Share

MARAH


Tadi ada supervisor aku (bukan supervisor kilang ya) call mengadu mengenai tiket Extravaganza. Kisahnya dia mahu beli 2 tiket, dia dan spouse. Tapi orang Herbalife tak bagi sebab dia belum officially kahwin. Kena kahwin dulu baru boleh beli. Lagipun dia akan kawin bulan 5 ni, lebih kurang 3 minggu sebelum Extravaganza, tiket mesti dah jadi mahal masa tu. Dah la duit dah bayar, tapi tak terima pulak. Lepas tu operator yang jaga tu macam nada marah-marah, dia pun nak marah-marah jugak then sebagai sponsor yang begitu baik hati (kekeke) aku pun dengar je lah

Actually aku pun tak berapa suka jugak dengan staf-staf baru Herbalife sekarang ni. Entah dulu ok je tapi sekarang ni macam.... hurmm.... Biasalah, bila company dah besar, staf yang bekerja pun bertambah ramai, mungkin tak sempat nak tapis yang betul-betul mesra pelanggan je boleh kerja dengan Herbalife. Kadang-kadang kesian jugak kat dieorang yang kerja dengan Herbalife ni (makan gaji, bukan pengedar) ye lah dieorang duk dengar company grow, pengedar2 double the income tapi dieorang still sama gajinya. Haha. Mungkin sebab tu kot 'cepat baran' sekarang ni. Opsss

Tapi takpe, semua tu NOOOOO PROBLEMMMM

Aku nak share satu kisah yang aku dengar kat ikim tadi masa maghrib. Kisah Nabi Muhammad dengan isterinya Aisyah. Ada satu ketika, Aisyah masak bubur kepada Nabi. Mungkin memang masakan dia sedap ataupun Nabi ketika tu lapar, memang Nabi puji melambung. Tapi Nabi tersebut 'sedap betul masakan Khadijah ni' dan Aisyah yang masak masakan tu memang marah la kat Nabi.

Marah sampai hempas pinggan!

Kalau korang kat tempat Nabi masa tu, isteri hempas pinggan dek kita SIKIT je tersalah sebut, mesti kita marah balik kan. Ya lah, mana hormatnya kepada suami?? Kalau aku, aku pun tak. Tapi Nabi tak, siap minta maaf balik lagi dengan katakan yang Khadijah isterinya dulu selalu hidangkan makanan yang sedap dan dia terkenangkan balik isterinya Khadijah yang sudah meninggal tu.


Marah tu adalah syaitan yang mengawalnya

Sebab tu sebenarnya, yang paling kuat, yang paling hebat, yang paling perkasa bukannya seseorang yang mampu menewaskan musuh dengan tangan kosong, yang dapat memerangi musuh yang bilangannya banyak, tapi orang yang kuat, hebat dan perkasa adalah orang yang boleh mengawal dirinya ketika marah!

Aku nak cerita balik pengalaman aku berhadapan dengan staf Herbalife ni masa Spectacular tempoh hari. Kesilapan isi spouse jugaklah. Kawan aku beli 2 tiket, dia dan isterinya – yang ni memang dah kawinlah, tapi sebab tak isi borang dan takde dalam sistem, isteri dia tak boleh masuk, walaupun tiket dah berbayar. 

Memang aku masa tu bengang jugaklah, bengang sebab kenapa skima sangat ni. Aku ngan isteri aku ok je lepas walaupun borang tak isi lagi, tapi kawan aku ni tak lepas pulak. Yang buat lagi bengang, yang kat kaunter tu siap marah-marah lagi pakai 'aku-kau'. Huishh, marah ok!

Geram je aku nak bagitau 'You cakap elok sikitlah, you punya gaji hasil dari kiteorang punya sale tau'

Tapi tak cakaplah, cakap kat blog je. Haha

Mungkin masa tu syaitan duk sibuk urusan lain, entah hati ni tenang je. Tiba-tiba teringat balik yang dieorang ni penat kerja seharian duk layan kerenah pengedar Herbalife lain, kerja lebih masa – jadi senyum je lah. Aku pun silap jugak sebab tak suruh isi borang kahwin awal-awal, jadi kena ambil jugak pengajaran kat situ


Marah oh marah

Kesimpulannya, amboi dah kesimpualan dah, kita kena jadi yang kuat gagah perkasa dengan belajar control kemarahan kita. Benda ni bukannya boleh ada kemahiran untuk dibelajar supaya dapat kurang marah ni, ia berkaitan dengan hati jugak. Hati kena sentiasa tenang, selalu ingat Allah, barulah syaitan tu susah nak masuk. Bila dah susah nak masuk dan rasuk, marah pun akan pergi dengan sendiri

Ke korang ada skill nak hilangkan kemarahan ni? Share skitttttt. Ok byeee

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

9 comments:

aslina majid said...

Aku ilangkan marah, senang je... Letak kepala kat permukaan rata ke apa, haa tido jap. Applicable mana2 pon. Haha

Najihah As'ari said...

haha sory bos ngadu kat bos semalam...
dah setel dah.. nak xnak register ID baru walaupun tgl 4 bulan je lagi hehehe...

gadisBunga™ said...

tarik nafas, senyum, lepas.

insyaAllahhhh...! :D

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@aslina majid

bleh tido masa marah? haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Najihah As'ari

haha, xpe la, rugi skit je. moral of the story - kena kawin cepat? haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@gadisBunga™

dah pernah try? heee

aslina majid said...

Kene mental kuat la. Haha. Tapi aku biase dah. Kat mana pon bleh ngantuk. Berdiri tengah panas dalam barisan pon bleh tido... Ape lagi kalo setakat letak kepala skejap... Skejap tu bleh berlanjutan sampai setengah jam minimum...

-cinta soFiaSafiya- said...

:)

fayalna nailofar said...

teringat kena mrh ngn abe joe dlm keto...hohoho...
tenkss sbb mrh ore..
ilmu yg sngt pntg tue..
time management..
:)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW