Share

iPhone rosak, apa mahu buat?

Ketika ini aku sedang merenung iPhone 4S yang. iPhone yang dah usianya 2 tahun tanpa sebarang masalah (baiki sekali sebab camera depan tak berfungsi) tapi pagi ni memang nampaknya mahu diganti. Screennya hitam tiada colour. Dah tekan butang reset, still hitam. Dah tekan butang kat tengah, still hitam. Dah off pastu on balik, still tak menyala

Yang pelinya, aku try call guna hp orang lain, bunyi! pastu slide (screen masih hitam) dapat! siap dapat cakap lagi. Memang sah screennya rosak, bahagian lain ok lagi

Kenapa? Semalam jatuh masa nak charge.......


iPhone 5 c dan iPhone 5 S

Entahlah, kata cik bini 'iPhone dah set dah, kalau lepas 2 tahun phone tu jatuh, mesti rosak untuk ditukar yang baru' ERK!! Ada logik jugak sebab sebelum ni bukannya tak pernah jatuh. Berkali-kali jugaklah jatuhnya. Siap termasuk dalam air pun pernah - ok je! Tapi semalam, mentang2 iPhone baru dah keluar - terus jadi macam tu!

Sebut pasal 5c dan 5s ni, entahlah dah macam tak excited dengan iPhone ni. Selain tak banyak perubahan, rasa memang dah biasa-biasa je. Dulu masa nak launch iPhone baru, memang aku antara yang bersengkang mata waktu malam dengar update terbaru - rabu lepas pukul 11 dah tido dah. Bangun esok tengok update - ohh macam ni... 

Tiada lagi - WOW effect zaman Steve Job dulu


Macam nak beralih ke phone lain la pulak

Masalah utama nak beralih ke phone lain - susah! Kata orang, bila dah guna iPhone ni, memang tak kan beralih pada phone lain dah. Memang ada benar kata orang tu, cuba juga guna BB cik bini, memang susah bebenar nak guna. Cuba juga guna Samsung S4, Notes milik abang, susah jugak. Mungkin iPhone dah jampai pakai mentera 8 petala kat pengguna dia kot. entah lah!

So sekarang ni, tunggu kedai bukak untuk baiki dulu. Boleh baiki, kita guna sedia ada. Tak boleh baiki - iPhone 5S come to papa!!


pss : kedai baiki phone kat area Alor Setar kat mana ya? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

6 comments:

Faridzuan said...

Kesian. Nampak gayanya memang kena tukar iphonelah ni. Ahaks!

Azah said...

dah pakai iphone, mmg susah la nak tukar yg lain. lain la kalau jenis yg geek, suka explore macam2.

aslina majid said...

Tu lah. Start pakai iphone 4s, pastu mase tertinggal phone or ade org mintak tlg clear level candy crush, gune phone org jenis lain mcm samsung etc, terus naik angin sebab response lambat.

Mmg pengguna iphone dah kene jampi agaknye...

Bayangkan dari susah nak marah, boleh naik angin tak semena2 sebab response phone lain tak selaju iphone.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Faridzuan

blom lagi blom lagi

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Azah

rasanya geek jugak tp xminat tuka. pakai boleh. haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@aslina majid

hehe. mmg kena jampi dngn cepat respon!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW