Share

Pengalaman jadi suami : Maggie ketam

Menjadi tanggungjawab suami untuk menurut segala kemahuan isteri ketika berbadan dua!

Hari ni memang hari yang panjang. Panjang dalam kereta. Bertolak dari Felda Chini tengahari tadi, pukul 9 malam (tadi baru) baru sampai ke rumah. 400KM yang sangat panjang. Biasanya kalau aku bawak sorang2 dari Pahang ke Kelantan ni, dalam 5 jam macam tu lah, tapi sebab dengan cik bini, jadi panjang waktunya.

Kenapa panjang?

Berhenti makan!

Sememangnya orang berbadan dua ni dia makan sangat pelik. Aku bukannya tak biasa dengan orang mengandung ni, kakak aku dulu dah berpengalaman tengok. Memang gelak je lah kat abang ipar aku yang melayan kerenah macam-macam, haa sekarang ni dah kena kat batang hidung sendiri!

Masa dalam kereta tadi

'Nak makan maggie ketam boleh?'

tak jawab

'Nak makan maggie ketam pleaseeeee'

tak jawab

senyap

(dalam hati ok tak payah nak layan sangat. gelak jahat. hew hew hew)

'U dengar tak?'

'Dengar apa?'

'Baby kata dia nak maggie ketam!'

SUDAH!

Nak tak nak kenalah melayan jugak. Tiba-tiba terngiang balik kata-kata seorang ustaz 'hebatnya seorang lelaki adalah ketika dapat melayan kerenah isterinya' amboi tiba-tiba pulak kan?

Nasib baiklah lalu kat Tok Bali, maka singgah kat situlah untuk makan.

Akhirnya senang gembiralah dia boleh makan

Maggie ketam dah siap!

Khusyuk makan cik bini kesayangan

Tapi ada satu masalah!!

Apa dia? Akulah yang bermasalahnya. Sejak 2 menjak ni, berat badan naik je memanjang. Mana tak naiknya, semua makanan cik bini aku makan. Haha, entah nafsu makan ni menjadi-jadi pulak. Last-last - aku pun makan jugak!!!



Tukar lemak jadi duit
Tukar ketam jadi lemak. kah kah kah

enjoiceee


pss : best ada orang tersayang selalu teman kemana-mana. Harap berkekalan hingga tua umur 90 tahun :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 comments:

NinaAz said...

Amin.. semoga berkekalan selamanya ♥

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@NinaAz

aminn

Peri PiA said...

ini saya salute,layan isteri mengandung :)

semoga bahagia hingga ke syurga,insyAllah

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Peri PiA

iA!!

*∽ IZAN ∽* said...

Tahniahh!! ahahahaha. UAI ada satu lagi pesan pasal suami melayan isteri mengandung ni yg berbunyi lebih kurang 'pandai buat pandai la tanggung' kikikiki

Anyway semoga terus berbahagia hingga ke hujung nyawa bersama (bakal) anak2 terchenta! ewahhhh

Obat Keputihan Tradisional said...

salam kenal bang

semoga selalu menjadi keluarga yang sakinah mawadah dan warahmah

obat radang paru-paru herbal said...

mantap,,semoga selalu jadi keluarga yang harmonis

nana said...

kakak sy slalu bgtahu abg ipar sy mcm ni: klu nk kurus dan nk baby sihat niat sblm makan sgala nutrient tu pergi kt baby.

jd je insyaAllah :D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW