Share

Tutti Fruitti - Halal atau tidak?

Rakyat Malaysia ni cukup prihatin kalau bab soal makanan menjadi pertanyaan mengenai halal atau haram. Walhal kalau merokok dah sah-sah keluar fatwa bahawasanya haram, kita boleh pejam mata je tengok buat bodoh. Tapi kalau muncul bab soal makanan, huh, melenting habis. eh eh, ni bukannya nak cakap yang tak penting bab soal makanan halal atau haram, cuma janganlah 'pilih kasih'. ok, mukaddimah awal


Tutti Fruitti

Aku antara peminat tegar Tutti Fruitti. errrr, takdelah tegar mana, setakat ni baru 2 kali je menjejakkan kaki ke kedai sana. dua-dua di Kelantan. Pertama kali yang membuatkan aku terkejut beruk - sebab bayar RM 20 ++ utk satu cup di depan Taman Perbendaharaan Tengku Anis dan kali kedua semasa di depan Mydin Kubang Kerian. Jujur aku cakap, tak terlintas pun soal halal ke tidak tutti fruitti ni sebelum ni, sebab dah ramai orang beragama islam yang makan, aku pun dah anggap benda tu dah halal. ok, satu tabiat yang tidak sihat dan tidak patut dicontohi 

Halal atau tidak Tutti Fruitti ni?

Soal halal atau tidak produk Tutti Fruitti ni timbul 2 hari lepas selepas kawan aku cakap yang Tutti Fruitti ni adalah TIDAK HALAL. Aku agak terkejut jugak dan tanya dimanakah sumber yang dia dapat. Dia kata facebook. Ok, bukan nak rendahkan sumber di facebook, tapi biasalah banyak betul tipu daya di facebook ni. Untuk sahkan sama ada halal atau tidak Tutti Fruitti ni, aku bertanya kepada pihak Jakim

takde respon :(

Jadi, aku pergi check dengan direktori kat website dieorang, memang syarikat ni tak pernah dikeluarkan sijil halal pun. ce tengok bawah ni

korang boleh check sendiri kat sini


Ok, dah mula musykil dah disitu, aku try bukak website Tutti Fruitti. jeng jeng jeng

website dieorang tengah update pulak


Teruskan siasatan

Last, aku pergi ke page facebook mereka. aceh, dari facebook soalan ini muncul dan tak sangka dari facebook jugak jawapan itu muncul. waha!




Rupa-rupanya permohonan sijil Halal mereka masih lagi dalam proses oleh pihak JAKIM. Adakah ia bermakna Tutti Fruitti ni tak halal? Tak tak, tak semestinya tak diluluskan tu tak halal, kata mereka masih dalam proses, so kita tunggu jelah penjelasan dari mereka apabila sijil tu dah diperoleh dari JAKIM. 

2 badan yang diiktiraf oleh JAKIM


Tapi kata mereka, sudah mendapat sijil halal dari ISA - Islamic Services of Amarica - salah satu dari 2 badan di US yang diperakui oleh JAKIM - satu lagi IFANCA - jadi boleh kita katakan mereka ni halal lah. sama kes kita beli beras Halal kat US, memang dah sah halal kat sana, kita nak bawak balik Malaysia, ia masih sama. kes yang sama. cuma sekarang ni bukan soal beras, tapi soal yang lebih besar.  Soal yang memang ramai dah pergi makan termasuk aku. huhu. Aku harap email aku berbalas dua tiga hari ni kita tunggu jelah update daripada mereka. 


Tunggu ya update nanti. kalau ada lah


*******

UPDATE

email dari pihak Tutti Fruitti dah berbalas, memang permohonan sijil halal masih dalam proses!



ada update dari JAKIM nanti post kat sini. biasalah, JAKIM sibuk dengan kerjanya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

WWW dan kegilaan rakyat Malaysia

No pendaftaran kereta kat Malaysia ni dah jadi trend sebegitu lama dahulu lagi orang mencari nombor yang 'eksklusif' Maksud eksklusif ni banyak makna, ada yang memilih nombor untuk dijadikan kenangan - misalnya kalau birthday 20/4 amek nombor 2004, ada yang memilih nombor disebabkan turutan yang menarik - misalnya 333, 8888 atau sebagainya dan ada yang memilih nombor sebab ia sememangnya menjadi rebutan dan tanda kekayaan. waha, dah banyak sangat duit tak tahu nak bagi kat siapa, beli nombor pendaftaran je lah


WWW

heboh sejak dua menjak ni apabila nombor pendaftaran WWW dikeluarkan. Ada sejarah baru tercipta dan antaranya adalah

  • WWW 1 dijual dengan harga RM 520 000, rekod asal MCA 1 dengan harga RM 300 100
  • WWW 333 mendapat bidaan paling banyak iaitu sebanyak 84
  • 13 bidaan berharga lebih RM 100 000 dan 3 darinya lebih dari RM 300 000
  • Kutipan keseluruhan untuk WWW adalah RM 11.3 juta - 10 kali ganda lebih tinggi dari biasa



No kereta dan nilainya

Ayah aku dulu memang sangat prihatin dengan pembelian nombor pendaftaran kereta ni. Dia kata benda ni merupakan aset. Aku memang blur tapi sekarang baru paham, paham sebab nombor kereta di Prius DU 919 pernah ada orang offer nak RM 2000 walhal harga beli dulu hanyalah RM 510. Jadi aku rasa, tak lama nanti semua nombor pendaftaran yang lawa ni mesti akan naik dan naik lagi... sehinggalah 'budaya' mahal ini ditelan zaman. persoalannya, adakah ia akan berhenti? aku rasa tak :)

ni antara senarai nama pemenang. waha, WWW1 hingga WWW 10 dan boleh beli bungalow mewah dah



So, pada pendapat koranglah, perlu ke harga pendaftaran kereta ni mahal-mahal? ce komen sikit nak tau

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kemalangan di Himpunan Belia 2012

Tahun ni tak berkesempatan untuk menyertai Himpunan Belia 2012. Tahun lepas sertainya pun sebab company join, alang-alang dah free, aku join je lah. Tahun ni mungkin tarikh agak dekat dengan tarikh Extravaganza, sebab tu company tak join tu. Bila dah tak join, aku pun tak joinlah.

Kemalangan 

Dapat khabar yang menyedihkan, ada berlaku kemalangan yang menyebabkan dua orang cedera parah dan 10 lagi cedera. Terjadi dek kerana pertandingan drag racing. Aku dah tengok video tu (boleh klik sini nak tengok) memang jarak antara penonton dengan trek lumba tu cukup dekat. Dalam pertandingan macam ni, kerata yang dipandu boleh cecah 120-150km/j, kalau dah hilang kawalan, memang sengaja cari bala la yang berada kat dekat tu

Dah mula terbabas

Dah langgar penonton kat tepi

Mungkin penganjur boleh muhasabah untuk adakan keselamatan yang lebih ketat dalam pertandingan macam ni. Walaupun kemalangan tu tak berbau, langkah pencegahannya tu adalah tanggungjawab penganjur. Dan penonton, jangan duk excited sangat, pandai2 jaga keselamatan sendiri ya lain kali


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bacaan untuk 17-24 tahun pasal @anwaribrahim


Entry ni hasil copy paste yang aku jumpe kat facebook. sangat menarik untuk bacaan kita. walaupun jelas memang berat sebelah - mungkin penulis tu orang PR, tapi fakta yang ada dalamnya tu benar. Sebab aku termasuk dalam golongan 17-24 tu, memang ada betulnya kisah dibawah ni. baca ya jangan xbaca. kalau nak komen, dipersilakannnnn


Amaran, artikel ni bukan aku tulis, tapi dari facebook. hehe

*********



Dedikasi buat penyokong tegar UMNO dan juga PR yang berumur 17-24 tahun di Facebook - "Siapalah Najib di dalam UMNO jika dibandingkan dengan Anwar."

setelah membuka Malaysian Gags selama sebulan, kami perhatikan je budak2 UMNO yg suka troll kami. kebanyakan drpd mereka berumur dalam lingkungan 17-24 tahun. mereka ini sebenarnya sgtlah tidak mengenali individu bernama Anwar Ibrahim kerana pada tahun 1999, tahun di mana Anwar disumbatkan ke dalam penjara, mereka2 ini barulah nak masuk sekolah rendah dan sibuk main lawan pemadam ataupun baru nak belajar willy basikal. cerita yg mereka dpt tentang anwar cumalah disuap melalui RTM dan TV3 tidak kurang juga akhbar2 porno seMalaysia. ada di antara kami waktu itu dah masuk 1st year diploma dan masih di sekolah menengah (sayalah tu hehe). sumber internet waktu itu cumalah e-mail2 dari yahoo group. masa tu blogger2 UMNO yg poyo skrg ni barulah pandai nk mengorat awek kat MIRC ataupun baca cerita blue kat web melayu boleh. jadi tidak hairanlah kenapa budak2 UMNO ni kurang berpengetahuan.

ni saya nak cerita sikit pasal Anwar yg saya tahu jelah. sblm join UMNO pada 1982, pada tahun 1968 - 71 Anwar adalah presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), presiden Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM), presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). beliau telah memperjuangkan hak pelajar melayu/Islam dari dalam kampus lagi. masa ni Najib tnegah syok main ski, takpun bikin snowman kat Nottingham. biasalah, orang kaya. kerabat lagi. Najib balik Malaysia pada 1974.

lepas setahun join UMNO, Anwar terus dilantik menjadi menteri belia dan sukan pada 1983. tahun berikutnya beliau menjadi menteri pertanian dan menjadi menteri pendidikan pada 1986. impak terbesar beliau ketika menjadi menteri pendidikan ialah menganalkan beberapa kurikulum bersifat pro-melayu dan menukar nama subjek Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu (siapa kata Anwar anti melayu?). pada 1991 beliau diangkat menjadi menteri kewangan pada tahun 1991 dan pada tahun 1993 beliau naik pangkat jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah tahun 1998. Anwar cuma mengambil masa lebih kurang 11 tahun untuk mencapai kedudukan kedua tertinggi dalam kerajaan. ini kerana kehebatan beliau dalam berpidato yg berlandaskan fakta dan bukan cerita dongeng yg menaikkan semangat seperti ahli2 UMNO yg lain. waktu ini yg bersorak, tepuk tangan, kipas sampai mati Anwar tidak lain ialah ahli2 UMNO sendiri macam Najib, Muhyiddin, Hishammuddin dan lain2 hero UMNO yg dikagumi oleh budak2 skrg ni.

berbanding Anwar, Najib berada dalam kabinet lebih awal dengan menjadi Timbalan Tenaga, Komunikasi dan Pos pada 1978. dan mencipta sejarah sebagai timbalan menteri termuda di Malaysia. tak heran, pasal cable besar. lepas tu jadi timbalan menteri pendidikan 1981, timbalan menteri kewangan, menteri belia dan sukan 1986, menteri pertahanan 1991, menteri pendidikan 1995, masuk balik jadi menteri pertahanan 2000 dan jadi Timbalan Perdana Menteri pada 2004. perjalanan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri mengambil masa lebih dua dekad sejak Najib join UMNO.

Nampak tak? kita ambil kira pencapaian mereka dalam kerajaan dan sewaktu mereka dalam UMNO sebab kita nak bersikap adil kerana mereka pernah berada dalam liga yg sama. lagi satu persoalan. Wan Azizah membentuk Parti Keadilan selepas suaminya ditangkap dan berjaya memenangi pilihanraya semata mata utk melawan hak suaminya yg dirobek. kalau Najib kena tangkap, Rosmah buat apa? kan Rosmah ada award Srikandi negara hehehehehe.....

*********

Aku bukannya pro Anwar, bahkan jumpa dia pun aku tak pernah. korang pernah? kalau najib razak, haji hadi, tuan guru nik aziz tu memang pernah bersemuka dan bercakap-cakap pun. tapi kalau anwar, memang tak pernah. Yang sebetulnya, sejak aku usia belasan tahun, ada beberapa ideologi yang berkaitan dengan anwar sampai sekarang aku cari jawapan tapi tak jumpa-jumpa

  • Anwar agen yahudi - boneka yahudi untuk merampas malaysia
  • Kisah anwar gay sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya


agak-agaknyalah, korang sama tak dengan aku yang buat persepsi macam ni? ke korang ada persepsi lain? yang lagi teruk? haha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

NRG Tea Herbalife : Info pasal produk


Kali ni aku akan cerita pasal produk terbaru Herbalife yang baru sangat dilancarkan pada isnin lepas iaitu NRG Tea. Bagi yang tak berkesempatan ke majlis pelancaran, adalah sangat-sangat rugi. So, bagi korang yang tengah mencari info pasal produk ni, entry ni mungkin akan membantu korang :)



NRG Tea, apa tu?

NRG stand for Nature's Raw Guarana. Sebab produk ini berkait rapat dengan memberikan tenaga secara semulajadi, senang nak ingat NRG-Energy! Di bawah nanti aku akan huraikan serba sedikit mengenai khasiat guarana ni. Selain tu, NRG tea juga dicampur dengan pekoe tea, salah satu jenis tea yang begitu banyak khasiatnya


Fungsi NRG Tea

Semasa presentation pelancaran produk hari tu, speaker ada bagitau 3 khasiat utama NRG Tea ni. Pertama bagi tenaga tambahan. Kedua bagi endurance atau tambah stamina untuk orang yang bersukan dan yang ketiga paling best – Mental alertness. Sebab bahan utama NRG Tea ini adalah guarana – ia juga boleh membantu dalam penurunan berat badan dengan membuang lemak di badan.

Fungs-fungsi lain adalah
  • Atasi keletihan
  • Menurunkan berat badan
  • kurangkan migrain atau pening kepala
  • Tingkat sex drive
  • Arthritis
  • Diarrhea


Tentang Guarana

Guarana is basically an herbal form of caffeine. The surprising truth about guarana is that while it may be a valuable aid for temporarily increasing energy levels (which is usually needed before an intense workout or first thing in the morning as a "pick-me-up"), its ability to break down and mobilize fat and use it for energy makes it a "natural" choice for fat loss. Guarana is typically found combined with other "stimulating" herbs to further compound its properties and increase its "fat-burning" effects.
Sumber sini

Penduduk amazon menggunakan biji guarana untuk dibuat tea bagi mengekalkan stamina mereka. Sebab guarana ni begitu banyak kelebihan dia, banyak produk penurunan berat badan dan juga produk sukan menggunakan guarana sebagai compound utama. Berita baiknya, tak payah nak pergi ke amazon untuk ambil guarana ni, beli je terus NRG Tea ni :)


Siapa yang perlukan produk ini?

NRG Tea ni sangat sesuai untuk atlet ataupun orang biasa yang buat moderate exercise. Yang malas nak exercise pon sesuai jugak. Korang nak minum untuk tambah kesegaran juga dialu-alukan. Atlet mesti biasa dengan guarana ni dan aku dah tengok kat pasaran, harga yang Herbalife offer lagi murah berbanding produk-produk lain yang berasaskan guarana ni.


Apa beza Tea Mix dengan NRG Tea?

Jangan confius dengan fungsi Tea Mix Herbalife dengan NRG Tea. Tea Mix Herbalife bahan utamanya adalah green tea yang terkenal dengan antioxidant dan NRG Tea bahan utamanya adalah guarana yang kaya dengan caffein. Tapi jangan peningkan kepala, dua-dua punyai khasiatnya yang banyak. NRG Tea ni lagi murah dari Tea Mix. Apa lagi, minum sajalahhhh


Keselamatan untuk minum NRG Tea

Sebab guarana cukup popular dengan 'mild diuretic' menjadikan badan senang dihidrate atau kehilangan air, yang mengamalkannya perlulah menambah jumlah air yang diminum. Tidak disarankan untuk ibu mengandung atau menyusu, boleh ganti NRG Tea ni dengan tea mix Herbalife yang super yummy jugak. Kalau ada masalah lain, kena rujuk pada doktor masing-masing. Overal, produk ini memang sangat best dan selamat diminum.


Dimana mahu dapatkan produk ini?

Produk ni tak dijual di farmasi atau kedai ubat, boleh dapatkan produk ini dengan pengedar Herbalife yang berdekatan. Korang nak jadi pengedar Herbalife (terus dapat potongan 25%) pun boleh. Klik link ni untuk cara nak register secara online. Malas nak jadi ahli-ahli, beli je terus. Murah kot! Tak jumpa mana-mana pengedar Herbalife, beli je terus dengan aku. habis cerita :) contact 0169640972


Okeh, itu saja dulu info mengenai NRG Tea. semoga bermanfaat. Nak tau lebih, kenalah pergi training kat STS. waha!


rujukan


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dah takluk Universal Studio!

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Malaysia!

Tadi dalam pukul 3 pagi sampai dari Imigresen ke KL dan pagi tadi pukul 6.30 pagi dari KL ke Kelantan. Nasib baik jugak tak terlepas flight gara-gara tertidur dan pukul 5.30 baru bertolak ke KLIA walhal pukul 6.30 flight dah depart. Macam biasa, orang terakhir lagi naik flight. Pagi tadi, qada tidur dan sekarang baru rasa segar sikit. Bila dah segar melepaskan rindu di blog :)

Banyak cerita nak cerita kat blog ni, nantikan entry seterusnya eh. Dari extravaganza yang TERSANGATLAH BEST, dapat semangat dari speaker yang hebat-hebat, menakluki Universal Studio sehinggalah menghadapi travel agent yang ntah-apa-apa. Walau apa pun, sekarang ni dah selamat sampai ke kampung ni, sangat-sangat lega rasanya.

Nah amek satu gambar dulu. waha!



Nanti kita update panjang-panjang eh. Nak pegi jogging-jogging dulu :)


pss : Dah 1 Rejab, pesta ibadah dah bermula!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Hari Nakba dan kenapa perlu sambut

Hari Nakba atau day of the catastrophe atau Hari Kecelakaan adalah merujuk kepada hari memperingati pengusiran orang palastin dari tempat tanah air mereka sendiri pada tahun 1948 dahulu. Pada tarikh itu, lebih kurang 700 000 rakyat palstin diusir dari negara mereka sendiri. Beribu rumah dibakar, beratus kampung dimusnahkan. Kecelakaan atau nakba ni perlu kita sambut bukan dengan intonasi gembira, sebaliknya sebagai memperingati saudara seislam kita yang kehilangan negara mereka!

Hilang sebab dirampas!

ada beberapa gambar dari wikipedia




banyak lagi dan korang boleh klik link sini

Nama lain

Selain Hari Nakba atau yaumulnakbah ni, ada beberapa nama lagi sempena hari yang malang ini. Antaranya al-ightisab ("the rape"), al-ahdath ("the events"), al-hijra ("the exodus"), dan lamma sharna wa tla'na ("when we blackened our faces and left"). 15 Mei dipilih sebab hari ini adalah sehari selepas hari kemerdekaan Israel - kemerdekaan yang tidak diiktiraf


Kesedaran Hari Nakba

Kat Malaysia ni entah kenapa 'semangat' untuk memperingati hari ini sangat kurang. Kalau aku tanya kat sini berapa orang yang tahu pasal ni, berapa orang yang berani angkat tangan? Aku pun dulu tahu pasal tarikh ni tahun lepas, semasa kawan palestin kat Sheffield buat program pasal ni. Sekarang ni ada lebih 4 juta pelarian palestin di seluruh dunia, merekalah yang bersemangat untuk meneruskan hari nakba ini supaya dunia tahu, Israel yang ada sekarang adalah bumi mereka dahulunya. 

Bayangkan kalau Malaysia negara kita di rampas, 28 juta penduduk negara kita, termasuk aku dan korang yang membaca dianggap PELARIAN - apa perasaan kita? Ambillah masa untuk hari ini, sebarkan perihal Hari Nakba ini kepada yang tidak tahu. Walaupun kemenangan Islam itu pasti, sama ada kita bersama dengan kemenangan ini itu tidak pasti. Dan malanglah kalau kita tidak bersama memberi sumbangan


pss : Selamat memperingati hari nakba!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Teaser : Pelancaran Produk Herbalife Terbaru NRG Tea


Produk terbaru dari HERBALIFE - NRG Tea!

nantikan info lanjut di entry seterusnya. waha! so excited!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman Extravaganza Herbalife Pertama


Tinggal beberapa hari lagi untuk pergi ke Extravaganza Singapore, memang aku antara yang sangat excited. Pertama excited sebab dah lama sangat tak pergi event besar macam ni, kedua excited sebab tak pernah sampai ke Singapore lagi sepanjang hayat ni. Ha, cukup loser disitu. Double excited tu jadikan aku nak menulis entry ni dengan panjang lebar – boleh dijadikan panduan untuk korang yang baru 1st time untuk ke Extravaganza dan boleh dijadikan motivasi kalau korang rasa ia bermotivasi. Haha.



Apa itu Extravaganza

Extravaganza adalah acara tahunan Herbalife yang dilakukan setahun sekali. Dulu-dulu, hanya di buat di satu tempat sahaja iaitu di US, tapi sejak tahun 2000, ia dipecahkan kepada 6 tempat mewakili 6 region. Malaysia join yang Asia Pasific (APAC) punya region. Tahun lepas ada 23 000 pengedar Herbalife dari serata APAC berkampung di Bangkok, tahun ni, memandangkan jumlahnya mencecah 45 000 orang (see the growth?) APAC pun terpaksa buat 2 tempat, Korea split dengan kita. So bagi korang yang excited nak jumpa mat-mat korea tu, sorrylah, tak dapat nak nolong. Haha. Dieorang dah buat extravaganza dieorang sendiri! Korea memang gila dengan Herbalife!


Extravaganza kali ni merupakan Extravaganza aku kali ke 4. yuhu! Kali pertama 2008 di Bangkok, kali kedua 2009 di Korea, 2010 tak pergi sebab tengah belajar kat UK (alasan!!) kali ketiga di Bangkok lagi dan ini adalah kali ke4 – di Singapore!!! Orang tanya aku, kenapa Extravaganza tak dibuat di Malaysia. Jawapan mudah, sebab Malaysia takde tempat untuk menampung sehingga 20 000 orang di dalam dewan tertutup. Paling besar pun kat MIECC tu pun just dalam 6000 orang je, tapi hari tu aku ada tengok dalam berita ada satu pusat konvensyen yang baru akan dibina di KL yang katanya mampu menampung sehingga 40 000 orang yang bakal disiapkan pada tahun 2015, masa tu Extravaganza boleh dibuat di Malaysia. Waha!


Cerita Extravaganza aku

Everyone have their own story about this event. Aku pun sama. Aku mula start makan produk pada March 2008, Mei 2008 aku dah dapat result dan sebab result aku agak power, turun 12kg dalam masa 3 bulan, secara automatik aku terbuat bisnes. June 2008 dieorang pakat heboh pasal Extravaganza- Extravaganza- Extravaganza. Aku yang masih baru ketika tu, nak la jugak pergi sebab excited, tapi masa tu nak pergi kena qualify sebagai supervisor baru boleh pergi, memang azab la sikit jawabnya. Masa tu aku distributor biasa je. Buat jualan untung runcit dalam RM 400-RM700 sebulan. Dieorang kata lepas Extravaganza semua income meningkat, aku pun bodoh-bodoh ikut la nak pergi sama. Yang masalahnya SUPERVISOR


Supervisor ni tangga yang tertinggi dalam Herbalife yang dapat untung runcit paling tinggi. Kalau korang biasa dengar perkataan stokis, hah, ye lah tu. Stokis lah tu supervisor ni. Yang bestnya stokis ni takleh bukak kedai, sebab ia bergerak. Heh!

Masalah nak jadi supervisor sebab kena invest duit yang banyak – aku tak fokus pada masalah, cari solution. Solutionnya nak share dengan lecturer aku

Masalah datang lagi dengan last minute lecturer aku tarik diri – aku tak fokus pada masalah, cari solution. Solutionnya aku pun tak ingat dah, yang aku tahu bulan june tu aku dah bergelar SUPERVISOR!!!


Masalah

Dalam apa-apa bisnes ni, masalah tu adalah kawan baik kita. Aku rasa bukan pada bisnes sajalah, hidup kita ni pun banyak masalahnya yang tersendirilah. Yang bestnya, kita boleh pilih, sama ada nak merenung masalah tu dalam-dalam ataupun keluar dari zon selesa dan cari penyelesaian. Itu beza orang berjaya dengan yang kurang berjaya. Wahaha. Ada yang terasa?

Ok, masalah lagi, sebab last minute aku beli tiket ke sana – semua team aku dah beli tiket flight masing-masing dah. Aku check tiket, mak oi mahal betul tiket pada hari dieorang naik tu. Tengok lagi, tiket sehari awal tu murah lebih kurang RM 200 jugak, so aku beli yang tu. Terpaksalah aku berpisah dengan team aku :( sedih sedih macam nak nangis.


Naik flight awal

Dari KL ke Bangkok, aku naik flight sorang-sorang. Erk. Xde lah sorang-sorang. Ada ramai je orang dalam flight tu. Tapi semua aku tak kenal. Tu yang maksud naik sorang-sorang tu. Dijangka sampai pada pukul 11 malam, team aku akan sampai pukul 3 petang keesokkannya. Cuba teka aku tido kat mana? Haa, betul – kat airport!

Abang aku peringatkan aku, yang kat Bangkok ni ramai nyah nyah, jadi jangan rapat dengan mana-mana orang yang kelihatan pelik kat sana. Aku masa tu umo 20 tahun, 1st time berada di Bangkok, jauh dengan Malaysia, yang paling jauh aku pernah pergi masa tu kat Indonesia, tu pun macam nak nak nangis sebab teringat kat mak, boleh korang bayangkan macam mana perasaan aku masa tu? Huuu, sadis bila fikir balik. Aku gagahkan jugak tido kat airport tu sampai hari esok.

Nak tido kat hotel, takut diganggu mak nyah – ceh padahal takde duit sebenarnya!


Keesokkannya

Dipendekkan cerita (kena cencored sikit apa yang aku jumpa pada pukul 3 pagi kat airport tu, nanti korang takot nak pergi :p ) hari pun dah pagi. Tak mandi lagi, aku buat keputusan untuk tunggu team aku di hotel. Nak tunggu kat aiport, pukul 3 kot baru sampai. Jenuh jugak nak tunggu. Jadi aku pun pergilah dapatkan kenderaan untuk ke tempat hotel


Dengan sedikit kemahiran yang aku peroleh dari cerita amazing race, aku tengok nak pergi ke Hotel aku tu boleh dengan beberapa cara. Taxi, lrt atau bas. Taxi dia charga 500 baht. Mak oi, mahal. Tapi ni adalah paling selamatlah kan. LRT plak lebih kurang 200 baht, hurm, oklah tapi cuba teka apa yang aku pilih? Dengan BAS. 18 baht sahaja!

Dah la 1st time datang Bangkok, lepas tu naik bas pulak untuk ke hotel. Memang aku berbangga dengan keberanian aku dulu tu. Wahaha. Dah naik bas seawal pukul 6 pagi, sebab kat sana pukul 5 dah cerah – jangan lupa dah solat – sampailah aku ke hotel. Malangnya tak boleh nak check in lagi masuk bilik sebab team leader tak sampai lagi :(


Perut berbunyi

Sebab dah tak tahan lapar, nak marah kat orang hotel tu pun tak guna jugak, aku pun pergilah cari sesuap nasi. Ceh, nasi semua lauk babi babi je. Ada jugak itik, tapi itik yang masih ada kepala. Huh, tak halal ni! Pergi seven eleven, haaaa, ada roti tuna. Yuhuuu, boleh makan roti tuna =)

dah telan ngap ngap dah roti tu, nak buang plastik dia, baru perasan ada 'tuna with 2 pork slices'

macam nak termuntah kat situ je!

Oklah, aku rosa korang pun dah loya dengar aku termakan p*rk tu, kita pendekkan cerita, akhirnya team aku sampai. Bila dah team sampai tu, rasa aman yang amat sangat. Tang tu jugak aku pergi mandi, dan bersiap-siap untuk training.

Ok, layan gambar dulu

team amoi-amoi dari JB

mek mek dari Korea
Moi moi dari vietnam
Singapore-Indonesia-Malaysia
25 ribu manusia yang ingin ubah kehidupan jadi lebih baik


Kalau korang tanya aku berbaloi tak pergi Extravaganza ni setelah aku lalui pelbagai benda tu, aku katakan – YES, SANGAT BERBALOI! Balik dari event tu, aku dah buat keputusan untuk buat Herbalife sebagai kerjaya fulltime aku. Walaupun bulan september tu aku fly ke UK, tapi dah nampak hala tuju. Pengajaran yang paling besar dalam Extravaganza 'Hidup ni bukan untuk kita sahaja'

Balik dari event tu, dalam sbulan setengah aku berjaya habiskan produk yang aku laburkan tu, siap dapat duit untung dalam RM 2000. Gila tak happy masa tu budak umur 20 dapat bayaran RM 2000. tersangatlah happy!


Nak pergi ke tak EXTRAVAGANZA ni?

Bagi korang yang masih ragu-ragu nak pergi ke tak ni, korang cuma ada 2 pilihan macam aku ada. Teruskan ragu-ragu dan tengoklah nanti kat facebook aku upload gambar kat Singapore ataupun call Herbalife center dan beli tiket. TAKDE DUIT macam mana nak pergi? Sebab korang takde duitlah korang kena pergi. Yes, kita ni bukannya dewa ke apa, kita kena belajar untuk dapat ilmu. Kat extravaganza tu kita akan diajar macam nak berjaya. Yang paling best, dia ajar kita WHY kita nak buat bisnes ni. Trust me, its worth it!


Tahun ni extravaganza bukan keseorangan :)

Orang tanya aku, kenapa lambat sangat aku grow dalam bisnes ni. Haha. Diam-diam sudah. Syuhh syuhh. Heeee. Taktik nak berjaya dalam bisnes ni, kita kena ajak ramai orang untuk pergi bersama dengan kita. Makin ramai kita ajak, makin lajulah bisnes kita. Sebab aku tak laju tu, extravaganza pertama pergi sorang, yang kedua bawak sorang, yang ketiga pun bawak 4 orang je. Haha, macam mana nak grow? Alhamdulillah, kali ni aku bawak ramai orang. Walaupun bukanlah berpuluh-puluh, tapi aku bawak orang yang betul-betul berkualiti. InsyaAllah dieorang balik nanti akan tahu hala tuju mereka dengan Herbalife ni.

Aku doakan untuk korang =)

Jumpa di EXTRAVAGANZA!!!!


pss : orang Kubang Keriang jangan lupa esok joegrimjow nak belanja dinner (klik klik). waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Tokoh Industri Sukan 2012

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Jika turun 2.3kg berat


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

LIVE UPDATE : Sambut Birthday mak ke 64

Yeah, entry khas untuk adik beradik yang tak berada di rumah sekarang ni, sekarang ni tengah enjoy makan kek. wahaha. kek coklat pisang yang sangat sedap :)




Tapi tak celebrate kat mana pun, sebab mak tak larat nak keluar. Plan nak makan kat luar malam ni, tapi sebab dia tak berapa nak boleh jalan, celebrate kat rumah je lah. kat rumah pun best apa



Petang tadi pergi beli hadiah untuk mak kat KB Mall. Nak cari phone. Macam aku tanya kat entry ni kat facebook, terima kasih yang bagi idea akhirnya hp pilihan adalah

Samsung Galaxy Wonder!


Ok lah, nak sambung makan kek. Happy birthday umi ku sayang. Tahun ni bagi hadiah specel - menantu sorang! wahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Minta tolong korang sempena Hari Ibu

Oraite, straight to the point. Nak mintak reader blog ni untuk bantu aku dalam 2 benda di bawah ni. ooh, jasa kalian aku dahului ucapan terima kasih. tolong ok :)

1) Vote untuk contest hari ibu



Sekarang ni Dealmates tengah buat contest untuk hari ibu. TERKEBTULAN aku pun masuk. wahaha. Jadi korang yang ada masa, boleh tolong vote aku tak. Tak payah nak register apa-apa, just klik link ni dan cari gambar bawah ni




dan klik vote :)

Susah sikit sebab korang kena scroll ke kiri beberapa page, aku pun tak paham kenapalah dieorang tak bagi link unik untuk vote, kan lebih senang. hurmm. so, korang yang sudi vote, aku sangat hargainya okeh. Dah vote to, tweet2 lah aku kat @joegrimjow, manalah tahu dapat hadiah something dari aku :)


2) Nak beli hp untuk hadiah mak

Esok, 7/5/2012 merupakan birthday mak aku yang ke 64! Waha, mak aku dah 64 tahun dah, tapi masih kelihatan gagah perkasa :) Actually 2-3 bulan lepas dia sangat-sangat tak sihat. Memang runsing tengok keadaan mak aku. Lutut dia tu dah semakin 'tak sihat'. Alhamdulillah sekarang ni dah bertambah ok dah. Terima kasih yang doakan kesihatan mak aku

So, nak mintak tolong korang yang biasa update pasal hp ni, aku nak belikan hadiah untuk mak aku sempena besday dia esok. ni memang request dari dia 'NOK BELI HADIOH KO MI, BELI HP LA, HP MU UZUR DOH' ok, noted!

Sekarang ni, just nak hp yang miliki ciri bawah ni


  • Range harga RM 800 - RM 1000
  • Tak kisah jenama apa pun
  • Paling penting USER FRIENDLY

Mak aku ni takdelah kampung sangat, boleh diajar cara nak guna hp yang canggih2 ni kalau tak complicated sangat. Bagi korang yang ada pengalaman atau pengatahuan pasal hp ni, mintak cadangan hp apa yang sesuai untuk dibeli kat mak aku. tinggalkan kat ruangan komen bawah ni ya. 


Oraite, itu sahaja. sudi-sudikanlah menolong insan yang lemah ini, nanti giliran korang sampai, aku yang akan tolong korang dulu, waha!


pss : 2-3 hari ni sibuk tak update blog sebab keluarga cik tunang datang ke kelantan. sibuk melayan keluarga mertua. eh, belum lagi la :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bob Kuman pergi, Nayati selamat

Bukak twitter tadi, tengok ada twit dari kawan twitter 'Al-Fatihah to Bob Kuman' haish, dulu pernah ada orang kontroversikan berita kematian Bob Kuman ni, sekarang ada lagi? Cuba buat tak endah, tengok trending topic pun Al-Fatihah to Bob Kuman berada di tangga ke 5. Disahkan dengan baca pautan link yang diberi, baru percaya yang Bob Kuman yang terkenal dengan lawak jenakanya telah kembali ke rahmatullah 

Al-fatihah....


Nayati selamat



Nayati Shamelin Moodliar - kanak2 yang diculik beberapa hari lepas ditemui selamat hari ni. Satu berita yang melegakan. Takut juga jadi macam kes penculikan sebelum ini yang rata-rata ditemui mati. Bagaimana dia dibebaskan? penculik tu bebaskan dia dengan minta wang tebusan. Oklah, dari melakukan apa-apa yang tidak elok kepada dia, duit tebusan itu adalah cara terbaik. 

Hari ni kita kehilangan Bob Kuman, tapi kita terima berita Nayati yang selamat. Seorang pergi, seorang selamat. Entah bila giliran kita pulak


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Majalah lucah RM 1.50


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat Hari Buruh - Ikhlas dari Bos

Selamat hari buruh semua!

Wah, pukul 11 malam lebih baru nak wish ya? Better late than never. heh. Hari ni 7 jam digunakan untuk drive dari KL ke KB dan 3 jam lagi tido, memang malam macam ni baru boleh nak online dan menulis. Sebab tu lewat tu. alasan semata-mata


Hari ni hari buruh



Hari ni di Malaysia dan kebanyakan tempat di negara merupakan hari cuti  sempena Hari Buruh atau lebih dikenali sebagai Labour Day. Hari dimana buruh-buruh dan juga bukan buruh bercuti sakan. takdelah sakan sebab esok dah start kerja balik dah. hoho. Bagi bos pulak, hari buruh ni mesti ambil peluang untuk spend dengan family masing-masing

Gerakan 8 jam sehari. Sebenarnya labour day ni bermula sejak awal lagi dengan gerakan yang dipanggil 8 hour day movement. 8 jam sehari digunakan untuk bekerja, 8 jam sehari untuk berekreasi dan 8 jam lagi untuk rehat. Dulu2 banyak kerja dari rehat, sebab tu lahirnya gerakan ini untuk menyedarkan bos-bos diluar sana yang buruh atau pekerja ni bukannya robot boleh kerja 24 jam sehari. Sekarang ni, banyak negara dah sambut hari buruh ni. termasuklah Malaysia


Gaji minimum di Malaysia

Akhirnya, semalam PM dah umumkan gaji minimum untuk sektor swasta di Malaysia iaitu RM 900 sebulan atau RM 4.33 sejam. Dah lama dah NGO mendesak agar kerajaan tetapkan gaji minimum ni, tapi mungkin sebab banyak masalah yang timbul, semalam baru PM kita umumkan. Di sarawak dan labuan RM 800, murah skit. Ok lah tu dari tiada langsung

last sekali, selamat menyambut Hari Buruh 2012 dengan jayanya kepada korang yang menyambut. Esok jangan lupa pergi kerja ya. wuhu!

pss : lusa nak jumpa dengan PM :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW