Share

Mashitah itu perlu didoa bukan dikutuk

Antara ustazah kegemaran aku dulu-dulu adalah Dr Mashitah. Sangat suka dengan cara dia berkongsi ilmu terutamanya bab ilmu agama. Tapi sejak kebelakangan ni, ada banyak statement yang dia keluarkan tak berapa enak untuk dihadam oleh otak aku. 

Tak mengapalah, manusia, sentiasa berubah

Tadi ada baca kawan di facebook ada post sesuatu pasal kes terbaru Dr Mashitah yang komen secara terbuka mengenai UAI. Bukan aku nak agungkan UAI, tapi kalau korang baca statement yang dikeluarkan oleh dia, memang agak keterlaluan. Bagi aku, selagi bergelar dakwah, konsep mengajak orang kearah kebaikan harus kita terima - selagi tidak melanggar hukum syara'

Dan sekarang ni, aku rasa imej Dr Mashitah sudah tercemar dan aku sendiri yang meminati ustazah hebat ini sudah hilang rasa hormat

Apa tugas kita, bukanlah mencaci ataupun mengutuk segala tindak tanduk dia, berdoalah supaya setiap dari kita ni terbela dari dosa yang kita tidak ketahui. Runsing sebenarnya golongan ilmuan sebegini yang menjadi tokoh masyarakat jadi 'songsang' kenyataannya. Semoga Dr kembali ke jalan yang benar

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 comments:

Peri PiA said...

geram ni geram ni!!Astarfirullahalazim sabar2

I Love UAI,sebagai manusia saya syg pada mu.

ya Allah berikan keinsafan

Yumida said...

sy amat meminati dr. mashitah, juga ustaz idrus azhar..
follower ke 4998

Adziim said...

Orang berilmu perli sesama sendiri.

Anonymous said...

Memang , ustazah ni dah banyak berubah tak macam mula-mula dia muncul dulu. Solekan pun mengalahkan artis.

RinnAzrinah said...

kalau tak salah saya... saya ada terbaca dalam paper rasanya.. ustazah ni kata tidak mengapa jika wanita bersanggul tinggi... dai segi apa wanita bersanggul tinggi tuh bleh mengundang attraction kaum lelaki?...kalau tak silap saya juga, bukankah sanggul yg menyerupai bonggol unta itu adalah haram hukumnya?... maaf kalau tersilap.. harap perbetulkan ye...

ddfirdaus said...

Janganlah kita terlalu menuding jari ke sana sini. X pasal2 kita pulak buat dosa. Stuju dgn Joe kita doakan je yg baik2 bukan berlarutan berkata2 yg x tentu hala.

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

pendakwah yg berwibawa juga adalah yg mengamalkan isi dakwahnya.. ;)

Nur Emilya said...

kenapa ni -,-

Anonymous said...

sory to say, but aku rasa statement dia make sense jugak kbai

Tuan Cimot said...

same here..suka dgn beliau dulu..tp ialah, manusia buat kesilapan..doakan yg trbaik je..sokong uai juga..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW