Share

4 kesilapan biasa orang sedang berdiet

Sekarang ni masih lagi gigih untuk menyiapkan ebook pertama aku. Rasa tak best pulak jadi blogger tapi tak buat ebook. boleh macam tu kan? tapi jangan risau, ebook aku ni memang perancangannya untuk bagi free kat korang. Doa-doalah aku diberi kekuatan untuk menyiapkannya eh. Pasal apa - tungguuuu!

#tipskurus

Korang ada twitter? Kalau korang ada twitter, boleh follow aku di @joegrimjow atau ikuti #tipskurus untuk dapatkan tips-tips yang mungkin berguna untuk korang amalkan agar dapat kesihatan yang optimum. Kesihatan, siapa yang tak mahukan? Okeh, kali ni aku nak share dengan korang apa kesilapan yang biasa orang lakukan ketika sedang berdiet


Kalori yang tersembunyi



Ramai yang berdiet dengan berhati-hati dengan pengambilan kalori. ya, memang betul dan sememangnya itu adalah sangat dituntut. Jangan makan terlalu banyak kalorinya adalah konsep diet yang betul. Tapi ramai yang mengambil berat pasal kalori makanan utama sahaja. contoh ketika makan tengari atau malam sahaja. tapi masa mulut mengunyah dalam waktu rehat - ramai yang tidak mengira. Minuman pun kalau terlalu tinggi gulanya - bergas sebagai contoh jumlah kalorinya sangat banyak. Berhati-hati dengan kalori yang tersembunyi okeh


Tahan makan terlalu lama



Ada juga yang mengikat perut ketika berdiet. Maklumlah mahu kurangkan jumlah kalori punya pasal, sanggup ikat perut. Sebenarnya kalau korang tanya pendapat aku, aku tak bersetuju untuk berlapar bagi menurunkan berat badan. Sepatutnya perut kita sentiasa kenyang dan kalau lapar pun, jangan terlalu lama. ini kerana kita akan end up makan terlalu banyak lepas tu. takde dah fikir pasal diet, fikir pasal nafsu je masa tu!


Tidur yang tidak mencukupi



Walaupun tidur dan diet ni dua entiti yang berbeza, tapi tidur yang berkualiti sangat penting ketika berdiet. Maksud berkualiti tu bukannya semata-mata lama, tapi lebih kepada cara kita tidur, dimana kita tidur - 7-8 jam sehari dah ok. Bila kita tidur dengan berkualiti, otak akan jadi fresh dan berada dalam kawalan kita. selalu ingatkan tuannya kalau nak makan banyak tu 'hei, ko sedang berdiet masa ni!'


Air yang tak cukup



Diet yang seimbang perlulah diseimbangkan dengan jumlah air yang mencukupi. Bergantung kepada korang, biasanya 8-12 gelas sehari dah cukup. Tapi bagi aku, lagi banyak korang bleh minum, lagi ok. Makan makanan yang berkhasiat tapi air yang tak cukup dalam badan, sama macam korang naik porche tapi ikut jalan yang tak berturap. laju tak? Jadi, sediakan 'jalan' untuk zat-zat ini masuk dalam badan korang dengan minum air yang secukupnya


******

Oraite, tu sahaja kesilapan-kesilapan biasa yang aku boleh detect. Kalau korang ada pengalaman, boleh share-share di bahagian bawah ni. sangat menghargainya :) oh, by the way, aku dah siapkan laman 'personal wellness coach' kat sini, bolehlah usha-usha ya. kot2 nak jurulatih penasihat peribadi, boleh terus tengok-tengok. klik siniiii


pss : gambar semua nak pompuan je. haha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 comments:

gadisBunga™ said...

saya tengah diet dgn herbalife. tang lain ok sesangat. tapi tang air tuh...adeyyy penat nak minum banyak2...

sebab penat nak gi toilet sebenonye. huu~

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@gadisBunga™

waaa, bagus2. amalkan je, dengar kata coach :)

Jelly Gamat Luxor said...

makasih ya triknya..
salam sehat..

Debbie said...

saya tengah diet dgn herbalife. tang lain ok sesangat. tapi tang air tuh...adeyyy penat nak minum banyak2... sebab penat nak gi toilet sebenonye. huu~

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW