Share

Bubar Parlimen - gosip-gosip pilihanraya

Jadi berita yang disensasikan yang mana parlimen akan dibubarkan pada hari ini tak menjadi. Dengar buletin utama tadi harapkan ada berita bubar parlimen, tapi duk canang cerita TGNA hina penerima BR1M adalah haiwan. Hurm....

Kenapa perlu bubar parlimen?

Senang je, sebab sebelum pilihanraya umum, parlimen kena dibubar terlebih dahulu. Bila parlimen dibubarkan, maknanya PRU dah semakin dekat sangat-sangat. Boleh dikatakan PRU kali ini adalah yang paling seronok dan mendebarkan, selain persaiangan sengit pembangkang dan kerajaan, PRU kali ini juga merupakan kali pertama aku mengundi. haha

Nak share sikit gosip-gosip PRU ni untuk bacaan korang. Jangan risau, ringan-ringan je :)


1) Bubar Parlimen sebelum 28 Februari 2013



Penganalisis politik sekarang ni meramalkan PM akan mengumumkan pembubaran parlimen sebelum 28 Februari nanti. Ramai yang sangka hari ni, tapi sehingga entry ni ditulis, tiada lagi berita tentang bubar parlimen ni dibuat. Serius PM kita memang pandai menyimpan rahsia, ramai yang berteka-teki dan kebanyakannya salah. haaa, aku rasa Isnin ni, korang?


2) Tarikh PRU 30 Mac 2013



Sekarang ni ramai yang duk buat prediction yang tarikh PRU adalah pada 30 Mac nanti. Tu kira tarikh yang sangat ideal lah - cuti sekolah + paling lewat untuk dijalankan PRU. Tapi gosip-gosip liar ada mengatakan bahawa PRU takkan dibuat pada musim cuti sekolah, katanya PM kita tak berapa yakin kerajaan boleh menang jadi orang yang betul-betul 'sayangkan' negara je yang akan balik mengundi, yang atas pagar ni duk rumah tengok tv je lah. 

3) Kerajaan akan bertukar?


Yang ni memang paling hangatlah dibincangkan setakat ni. Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara sekarang akan tewas dan Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara selepas PRU ni nanti. Kalau korang tanya pendapat aku, aku pun rasa kerajaan akan bertukar lepas ni. Tengok senario sekarang ni, memang peratusan yang nak bertukar kerajaan tu ramai. Walaupun duk bagi BR1M pun tapi still rakyat yang ambil tu kata - 'orang bagi kita ambil, time pangkah semua tak tahu' dan kat laman sosial sekarang ni kuat duk canang kerajaan akan bertukar. 

Entahlah, kita tunggu ajelah nanti. Yang paling penting, kita keluar mengundi!


********

Sempena musim PRU ni, aku pun nak menulis mengenai politik (kalau rajin) dengan lebih kerap. Best jugak ikut suasana politik kat Malaysia ni, takde kat negara lain, kita je ada. Unik. hehe. Nantikan ya. Jom sama-sama keluar mengundi nanti!


pss : esok makan nasi minyak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 ulasan:

Obat Kelenjar Tiroid Herbal berkata...

ikut nyimak mr bloger

shida berkata...

haha..same, ni first time mngundi gak!!
mst byk kontovrsi PRU kali nie~~

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW