Share

Orang Tua Berkualiti

Alahai sweetnya.....


Nampak Tun share gambar ni di laman facebook tadi. Ya Allah, sweet betul keduanya. Walaupun tak nampak siapa kat belakang, tapi dari caption gambar 'still loving' aku rasa kat belakang yang buat tanda peace tu adalah isterinya. 10 July nanti genap usia Tun Mahathir 87 tahun. Semoga dia diberi kekuatan untuk meneruskan hidup dan semoga hidupnya dirahmati Allah


Kursus Orang Tua Berkualiti!

Jangan jeles ya orang Herbalife, minggu lepas aku hadiri kursus selama 2 jam di Hotel Grand River View bersama the only 20k Pres Team Herbalife (No 1 kat Malaysia sekarang) yang bertajuk Orang Tua Berkualiti. Kursus yang paling best dan rasa begitu banyak input yang dapat walaupun 2 jam saja. 



Dia kata

'Sekarang ni pak yang tengok dalam Herbalife ramai sangat orang muda yang join dan sangat berjaya. Amalina, Rudi, Firdaus, Yana, Maryam, average yang dapat bulan2 lebih 20-30 kali ganda dari masa pak yang dapat muda dulu. Nak cakap jeles memang jeles sebab masa pak yang muda dulu makan gaji 2 ribu lebih je.
Entah apa yang akan jadi pada dieorang bila umur dah cecah 30, 40 atau 50 nanti
Masa muda tak boleh nak patah dah, jadi pak yang fikir-fikir, tak boleh nak jadi muda, jadi pak yang nak ajak kawan-kawan pak yang seusia dengan pak yang ni, 5 series terutamanya untuk jadi Orang Tua yang berkualiti'

Mukaddimah baru tu. waha!

Okeh, sebab aku tak boleh ingat satu persatu apa yang dia cakap, ni ringkasan dia. 3 benda yang perlu ada masa ketika tua nanti untuk jadi orang tua berkualiti

1) Kesihatan

Kalau kita tengok rata-rata orang yang dah cecah 50 sekarang penuh package penyakitnya. Dari kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang, macam-macamlah. Kalau korang pergi hospital, ayat biasa ditanya antara mereka 'kencing manis berapa?' seolah kencing manis tu memang wajib akan dapat

Ramai orang banting 4 kerat tulang kerja siang malam diusia muda dengan abaikan kesihatan, dah tua guna duit tu balik untuk dapatkan kesihatan mereka balik. alangkah ruginya kan?

2) Masa dan duit

Bagi mereka yang tidak punyai masalah kesihatan, ada lagi masalah lain yang dapat - masa dan duit. Bila dah cecah separuh abad ni, memang belanjawan tu dah berkurang sebab anak semua dah besar. tapi ia tak jadi berkualiti bila nak spend masa dengan cucu contohnya nak beli mainan ke, nak pergi melancong ke, cukup-cukup je boleh bagi. 

Bukan tak nak bagi, tapi sebab duit tak cukup. Bila dah tak cukup, masa yang diluangi bersama terus jadi hambar.

3) Ilmu

Inilah benda yang paling penting untuk jadi orang tua berkualiti. ada kesihatan, ada duit, ada masa tapi kurang ilmu pun tak boleh. jenis yang kurang ilmu ni, terutamanya ilmu agama semakin tua semakin aktif berdangdut, perempuan simpanan bersepah dan macam-macam lagilah. Kalau lelaki, duit banyak, isteri dah menopause, dia masih kuat, memang cari anak daralah ye tak. Ada ilmu, memang tak jadinye

Pak yang bagitau lagi, masa tua nanti dia kalau boleh nak share ilmu yang dia ada bagi inspirasi kat anak muda tentang ilmu kejayaan dalam bisnes dan juga pasal nutrisi. Barulah hidupnya nanti diberkati!

Kepada anak anak muda yang lain, jom kita siapkan diri kita untuk menjadi orang tua yang berkualiti di kemudian hari :)

pss : baru balik dari zero2hero, terbaik!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 ulasan:

arifherbalife berkata...

Mantop!!
Nk jd ank muda yg berkualiti n da tue pun berkualiti. InsyaAllah. Amin~ ^^

joegrimjow berkata...

@arifherbalife

aminnn

nurdani berkata...

berkualiti tua dan muda hendaknya. amin

joegrimjow berkata...

@nurdani

aminnn

Tanpa Nama berkata...

Mahu jadi tua berkualiti jugak...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW