Share

Bersenam pada waktu malam jejas kesihatan?

Semalam, artikel yang paling banyak dikongsi di timeline aku adalah mengenai bahaya bersenam pada waktu malam. Keratan akhbar kosmo


Kalau kecik sangat tak boleh baca, ni ringkasan dia

  • Bahaya sebab badan perlukan rehat yang cukup
  • Selepas kerja seharian, paksa diri untuk bersenam menyebabkan badan jadi lesu
  • Juga memaksa tekanan darah jadi tinggi dan akan menyebabkan masalah jantung
  • Boleh bersenam tetapi jangan bersenam berat
  • Bersenam pada waktu malam juga akan menggangu tidur
  • Cadangan untuk beriadah adalah pada pukul 6-9 pagi

Baca kat ruangan komen, memang ramai yang tidak setuju. Aku sendiri pun, tak setuju. Perkataan 'bahaya' tu terlalu dominan, kuat sangat macam nak kata tak boleh. Dari segi kesihatan, memang terdapat 'perselisihan pendapat' mengenainya adakah senaman pada waktu malam boleh menjejaskan kesihatan. Aku cuba google dan dapati kenapa senaman waktu malam TAK ELOK
  • Kaitan dengan paras andrenalina
  • Suhu badan yang akan mengganggu tidur
  • Paras endhorphine meningkat
dan takde pulak ada kaitan dengan jantung! Mungkin doktor tu ada kajian sendiri, atau memang publish aku tak jumpa, entahlah


Bersenam pada waktu malam?

Pendapat akulah, kalau ada masa lain untuk bersenam, pilihlah waktu lain. Tapi kalau takde, malam pun ok. Cuma takdelah sampai ke tahap 'bahaya' yang memang tak boleh terus (sesetengah kes adalah tu sebab kena rujuk kepada org pakar) cuma senaman waktu malam memang masanya tak sesuai. Sama jugak dengan makan pada waktu malam, juga tak sesuai. Sebabnya pada waktu malam badan dalam resting mood, metabolism tak kuat bekerja. Paksa, tak sukalah dia.

Dan memang betul, senaman paling elok adalah pada waktu pagi! Kalau macam orang Jepun, budaya dieorang bersenam pukul 5 pagi! Sebelum subuh lagi tu. Kita mampu ke? Boleh kalau ada tekad!


Fusal pada waktu malam

Sebab dah gambar tu tunjuk orang main futsal, lepas tu cakap bahaya bersenam - seolah nak cakap main futsal waktu malam tu tak elok. Entah korang main ke tak futsal, bagi orang yang main, takdelah teruk sangat berpeluhnya. Dalam paper tu takdelah cakap yang main futsal waktu malam tu bahaya tapi seolah cakap macam tu. Tu yang buat tak senang hati tu termasuk aku. haha. Jejas bisnes gini. hehe.

Apa-apa pun, semua tu pendapat. Ni pun pendapat aku je. Nak lagi kepastian, temui orang yang pakar. Kalau tanya aku - main ajelah daripada duduk depan tv at least boleh keluarkan peluh, lepas tu tidur fuuuhh best teramat!!


pss : sex pun salah satu 'senaman' libatkan kalori tinggi. Takde pulak artikel keluar 'bahaya sex waktu malam' hahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 comments:

Khairul said...

opinion aku bro senaman waktu malam ni buruk sebab

1. kacau waktu tidur(adrenaline naik etc)

2. bahaya. (kalau jogging/ bbasikal tnpa gear yg btul)

3. suhu sejuk. (mungkin teruk untuk yg ada athma etc)

4. badan sejuk. (klu tak warmup nnti muscle cepat cramp etc)

tpi to me personally, tak apa pon asalkan bukan jadi routine la. klu stiap hari mcm ni tak elok sgt ntuk badan. better try exercise waktu petang.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Khairul

alright!

Zinedine Zaiddin said...

Paling penting, kena tau bila nak start dan bila nak stop.

Kalau badan dah agak2 lesu, berehatlah. Don't force yourself, futsal session boleh diatur lagi. Kesihatan yang hilang tiada ganti.

I'm one of Malaysian yang bersenam waktu malam jugak. After working time, pegi gym lepas Maghrib sampai sebelum Isyak. Then on Friday main futsal plak. Tapi kadang2 rasa kepenatan, cover balik dgn tido tengahari sebab taknak miss my work out schedule.

Tapi kalau dah tak larat jugak...then balik tido je la. Esok lagi bersemangat nak workout, nak main futsal pun lagi power. haha

From: Day XX - Dah Lama Habis Dah

Mizan Fieza said...

senam wktu mlm xde mnjejskn kesihatan la...

Mizan Fieza said...

senam wktu mlm xde mnjejskn kesihatan la...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW