Share

3 gadis dan 1 teruna

Semalam memang aku banyak habiskan masa di rumah. EOM - End Of Month memang hari yang kritikal untuk semua orang Herbalife. Hari terakhir untuk order barang semua dalam bulan tu. Bulan ni ada promotion 5 get 5 lagi lah masing-masing berlumba untuk lengkapkan pembelian masing-masing

Sebab dah satel agak awal, memang tak tertekan sangatlah. Sebab tu banyak kat rumah follow up semua custmr untuk order barang cukupkan volume masing-masing. Tengahari tu pergi pos barang kat alamanda dan masukkan duit ke atm kat petronas presint 16, terus balik dan banyak buat kerja kat rumah kat putrajaya ni

Finish strong!!

Rumah kakak aku ni ada 3 orang gadis. 2 kakak aku dan sorang sepupu aku. Tapi kalau berada kat dalam rumah ni, memang sangat jarang jumpe dieorng. Pagi kerja, malam baru balik. Macam gambar kat bawah ni aku tangkap pukul 8 malam - masih kosong! keseorangan aku :(

2 alat timbang kelihatan disitu

  • kakak sulong aku balik pukul 9 - kerja kerajaan kat JPA. ada urusan kat airport sambut siapa entah
  • kakak sorang lagi kat dominos kajang. katanya pukul 8 balik tapi sampai skrg tak nampak batang hidung. Hari ni balik pukul 2 pagi sebab closing stall!
  • sepupu aku kerja kat KL, dia naik erl dan tukar-tukar train ni jadikan sampai sekarang tak sampai rumah lagi

Kerja dan Masa

Aku rasa syukur sangat aku terjebak dalam Herbalife ni. Boleh pilih waktu mana yang kita nak buat kerja. Aku tak kata buat Herbalife ni duduk rumah goyang kaki je tak, tapi kita boleh pilih cara mana yang sesuai dengan kita. Macam aku kebanyakan dari internet, memang masa di internet tu lebih sikit. Masa diluar tu kita boleh adjust sendiri

Macam hari ni, banyak kat luar pulak sebab banyak nak kena follow up sebab esok balik Kelantan dah, pagi tadi ke kajang, terus ke seremban service kereta jap, jumpa custmr sana dan nak balik singgah ke KUIS Bangi sebab ada appointment dngn org baru then terus balik rumah.

pukul 8.34 malam masa aku tulis entry ni semua 3 gadis tu takde lagi dalam rumah tak balik :(

Freedom of time

Sometimes benda ni aku share dengan dieorg pasal kelebihan masa buat Herbalife dieorg tak interested. Lagi suka pergi kerja awal pagi balik malam 5 hari seminggu (kadang2 6 hari seminggu) Aku berada kat tempat dieorang tu pergh xtau la berapa lama aku boleh tahan. Tapi orang kata kan, lain orang lain pendapatnya, yang penting dieorang happy, kita happy je lah

So, kesimpulan entry ni - korang nak kerja macam kebanyakan orang ke atau nak kerja macam aku, korang pilih. Nak kerja macam aku, haaa, apa lagi contact jangan tak contact :)

pss : Pagi esok flight pukul 8 balik Kelantan, work work work!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW