Share

Selamat Hari Raya : Raya paling bermakna

Masa tulis entry ni, dah jam 1.40pm. Mata tak boleh nak lelap. Entah aku rasa bukan aku seorang je kot yang alami sindrom tak-boleh-tido-malam-raya ni kot. Kat twitter pun kecoh-kecoh lagi orang berbual pasal pengalaman masing-masing. Alang-alang tak boleh tidur tu, kita taip satu entry wajib - Entry Hari Raya :)

Selamat Hari Raya semua!!




Mati hidup semula

Mungkin korang ada baca entry sebelum ni, entry kemalangan maut tu, maghrib tadi hinggalah sekarang aku rasa lain macam je. Peristiwa kemalangan yang aku alami semakin kuat bermain kat minda. Macam sekarang ni duduk saja engah taip entry ni pun, masih boleh terbayang bagaimana kereta tu dan kereta aku berlanggar. Detail pulak tu. Bunyi dia, bagaimana kereta tu boleh masuk ke lane aku, keadaan kat tempat kejadian, semuanya detail! Mungkin ni kerja syaitan yang dah dibebaskan kan bila Ramadhan dah pergi ni, lagi kuat depa duk kacau. Entahlah, rasa jiwa kacau je....

Tapi ada yang elok jugak, selain kejadian kemalangan tu duduk terbayang-bayang je kat minda ni, aku hari ni rasa lebih sayangkan dengan nyawa sendiri. Tak pernah rasa macam ni, rasa diri ni begitu berharga. Sayang sangat dengan diri sendiri. Rasa berharga sangat nyawa ni. Entah, tak boleh nak describe perasaan tu, mungkin korang yang pernah alami kejadian - mati hidup semula ni - pernah alami benda yang sama. 


Raya paling bermakna

Memang tahun ni, adalah raya yang paling bermakna! Walaupun tak dapat beraya dengan keluarga, beraya dengan keluarga mertua di Sungai Petani, still this is the best Raya for me! Setiap jam aku rasa cukup berharga. Serius aku tak dapat nak bayangkan kalau Allah cabut nyawa aku masa kemalangan tu, entah macam mana aku keadaannya. 

Syurga ke neraka? 

Aku tengok balik facebook aku, twitter aku, apa status terakhir sebelum kemalangan tu. 

Kalau aku mati, entah berapa ramai yang akan ziarah kubur aku nanti. 

Nama aku ni - berapa lama boleh kekal dalam fikiran orang lain. 

Ya Allah.... indahnya perasaan dapat hidup ni!

Ok lah, aku pun tak nak kacau mood happy korang masa raya ni dengan baca entry psycho macam ni. Huhu. Aku rasa puas sangat dapat tulis ni, harap sangat korang yang baca dapat absorb feel aku sekarang betapa indahnya diri kita masih boleh bernafas sekarang ni. Betapa berharganya nyawa kita yang ada ni!

Selamat Hari Raya, maafkan aku kalau ada buat salah silap terutamanya entry2 kat blog yang tak disenanangi. Yang kat Kedah terutama kat Sungai Petani tu, datanglah beraya kat rumah mertua aku ni. Kat Taman Sejati, belakang Hotel Park Avenue. Boleh jumpa-jumpa bagi duit raya. eh, kalau penuhi syarat lah, tapi nak bagi aku duit raya, sangat dialu-alukan.

Selamat Hari Raya - dari aku dan isteri :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 comments:

FarhanaDr said...

Saya pun selalu fikir benda yang sama bila baca berita-berita dekat TV. Teringat dulu pun pernah kemalangan. Memang macam-macam soalan mengasak kepala. Rasa bersyukur nyawa masih dipanjangkan lagi.

Salam Aidilfitri Joe. :)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@FarhanaDr

eid mubarak jugak :)

Mama Zharfan said...

eid mubarak

ADDERLYNA WORLDWIDE said...

Sal Aidilfitri!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW