Share

Harimau Malaya lawan FC Barcelona Ogos 2013

Sungguh excited bila dengar FC Barcelona akan datang ke Malaysia dan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan team Harimau Malaya pada bulan ogos ni. 


PETALING JAYA - Kelab bola sepak perdana Sepanyol FC Barcelona mengekalkan rancangannya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos, iaitu hari ketiga sambutan Aidilfitri.
   
Ketua pegawai eksekutif FC Barcelona Antoni Rossich berkata 10 Ogos adalah tarikh paling sesuai bagi kelab itu untuk mengadakan perlawanan jelajah pra musimnya kerana kebanyakan pemainnya dijangka dipanggil untuk mewakili negara masing-masing selepas tarikh itu.
   
"Sepanjang Ogos, pintu pertukaran pemain akan dibuka dan kelab Eropah, termasuk FC Barcelona, akan sibuk mencari pemain baharu bagi memperkukuh pasukannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman rasmi tentang perlawanan itu di sini hari ini.
   
Dalam laman webnya sebelum ini, FC Barcelona mengumumkan mereka akan mengadakan tiga perlawanan pertunjukan dalam program Jelajah Asia Ogos ini, termasuk di Shanghai pada 3 Ogos dan di Bangkok, Thailand, empat hari kemudian.
   
Rossich berkata kelab itu akan menurunkan pasukan pertamanya untuk menentang Malaysian XI Selection.
Effendi Jagan Abdullah, pengarah urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd yang merupakan promoter perlawanan itu berkata beliau yakin peminat bola sepak tempatan akan memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menonton perlawanan berkenaan.
   
"Melalui strategi pemasaran yang baik, kami yakin akan dapat menarik penonton memenuhi stadium, walaupun ia diadakan pada musim perayaan," katanya.
   
Tiket untuk menyaksikan perlawanan itu ditetapkan pada RM668 untuk tempat duduk VIP dan RM98 hingga RM388 untuk tempat duduk biasa.    
Ia dijual mulai hari ini di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah One Utama, Suria KLCC, pusat beli-belah Midvalley, The Curve dan Subang Parade.
   
Sementara itu, timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang turut hadir pada majlis itu menasihati pemain negara supaya memanfaatkan sepenuhnya perlawanan berkenaan untuk meningkatkan permainan masing-masing, di samping mencari pendedahan.
   
"Ini kali pertama kelab dari Sepanyol ini datang ke negara kita...oleh itu, saya harap pemain kita, terutama pemain muda, akan mendapat pendedahan melalui perlawanan ini," katanya.
   
Tengku Abdullah juga mengumumkan FAM bercadang menghantar pasukan futsal kebangsaan menjalani latihan dengan kelab bola sepak Sepanyol itu tidak lama lagi. - Bernama (sinar harian 18 April)

Masa aku tengok tv semalam pengumuman hebahan perlawanan tersebut, tiba-tiba terpandang satu benda yang familiar pada logo-logo penaja rasmi



yeah, HERBALIFE!

Branding + promotion

Ramai jugak lah yang tanya kat aku 'Herbalife tak masuk tv ke? Herbalife tak keluar radio ke? Herbalife tak letak iklan di surat khabar ke?' Memang susah nak jawab pada mulanya, ya lah company dengan jualan 6.4 Billion USD pada tahun lepas takkan takde duit nak buat pengiklanan ye tak? Jawapannya - company go to branding first!


Kalau korang atlet, atau tokoh nak mintak sponsor dari Herbalife, memang taknye dia bagi. Apa yang boleh Herbalife buat, korang ambil produk dulu dengan pengedar Herbalife berdaftar, pihak company tahu dan kalau korang tu 'ada nama' maka company akan sponsor korang pulak. Macam Messi yang dah consume produk 2-3 tahun dulu barulah sekarang company sponsor terus!

Herbalife dan sukan

Actually kat Malaysia ni Herbalife sinonim lagi dengan turun berat. Walhal produk Herbalife merupakan produk nutrisi. Apabila cakap nutrisi, memang semua boleh guna termasuk ibu mengandung. Kalau kat US tu, memang dah glamer dahlah Herbalife boleh improve ahli sukan dieorang, cuma kat Malaysia baru nak popular. Harap-harap dengan kelibat FC Barcelona yang antara kelab yang disponsor oleh Herbalife akan buat masyarakat kita lebih aware dengan benda ni

Alright, nak tingkatkan prestasi sukan korang - carilah pengedar Herbalife berdekatan dengan korang sekarang. Takde? contact je lah aku terusssssss :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 comments:

obat wasir said...

harimau malaya lawan barca... wah seru kayanya

Cellulite Begone said...

Camry mobil hybrid terbaik Indonesia yang hanya sebenarnya perjalanan batin untuk diri sendiri atau bayangan gelap Anda sendiri. Ini berbicara tentang menghadapi Camry mobil hybrid terbaik Indonesia ketakutan Anda dengan masa kadang intens introspeksi, yang sementara mungkin terdengar menakutkan atau menakutkan akhirnya membantu membebaskan Camry mobil hybrid terbaik Indonesia dari masa lalu trauma, keraguan, ketakutan dll atau setidaknya datang untuk menerima & / atau bahkan merangkul mereka sebagai berharga pelajaran Camry mobil hybrid terbaik Indonesia hidup yang telah membentuk pribadi yang unik bahwa Anda. Saya merasa teman Anda dapat belajar banyak dari jenis introspeksi sebagai cara penyembuhan dirinya jika Camry mobil hybrid terbaik Indonesia belum turun jalan ini. Sangat mudah untuk menemukan buku di Amazon. Saya telah melakukan beberapa perjalanan ini sendiri & telah membebaskan diri dari banyak kesedihan, rasa tidak Camry mobil hybrid terbaik Indonesia aman, perilaku sabotase diri & apa yang saya sebut inner-kekacauan dari seumur hidup pengkondisian Camry mobil hybrid terbaik Indonesia!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW