Share

3 peas in a pod : Cinta 3 segi yang paling WHAT??

9hb lepas aku berpeluang menonton 3 peas in a pod. Jangan pelik pulak sebab cerita ni akan ditayangkan secara rasmi bermula esok - 16hb January 2014. Terima kasih kepada bro kerana sudi ajak. Actually, kan azam baru nak aktif berblog balik, tu yang nak usha2 dunia luar ni bolehlah update blog selalu ye tak? haha

Dan tak sangka-sangka, boleh jumpa dengan david teo!



Dah lama dah aku respek dengan hasil tangan david teo ni. Ada je benda yang boleh mencuit hati kan? Semoga perfileman Malaysia terus maju. Jadi, entry ni aku bukannya nak ulas mengenai MIG ataupun David Teo, tapi cerita mengenai 3 peas in a pod


Berbaloi ke nak tengok?


Aku ni memang boleh dikatakan tegar jugaklah kalau bab-bab wayang ni. Sekali sekala turun KL atau Sungai Petani, memang akan tengok 2-3 movie terus dengan cik bini. Sebab tu walaupun duduk kat Kelantan, tapi boleh kira update tu lagi laju dengan member2 yang ada akses pawagam ni. haha. Kebanyakan cerita, memang aku suka tengok cerita english je lah. Cerita cina tu jarang sangatlah. Tapi untuk cerita 3 peas in a pod, berbaloi kalau pergi tengok

Sinopsis sikit

Malas nak tulis sinopsis, korang tengok aje trailer kat youtube. Boleh macam tu? haha

klik sini untuk ke youtube

Best cerita ni sebab pelakong dia. Perempuan tu orang singapore, lelaki sorang dari taiwan dan seorang lagi dari korea. memang campuran budaya dan negara betullah. Paling best bila lelaki korea tu cakap - hey hey englishe


Cinta 3 segi yang paling WHAT???

Actually, cerita 3 segi ni memang kita boleh baca macam mana jalan cerita dia. kalau jenis seorang perempuan 2 lelaki ni, mesti : perempuan ni minat kat lelaki A tetapi lelaki A tak minat kat dia. Lelaki B yang minat kat perempuan tu tapi perempuan tu tak minat kat lelaki B tu. lepas tu, bila perempuan tu dah start minat kat lelaki B, lelaki A mula jeles dan konflik mula timbul. 

Lebih kuranglah....

Tapi dalam cerita ni, ending dia memang akan membuatkan korang ........ haha, isi sendiri! Actually, masa tengah-tengah cerita ni ditayang, cik bini dah ajak aku balik sebab rasa tak selesa. Aku pulak tengah layan cerita ni. Eh, layan suasana dia ya. Ye lah, memang terbaik tempat dieorang buat pengambaraan ni, memang nak pergi je ke Australia bila tengok filem ni. hehe. tercapailah misi nak promote negara kanggaro ni. kudos to pengarah. Tapi bila dah nak dekat ending, cik bini aku pulak bersemangat nak tengok dan bila dah sampai scene perempuan tu bukak handphone lelaki seorang lagi tu

WHATTTT???

haha. memang terbaiklah. aku bagi 5 bintang kat pengarah sebab boleh fikir ending dia tu macam tu. genius! Cerita yang ending aku tak boleh baca memang aku respek. nak tahu ending stylo macam mana, tengok cerita 6th sense tu yang rupa2nya dia dah mati sebenarnya. haa. tu antara cerita yang ending dia genius sebab kita tak boleh teka. Macam cerita 3 peas in a pod ni, ending dia macam tu lah

Nak tahu ending dia, tengok ajelah sendiri. kang cerita sini kang tak best pulak :)

Dah tengok, nanti sharelah ya macam mana kat entry ni. aku tunggu reaksi korang.


pss : kalau isteri mengandung, memang suami kuat makan eh? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW