Share

Adik penjual kerepek

Lebih kurang 4 hari lepas aku ke Haza Bistro kat KB bersama dengan custmr aku. Kat Kelantan ni bukak kedai makan, buat hiasan mewah sikit dan harga berpatutan, memang ramailah yang akan pergi. Bawak custmr aku ke sana bukan apa, sebab dah janji dengan dia kalau dah achieve target aku belanja. Coach yang baik katakan, turun berat pun dapat penghargaan :)

Sedang aku makan, datang seorang budak yang jual kerepek. Dia datang ke meja aku dan cakap

"kerepek bang"

Kesian punya pasal, belilah sedikit sebanyak!

Cuma sharing ringkas di tengah malam, aku lebih suka keluarkan duit untuk tolong orang yang bekerja macam ni. Daripada datang mintak sedekah dan menagih simpati, apa salahnya kalau kita jual sesuatu.

Walaupun custmr aku kata tu mungkin macam sindiket, sindiket pun sindiketlah yang penting dia ada usaha untuk menjual dan jana pendapatan. Dari menagih tak menentu, baiklah meniaga apa yang patut

Budak tu jugak buka mata aku untuk muhasabah diri balik. Rasa syukur sangat aku dilahirkan di keluarga aku sekarang. Masa kecik tak pernah merasa susah seperti dia. Tak payah nak bersusah susah sebab ayah yang tanggung semua. Lagilah semangat aku nak kerja, nanti anak aku pulak tak merasa susah dan boleh hidup lebih mewah berbanding dengan aku masa kecik

Tengok, pengajaran yang Dia nak tunjuk tu ada kat mana saja, sama ada kita nak celik atau tutup je mata untuk menilainya

Terima kasih adik penjual kerepek!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7 comments:

Adziim said...

Syukur, aku pun tak pernah susah macam tu.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

bila fikir susah ada lagi yg lebih susah!

obat infeksi saluran kemih said...

salut,,,masih kecil udah bisa usaha,,,!!

Nurul a.k.a Riko said...

Bagus adik nie...sejak kecik lagi dah independent.

Moga rezeki adik nie lebih lagik selepas nie. Insyaallah.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

amboi nama. haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

iA, tu la hendaknyaa

Nadhirah said...

Allahu...kesian betul kadang-kadang dengan golongan macam ni.Selalu terfikir jugak mungkin sindiket ke apa. Tapi takpelah, dahulukan sangkaan baik dari yang buruk :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW