Share

Jagarjek dan anak-anaknya

Jagarjek mempunyai dua anak, joegrimjow dan joeflizow. Di usia 50 tahun, dia memiliki segala-galanya. Dulu hanya membuat bisnes kecil-kecilan tapi sekarang sudah memilik empayar perniagaan yang begitu besar. Tapi malangnya, kesihatan dia terjejas dek kesibukan yang melampau. Di usia 50 an, dia ditimpa pelbagai penyakit. 

Rasa benar-benar tak sihat, macam nak mati, dia memanggil kedua anaknya untuk diberi wasiat



'anak-anakku, empayar perniagaan ayah ini ayah amanahkan untuk kamu berdua. kembangkanlah bisnes ayah ini dengan dua tips yang ayah bagi. pertama jangan kutip hutang dan sesibuk mana pun kamu jangan kena cahaya matahari'

Tak lama lepas itu, jagarjek pun meninggal dunia dan bisnes perniagaan dikendalikan oleh kedua anaknya itu dengan cara masing-masing

********

10 tahun selepas itu

Perusahaan yang dibuat oleh joeflizow nampaknya tidak berubah. Masih sama dengan 5 tahun lepas sebagaimana yang ditinggalkan oleh ayahnya. Ada orang bertanya, kenapa bisnesnya tidak berubah

'saya ikut kata ayah saya, jangan kutip hutang jadi bagi mereka yang berhutang saya tidak pernah untuk kutip. kalau dia nak bayar, dia bayarlah. kalau tak, mungkin bukan rezeki saya. kedua jangan kena cahaya matahari, saya hanya keluar malam untuk bekerja. bahaya sinaran UV sekarang ni!'

Berlainan pula kisahnya dengan joegrimjow, nampaknya perusahan yang dikendalikan olehnya bertambah maju dan maju. Ada orang bertanya, kenapa bisnesnya semakin maju dan apa tipsnya

'saya ikut kata ayah saya, jangan kutip hutang jadi saya tidak pernah bagi orang berhutang jadi tak perlulah saya bersusah payah untuk kutip hutang. kedua jangan kena cahaya matahari, jadi saya keluar bekerja awal subuh lagi sebelum matahari terbit dan pulang rumah apabila matahari terbenam,  bahaya sinaran UV sekarang ni!'

ooooo.......

*******

Cerita yang diadaptasi dari seorang ustaz kat radio ikim, sebab aku tak ingat wataknya, jadi dengan sesuka hati aku ubah wataknya. ahaa, yang penting maksud dapat. Jadi, pandai-pandailah kita mentafsir apa yang orang kata. Yang penting, kita tafsir kepada benda positif yang menjadikan kita semakin hebat

selamat beramal :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 comments:

N.A.Z said...

pernah baca anekdot ni sebelum ni dekat mastika beberapa bulan lepas..huhu..maksud dia begitu tersirat sekali huhuhu..

semoga perniagaan abg joe maju seperti kisah joegrimjow diatas

:)

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@N.A.Z

aminnn :)

Etty Selamat said...

Pelik tetibe name joeflizow keluar.. Igtkan betul2... huhuhu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW