Share

Dialog puasa dengan orang cina

Jadi semalam heboh dengan gambar alvin dan vivian yang 'mempersendakan' agama Islam dengan memaparkan gambar mereka berbuka puasa dengan babi. Aku buat 'sesungut' tu sebab masing-masing ada intepretasi sendiri. Mungkin ramai orang menganggap gambar di bawah ni sebagai mempersendakan. 



Tapi aku lebih kepada memperbodohkan diri sendiri

Bagi aku yang tahu serba sedikit pasal dieorang, memang dieorang berdua tu 'terlalu terbuka' untuk segala hal. Video dan gambar yang banyak kearah benda yang bodoh-bodoh, seakan mencari publisiti murahan, mahu kejar 'glamour' Nasihat aku kepada dieorang, pergi jumpa boboi, belajar cara boboi jadi glamour di internet macam mana. Sampai orang mintak dia jadi pelakon lagi sekarang!

Aku pun ramai kawan cina, ramai kawan yang bukan beragama Islam. Rata-rata bila aku tanya pasal dieorang ni, ramai yang kata 'sewel meh, jangan layan lo' Jadi kita sebagai orang yang tak sewel, tak payah nak marah-marah sampai seluruh dunia tahu, rasa tanggungjawab, buat report. Malas nak buat report kat pihak agama, report kat facebook pon ok

acc fb dieorang pon dah tutup dah... mungkin untuk sementara


************

Suatu hari, joegrimjow ke kedai runcit ah seng untuk membeli barang

joegrimjow : ini soya berapa?
taukey : RM 2.30

joegrimjow : alaaa taukey, cukupkan ja la RM 2
taukey : ok ok, sebab lu posa, bagi RM 2 ja la. diskaun diskaun

joegrimjow : haaa, macam tu la bagus
taukey : hehe..... eh, mau tanya sikit boleh ka?

joegrimjow : tanya apa?
taukey : lu puasa kan, apasal masa lain-lain? kejap 7.30, kejap 7.32, kejap 7.35, lepas tu turun pulak 7.28, 7.20. apasal tiada masa yang stick r?

joegrimjow : kiteorang ikut waktu semayang la. 
taukey : tak boleh ka stick satu waktu? beza 2-3 minit ja meh, 7.30 ja bukak posa. tak boleh?

joegrimjow : tak boleh tak boleh....
taukey : apasal tak boleh?


joegrimjow : taukey biasa bukak kedai pukul brapa?
taukey : 8 pagi

joegrimjow : esok taukey bukak pukul 8.30 boleh?
taukey : boleh la meh, taukey sendiri meh. hehe....

joegrimjow : ok ok. katakan taukey bukak kedai macam tesco. hari ni bukak pukul 8, esok bukak 8.15 boleh?
taukey : haiyaaa... mana boleh. nanti customer lari. dieorang pergi mydin pulak la....

joegrimjow : haa, tau pun. sama la kiteorang. agama kiteorang ajar tepati masa. ikut masa. kalau dah pukul 7.32, 7.32 kena bukak puasa dah. 
taukey : oohhhh.... itu macam ka

joegrimjow : mesti la


Muka bangga, puas hati hari ni dapat bagi ilmu baru kepada orang non-muslim. Moga-moga dia paham dengan penerangan yang diberikan. Tapi ada satu ayat yang buatkan joegrimjow kembali tersentap


taukey : habis tu... apasal semalam lu kata semalam nak datang sini pukul 10, pukul 11 baru datang? kata tepati masa, kata agama ajar tepati masa?


joegrimjow hanya mampu cover dengan berkata 'i lupa.... hihihik'


pss : orang tengok apa yang kita buat, bukan apa yang kita kata

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 comments:

Faizal Rahman said...

Kita disuruh puasa di siang hari, bukan puasa berapa Jam dari waktu A ke B. Siang di Malaysia tak sama panjang/pendeknya dengan negara di hemisfera Utara/Selatan. Jd siang itu disukat berdasar timbul & tenggelamnya matahari.

Mungkin boleh jawab mcm ni kalau punya masa.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Faizal Rahman

thank you for sharing!

anyss said...

Assalamualaikum,
sebenarnya sangat susah untuk menerangkan keindahan islam dengan orang bukan islam sebab: Ramai orang islam langgar tak henggat.

Akhirnya, kita juga yang termalu sendiri.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@anyss

tu la, kite yg tahu ni kena praktikkan betul2 :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW