Share

Misteri di mana PM Malaysia ketika banjir terjawab

Amaran awal, ni bukan entry politik ya

Sekarang ni Pantai Timur khususnya di Kelantan ni boleh dikatakan banjir teruk. Kat bandar KB (25/12/2014) sekarang ni sedang slow-slow air naik. Takda signal nak reda. Tak kira kat bandar lain seperti Tanah Merah, Kuala Krai yang lagi teruk

Pengkalan Chepa


Kat group whatsapps yang aku join, rata-rata duk sibuk pasal banjir. Ada rumah yang sebelum ni tak kena pun banjir, air melimpah separuh rumah. Kesian. Kat hospital pun air dah naik. huh! Minta-minta semuanya selamat

HRPZ, harap2 takde kes ibu nak bersalin masa ni!



PM kat mana? PM kat mana?

Actually aku pelik jugaklah kan, banjir-banjir macam ni pemimpin kita takde bagi sidang media ke, at least kat Buletin Utama tu nampak la jugak pemimpin kita bagi makanan ke, bantuan ke. Walaupun tak ikhlas tu bukan hak kita nak tentukan ye tak? Tapi untuk kali ni - belum ada nampak bagi pengumuman pun belum

pelik!

Sehinggalah tadi aku ada terbaca di wall fb - PM main golf!

Hurmm, aku ni bukannya mudah percaya sangat dengan berita-berita ni, banyak tak betul dari yang betul. Macam kata bekalan elektrik kat kelantan akan terputus tu, memang tak logik pun ada berita tu. Dan memang sah ia tak betul. So, aku baca berita macam ni.... ni kerja nak burukkan PM la ni. Sampai hati mereka ye tak ambil kesempatan...

Tapi....

President Obama, left, smiles at Malaysian Prime Minister Najib Razak as they play golf at Marine Corps Base Hawaii's Kaneohe Klipper Golf Course in Kaneohe, Hawaii on Dec. 24, 2014 (AP / Jacquelyn Martin)


Setelah aku ke website washingtonpost (klik link bawah) memang betul pun berita tu! tarikh 24 december ok)


aiyoyo......

Tak nak la komen apa-apa, mungkin urusan kerja yang kita tak tahu ke apa ke, tapi.... adussss.... tak reti nak komen dah.


Bantuan untuk mangsa banjir

Aku tak boleh nak komen sebab aku tak terlibat secara langsung dengan bantuan banjir ni, tapi menurut kawan aku memang bantuan tak sampai, kalau sampai pun sedikit. RM 3000 jadi RM 100 je dapat. Ada yang ke pusat pemindahan je dapat, walaupun rumah dah roboh, tumpang rumah sedara tapi takleh nak claim sebab tak tinggal kat tempat pemindahan. Macam-macam la

So, harap sangat musim-musim musibah ni, janganlah kita tambahkan lagi musibah orang tu. Jalankan amanah orang dah bagi, kena persoalkan kot!


pss : aku suggest kalau korang nak bagi bantuan, bagi dalam bentuk DUIT/CASH, nak bagi biskut ke, beras ke pun boleh, tapi kalau boleh priority cash. kesian rumah tenggelam terus pun ada....

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 comments:

Maria Firdz said...

spechleesssss....



tak tahu nak kata apa dah..

Cik Puan iLa said...

Rumah sy di kelantan yg xpnah2 banjir pun banjir..mak ayah sy xdpt dihubungi,semua talian terputus xkira bomba,polis dan kecemasan lain.Apa yg keluar dr tv tak sama seperti situasi sebenar.Sakit hati jugak bila org lain berseronok,mak ayah kita makan pakai mcamana pun tak tahu.

Chekgu BaniHassim said...

aish....
dia kena sentiasa alert time musibah camni...
makin merisaukan dah senario malaysia ni...

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

Najib Ariyan said...

banjir kali ni lebih buruk dari banjir 1972 yg teruk terjejas seluruh negara... sedih juga bila dijumpai PM sedang macam tu... marah takleh nak cakap

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW