Share

Rumus untuk dapat pendapatan yang jarang diketahui

Jadi kisah Jumaat lepas, berakhir sudah program 'Sepetang Bersama Jutawan' yang aku dan kawan aku anjurkan. Bertempat di KN Tersohor Kubang Kerian, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ada 2 tujuan sebenarnya aku anjurkan program tu - pertama untuk belajar dari orang dah berjaya (DAPAT) dan kedua untuk kumpulkan leader agar sistem WLC yang sedang dibuat berjalan lancar (DAPAT) Alhamdulillah, 2 2 dapat!


Hjh Kamilah dan Hj Ayob

Pasangan ini merupakan antara orang berjaya dalam kehidupan mereka. Kalau lihat dari segi kesihatan, 2 2 ni masih gagah bertenaga walaupun si suami dah 56 tahun. Dari segi masa, memang enjoy habis tengok ke sini ke situ bercuti dengan keluarga mereka. Dari segi kewangan, RM 180 ribu sebulan tu lebih dari mencukupi dah tu! 

Terima kasih kerana sanggup datang untuk jadikan program Sepetang Bersama Jutawan berjalan lancar :) Jom doakan pasangan ini diberi limpahan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang di luar sana

Hj Ayob yang berkongsi pengalaman hidup dia

Hjh Kamilah yang berkongsi mengenai rumus untuk berjaya


Rumus dapat pendapatan yang kita mahukan

Mintak maaflah, tak dapat nak kongsi banyak-banyak. Entry ni kongsi satu ajelah. Nak tahu lebih boleh join dikemudian hari :) Jadi, kali ni aku nak kongsikan rumus yang dia bagi dan mereka sendiri dah praktikkan untuk dapat income yang kita mahu

Terpulanglah berapa income yang korang mahu, boleh guna rumus ni

5% daripada PENDAPATAN yang kita INGINKAN digunakan untuk BELAJAR

Ok, sebagaimana contoh, sekarang pendapatan korang adalah RM 4000 sebulan. Sebab tahun 2014 adalah tahun kenaikan harga barang - maka korang nak tambah pendapatan kepada RM 5000 per month. Jadi, 5% (RM 250) perlu dibelanjakan untuk proses pembelajaran. Tak kiralah belajar apa pun, perlu guna dan laburkan duit itu dulu baru boleh dapat pendapatan yang korang inginkan

Contoh medium belajar boleh digunakan

  • Hadiri seminar
  • Sertai kursus
  • Sesi one-to-one dengan orang dah berjaya
  • Beli buku
  • Dengar audio
  • Baca e-book
  • dan lain-lain dirasakan sesuai

Jadi kat sini, memang dah terjawablah kan kenapa kita tak dapat income yang kita nak tu sebab kita tak labur dulu untuk pendidikan diri kita. 2014 ni, jom sama-sama kita tingkatkan pendapatan kita agar segala kenaikan barang tu kita boleh lalui tanpa memotong perbelanjaan kita. 


Khas yang berada di Kelantan yang mahu gunakan sistem WLC kami, peluang untuk tambah pendapatan RM 200-RM1000 sebulan (PART TIME) boleh hubungi aku disIni. Tak kiralah korang cikgu ke, kerja swasta ke, jururawat ke, cashier ke - asalkan ada masa 1 jam sehari untuk laksanakan sistem ini boleh sertainya. InsyaAllah kita sama-sama gunakan sistem ini untuk menjadikan 2014 lebih bermakna 


pss : dah tahu rumus tu, bolehlah buat ya. Jangan beli yang cetak rompak pulak :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW