baik tapi kena ingat, jika kita buat dustaan terhadap Nabi SAW dosa besar kita



Maksud dustaan tu, apabila kita sebarkan hadith palsu!

Terlalu banyak dan luangkanlah ke mana-mana masjid untuk belajar secara lebih mendalam, kat sini aku akan senaraikan yang popular-popular agar takdelah tangan tu PANTAS SANGAT share dengan kawan-kawan. Walaupun niat nak 'mengingatkan' tapi sandaran kepada Nabi memang dosa tersangatlah besar!

1) Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i. 

Memang dari sekolah rendah lagi dengar 'hadith' ni. Memang tak sangka ia adalah palsu. Actually pernah dengar kat khutbah Jumaat lagi perihal ni memang kena berhati-hati supaya tak terjadi lepas ni


2) Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib. 
Kita memang digalakkan untuk berpuasa tapi apabila kita percaya puasa 3 hari dapat ini puasa sebulan dapat tu, itu dah jadi bahaya dah. Lagi bahaya kita sebarkan petikan ni untuk kononnya mengajak orang lain turut berpuasa. 



3) Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat 


Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. 

Rejab memang maksudnya Agung. Berlaku peristiwa Isra' Mikraj yang mana Ulama bersepakat berlaku pada 27 Rejab. Masalahnya ramai yang mereka-reka keagungan bulan Rejab sehingga keluar hadith-hadith seperti diatas. Ada yang terlampau melampau tu sehingga lebih mulia dari bulan Ramadhan pun ada

4) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. 
Rejab juga merupakan bulan yang mulia, antara 4 bulan yang Haram selain Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Menurut Al-Qardawi, tiada solat sunat atau zikir khas untuk bulan Rejab. Apa yang perlu kita buat perbanyakkan puasa + sedekah + solat sunat seperti bulan-bulan yang lain. Menjadi parah apabila bulan lain tak buat tapi tunggu bulan Rejab Syaaban dan Ramadhan je nak buat


5) Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? 

Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

Masa aku kecik-kecik dulu memang kat kampung ni siap buat macam kenduri lagi kalau masuk Rejab ni. Lepas tu pakak duk solat sunat macam nak solat tarawikh dah. Sekarang ni aku rasa 'budaya' ni masih ada (kat kampung aku dah takde dah) dan menjadi tanggungjawab kita untuk menegur.Nak kenduri ke, nak ajak orang makan ke no problem, tapi ingat jangan kata itu daripada Nabi. Dosa besar ohhh


PSS : esok selain 1Rejab juga 20 April. 20 April tu tarikh apa ya??? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bagi RM 10 ribu pun takkan pakai baju melayu ni masa raya

Tak tahulah sama ada aku ni dah ketinggalan zaman dengan dunia fesyen ataupun dunia fesyen ni gerak terlalu laju, serius terkejut dengan rekaan terbaru baju melayu hipster ni yang dah jadi viral di facebook. Haa baju kat bawah ni



Serius kalau korang bagi RM10 ribu dan suruh aku pakai masa raya aku tak mahu!

errr... kalau lebih RM 10 ribu kita fikir dulu. haha

Fesyen dan Islam

Actually aku tak arif sangat fesyen dengan Islam (komen apa yang tahu saja), tapi yang aku tahu fesyen pakaian lelaki perlulah 

  • menutup aurat
  • tidak jarang
  • tidak ketat
  • bukan dari sutera/emas
  • tak menyerupai perempuan
Mungkin kalau kita tengok kat gambar semua tu ok (kecuali ketat, ke mana aku je nampak ketat tu) tapi ada satu lagi yang kita kena careful iaitu adab. Haah, adab melayu gitu. Serius kalau aku pakai pakaian tu bawak pergi solat kat masjid mesti ramai yang mintak sign autograf yang tak selesa. Mungkin belajar kat oversea boleh la pakai macam tu sebab mereka pun tak pernah nampak 'real baju melayu' macam mana tapi kat negara kita ni, jauh bebeno simpangnya tu

Yang aku pelik - ramai yang kata ok dan nak beli! haaa, serius aku rasa diri ni dah tua!

Yang ni lagi luar biasa...


Korang nampak pisang kat mana? haha


pss : baju2 semua ni available kat zalora. gambar ambil kat page zeyzamry

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nasi 'belauk' RM3 dan kisah jangan duduk diam

Kat Kelantan ni, sarapan pagi yang popular adalah Shake Herbalife. Ok nampak bebenar tipunya. Paling popular adalah nasi 'belauk'. Belauk datang daripada perkataan berlauk dan paling famous adalah gulai ayam dan gulai kuning ikan kering. Nasi Air Dingin antara jenama yang popular serata Kelantan malahan orang luar menyukainya.

Banyak dijual dengan harga RM3.50!


Kisah harga Nasi Belauk

Actually aku ni memang bukan penggemar nasi untuk dimakan pada waktu pagi, sebab tu lambat sikit update harga nasi-nasi ni. Masa aku sekolah rendah (15 tahun dulu) nasi belauk ni boleh dibeli dengan harga 80 sen atau RM1. Kira RM 1 ni mewah lah. Tapi mak aku cerita, nasi belauk zaman dia (40 tahun dulu) hanya 20 sen atau 30 sen. Beza tu!



Masa sekolah menengah (10 tahun dulu), kebanyakan nasi belauk ni dijual RM 1 untuk gulai ikan dan RM 1.20 ke RM 1.50 untuk gulai Ayam. Masa tu boleh dikatakan affordable lagilah sebab tu ramai menjadikan nasi belauk ni menu utama makanan pagi


Apabila nasi belauk RM 2

3 ke 5 tahun lepas aku perasan trend orang jual nasi makan pagi ni dah cecah RM 2. Ikan atau ayam sama je. Ni bukan kes kat bandar, ni kes kampung sekalipun ramai yang macam takde rasa effect dengan kenaikan sampai macam tu. Ada sesetengah tempat dijual RM2.50 tu standard dah. Pak sdara aku ada yang buka gerai nasi belauk ni dan aku rasa kedai dia antara yang paling lama bertahan dengan harga RM2. Tahun lepas pun walaupun orang lain dah mula jual lebih RM 2 dia still jual dengan harga RM 2

Semalam sebab dah lama tak pergi ke kedai dia, nasi belauk ayam RM3 :(

Aku macam keanakan tanya kat mak aku

'mi, mahal la keda pok mudo, 3 ya so nasi bukuh'


mak aku jawab

'muroh doh tu, tempat lain 4 ya ado'


Meningkat dengan mendadak

Actually ni antara kisah bagaimana cepatnya nilai duit kita susut. Aku cerita panjang lebar tu hal nasi belauk, belum cerita choki2, gula2 kopiko, air tin dan jutaan barang lagi - memang duit kita dah semakin susut nilainya.

Sadis dengan nilai wang kita susut di negara sendiri tak seteruk sadisnya nilai wang kita susut dinegara orang!

Jangan duduk diam

Ada 2 pilihan yang boleh kita buat dan amalkan. KURANGKAN BELANJAWAN atau TAMBAH PENDAPATAN. Sekarang ni aku rasa pilihan kurangkan belanjawan dan tak releven, sebabnya nak kurang macam mana sebab dah habis kurang dah. Pilihan yang ada adalah tambah pendapatan dan bila tambah pendapatan ni ramailah orang kita (baca bangsa melayu) yang cukup anti dan katanya nak ambil kesempatan la tuuuu

Tapi aku rasa golongan macam ni dah semakin kurang, sekarang baru semua nak intai-intai dan berjinak dalam bisnes. Jual kerepek la, jual tudung la, jual palazo la, jual itu jual ini semua nak jual dah asalkan dapat tambah pendapatan. 

Kalau dulu buat bisnes untuk suka-suka sekarang ni buat bisnes untuk tambah simpanan!


Aku bagi contoh seorang kenalan - doktor pakar gaji RM9k sebulan tapi buat bisnes jual tudung. Dalam hati mungkin kita kata 'buat suka-suka je tu' tapi kalau tanya dia, memang dengan gaji tu tak boleh nak ada simpanan, kena buat bisnes jugak. 

Aku rasa korang pun ada kenalan yang korang kenal dan itulah realitinya sekarang


Persoalannya : kita golongan yang dah buat bisnes @ masih memerhati mana yang patut diceburi?

Kalau korang termasuk golongan kedua aku suggest jangan perhati2 sangat. Buat je bisnes apa-apa. Tips paling mudah nak buat bisnes ni

  • Ceburi bidang modal kecil. 
  • Pinjaman bank : mulakan bisnes NO nak besarkan bisnes YES
  • Baca buku bisnes, tambah kawan yang dah berbisnes. hadiri seminar bisnes
  • Peringkat permulaan bisnes tak berkembang OK kalau pembangunan diri tak berkembang TAK OK
  • Anggap diri aset terpenting dalam bisnes

Kalau kat facebook korang boleh 'berkawan' dengan orang-orang ni untuk tambah ilmu FREE
Banyak lagi dan korang boleh cari kat facebook tu.

Dah sampai masanya untuk kita TIDAK DUDUK DiAM. sampai masanya untuk kita tambah sumber pendapatan. Rezeki Allah tu ada kat mana-mana, kita jangan perlekeh dah gunakan ruang otak kita untuk fikir keburukan orang, bisnes orang. Gunakan ruang tu untuk fikir bagaimana untuk cari rezeki lebih untuk hadapi hidup yang dah semakin 'parah' ni


pss : Nanti aku sambung bisnes yang aku sedang buat sekarang ni (selain Herbalife)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah budak tingkatan 3 yang berjaya menipu penduduk Malaysia

Yusrim Karim mungkin merupakan nama yang akan menjadi igauan ngeri pihak media lepas ni. Mana taknya, KISAH HEBAT dia menang 50K USD daripada google telah mendapat liputan yang menyeluruh di portal media. Kat bawah ni daripada The Sun (belum tarik balik lagi artikel tu, haha) banyak lagi kalau korang google akan nampak


KOTA KINABALU: A teenager’s app for an Internet-based messaging service that can provide instantaneous language translation has caught the attention of online giant Google.
Yusrim Karim, 15, submitted his app – Coker Chat, which he has been quietly developing for about five months – to Google Ideas late last year.
He said a few weeks later, a Google Ideas official contacted him via e-mail and, describing his software as fantastic, offered him a chance to work on a US$36mil (RM133.14mil) project or US$50,000 (RM184,910) cash.
Actually aku ada jugak baca headline kat timeline tapi tak tergerak nak klik nak baca, just dalam hati - wah hebat budak ni. Tup tup hari ni dah keluar yang mana 'kemengannya' tu tiada kaitan dengan pihak google pun dan ia hanya PRANK sempena APRIL FOOL daripada dia. Dia tu baca budak tingkatan 3 :) Actually kalau baca pun memang ada unsur penipuan tu takkan la budak tu ambil 36 juta tapi ambil yang 50K je. haha. siasatlah dulu bang oiiii

Mudahnya kena tipu



Actually walaupun aku ni sangat pantang dengan april fool april fool ni, tapi sebalik kisah ini kita boleh lihat betapa mudahnya media kita menyampaikan berita palsu. Sepatutnya sebagai pengamal media, kena siasat dulu betul ke tidak bukannya main taram je buat cerita supaya ramai orang baca. Budak ni walaupun 'menipu' tapi bagi aku genius sebab bagi buka mata kat media supaya lepas ni CHECK FAKTA sebelum nak publish apa-apa

pss : nasib la yang mengharap PM kita buat April Fool untuk GST tak kesampaian... last2 kena april fool dengan budak ni. hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Emak tak boleh masuk dewan graduasi anak sebab pakai seluar dan baju

Jadi, ada kes hangat (tak hangat manalah sebab sibuk dengan GST lagi) mengenai seorang perempuan Sarawak yang datang jauh untuk hadiri upacara graduasi anak end up tak boleh masuk dewan (atau kena 'halau?') sebab tak mematuhi etika pemakaian

Kisah sebenar tak tahu, ye lah maksud kisah sebenar tu bagaimana emak tu dilayan suruh keluar dewan dengan paksaan ke, tak bagi masuk dengan muka bengis ke atau cakap elok-elok yang tak boleh masuk sebab tak mematuhi dress code. Jadi kita komen apa yang aku tahu ajelah


Pernah belajar di UITM

Sebab aku pernah belajar kat UiTM selama 2 bulan, memang dress code ni antara yang agak skima lah kat sana. Ada kes saman lagi pun ada. Tapi sebab aku ni jenis yang mematuhi undang2 (ceh!) tak pernah kena saman. Tapi member aku pernah kena, tambah-tambah lagi masa kat sekolah dulu tak kisah sangat dengan pakaian-pakaian ni. hehe


Salah ke?

Bagi akulah, setiap undang-undang tu dibuat adalah sebabnya. Yang membuat undang2 pula tu manusia pasti ada cacat celanya. Tapi sebab kita tertakluk pada undang2 tu maka kita raikan ajelah. Adalah tu benda yang kita tak nampak yang mereka nampak (konon) Kalau tak suka, guna saluran yang betul buat aduan. Tak suka lagi, buat demo! eh bukan demo, pindah tempat. good idea? hehe


Isu dress code graduasi




Kalau tengok baju mak cik ni, bagi aku oklah kan sopan apa. Tapi dah ada dress code yang kena patuhi, kenalah patuhi. Dalam hal ni aku salahkan kepada si anak sebab tak bagitau. Nasib baik dia comel jadi tak boleh nak kutuk lebih-lebih (haha) Apa salahnya bagitau betul-betul kat mak kena pakai ini kena pakai itu. Kena 'halau' sekalipun, cuba cari baju yang sesuai, tak pun pinjam 'baju sesuai' tu dengan kawan ke atau beli. 

Tapi mungkin sebab 'hangin' jadi tak boleh nak praktikkan ilmu penyelesaian masalah tu yang tak jadi macam tu tu. mungkinlah.. yang pihak UITM pun harap-harap guna bahasa eloklah bagitau yang tak boleh masuk sebab salah code. Masa kat UK dulu ada satu tournment chess buat kat gereja memang siap-siap kena pesan pakaian apa yang tak boleh pakai, so kita hormatilah tempat orang. kan?

Alright, ulasan ringkas. Harap diterima. hehe. Ada benda yang aku tak tahu boleh tinggal kat ruangan komen bawah ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kisah 2 tahun lepas yang kehilangan anak pertama

Masa aku buka facebook menggunakan apps di iPhone, tiba-tiba ada suggestion post perihal post yang aku pernah post untuk 2 tahun dahulu. huh, amazing!


Actually kalau nak diikutkan kisah ni (entry 2 tahun lepas) antara yang tragis la sepanjang kami berkahwin, mana tak tragisnya, hilang 1st baby semasa kandungan 4 bulan. Boleh bayang bagaimana terujanya nak sambut 1st baby tapi tak sempat nak sambut? Tapi, bab kata orang putih, 'time is the best healer' kenangan tinggal kenangan - serius dah tak ingat pun 'tragis' tu walaupun dulu ambil masa juga untuk lupakan dan move on. 

Sekarang dah 2 tahun seterusnya, anak pun dah ada nak masuk 11 bulan dah usianya :)


Cuma nak ingatkan korang, kalau korang tengah alami peristiwa sedih, kemalangan ke, kematian ke - move on. Nescaya setahun dua tahun korang takkan ingat pun lagi betapa 'sakitnya' peristiwa tu. Allah ni sebaik perancang, ada hikmah atas segala yang kita alami. OK?


pss : Macam GST (klik untuk lebih jimat).... sekarang kecoh, time PRU semua lupa. haha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Review BESTMobile prepaid

Dah semakin hampir dengan pelancaran ni, makin ramai pula kawan-kawan aku yang join bisnes prepaid terbaru ni - Best Mobile. Dulu TuneExcel pun ramai jugak member-member ajak join tapi dah 2-3 tahun sepi tanpa berita. hehe. Tapi ada jugak yang member betul2 sukses, dapat 1k-2k sebulan siapa nak bagi kan? so no offend la standard biasa bisnes ada yang rugi ada yang untung

93% yang meniaga tutup kedai lepas 3 tahun beroperasi (scary!)


Actually aku bukannya nak menakutkan supaya korang tak buat bisnes, tapi tu realiti dunia bisnes. Ada masa korang untung, ada masa korang rugi. So peringatan ni untuk korang diluar sana jugak, bukan sebarangan bisnes korang join dan dapat keuntungan, mostly bisnes pertama akan rugi.Kedua , ketiga malahan sampai berpuluh akan rugi atau hanya 'balik modal' Yang membezakan sukses dengan tak sukses, dah rugi tak berhenti disitu tapi teruskan juga hinggalah berjaya

Takde yang gagal dalam bisnes, yang ada cumalah berputus asa

Amboi-amboi panjangnya mukaddimah :)

Ada kaitan sebenarnya apa yang aku "bebel" kat atas dengan review Best Mobile ni, kaintannya adalah : Nak cuba bisnes, boleh cuba Best Mobile. Haha nampak sangat review ni akan berat sebelah sebab tuan yang review pun dah join :)


Sebelum aku mulakan review, baik kita tengok balik idea disebalik model bisnes ni. Apa-apa bisnes sebenarnya nak "hidup lama" perlukan produk dan pengguna. Produk bagus, pengguna suka maka bisnes tu akan berterusan. TAPI ada satu lagi faktor bisnes tu akan berterusan iaitu - barang yang digunakan perlu selalu digunakan! Kalau korang tengok senarai orang terkaya di Malaysia (dunia sekalipun) rata-rata "menjual" barangan yang selalu kita guna. Macam mana jual gula yang harganya RM 2.86 pun boleh jadi orang terkaya kat Malaysia ye tak? 

ok ok. kita teruskan review


1) Latar belakang syarikat


Sudah pasti nak tengok sesuatu bisnes kita kena tengok "who behind the company" Kalau company tempatan ni tak boleh nak expect yang tinggi-tinggi sangatlah kan, paling penting kena tahu serba sedikit, takdelah tak sampai 2-3 bulan join company tutup :( komisyen entah kemana...

ni aku ambil daripada internet jugak

BESTMobile diuruskan oleh BestMobile Malaysia Berhad (Reg. No: 1132252-H), sebuah syarikat bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. Melalui syarikatnya iaitu Cellular Motion Sdn Bhd, BESTMobile telah menandatangani perjanjian dengan Friendi Mobile (www.friendimobile.my) sebuah syarikat milik Virgin Mobile Middle East & Africa (MEA) dan Kumpulan Peransang Selangor serta Samena Telecom Ltd. untuk membangunkan satu konsep perniagaan B-Brand. FriendiMobile menjadi teknologi partner manakala BESTMobile menjadi marketing arm yang akan membangunkan program ini. Status BESTMobile adalah sebuah Telco yang memegang lesen Mobile Virtual Network Operator (MVNO)                                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile, dipimpin oleh pengarah-pengarah yang terdiri dari 7 orang pakar yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas, perbankan, perundangan dan telekomunikasi di dalam dan luar negara.                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile menawarkan perkhidmatan talian telefon kepada pengguna menggunakan nombor awalan 011-38xx xxxx dengan menggunakan rangkaian Umobile dan Maxis sebagai rangkaian teras. BESTMobile juga menggunakan Nama Penyelia Perkhidmatan (SPN) sendiri iaitu MyBEST yang akan terpapar pada setiap telefon pengguna dan menggunakan server sendiri.                                                                                                                                                                                                      
BESTMobile, menggunakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan sistem pemasaran pintar dengan memiliki sistem sms sendiri dan sistem USSD. Selain itu BESTMobile juga mendapat sokongan dari sistem teknologi terkini dari VirginMobile MEA.                                                                                                                                                                                                                                                                                  
BESTMobile menyediakan pelan harga yang mewakili semua golongan dari pelajar, golongan bekerja dan juga warga asing. Pelan yang ditawarkan bukan sahaja amat menjimatkan tetapi tersedia pelbagai pilihan istimewa dan peluang menjadi Usahawan Telekomunikasi dengan modal yang sangat minima rendah bermula RM 49

2) Leader, upline dan group




Satu lagi dalam bisnes perangkaian ni korang kena "memilih" untuk letakkan posisi korang kat mana. Kalau setakat nak jadi pengguna tu oklah tapi kalau nak ada income 4,5 atau 6 angka kena pilih kumpulan mana korang sertai. Actually tak kurang daripada 4 orang dah approach aku untuk bisnes ni tapi entah kenapa rasa tak "sesuai" dengan jiwa cara dieorang approach. 

Tapi semalam (ya semalam) aku saja test register kat satu website, tak sampai 20 minit ada terima whatsapps "tanya khabar" hehe aku cukup suka dengan gaya macam ni sebab every networking bisnes fast response sangat penting. 

tanya itu ini baru tahu yang orang tu baru lepasan spm dan takde pengalaman dalam networking. haha

Jadi aku ambil inisiatif sendiri jumpa dengan admin website tu, tenghari tadi (24/3/2015) bertempat kat kopitiam kita beramah mesra la aku dengan admin tu.


Lepas soalan perangkap!


Ini satu lagi untuk check sama ada leader korang tu sesuai ke tak untuk jadi leader, tanya soalan perangkap! Every networking bisnes nak kaya cepat sangat mudah - "jual duit" bukannya jual barang so en nazzer yang merupakan admin di website tu lepas soalan aku tu. haha. soalan apa tu kena datang jumpa la, skill mahal tu. hehe

Alhamdulillah, lepas penerangan dari dia lebih kurang setengah jam (sebab aku pun ada appointment lain dan dia pun nak gerak ke KL) aku pun yakin dan bayar yuran tu


3) Modal rendah dan no-money-game




BestMobile ni nak mulakan bisnesnya sangat mudah, RM49 saja dan korang akan dapat kredit RM10 tersedia. Aku takkan review lebih2 pasal pelan pemasaran sebab benda tu dah ada nak korang email ke dan download, apa yang aku review benda yang "jarang" orang nampak.


Lagi satu aku suka pelan pemasaran BestMobile ni susah untuk kaki-MLM jadikannya sebagai money game. Maksudnya kaut untung atas kemasukkan sahaja. Tak tahulah lepas ni macam mana tapi yang aku tengok memang susah. Just macam biasa, bisnes konvensional lain, jual dapat untung, guna dapat komisyen.


4) Selalu guna kenapa tiada manfaat lebih?




Actually kalau aku tanya korang sekarang ni line hp korang pakai sekarang berapa sen/minit, data berapa sen/mb memang aku yakin tak ramai yang tahu. Kalau korang tahu tu #kitageng. hehe. Dulu aku guna Celcom amek pakej bayar RM150/month sebab nak dapat iPhone punya pasal, dah habis kontrak tukar DiGi sebab lagi murah dan tak lama dengan DiGi tukar celcom balik cuma amek pakej murah sikit dari dulu then tengok bil mahal semacam aku tukar uMobile.


Sekarang ni pakai uMobile lah


Cumanya selalu ada masalah "drop call" orang call masuk voicemail, terpaksa kita kena call balik :( Yang aku nak highlight kat sini - memang ia menjadi kegunaan kita tapi berapa banyak manfaat yang kita dapat? Alang-alang kita guna, baik kita dapat manfaatnya kan?

Untuk bagi korang lebih faham aku ambil contoh dunia telco sekarang ni. Actually kos untuk yang ada pencawang sendiri kosnya 2-3 sen per minit saje. Macam aku pakai uMobile sekarang kosnya 18sen/minit. Balance 15-16 sen lagi pergi mana? Selain untuk bayar gaji pekerja, ia digunakan untuk marketing! yesss, sangat mahal kos untuk marketing tu, aku ada kawan yang pernah incharge marketing kat telco M***s ni kos 2 bulan pengiklanan kat paper sahaja cecah 1juta lebih. tu kat paper, belum lagi kat radio, tv dan sumber-sumber lain.


Bagi BestMobile pulak, aku tak tahulah berapa kos sebenar tapi mungkin mahal sedikitlah sebab dia pakai pencawang Maxis dengan uMobile jugak dan kos per minit untuk panggilan adalah 16-19 sen/minit. Kos marketing tu company tukar kepada kos untuk bayar komisyen. cun kan? standardlah, mana2 company networking macam tu, iklan dari mulut ke mulut

Persoalannya, berapa minit kita cakap dalam sebulan. Aku tak tahu korang tapi kalau aku lebih 500 minit. Sen sen tadi dah bertukar jadi puluh-puluh dan ratus-ratus. So, nak jadi pengguna bijak, kita ambillah sedikit percent kat kita. BestMobile ni bagi sehingga 30% kat ahli dia. haa, menarik kan. tu yang join tu. haha. 

Bahasa mudah dia - rebat!


5) Company tak launch lagi, peluang jadi terawal




Bulan April ni katanya company akan launch. So kalau korang register sekarang boleh lock posisi korang as leader. Aku pernah buat entry pasal tips nak join syarikat MLM antaranya kena tunggu company tu 5 tahun untuk tahu sama ada tutup atau macam mana, tapi tu untuk syarikat MLM yang perlukan pelaburan ribu raban, BestMobile ni tak register under MLM walaupun bayarannya ala-ala MLM so ia terbalik, kalau nak join, baik join paling awal. Company ni memang akan kekal lama sebab ia talian telefon!


Kejap joe, ada je banyak sebelum ni syarikat telco ala-ala bestmobile ni lingkup?


kan aku dah cakap, ia bisnes. ada untung rugi. lingkup ke tak tu bukan bidang kuasa kita. CUMA modal RM49 aku rasa tak rugilah sampai bergadai tanah. hehe. kos minimum risk rendah. sekarang ni banyak leader dah start promosi - aku kira lambatlah - dan ada yang ambil duit ada yang tak ambil duit. Kalau korang join under aku ni, ambil duit. So dah boleh tapis untuk yang betul2 berminat ni

Maksud ambil duit tu, korang bayar RM49 tapi simcard tak dapat lagi, pertengahan april ni baru dapat. Tapi dah boleh lock position tu yang best tu. Dah siap-siap cari orang bawah untuk letak bawah kita dan tunggu dapat komisyen daripada top up tu nanti


6) StartUp : Sejuta lebih hadiah dan kejar 30 hari pertama



Tahun 2015 dan 2016 company banyak buat offer untuk naikkan lagi nama syarikat. Lebih RM1 juta hadiah untuk yang aktif-aktif ni. Antara sebab aku join adalah anggap benda ni contest la. haha. joegrimjowkan suka contest. hehe. Aku ni banyak database orang, email dan no phone banyak so apa lagi manfaatkan peluang yang ada

Ada satu bonus dipanggil FAB, iaitu dalam masa 30 hari kalau korang berjaya daftarkan 30 orang bawah korang, akan dapat extra RM500 oneoff. 30 orang tu kalau jual je akan dapat pulak RM 600 so bagi part timer untuk bulan pertama boleh dapat RM 1100 boleh la buat persiapan menghadapi GST. hehe

Jadi, aku suggest sangat korang join. Susah tau aku nak join "benda-benda" macam ni sebab ye lah aku ni bab2 networking ni skeptikal sikit sebab dah ada buah hati kan (baca Herbalife) 


7) Kenapa perlu join BestMobileClub.com

Macam aku bagitau awal tadi (tengok  no 2) aku join under team bestmobileclub. Dah banyak dah sekarang ni yang buat ala-ala macam tu tapi yang aku suka pasal mereka ni sebab
  • admin sendiri orang IT, so memang dia akan advance sikit daripada kebanyakan orang
  • ahli akan dapat website replika, sangat mudah untuk promote. website replika ni pun 'nampak mahal' dan lebih profesional
  • ahli akan dapat video promotion yang mereka sendiri, nak upah orang buat mahal ooo dan lagi kreatif la kirenya
okeh, nak join klik sini

Serius aku rasa untuk korang nak lakukan secara part time dan bil hp korang tiap2 bulan lebih RM 30 baik join sebelum terlambat. Join under BestMobileClub.com dan kerja promosi koran pun akan jadi lebih mudah. Sama-sama kita kumpul harta persediaan nak hadapi GST. hehee....


****************

Alright ini review ringkas daripada aku, harap korang pun boleh join. ada apa-apa pertanyaan boleh terus call ya. 0169640972

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harga baru bas ekspress bermula 15 May 2015

Harga minyak turun.... tapi harga naik bas naik pulak


hehe pelik!


Tengah dapatkan info dari wakil SPAD nanti aku post sini ya KENAPA boleh naik. Tapi rasanya korang boleh teka kot sendiri kan? hehe

pss : Hehe jelah kita rakyat mampu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Senarai perkara yang akan naik selepas GST

Countdown to GST - kurang 20 hari lagi!

Actually GST ni nak tak nak kena dilaksanakan juga, ia sistem percukaian yang menyeluruh dan pendapatan negara akan bertambah seterusnya keharmonian rakyat akan terjamin. hehe. Macam nak bodek aje ni. Ye betul korang tak boleh nak sangkal 'FAKTA' aku bagi tu, GST sistem percukaian yang menyeluruh (rakyat kena oi) pendapatan negara akan bertambah (yess memang pun) TAPI BAB KEHARMONIAN tu macam errrrr

Sistem pengankutan awam kita macam mana?
Sistem pendidikan kita macam mana?
Hospital?
Polis tentera keselamatan?

haaa, harmonikah kita?

Actually kalau nak banding dengan negara lain, memang Malaysia kehadapan tapi kalau banding dengan negara yang 'tak seberapa' memang macam tu, so nak banding tu bandinglah dengan negara maju kan memang kita agak terkebelakanglah terutama soal pendidikan...

kan?

Satu lagi mengenai GST tu, tak kisah sangatlah kalau kita bayar lebih pun CUMANYA kita naklah kemudahan tu lebih. Apa yang aku paling risau adalah PENGURUSAN tu risau bebenar memikirkannya. Kerajaan kita sekarang ni dari segi rasuah memang dah improve banyak dah, dari segi pembaziran pun dah improve banyak jugak tapi masih ada lompang-lompang yang kita sebagai rakyat lihat kena perbaiki lagi

Ok lah, cakap banyak pun memang nak tak nak GST akan laksanakan jugak ye tak

Jadi, persiapan untuk menghadapi GST, korang kena senaraikan apakah barangan yang korang selalu guna dan adakah barangan korang tu akan turut terkena GST. Memang pum pang pum pang dalam tv cakap GST takkan naik harga, tapi yang naik harganya ada banyak lagi dan silap perhitungan naya korang bulan 4 nanti. 

Ni list aku, ada nak tambah korang tambah kat bawah ya

1) Herbalife



Huh, memang berita ni sangat-sangat scary! Sebagai pengguna, average RM 500- RM 700 sebulan aku guna produk ni, Lepas GST, angka tu akan bertambah kepada RM 530 - RM 742. Eh kejap, produk Herbalife pun akan naik harga lepas ni???

ya, korang boleh baca info lanjut kat sini

bersedialah!


2) PruBSN Takaful





Dah dapat surat cinta daripada pihak insurance, katanya memang akan effect dengan GST so bulan-bulan duk bayar RM 200 kena tambah lagi RM 12. Tapi menurut surat tu dia akan tolak charge GST tu kat sumbangan kita dan akan merosotlah sikit sumbangan melainkan kita tambah bagi cover balik. 

Mungkin ada agen takaful ada nak tambah sila ya

3) Bil-bil



Aku pun pelik jugak dengan bil ni, internet katanya akan naik, telefon pun sama. Macam mana naik tu aku pun tak tahu sebab dalam bil dia memang dah ada government tax, takkan nak tambah lagi, yang ni kita KIV dulu tunggu 1 April bil datang macam mana, tapi aku rasa akan naik jugaklah :(

4)

5)

6)

update soon

Katanya inflasi akan naik dalam 2 tahun selepas GST, heh tunggu buat aduan ajelah nanti. Sabar ya, memang dunia ni macam tu dah. Masa PRU nanti kita tengok adakah GST mampu bagi effect kepada kerajaan atau rakyat sememangnya OK/ hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW