Share

Pengalaman jadi suami isteri : Honeymoon di Krabi


Memang sangat eloklah honeymoon bulan lepas tapi baru sekarang nak update blog. Hehe, biasalah, sibuk punya pasal jadikan bertangguh-bertangguh nak update entry ni. Walaupun salah satu azam untuk tahun 2013 ni adalah taknak bertangguh-tangguh, entry honeymoon ni TERtangguh pulak. Hehe, ampun ya


Honeymoon tak berapa nak best

Pesan akulah kepada yang nak jadikan honeymoon korang best, make sure isteri kita tu tak berbadan dua lagi. Haha. Sedia maklum, krabi ni memang super best dari segi pemandangan dia, pantai dia memang cantik – tapi nak menikmati kecantikan tu kita kena pergi ke pulau-pulau yang berhampiran. Nak ke pulau, kena naik boat. Haa, bila naik boat ni, memang yang peringkat awal berbadan dua ni tak berapa nak suggest sangat. Senang 'terlucut' orang tua kata

Jadi memang 3 hari kat Krabi tu berada kat hotel dan kawasan sekitar je lah. Tak pelah, janji ada masa yang betul-betul bermakna untuk diluang bersama dengan cik bini, tu dah lebih memadai. Amboi cover terbaik ye tak?


Flight murah

Pada mulanya memang tak rancang sangat nak berhoneymoon ni, tapi hari tu ada promosi dari Air Asia tiket murah. Apa lagi, rugi pulak tak grab. Tiket pergi balik untuk 2 orang ke Krabi bawah RM 600. Memang sangat berbaloi. Jumpa dengan orang cine malaysia kat sana, dia kata untuk seorang tiket RM 600 lebih. Haa, nampak tak berbaloi ke tak berbaloi tu


Hotel Haleeva Sunshine

Untuk hotel pulak aku amek perkhidmatan MH Holiday yang aku register awal tahun lepas. Entah macam mana terpengaruh dengan jurujual tu, terbeli pulak pakej. Dengan bayaran RM 600 lebih dapat 3 hari 2 malam menginap di hotel luar negara pada tahun pertama dan 2 hari 1 malam menginap di hotel dalam negara. Agak hampeh jugak kena bayar tambahan RM 50 sebab hilang promotion voucher tu, tapi nak buat macam mana, bayar je lah. Apa yang aku boleh suggest, kalau korang nak pergi bercuti-cuti ni, elakkan lah dari masuk pakej pakej camni, baik buat sendiri dan memang lebih jimat. Nak mudah, masuk ajelah


Aktiviti-aktiviti

Kat sana memang tak banyak sangatlah nak beraktiviti. Kandungan pun baru 4 minggu macam tu, risau jugak kalau jadi pape kan. So jalan-jalan kat pantai, makan-makan kat restoran dan ada satu hari tu berkayak mengharungi sungai. Haaa, tu je aktiviti boleh buat. Padahal banyak kot pakej kat sana tawarkan yang memang murah-murah, nak ke pulau-pulau yang cantik tu dalam RM 100 lebih camtu je. Ada jugak snorkeling, naik boat laju, naik gajah dan macam-macam lagilah. Tapi nasib badan, tak banyak boleh buat aktiviti kat sana

Jom layan gambar dulu

Excited dalam flight

dalam taxi. honda civic baru ooh

dah sampai bilik hotel!! ehem ehem.....
Penat tido, petang baru bangun

suasana pagi, indah!!

cik bini makan

cik bini makan lagi

Track untuk berkayak

cik bini kayuh, aku tengok sahaja. hahaha


gambar semasa berkayak, cuba teka siapa amek gambar?

gambar kenangan dengan binatang liar dalam hutan. nampak?

Nak cerita sikit pasal kayak ni, aduhai, serius jauh gile yang pemandu tu bawak. Memang semput jugaklah nak berkayuh tu. Aku amek yang half day punya pakej dan pergi pulak waktu petang, memang kena laju sikit sebab nak kejar takut air surut. Nak pergi tu ok la lagi, tapi bila dah nak balik tu, huiisshh, begitu banyak kalori dibakar. Penat woohhh! Suggestion aku, ambil yang pagi punya, barulah boleh menghayati lebih sikit. 

Alright, tu saja. Next Honeymoon tak tahu lagilah bila. Tapi dengan Herbalife ni best sebab dah design dah memang akan ke luar negara. Bulan 3, bulan 6, bulan 7, bulan 9 ni memang akan ke luar negara lagi. Sambil-sambil belajar, sambil-sambil berhoneymoon gituuu. Tak paham takpe, doakan je aku qualify semua promotion dari Herbalife ni. aminnnnnnnnn


pss : paris paris paris!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 comments:

myatiqah said...

kalo naek longtail boat xde hal..speed boat mmg xdigalakkan...tapi hanimun mne2 pon xpe ekceli, baru kawen khennnnnn...same jeee hahaha

gadisBunga™ said...

comelnye cik bini awak! kem salam kat dia eh! :D

Ummiarissa Mahdi said...

banyak kali dengar orang g krabi...boleh google nih...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW