Share

Kelompok golongan pertengahan dalam kesakitan

Satu artikel menarik untuk dibaca kat sini (dalam english) Memang membuka mata bagi sesiapa yang belum sedar akan situasi ekonomi yang bertambah parah sekarang. Tak sangka, bagi mereka yang pendapatan RM 7000 masih dikira golongan pertengahan dan kalau di bandar, boleh dikategorikan miskin bandar!


RM 500 satu bahagian untuk lembu

Tadi mak aku ada tanya, tahun ni nak korban ke tak? Aku tanyalah berapa. Dia kata - RM 500! Lembu sekarang seekor RM 3500. Tahun lepas baru dalam lingkungan RM 2800, begitu cepat naik harga lembu ni. 

Tu baru lembu, tak cerita harga barang lain lagi!

Sebenarnya, sekarang ni kita (ok aku, bukan korang) dah macam tak terasa dah akan kenaikan harga ni. Kalau dulu ingat harga naik sikit, mesti reaksinya ekstrim. Tapi sekarang ni, harga semakin naik, tak sempat nak bereaksi, harga lain pulak naik. Mungkin graf kenaikan harga ni exponential, sebab tu kita sendiri pun dah tak perasan. 


Derita golongan pertengahan

Kenaikan harga minyak RM 0.20 tempoh hari yang paling berkesan adalah untuk golongan pertengahan. Mereka merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada ekonomi negara (kelompok bayar cukai paling tinggi) tetapi sering kali dipinggirkan oleh kerajaan. Sebagaimana contoh BR1M sampai RM 3000 je, yang gaji RM 7000 dengan anak ada 2 orang ada satu kajian mengatakan 'cukup-cukup' makan sahaja

Actually aku melihat kepada masalah lagi besar. Apabila cukup-cukup makan ni, akan timbul banyak masalah yang tak diduga. Sosial terutamanya. Yang paling mendukacitakan - rakyat akan sentiasa jumud. Kenapa? Tiada peruntukan untuk diri membeli buku, tiada peruntukan diri untuk pergi melancong melihat negara orang, tiada peruntukan diri untuk keluar mencari ilmu (hadiri kelas). Macam mana nak ada peruntukan - duit sendiri pun cukup-cukup makan je!


Jangan fokus pada masalah

Kalau kita nak salahkan kerajaan yang memerintah, tak kemana perginya masalah kita tu. Bukannya masalah kita tu boleh diselesaikan pun kalau duk maki hamun kerajaan. Apa yang kita boleh ubah adalah dengan mengubah pendapatan dan perbelanjaan kita. 

Sama ada potong belanja

atau

Naikkan pendapatan

Ramai yang akan memilih pilihan pertama, tapi percayalah, lambat laun pilihan kedua juga akan dipilih. Sehingga bila kita akan potong belanjawan kita dengan perbelanjaan sedia ada semakin meningkat. Nak tak nak, memang kita kena tambah pendapatan kita.

Aku tulis entry ni sebabnya nak mengajak korang - yang makan gaji terutamanya, yang gaji antara RM 3000 - RM 7000 untuk beri peluang kepada diri korang lakukan bisnes. Nak tak nak kemudian korang akan buat bisnes jugak. Tak kiralah bisnes apa yang korang nak ceburi, korang kena fikir supaya pendapatan korang perlu bertambah dari sedia ada

Ramai kawan aku apabila aku ajak untuk bisnes, katanya tak bersedia, tiada ilmu, bukan masanya lagi dan macam-macam alasan. Walhal aku ajak dieorang untuk bisnes tu untuk diri dieorang jugak. Untuk tambah pendapatan masing-masing. Sampai bila nak tak bersedia dan bagi alasan lagi? Bila dah betul-betul kering? Baik bermula sekarang!

Nak buat pendapatan sampingan dengan Herbalife, korang boleh baca entry aku tulis ni

Nak buat pendapatan cara lain, err.... aku tiada pengalaman sangat. Yang aku pernah buat bolehlah aku ajar. 

Oraite. tu saja dulu entry kali ni. Nanti kita sambung lagi. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk keluar dari zon selesa kita dan lakukan bisnes seperti kebanyakan orang lain

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 ulasan:

~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata...

bkn semua org berminat tuk berbisnes..dan slah 1 punca masalah sosial skrg terutama dikalangan remaja adalah kerana ibu bapa terlalu sibuk bekerja tuk menampung perbelanjaan yg semakin tggi..jd semua pihak pn perlu maen kn peranan, bkn stakat mintak golongan pertengahan ni ubah segala mcm bende, tp yg kaya di atas tetap sama..

dark berkata...

I 2nd the notion above..

Betul, nape mesti "dipaksa" untuk mnjana pendapatan ngn kerja kedua?, sudah bertungkus lumus dr 8 pg hgga 5 ptg..kena keluar malam pula untuk berbisnes?..ermm..klu bujang boleh la kot, ni keluarga..

banyak faktor yang perlu diambil kira..xkate wat bisnes ni slh mahupun berdalih atau xnk berusaha..klu pk2kn yg buat keje kdua ni byk negatif berbanding positif..

yg kat atas tuh pn sibuk bentang projek mega, bkn nk bentang permasalahan yg bwh..serius, wlupun 20sen, efeknye berantai..lagi2 la PETROL...urmmm

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW