Share

Apabila model Playboy memakai tudung

santeqnyaaaaa.




ok joe, behave!

Felixia Yeap mungkin satu lagi nama yang akan jadi bualan orang terutama KEYBOARD WARRIOR kita tatkala model cina malaysia ini mengenakan tudung dalam pemakaiannya. Lagi best, tudung tu bukan jenis yang bonjol kat depan ataupun separuh, memang tutup terus. Lagi mengejutkan, pemakaiannya juga dah memang tutup habis macam muslimah gitu


Siapa Felixia ni?

Dia merupakan model berbangsa Cina (asal Malaysia) yang pernah jadi model untuk majalah Playboy (tapi tiada yang bogel) dan sekarang ni menimbulkan rasa kurang selesa bagi 'orang kita' Ya lah, dalam fanpage dia pun terang benderang cover photo yang sexy-sexy (dia bukan Islam), lepas tu ada pulak gambar bertudung. Seolah menghina camtulah - kalau tak tahu hujung pangkal mungkin ya tapi kalau baca blog dia, lain pulak kisahnya

Sebenarnya memang dia tengah mencari sekarang ni... mencari hidup yang betul

Boleh baca kat blog dia (petikan)




Kuasa hidayah

Sama-samalah kita doa agar Felixia diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Sesungguhnya itu adalah nikmat yang tidak dapat dibeli dengan segala harta di dunia. IF LET SAY dia tak jadi pun, tapi kesungguhan dia untuk menutup badan tu daripada mendedahkan susuk badan pun patut kita bagi penghormatan kepada dia. Allah tu maha pengasih dan maha penyayang. Kerja hidayah ni kerja Dia (Allah), kerja kita mendoakan yang terbaik untuk Felixia.


Kepada Keyboard Warrior 

Seeloknya kita ni kalau nama manusia, ada perasaan positif kepada orang. Ada entry sebelum ini melihat betapa 'frustnya' Felixia yang kena perli/sindir/kutuk dengan hijrah yang dia lakukan. Ingat, dia ni bukan Islam lagi. Bukan hak kita nak suruh dia delete semua gambar2 sebelum ni (which is aku pun tak setuju) dan bila sampai masanya tu, adalah perubahan kepada yang lebih baik untuk dia


Kepada Felixia

Keep seaching and you will find the answer. Joegrimjow doakan Felixia jumpa dengan apa yang dicari!


Oraite itu sahaja. Semoga aku terus rajin berblog lagi. hoho

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7 comments:

nor hidayah mohd nor said...

suka tengok felixia, cantik betul. lagi-lagi bila berhijab. tak sangka dia dulu masuk dewi remaja sekali dengan scha, hehe,

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@nor hidayah mohd nor

ye eh? wow xtahu yg tu

yongpropaghandi said...

Apa lah yang dieorang fikir sampai cakap felixia mempersendakan islam. Tak faham hamba. Bukannya felixia ni pakai tudung, jubah, baju kurung.. then buat aksi2 terlarang pun..

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@yongpropaghandi

sbb still ada gambar sexy dia. maybe sbb dieorg xtau yg dia blom islam

Amanda Suria said...

Memang cantik, semoga dia memperolehi sinar yang didambakan...amin...

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Amanda Suria

amin!

Aidateddy™ said...

She's so pretty. And so true, kesian dia. Pakai sexy salah, pakai tutup pun salah.

Sigh...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW