Share

Pandangan aku mengenai filem Innocence of Muslim

Masa kat Macau beberapa hari lepas, memang kat time line twitter aku penuh dengan key words 'hina islam' 'watak nabi' 'filem hina nabi' 'innocence of muslim' dan macam lagi lah ragamnya yang menulis mengenai ketidakpuasan hati mengenai sebuah filem yang bertajuk Innocence of Muslim. Yang menambah lagi kemarahan orang Islam adalah pihak youtube tak nak tarik balik video yang bertujuan menghina Islam tu

Hari ni banyak demo diadakan untuk menunjuk ketidak puasan hati kita. Tanda sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW tanpa berbelah-bagi

Salah satu babak


Sebuah pandangan aku

Bagi aku yang sempat menonton filem tu sebelum di buang sepenuhnya (aku tak tengok habis, korang akan tahu kenapa) ada beberapa perkaralah yang aku boleh bagi kesimpulan


  • kualiti video yang tersangat kurang
  • dialog yang memang peringkat tadika je yang mengarang
  • lagak, suasana tempat memang tersangat low class
  • tak terasa dieorang menghina Nabi kita, rasa kesian adalah kepada pengarang yang begitu bodoh hasilkan filem sedemikian rupa


Jangan salah faham pulak yang aku menyetujui filem ini dibuat, tapi kalau korang pernah tengok filem tu sendiri, konfem korang pun rasa sedemikian rupa. Lainlah kalau memang ada sebuah company yang hebat, belanja juta-juta dengan pelakon pun mantap-mantap bikin filem dan filem tu memang khas untuk menghina Islam, memang aku marah, tapi dengan pengarah yang bodoh macam tu hasilkan filem yang tersangat low-class ni, serius aku tak rasa terhina

perumpamaan yang kita boleh aku buat, macam kita kaya raya ada harta berbilion ringgit then ada sorang ni datang ke pintu pagar rumah kita  hina caci maki kita kata kita terima rasuahlah, bukak casinolah, buat bisnes dadahlah. korang rasa terhina ke rasa kesian? aku rasa kesian dengan org macam ni

Tak tak, aku tak salahkan orang yang berdemo tu, tu cara mereka

Point aku kat sini, we are reacting too much! Masih banyak lagi kes yang SEDANG berlaku sekarang ni yang mengganggu-gugat masyarakat Islam. Berapa banyak lagi yang dibunuh di Syria dari hari ke hari dan masih berlaku, di palestine yang masih lagi sampai sekarang tak dapat balik hak tanah mereka dan kat jiran kita Thailand pun nak amalkan Islam pun susah sangat walaupun tempat itu sememangnya majoriti masyarakat Islam

Aku rasa sengaja dieorang bangkit filem bodoh ni, untuk bagi kita lupa dengan jenayah2 yang dah memang mereka SEDANG buat sekarang ni


Filem bodoh

Pelakon dalam filem tu pun sendiri tak tahu yang dia berlakon dalam filem yang menghina Islam. Siap kemukakan saman lagi kepada youtube sebab tunjuk video macam tu. Dan lelaki yang berlakon tu pun tak sebut Muhammad, tapi perkataan lain dan diubah sesuka hati oleh pengarah bodoh tu. 

Tapi jangan terkejut, filem yang bertajuk Dessert Warrior pada awalnya ini telah akibatkan seorang duta US di Libya terbunuh, 3 lagi mati. Banyak kedutaan US diserang di negara-negara lain. Agak-agak orang bukan Islam yang tengok keadaan ni berlaku apa yang dieorang fikir? Macam ni ke apa yang agama kita ajar? 

Janganlah kita marahkan si bodoh, sebab nanti kita terbodoh sama!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 comments:

✿....rossa alina....✿ said...

saya xtengok pun movie tu sebab tak nak tengok..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

kita berdemo sbb kononnya cinta kn Rasulullah..tp andai Nabi S.A.W masih hidup, aku rasa Nabi S.A.W lebih sedih..sbb kita tak ikut pn ajaran die jaga akhlak dan dakwah dgn berhikmah..

nurdani said...

ada logiknya jugak dengan apa awak cakapkan tu. mungkin diorang sengaja nak bagi kita semua ni lupa dengan kekejaman di syria, palestine ..hm.

Aunty Nusrat said...

aunty pun ada terfikir...mmg tak salah berdemo dan tunjuk perasaan.dan kita pun bukan bermaksud 'berdiam diri' bila tak join demo.tapi nampaknya macam ramai leka dek demo yang boleh dikatakan 'slow solution'. percayalah dgn solat dan doa saja dpt 'recharge' iman kita.moga semua muslim 'recheck' diri sendiri sedalam mana kasih dan cintanya kita kpd NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD SAW. wallahualam.
ps: sometime the way we react < profesional sebab bila demo jerit2 berlaku. sepatutnya berkumpul dgn baik dan diskus 'how to overcome all this'.

gadisBunga™ said...

bagus joe! ramai yang tengok pastu kutuk2 emo2, padahal klip tu nak dikatakan filem pun tak layak. lagipun kan ke kite sendiri dah tau pasal sirah nabi, yang pegi tengok citer tu sekadar utk amik tahu apa yg diorg buat...nak buat hape?

bersorak laa si pengarah yg pathetic tuh~

perantauminda said...

Kempen Aurat:
Jangan bertudung tetapi seksi.

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

cikya lah said...

Joe oh JoeGrimJow.

Assalam. Ni cikya ni.

boleh bagi contact No tak?
pasal herbalife.

rasa ada dm kat tweet

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@cikya lah

0169640972

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW