Share

Kenapa seminar Herbalife murah?

Baru saja ikuti satu kursus (ala-ala seminar macam tu) yang percuma. Lepas tu dia promote next event dia yang harganya 'agak telan air liur' bila dengar (4 angka ya). Tapi kalau nak compare dengan ilmu, tiada wang yang boleh nak banding - priceless!

Aku ditanya

'Event Herbalife ni kenapa murah? tak berkualiti eh?'

Ya dan Tidak. Ya kerana memang ia murah. Tidak kerana eventnya sangat berkualiti. Bukannya nak angkat bakul company sendiri, tapi memang rata-rata yang datang mesti balik dengan ada sesuatu yang dapat. Bagi aku, untuk menjadikan sesebuah seminar itu 'berkualiti' perlu ada ciri ini
  • Speaker yang best (dia berjaya di dunia luar, bukan yang jenis pandai cakap je)
  • Tempat yang selesa (ada kerusi, penghawa dingin - sesuai untuk belajar. hotel la kan?)
  • Pengisian yang berguna
ada 3 ciri ni - maka itu adalah satu seminar yang berkualiti

Berbalik kepada soalan - kenapa seminar Herbalife murah?

Jawapannya hanya SATU. Sebab orang Herbalife tak cari makan ikut event :)


Buat duit dengan seminar!

Actually kalau kat US dah banyak orang cari makan dengan adakan seminar. Tak kiralah seminarnya apa (terutama untuk peningkatan diri) memang harganya 'telan air liur' mahalnya. Kat Malaysia ni, fenomena tu belum ada, tapi aku rasa dalam masa 5 ke 10 tahun mesti penuh dengan seminar-seminar untuk peningkatan diri ni akan dibuat. Akan jadi satu industri pulak.

Macam yang seminar aku pergi tempoh hari, mula-mula free. Lepas tu promote yang berbayar pulak. Err, harga cecah ribuan ni memang aku hold dulu la, bukan sebab tak penting tapi ada banyak komitmen lain lagi kan. Persoalannya, kenapa charge mahal sangat. Sebab utama - dieorang buat duit melalui seminar tu. Korang bayar nak masuk - tu lah sumber pendapatan mereka. 


Seminar Herbalife jual apa? 

Sebelum ulas lebih detail, kena faham jenis-jenis seminar Herbalife dulu. Aku pecahkan kepada 3 jenis. Local (Tempatan), National, International. Seminar Local kebanyakan dibuat oleh para distributor (pengedar). Tujuan utama adalah untuk pengenalan Herbalife kepada masyarakat setempat. Event Local ni pulak banyak jenis, ada HOM, ada STS, ada Mega HOM, ada training dan macam-macam lagilah. Memang harga seminar dibuat adalah sangat rendah - malahan ada yang percuma!

satu bas dari Kelantan ke Putrajaya

National pulak selalunya dilakukan oleh pihak korporat. Para pengedar pun ada jugak tapi tak banyak. Seminar National paling popular adalah Spectacular. Spectacular ni kiranya event tahunan untuk para pengedar di seluruh Malaysia. Terakhir adalah International. Seminar International ni bestnya boleh travel lah. Keluar negara. Sebab tu orang Herbalife ni passport memang tiap-tiap tahun kena pakai 2-3 kali paling kurang. Antara seminar International popular adalah - Extravaganza, Herbalife University, Summit. 

Seminar International kat Singapura, sempat beli baju! 

Ok, lepas korang tahu serba sedikit mengenai seminar Herbalife, kita kembali kepada soalan - seminar Herbalife jual apa?

JUAL DIRI!

Hehe. bukan jual diri yang dalam otak korang fikirkan tu. Jual diri aku maksudkan adalah untuk menjadikan diri seseorang tu lebih bernilai. Add up value kepada diri sendiri. Bila diri dah bernilai, barulah boleh jual mahal kat pasaran :) Nak terangkan pun panjang berjela aku tulis nanti, cuma perlu faham, seminar yang Herbalife anjurkan adalah untuk menjadikan yang menyertainya lebih berkayakinan, lebih bernilai kepada orang di luar sana. 

Semakin banyak seseorang tu sertai seminar Herbalife, semakin yakinlah dia dengan konsep yang Herbalife ketengahkan - end up sale pun naik. ahaa, itulah yang Herbalife jual!


Saya dah sertai, tapi tak rasa apa-apa pun????

Kesian orang macam ni. huhu. Kesian sebab Allah tak bukak pintu hati dia. Macam kita solatlah, lelaki terutamanya, pergi solat Jumaat, lepas balik solat tu sepatutnya dah tinggal lah perkara mungkar, tapi ada jugak yang buat kan. termasuk curi selipar orang. hehe. so konsepnya sama ajelah. ada yang dapat ada yang tak dapat

Sebab utama tak dapat apabila sertai seminar Herbalife ni adalah - tak tahu nak cari apa! Bila dah tak tahu nak cari apa, manalah Allah nak tunjuk jalan ye tak?


Menarik di seminar Herbalife

Untuk rasa betul-betul WOW effect, memang aku suggest korang pergi yang National punya seminar. Kalau local ni bukan takde WOW tapi ia menjurus kepada pengenalan aje. Just sikit-sikit je tahu. Nak rasa WOW nya, kena pergi yang National. Apa-apa pun, yang best mengenai seminar Herbalife adalah - perkongsian! 

Sebab Herbalife ni bisnes cerita, memang perkongsian daripada speaker adalah ditunggu-tunggu. Bagaimana dia ubah kehidupan lebih baik - bagaimana dia lakukan memang memberi motivasi dan inspirasi kepada yang mendengar. Paling best, speaker ni kadang-kadang tak dibayar pun. Luar biasa kan? Macam aku selalu organize seminar local kat Kelantan ni, speaker tu just cover duit flight + hotel + transport je. Takdenye bayar sampai ribu-ribu. Sebab tu apabila dieorang berkongsi pun, memang nampak iklhasnya!


Seminar Herbalife yang paling BEST terdekat

oraite, bagi korang yang baru nak tahu pasal Herbalife, ni aku ada nak promote satu acara yang paling tepat untuk korang pergi. TAPI perlu diingatkan, hanya yang memang nak ubah diri menjadi lebih baik di tahun mendatang saja pergi. Takut jadi kes macam kat atas, pergi tapi tak dapat apa-apa. Dapat makan ajelahhhh. Bagi korang yang memang tengah mencari peluang perniagaan dan nak tahu selok belok perniagaan Herbalife tu macam mana - pergilah ke seminar ni. Memang terbaik!


untuk pertanyaam korang boleh terus hubungi aku 0169640972. call aje terus. nak suruh aku call, msg dulu bgtau nama n pukul brapa nak aku call untuk jelaskan lebih detail. oraite? untuk yang mahu berubah! Tak nak tu........ takde siapa yang nak paksaaaaa :)


pss : ku menanti panggilanmu.......

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW