Share

Pendapat aku mengenai pelajar bawa handphone ke sekolah

Semalam dan hari sebelum semalam aku sibuk menghadiri latihan khas untuk jadi jutawan. wah, sangat best sebab rasa diri begitu bersemangat untuk bekerja. Yang lagi best latihan ni adalah free. ya. free. 2 hari satu malam, penginapan di Hotel Istana, makan minum, ada party lagi malam tu semua free. Memang bestlah. Nanti aku update pasal tu nanti. Masa aku training, duk baca jugaklah tweet kawan kat twitter pasal budak2 sekolah dibenarkan untuk bawa hp ke sekolah mula sesi 2013. Apa lagi, geram je nak update blog, tapi sebab laptop ada tapi charger tak bawa, terpaksa tangguh sehinggalah sekarang

Sejarah aku dengan handphone

Sebab aku dulu pengawas (ketua pengawas lagi tepat) memang aku antara yang begitu skima dengan peraturan sekolah. Aku tak pernah ada handphone sehingga umur aku 18 tahun aku pakai duit sendiri beli handphone P990i Sony Ericcson. Harga RM 1000 lebih ok. Guna duit sendiri ok, bukan mak bapak. Tengok, kecik2 lagi aku dah bertanggungjawab, haha, anak sapa la ni!

Aku tak faham kenapa orang kata dengan handphone kita lebih senang untuk berkomunikasi dengan mak bapak. Macam aku di asrama, tak pernah ada masalah komunikasi pun semasa aku berada di sekolah dengan rumah aku dulu. Jauh tu, kuantan dengan kota bharu. 2-3 kali seminggu call mak ayah pakai public phone, tak cukup dengan tu, dieorang datang ke sekolah untuk tengok-tengok aku.

Semasa waktu kecemasan pun, masa ayah aku masuk ward masa aku form 4 pun mak aku call sekolah dan berita tu sampai elok je ke pengetahuan aku

Pendapat aku, tak bersetuju

Mungkin korang tengok aku ni agak kolot dengan tak bersetuju murid2 dibenarkan bawa hp ke sekolah ni, tapi aku melihat kepada konsep yang lebih luas lagi - fokus budak2 ni akan terganggu. Di sekolah tempat untuk belajar, nanti akan jadi tempat untuk tengok hp siapa yang lagi canggih!



Dah laksanakan ni, kita telan ajelah sambil perbaiki apa yang patut

Memang zaman aku dengan budak2 yang berada di sekolah ni lain dan pendekatan pun mestilah kita gunakan dengan kaedah berlainan. Tapi bagi aku, melihat dengan mentaliti masyarakat dewasa kita sekarang - sebab banyak bergaul dengan golongan ini - masih berada di kelas ketiga, aku runsing anak mereka pun akan sama dan bila meningkat dewasa akan menjadi lebih teruk. Bagi korang yang baca entry ni - entah macam mana boleh sesat kan - sama-samalah kita perbaiki diri dan ajar anak-anak kita untuk manfaatkan kemudahan yang diberikan

Jangan sampai kemudahan ini menjadi kanser yang akhirnya menjahanamkan diri

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

Lyla Ibrahim said...

Kalau masalah komunikasi yang dirisaukan, perbanyakkan lagi public phone kat sekolah. Lagi senang yang ada kad telefon tu, tak perlu lah sampai nak bawa handphone ke sekolah.

Cik Diana said...

siyes xsetuju langsung. perspektif guru plak eyh. skunk nie belom blh bwk hp ke skOlah pOwn dh ssh nk kawal disiplin murid. lepas nie tataw la. asl cikgu pukul/cubit cket. Post dekat twit n fb. kumpul membe n hentam cikgu habis laa.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Lyla Ibrahim

stuju!

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Cik Diana

cg smakin tertekan la lepas ni

Cat is Kucing said...

ada baik n buruk. tp mcm byk keburukkanye.

Budak Sengal said...

setuju ! kalau bwk hp ke sekolah , tak fokus !

aslina majid said...

hahaha... aku dulu blaja kat perlis (form 4-5)... tetiap minggu call penang gune public phone... siap celen ngan classmates sape ade ring2 kad paling banyak (siap ketip lubang pastu buat keychain bajet stylo abes arr)

rileks je... lepas tu pihak skolah pasang telesiswa tu lagi la meriah aku call umah... takyah susah2 cari duit syiling atau beli ring2 kad dah...

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Cat is Kucing

bila banyak buruk spatutnya kita tak buat la kan

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Budak Sengal

fokus gak, fokus main game
haha

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@aslina majid

pengalaman sama!

Robert said...

@ Cik Diana cg smakin tertekan la lepas ni

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW