Share

Pengalaman jadi suami (episod satu)

Alhamdulillah, dah selamat jadi suami orang :)


Actually dah lebih sehari dah, tapi baru nak update. haha. Maklumlah, sibuk uruskan segala macam hal, hari ni baru boleh berada kat depan laptop untuk menaip. Malam ni pun memandangkan malam kedua jadi suami orang, paham-paham lah kalau entry ni pendek. wahaha

Just nak ucap terima kasih pada semua yang wish kat ruangan social media ni. Memang aku lebih ramai kawan kat internet compare kat luar sana. haha. sebab tu best kalau ada blog ni, boleh buat kawan! Ada yang wish kat fb, twitter, blog, memang sangat-sangat hargainya. 

Secret-secret gitu

Ada jugak orang duk kata yang aku nikah ni agak secret-secret. Entahlah, kalau korang follow aku kat twitter, memang tahulah tu bukan secret. asyik duk twit pasal kawin je. 20 minit nak akad nikah pon sempat lagi bertwit. haha. Tapi memang betul, memang cuba nak rahsiakan sehabis elok, adalah sebab alasan dia, tapi sebab dah kawin sekarang, bolehlah heboh satu dunia - AKU DAH KAWINNNN :)

Sebab ni episod satu pengalaman jadi suami orang, haruslah entry ni pendek. Yang korang kena tahu camne feel jadi suami orang ni - sangat best! 

Tanggungjawab memang besar, tapi best dia lagi besar. haha
Bebanan dia memang besar, tapi best dia lagi besar. haha
Cabaran, dugaan, pancaroba memang besar, tapi best dia lagi besar. haha

Happy-happy ni pun, hati kecik ni still doa supaya aku boleh jadi yang terbaik untuk isteri aku. Doa ya supaya aku bleh jadi suami baik :)

Episod 1 dah habis, tunggulah episod 2, 3, 4 pulak. tu pun kalau ada lah. haha. bubye, nak tido duluuuu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 comments:

Shahada Fauzi said...

Mabruk! Barakallahulakuma.

seronok ye dah jadi suami orang..hehe..comei isteri..semoga rumahtangga sentiasa diredhai Allah..^_^

Zaharah Jamilah said...

tahniah saudara dah bergelar suami
semoga dapat nikmat mawaddah wa rahmah

farhana said...

Alhamdulillah. Tahniah! =)

ishy77 said...

congarts !

feezz said...

bole tau apa yg besarnya? haha. tahniah...=)

APi said...

tahniah Joe..
semoga kekal hingga sorga.. =)

munamuni said...

tahniah, Joe, matang sikit e lepas nih..huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tahniah Joe!

Barakallah :)

Puan Simply Syeeda said...

Barakallahulakuma! Tahniah joe. Semoga dpt mnjd suami yg baik dan membimbing isteri hingga ke syurga.

Muaz Nabil said...

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajamaa bainakuma fi qair... tahniah Joe :)

Nur-nba said...

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Joe dan isteri.. Semoga berbahagia hingga ke syurga.. Amin.

Cepat2 sambung entri part seterusnya.. :)

Etty Selamat said...

Tahniah abg Joe!!

Dhiera nadhirah said...

barakallah!

gadisBunga™ said...

heheheh.

tahniah joe. comel dua dua. ;D

obat penyempitan pembuluh darah said...

semoga terwujud rumah tangga mawadah, sakinah, dan warohmah..

atty's said...

tahniah joe..selamat pengantin baru
semoga bahagia hingga ke syurga.amin

Marcella said...

tahniah...

moga bahagia hingga ke jannah :)

anyss said...

Assalamualaikum,
Barakallahulakuma. semoga berbahagia selalu dunia akhirat. Selamat menempuh alam baru. Tambah ganerasi cepat2 ya...

Naim Marinin said...

tahniah joe. semoga kekal ke syurga. =)

n-u-r-u-l said...

Marha2....
Barakallahukuma....
moga bahgia until jannah...
jadilah zauj yg soleh yang boleh bimbing zaujah jadi solehah...
jangan jadi zauj yg dayus yang membiarkan zaujah ke arah keburukan if tahu hukum hakamnya....
insya Allah selagi akal berlndaskan syarak.. Allah akan pelihara kita dengan sebaiknya di bawah rahmatnya ... Amin....

n-u-r-u-l said...
This comment has been removed by the author.
n-u-r-u-l said...
This comment has been removed by the author.
misz beauty said...

tahniah joe... baru pasan da nikah... tak update sebab masa ni kat china... hihihii... semoga bahagia hingga ke syurga... amin :-)

Anonymous said...

wah saya jadi pengen tuh

Anonymous said...

wah selamat ya

obat kolesterol said...

salam sehat gan

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW