Share

Wedding of the year, apakah cirinya?

Sampai sekarang di facebook aku masih traffic jam dengan perkongsian gambar dan video perkahwinan Irma Hasmie dan juga Redza Syah. Korang tak tahu? Ish, tak patut betul. Tu maknanya kat facebook korang tak berkawan dengan orang yang semangat nak kawin-kawin ni. hehe

Pendapat peribadi aku perkahwinan ni, sangat sweet!



Dengan pasangannya sama handsome sama cantik
Perjalanan majlis yang nampak sempurna
Gambar-gambar yang - oohhhh, sungguh mempesona

Tak salah kalau aku bagi pendapat, perkahwinan dieorang ni memang BEST!

jom tengok video pre wedding untuk ketahui ceritanya


Apa yang best pasal perkahwinan ni, jalan cerita pertemuan pasangan ni yang seolah tak mungkin wujud gitu. Si gadis yang baru berhijrah, jumpa di tanah suci dengan jejakan idaman, balik Malaysia tak tunggu lama terus bertunang then kawin. Aku yang berada jauh hanya lihat gambar dan video ni pun boleh rasa aura dieorang ni, tak tahulah macam mana pasangan ni hadapinya. Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat dan zuriat dilahirkan memeriahkan dunia Islam dikemudian hari. wah, ucapan ikhlas aku gitu


Wedding of the year

Dulu aku rasa ramai celebrity2 ni duk kejar gelaran 'wedding of the year' mula2 dulu seingat aku dato k dan siti nurhaliza yang perkahwinan mereka menelan belanja beratus ribu jugak, lepas tu syed muzaphar kot yang angkasawan tu then norman hakim dengan siapa entah yang menelan belanja sampai 12juta. 

Tup tup semua mengharapkan lisa dengan yusry akan buat lagi meriah hebat terhebat sangat sangat gitu tapi perkahwinan mereka simple je but sangat nice. heh. lisa lisa. semakin montel dia sekarang kan?

Bagi akulah, sesebuah perkahwinan tu untuk kita katakan 'sempurna' tak perlu berhabis duit sampai banyak sangat, cukup majlis tu kita dapat kenang ke akhir hayat kita. Yang berada tu, nak buat meriah go ahead cuma jangan sampai membazir. Jangan kejar wedding of the year sampaikan hidup lepas berumah tangga hutang keliling pinggang. 

Al -rite, tu saja perkongsian pendek dari salah seorang yang #teamkawin2012 ni. wahaha, entah kenapa sekarang ni tengok video kawin orang, aku yang excited lebih. wahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

12 comments:

Gieyana said...

Mmg sweet pics dorang..:)

Wadi AR said...

sama dgn fesbuk aku. news feed keluar asik bende yg sama je. hihi

Etty Selamat said...

Sangat sweet dan kak Irma sangat cantik walaupun tanpa makeup... =D

Aisumi Chan Kawa'i said...

Xsabar nk kawin la tu.. Hehee

nurdani said...

haha. sama la perasaanya bila tengok orang kahwin ni. kemain eksaited jugak ha

dak eina said...

sweet sgt irma.. huhu


joe... anda bile lagi?

shera haifa said...

suke tengok mereka berdua.. malu2 g2

milimilo said...

selamat kawenggg joe. moga jadi sweet2 gini juge. :D

Puteri Satu said...

akak pun suka tengok weding diorang nampak sangat sederhana tapi sweet...kan...? tak de pun dengar citer belanja ini 50k... baju 60k... kasut 20k... rantai 80k... belanja kawin 12juta.. tak de citer pun kan pasal belanja... itulah yang selalunya kita rakyat biasa ni nak tengok.. bukan mencanang belanja kawin sampai 12k... tul tak..

sweetsour said...

subhanallah,,
suka sangat tengok perkahwinan irma dan redza,,rasa bahagia..tak dapat diucapkan,,haha

alhariesz said...

err...2 bulan lepas terserempak sorg brader ni dating kat alamanda... weeewiiit.... :D

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

perkahwinan irma ngn redza xperlu pn canang nk jdik wedding of the year, liputan kt tv smpan 2 3 bln..tp org ramai yg tgk yg rasa inilah wedding of the year yg sbenar.. =)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW