Share

Kerja sebagai cikgu mudah atau susah?


Setiap pekerjaan kalau tidak disertai dengan niat yang betul, memang akan jadi porak peranda. Apa maksud niat yang betul? Bagi kita yang beragama Islam – niat untuk mendapat keredhaan Allah supaya rezeki yang diperoleh dapat mendekatkan diri kita lagi dengan Dia. Jika tidak ada niat ini dalam pekerjaan kita, tidak kiralah apa bidang kita bekerja, swasta, dalam kerajaan ataupun berbisnes percayalah kerja yang kita akan buat tu macam-macam jadinya

Ada yang curi tulang
Ada yang buat sambil lewa
Ada yang makan gaji buta
Ada yang menipu
Ada yang mengambil rasuah

Walaupun aku ni kerja dalam bidang ketegori bisnes, entry ni aku nak ulas tentang perkerjaan yang dipanggil PENDIDIK dan lebih spesifik yang mengajar di SEKOLAH. Tak kiralah apa yang korang panggil, cikgu ke, guru ke, ustaz ke, teacher ke – korang faham kan golongan yang aku tuju ni kan? Beberapa hari ni entah timeline aku ataupun korang pun alami benda yang sama – meriah dengan orang share link tentang seorang blogger engineer perempuan yang menulis dalam blognya mengatakan kerja cikgu ni 'begitu mudah'

Memang penulisan tu aku sekali baca agak sakit hati jugaklah walaupun aku ni bukan dalam bidang perguruan, tapi tadah je lah, memang ada orang yang macam tu wujud kat muka bumi ni. Jadi aku nak ulas sikit, tentang bidang kerja seorang guru


1) Kerja yang fix, pukul 8 pagi hingga 2 petang



Memang kalau kita tengok kerja seorang guru ni masa kerja dia tak lama berbanding dengan waktu kerja bidang lain. Lebih kurang 7 jam dan kalau ada kelas tambahan adalah dalam 9 jam. Tapi dalam 7 jam pun, hanya berapa jam saja yang waktu mengajarnya. Mungkin 3 hingga 4 jam sahaja. Sebab tu ramai yang jeles dengan bidang perguruan ni. 

Bagi aku tak mengapa waktu yang sikit ni, mungkin itu kelebihan seorang guru tapi asalkan dia memberi yang terbaik sewaktu mengajar, dan persiapan sebelum mengajar, ia dah lebih dari mencukupi. Tambahan pulak akhlak dan sikap anak didik bertambah baik, lagi-lagilah memadai. Ada juga yang buat sambil lewa tu kita tak boleh nak salahkan bidang perguruan ni, tu salah guru tu sendiri yang mungkin aku cakap tadi kerja tak disertakan dengan niat yang betul


2) Buat part time dalam waktu kerja



Ada jugak sesetengah guru yang buat kerja lain semasa waktu kerja. Tak kiralah meniaga kain ke, jual tudung ke, biskut raya ke dan pelbagai lagilah. Macam kat atas tadi, aku rasa benda ni ok selagi tak mengganggu tugasnya sebagai guru. Alah, jangan kata gaji seorang guru tu cukuplah, memang tak cukupnya. Mak aku pernah kata, jadi cikgu ni nak hidup senang boleh asalkan kita kerja dengan betul, tapi nak hidup mewah memang tak. 

Memang nak hidup mewah ni takde benda lain melainkan buat bisnes. Meniaga. Kalau seorang guru tu dapat gaji basic katakan RM 2000, tambah pulak dia buat bisnes part time boleh dapat lagi another RM 1000, bukankah nilai zakat yang dia akan bayar tu bertambah. Masyarakat kita jugaklah yang akan dapat habuan dia. Tak gitu?

Tapi janganlah sampai meniaga tu masa mengajar pun sempat lagi jual biskut raya kat anak murid


3) Buat kelas tambahan pada waktu malam



Tuisyen pada waktu malam ni lagi satu benda yang glamer untuk para guru. Menjadi pertikaian kat sini, seorang guru tu tak memberi yang terbaik semasa dalam kelas tapi masa kat tuisyen bukan main lagi dia bagi komitmen sampaikan muntah kedarah yang join tuisyen dia tu dengan homework yang diberi.

Sekali lagi aku tak rasa benda ni jadi kesalahan. Tak jadi kesalahan kalau dalam kelas dia dah bagi yang terbaik dah. Sebabnya ada sesetengah anak murid ni tak sama macam dengan orang lain. Dia perlukan 'lebih' berbanding orang lain. Jadi tuisyen ni memang untuk orang macam ni. Tapi sekarang ni tak, mentaliti ibu bapa yang menghantar anak ke pusat tuisyen pun rasa pusat tuisyen tu akan bagi lebih baik dari kat sekolah sebab berbayar

Walhal kat sekolah tu pun guru yang mengajar berbayar jugak ye tak?


*******

Cukuplah kot 3 benda yang aku tulis. Panjang-panjang pun jadi tak best pulak nak baca ye tak? Tapi betul, tugas sebagai guru ni paling mudah untuk seseorang tu alpa. Senang untuk curi tulang, senang untuk tidak memberi yang terbaik. Jadi aku nak ajaklah kepada warga pendidik sekarang kita tengok masyarakat kita sekarang, tak payah jauh kita tengok anak-anak murid yang kita ajar tu je macam mana sikap dia, semakin besar semakin ok ke semakin besar semakin teruk? Sebenarnya tu reflect yang kita ajar kepada dieorang. Memanglah bukan salah guru 100% kalau seorang pelajar tu teruk sikap dia, mak bapak kat rumahlah, media massa la, macam2 lagilah, tapi sebagai seorang guru kita pun menyumbang jugak kepada perubahan sikap seseorang pelajar

Kalau korang sebagai guru rasa BERATNYA tugasan korang sebagai guru, maknanya dah betullah tu tapi kalau korang tak rasa apa-apa, pergi sekolah balik sekolah SENANGNY jadi guru ni, korang kena buat sesuatu. Mungkin ada kat mana-mana yang tak kena tu

Selamat mengajar cikgu-cikgu sekalian :)


pss : Jumaat ni jom main bowling jom. lepas solat Jumaat. kawan2 kat kelantan roger2 eh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 comments:

nurdani said...

setuju sangat-sangat.
saya pernah jadi guru tadika. mula-mula kerja tu, ingatkan senang gila kerja ni. tapi hakikatnya sangat sibuk, mencabar, takda masa. sampai lewat malam buat lesson plan etc etc.

on weekends, ada meeting, sediakan aktiviti. waktu cuti sekolah pulak, kena bekerja untuk sediakan apa patut untuk kelas tahun depan. kerja guru tak mudah sebenarnya.

dalam setahun saya berhenti sebab saya tak sekental guru-guru yang ada di Malaysia. tahniah kepada guru-guru yang dah berbelas berpuluh tahun jadi guru.


panjangnya komen ni. hehe

gurumusafir said...

:) just penyejuk hati. Cikgu bukan mudah sebab utama nak ubah mentaliti and peribadi pelajar. Kalau sekadar mengajar tanpa pengisian rohani yang cukup untuk murid, satu kaki ke neraka. Nauzubillah

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@nurdani

panjang xpe, bermanfaat
;)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@gurumusafir

nauzubillah,jadi cikgu berkualiti okeh

Sayacikgu, ada masalah? said...

sy cabar awak datang ke sekolah sy mengajar dalam masa seminggu...ganti sy leh?
sbg ketua panitia...sbg penyelaras tahun 1, sebagai guru pembimbing selepas PNP tahun 6, sebagai guru mata pelajaran moral tahun 1 dan 3, guru mata pelajaran bahasa inggeris tahun 1, 3 dan 4...tanda buku selepas bagi latihan utk 240 murid setiap kali lepas bagi latihan...sbg jurulatih bola jaring sekolah latihan di adakan setiap ari selasa dan khamis pukul 4.30ptg - 6.00 petang...dan tugas2 khas sy yg lain...

CIkguyangsabarselalu said...

"Memang kalau kita tengok kerja seorang guru ni masa kerja dia tak lama berbanding dengan waktu kerja bidang lain. Lebih kurang 7 jam dan kalau ada kelas tambahan adalah dalam 9 jam. Tapi dalam 7 jam pun, hanya berapa jam saja yang waktu mengajarnya. Mungkin 3 hingga 4 jam sahaja. Sebab tu ramai yang jeles dengan bidang perguruan ni.

Bagi aku tak mengapa waktu yang sikit ni, mungkin itu kelebihan seorang guru tapi asalkan dia memberi yang terbaik sewaktu mengajar, dan persiapan sebelum mengajar, ia dah lebih dari mencukupi"

Percaya atau tidak isi yang ini agak mengguris hati kami para guru juga.. mmg btul kata encik joe,kami mengajar lebih kurg 3-5 jam sahaja sehari..tp utk pengetahuan encik Joe tugas PERKERANIAN KAMI SANGAT BANYAK !
Sebagai contoh sy memegang jawatan S/U Panitia Bahasa Inggeris, nak settle minit mesyuarat, settle fail,settle post mortem exam, nak jalankan bulan bahasa inggeris, nak cari wakil budak utk bercerita la,choral speaking la..blablabla.. and sy juga pegang jawatan guru kelas. yang ini tak payah cakapla...hari2 kena amik attendance..jika budak tak hadir kena masuk rekod and pastikan surat dr ibu bapa ada, nak pegang duit rumah sukan la..PIBG la..nak hias kelas lagi, budak tak sihat kena jaga, blum masuk kebajikan murid kelas, belum masuk kena key in nama murid2 dlm laman web lagi, belum masuk bila masuk time exam nak kena teliti pencapaian murid...n plg penting kerenah ibubapa especially di wilayah persekutuan ni mcm2 jenis ada..tan sri,dato,datin...bla bla. Sy juga pegang jawatan guru pengawas, S/U Latihan Dlm Perkhidmatan yang mana uruskan kua masuk kursus guru dalm dan luar skolah, key in online, ada nazir memantau, rekod kena update selalu dlm online...bla bla bla.. Sy juga Penyelaras murid tahap 2. Semua murid adlh dibawah jagaan sy. Belum masuk lagi sy pengurus pasukan rumah kuning...bila hari sukan mcm2 hal kena urus..duit,perbarisan,makanan,minuman,ibubapa dan kerenah2 mereka... sy juga guru penasihat persatuan sains n math serta guru pengakap..kena buat rancangan tahunan akviti bagi kedua2 persatuan..minit mesyuarat,handle budak setiap petang rabu sbb kokurikulum setiap ptg rabu.. and utk pengetahuan sedara joe, setiap TUGAS2 KHAS ADA FAIL DAN PENGURUSAN FAIL AMATLAH DITITIKBERAKAN DI PUTRAJAYA NI ! And kalau nak list memang tak larat..serius saya bukan nak minta simpati..tapi kami dah banyak terasa hati dengan mereka2 yang tidak tapi MERASAKAN TAHU ini :).

So encik joe, agaknya sikit kah 3-4 jam waktu mengajar itu bila dicmpur dengan hal2 perkeranian ? banyak hal yg org luar tak tahu tambahan lagi skrg bidang pendidikan semua naik taraf...kebanyakannya online dan manual, dua2 kena buat.

Sekadar pandang tidak merasa belum tentu awak tahu semuanya :). peace :)

piNky LuCiA said...

Hmmm.. aku xnak komen lebih2. Sbb aku pun gitu jugak. Terasa sana sini tu biasalah.

Sebelum korang yg rasa tugas guru ni senang bercakp dengan lebih banyak, baik korang rasa dulu mcm mn jadi cikgu.
Terutamanya kpd budak lemah.

Kita xkan tahu apa rasa nya biskut kalau kita tak makan. Maka makanlah supaya kamu akan rasa pahit manisnya.

Sekian.

Anonymous said...

hehe..senyum saya jadinya membaca komen2 para cikgu2 disini,saya sebagai seorang pendidik..memang tidak menafikan semua tanggungjawab tu mesti jalankan dengan sebaiknya.bagi saya, entry Joe ni menarik juga,sekurang2 dpt share pandangan dan luahan hati para cikgu2 diluar sana..semua tu memang betul,saya rasa Tuan blog memang sedikit sebanyak mengetahui kerjaya guru ni..iakan..tak perlulah kita para cikgu huraikan semua tugasan tu,yang penting..jalankan dengan sebaiknya...'you must love what you do..,yg penting,jlnkan amanah,dp pahala..untung dunia akhirat..amin..insya Allah..=)

from : saya cikgu kecil..

Anonymous said...

tugas guru ni sama mcm tugas org keje pejabat. sape kata keje guru ni mudah dan senang. klu kata melepak, keje kat ofis tu pon ada je melepak. dok berborak huhahuaha dah amik ms keje.
cikgu bukan setakat mengajar. ada keje lain kene buat. yg koko nye. yg nk tnda buku nye.. aktiviti lain lg la.. itula inilah.. klu kata tugas guru tu mengajar je, x ada tanda2 buku n aktiviti lain, barulah dikatakan tugas guru tu mudah. saya pon nk jadi guru klu mcm tu. mengajar je. xpyh buat keje lain :) keje lain tu bg kerani buat. boleh??

bareessence said...

betul tu, biarlah jadi guru yang betul2 bertanggungjawab. mengajar ni bukan senang malah mahu mengubah masa depan pelajar juga bukan mudah.

Anonymous said...

@CIkguyangsabarselalu



btl 2....sy ni ckgu pra tp kerja punye la byk.....sy start msuk clss seawal jam 6 lbh smpila budak sy blik...lps 2 nk semak buku budk, buat RPH, buat failing, attand mneeting lagi...kene pegang jawatan2 kt skola..yang pntg kna urus budk dgn baik (menjaga & mendidik budk). lagi2 klu dpt PPM yang tidak membantu lagi sakit..sume keje ckgu kna wt sdri..nk urus clss, urus mkn minum budk, nk ajar budk...nk kene bersoal jawab ngn parent lagi psl perkembangan & prestasi budk..kna sdiakan BBM lg...sape ckp keje cikgu mudah??ape pon sy enjoy dgn kerja sy ni..sy happy bila tgk anak2 murid sy menampakkan perkembangan yang positif..penat lelah terbalas sekiranya anak2 murid berjaya & ad yang menghargai kita...renung2kan dan slamat berfikir...peace <3

Anonymous said...

Sy seorang process engineer yang pernah menjadi guru ganti mengajar di sekolah menengah.ape yg sy dpt tgok due2 keje ni ade susah ade senangnye.Cabaran yg paling besar sy rase time jdik cikgu ialah macamane nak handle pelajar2 tambah2 lg kelas2 hujung.Serius pengalaman walaupun sekejap mengajar tp cukup untuk rase serik nak jd cikgu lg.bile sembang2 same cikgu2 laen macam2 cerita tentang perngai budak2 ni,mmg seram dengonye.Kalo engineer org bwah buat perangai boleh repot bos,silap2 esok kene pecat.kalo murid2 xkan senang2 nak buang sekolah kan?sebab tu sy respek cikgu2.Tabik2

What's Hot said...

Salam Ziarah Nice blog awak. Teruskan usaha anda.

duniafana said...

cikgu ni kena sesuai ikut zaman...byk tech skrg yg memudahkan kerja guru

Mr Lonely said...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Anonymous said...

yo lah. tech ada tp facilities takde, tak guna gak.

wong lan said...

x nak komen apa2, tahniah le pada anda sebab berjaya... dan tahniah pada mereka yg membuatkan anda mengenal A B C, 1 2 3 ... tapi x pasti le jika anda dilahirkan dengan ilmu pengetahuan yg sempurna tanpa perlu menerima didikan dari seorang gur

eanlily said...

marilah rs mcmana jd guru.
pd y x de kekuatan mental anda akan SERIK.

never condem if you not experience it.

sy x merungut.cume nk menyeru anda meradai pengalaman bereksperimen dan diperalatkan oleh sebahagian pelajar@ pentadbir. krn anda akan menjadi Alat utk kemudahan org lain. tp insu anda x kisah, krn anda lakukannya krn Allah :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW