Share

Pengalaman melihat negara orang

Terbaca satu artikel menarik yang bertajuk 3 Reasons to Travel While You’re Young - rasa semangat nak menulis entry pertama pada tahun 2014. Mungkin 2014 adalah tahun terbaik untuk kita menetapkan azam untuk paling kurang kita keluar untuk melihat negara orang - paling kurang 1. Thailand, Singapore pun jadilah!

Tapi kan 2014 kan tahun naik harga?

Berita baiknya, kita tak perlu jadi kaya raya untuk pergi ke negara orang. Mungkin remaja-remaja kita tak didedahkan sangat perihal bestnya untuk kita pergi ke negara orang - salah satu faktor kenapa 'lambat matured' Aku rasa sangat elok kita membudayakan pergi melihat negara orang kepada generasi muda di negara kita ni. At least adalah aktiviti selain daripada mengadap facebook ye tak?

Entry ringkas ni, aku nak cerita serba sedikit mengenai pengalaman aku melihat negara orang, tak banyak adalah beberapa negara yang dah pergi untuk dikongsi bersama


Banyak negara yang lagi elok daripada kita

2 tahun lepas berpeluang untuk ke Singapore. Tahun ni harap pergi lagi sekali (extravaganza!) insyaAllah. Sepanjang pengamatan aku di Singapore, memang kebersihan sangat tip top. Tak dinafikan ada la tempat yang kotor tu tapi kalau naik bas or taxi, sangat tenang je mata melihat kawasan yang teratur dan perancangan bandar yang memang terancang


tahun ni lagi sekali insyaAllah ke Singapore!

Tapi apabila dikaji dengan situasi semasa, memang azab tinggal di Singapore. Kenapa, kenalah pergi dan terokai sendiri


Pelacuran di sebalik pintu

Juga kisah 2 tahun lepas, berkesempatan untuk ke Macau dan menginap di Hotel 5 bintang. Aku tak ingat nama hotel tu apa tapi menurut orang disitu, hotel yang aku tinggal tu memiliki casino paling awal yang dibuka di Macao. Tak nak cerita pasal casino, tapi mengenai pelacuran!

libao libao apa ntah nama hotel tu

Balik ke hotel, memang akan kelihatan amoi-amoi yang berkeliaran disitu. Menjadi masalah besar sebab amoi ni sangat cantik dan bukannya yang muka pecah macam tu. Saja nak test aku angkat kening kepada seorang amoi ni, terus dia datang dekat dan kata - do you want?

Kat Macau memang sangat ramai yang memilih pelacuran sebagai sumber pendapatan. Macam pelik tapi itulah di negara orang. Nasib baik kat Malaysia takde

ye ke takde???


Please please please


Negara kita, perkataan please ni dalam lagu ada. lagu apa ntah - please please please, kamu jangan nakal bla bla bla. Tapi untuk praktik kat luar, perkataan tolong tu memang tak berapa nak sinonim sangat. Aku ingat lagi masa nak keluar panggung wayang, kita bukak pintu, cuba hadang pintu tu daripada tertutup (bagi laluan kat orang belakang untuk lalu) siap kena jeling lagi. Niat nak menolong jadi macam nak mengorat

jalan-jalan di kota london

Semasa belajar kat UK dulu, memang kita akan dikategorikan 'rude' kalau kita tak hadang pintu untuk bagi laluan orang kat belakang kita turut lalu. Perkataan please pulak seolah perkataan wajib kena keluar hari-hari kalau berhadapan dengan orang. 

Itulah, apabila melihat budaya 'Islam' kat negara bukan Islam, rasa awkward tapi itulah hakikat pahit kena telan


Negara kita bukannya negara paling teruk

Walaupun apa yang korang rasa kat Malaysia sekarang ni, desakan duitlah, pekerjaan lah, alam sekitar lah, masalah budayalah, sosialnya lah - bagi aku still negara kita terbaik dari segala segi. Cuma apabila kita melihat negara orang, kita akan lebih appreciate dengan apa yang negara kita miliki dengan apa yang tiada di negara orang. Itulah sebenarnya kenapa kita kena pergi melihat negara orang - bukan untuk mengutuk negara sendiri, tapi membawa perubahan untuk jadikan negara kita lebih 'elok' dimata dunia

sangat patriotik aku malam ni!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 comments:

gadisBunga™ said...

sangat betul. sekurang-kurangnya kita ada comparison. tak kisah nak suka sangat atau nak benci sangat dengan negara sendiri pun...kene ada tempat lain untuk kita compare...kenapa kita suka atau benci negara kita?

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini. Jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW