Share

Pos Laju kenapa tak laju?

Hari ni habis masa 2 jam lebih di pejabat Pos Laju. Ada barang yang mahu di pos kepada customer. Mula-mula ke Pejabat Pos Laju di Wakaf Che Yeh, katanya tiada sebarang urusan boleh dibuat. Peliknya, pejabat posnya bukak! Malas nak tanya lebih, terus ke pejabat pos laju di Kubang Kerian.

Orangnya - sungguh ramai!

Jadi, tunggu punya tunggu giliran, sejam lebih menunggu akhirnya berjaya jugak satelkan urusan aku. Urusan nak pos laju saja, bukannya urusan lain pun


Pos Laju kenapa tidak laju?

Kalau untuk penghantaran barang, memang aku sukakan perkhidmatan Pos Laju. Hantar hari ni, memang esok sampai ke tangan customer. Tapi kena hantar sebelum pukul 3.30 petang lah. Eh, dah tu kenapa kata pos laju tak laju? Tak laju tu semasa kat pejabat pos laju!



Bukan salahkan orang yang jaga kaunter, memang dieorang efisyen la kerja. Bukan jugak salahkan jumlah kaunter yang tak banyak sebab memang ada 6 kaunter tu dah memadai. Habis tu kat mana salahnya?

Urusan berlaku terlalu banyak di Pos Laju!

Sekarang ni kalau korang perasan, memang sangat banyak urusan yang boleh dibuat di Pejabat Pos Laju. Tabung Haji lah, ASB nya lah, insuran kereta, bayar bil, perbaharui lesen, urusan JPJ dan tadi terkejut aku tengok - boleh beli top up!

Macam tadi, memang separuh urusan melibatkan pengeposan barang dan separuh lagi urusan lain. Jadi, sepatutnya masa menunggu satu jam, dia jadi 2 jam! Aku bukannya nak komplen tak elok banyak urusan yang boleh dilakukan tu, tapi macam tak kenalah identiti pejabat Pos Laju (untuk pos barang) sekarang ni dah bertukar jadi benda lain.

Beli top up? hey kamon lah biarlah kedai top up yang buat!

Ibaratnya macam ni lah, cool blog yang jual nasi. Macam mana? Orang pergi cool blog untuk beli air, tapi sebab ada jual nasi dan ada pembeli yang mahu beli nasi, orang yang nak beli air tadi terpaksa menunggu orang nak beli nasi tu satelkan urusan dia. Kan bagus kalau beli nasi - belilah ke kedai nasi. Cool blog yang jual nasi ni contoh je ya, tak terbuat lagi pun. hehe

Aku harap lah kan, lepas ni Pos Laju boleh kembali fokus kepada urusan pengeposan barang ajelah. Tip top kot perkhidmatan dia. Tapi bila bab menunggu, hadus sakit hati dan bazir masa jadinya. Kita ni pulak, bayar bil tu pakailah online jimat masa dan wang, urusan JPJ pergilah JPJ, ASB pergilah bank, bukan ke mudah macam tu

just my 2 cent.....


pss : Pertandingan turun berat kat Kelantan akan start 15hb 11 ni, berminat email okeh joegrimjow@gmail.com. Hadiah RM 1000 woooo :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 comments:

Azah said...

dalam HUSM ada mini post office, nak pos laju senang je sbb orang x ramai. hihi

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Azah

tak tahu!

NinieyAziane said...

salamm.. rasanya pejabat yg en pergi tu bukan lah pejabat poslaju tetapi adalah pejabat pos dimana semua ururan boleh di buat...kalao di pejabat poslaju sendiri hnya perkhimatan poslaju sahaja yg kami ambil ... jpj atau byr bil mmg itu semua di pej pos..tetapi tu la masalah ramai pelaggan tu mmg xdpt nak diatasi sbb mmg ramai yg menggunakan perkhidmatan poslaju..dan untuk makluman en. pejabat poslaju di negeri kelantan kahnya ada 3 cawangan iaitu di Pusat Poslaju Kota Bahru , poslaju Machang dan Pasir Mas. Di KUbang kerian dan wakaf che yeh tu hnyala pej pos biasa... Berkemungkinan akan ada lagi cawangan yg akan di buka :)))

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@NinieyAziane

yup pejabat pos. ooh ingatkan sama pos laju dengan pos. ok noted!

Elsa Sa said...

Rekomendasi untuk Cloud Dedicated Server Terbaik dan Termurah di Indonesia adalah mobil keren! Hari ini banyak orang mengabaikan saya. Aku tidak peduli, tapi mereka memberi saya orang-orang stupif wajah, seperti aku punya sesuatu di wajahku. Dengan senam mereka berteriak pada saya, Rekomendasi untuk Cloud Dedicated Server Terbaik dan Termurah di Indonesia tidak melakukannya dengan cara yang benar (saya tidak baik dalam olahraga tapi kali ini saya melakukannya Rekomendasi untuk Cloud Dedicated Server Terbaik dan Termurah di Indonesia cukup baik.) Saya merasa cukup buruk karena aku hampir tertabrak mobil. Saya baru saja selesai matematika saya. Saya harap Anda datang ke holland segera jadi saya dan teman dapat Rekomendasi untuk Cloud Dedicated Server Terbaik dan Termurah di Indonesia memberikan loaaads hadiah!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW